SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
EVOLUSI BENTUK DAN MAKNA PADA RAGAM HIAS
DALAM SENI BINA TRADISIONAL MELAYU
Mohd Sabrizaa B Abd Rashid1
Jabatan Seni Bina Dalaman
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
UiTM Perak
Kampus Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan.
mohds637@perak.uitm.edu.my

Abstrak
Secara geografis Semenanjung Malaysia terletak di antara dua buah benua kecil
yang mempunyai sejarah kegemilangan ketamadunan yang tersendiri iaitu China
dan India. Lokasinya yang unik ini menjadikan negeri-negeri di Pantai Barat dan
Pantai Timur semenanjung sebagai bandar-bandar pelabuhan yang menjadi
tempat persinggahan yang menerima kedatangan pedagang dan perantau dari
pelbagai negara sejak zaman berzaman. Dari segi kefahaman agama rantau ini
telah menerima pelbagai ideologi dan kepercayaan. Semenjak zaman pra-sejarah
dan era pra-Islam telah menyaksikan kepercayaan anamisme dan Hindu-Buddha
menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam pada kurun ke 14M
telah membawa perubahan besar kepada budaya dan pemikiran orang-orang
Melayu. Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap
perkembangan kesenian Melayu di Semenanjung Malaysia. Maka dalam keadaan
tersebut, persoalannya adalah dengan berlakunya transformasi keagamaan yang
melibatkan pemikiran dan kepercayaan, apakah turut berlaku transformasi idea
dan makna dalam kesenian alam Melayu? Kertas kerja ini membincangkan
perkembangan yang berlaku pada kesenian ukiran Melayu Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Kajian dijalankan secara penelitian, pemerhatian dan
temubual. Pemerhatian telah dibuat ke atas artifak yang merupakan panel-panel
ukiran daripada rumah-rumah terpilih yang mewakili seni bina tradisional negerinegeri Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Selain itu panel-panel ukiran
lama yang terdapat di beberapa muzium serta panel-panel ukiran yang menjadi
milik persendirian pengumpul barang-barang lama (antik) serta koleksi pengukirpengukir turut dianalisa. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa berlaku evolusi
pada bentuk dan motif-motif ukiran yang memberi gambaran terhadap kesan
pemahaman dan ideologi pengukir-pengukir Melayu di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia.

Katakunci : Seni Ukiran, Melayu, Seni Islam, Seni bina
Pendahuluan : Sejarah dan Latar Belakang Seni Ukiran Melayu
Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah
lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam,
kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas
rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat
daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987:9) seni ukir di Semenanjung Malaysia
boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-motif
pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif
dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke
1

Director
Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI)
UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.

1
rantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing
dan cap mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba
dalam menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan
Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah
kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan
pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu.
Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di
Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak,
Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2).
Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan
sekitarannya. Ukiran dan ragamhias pada seni bina rumah tradisional Melayu
Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran
dan ragamhias pada seni bina Negeri Sembilan dengan Minangkabau.(Halim Nasir,
1987:66).
Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan
ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor
masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor
tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian,
penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.
Latarbelakang dan Kaedah Penyelidikan
Penyelidikan untuk tajuk kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada
kajian peringkat Doktor Falsafah yang telah dilakukan untuk mengkaji simbolisme
pada elemen estetik dan ragam hias seni bina tradisional Melayu. Kajian
melibatkan proses penerokaan dan penelitian ke atas bahan-bahan lama dan antik
yang semakin pupus dan sukar untuk ditemui seperti artifak lama, bahan ukiran
lama, bangunan atau senibina lama yang mempunyai keunikan tersendiri.
Secara keseluruhannya, penyiasatan dan penerokaan dalam kajian ini
dibuat secara kualitatif dan melibatkan beberapa kaedah dan pendekatan iaitu :
i.
kaedah penelitian daripada bahan bacaan seperti manuskrip, buku,
dokumentasi, jurnal, internet dan lain-lain.
ii.
kaedah penelitian ke atas artifak fizikal saperti bahan ukiran,
perahu, bangunan dan lain-lain. Sebanyak lebih tiga ratus artifak
telah dibuat pemerhatian dan sebanyak enam puluh lima
daripadanya dibuat penelitian dan penganalisaan melalui kajian
kes.
iii.
kaedah pemerhatian dengan membuat beberapa lawatan ke
kawasan-kawasan yang relevan dengan kajian di dalam dan luar
negeri.
iv.
kaedah temu bual ke atas empat orang pengukir yang terpilih dan
individu-individu lain saperti tukang, pawang, arkitek, budayawan,
pelukis dan lain-lain.
v.
kaedah kajian kes ke atas tujuh buah bangunan terpilih.
vii.
kaedah pengumpulan data dalam pengkalan data dengan
melibatkan lima puluh motif dan spesis tumbuhan daripada seratus
motif dan spesis tumbuhan yang telah dikenalpasti.
Kombinasi pengumpulan data daripada kesemua kaedah ini telah
diterjemahkan dalam bentuk penulisan, jadual-jadual dan penganalisaan datadata. Dalam konteks penulisan kertas kerja ini, fokus atau tumpuan perbincangan
adalah terus kepada penemuan imej-imej pra-Islam yang terdapat pada seni
ukiran Melayu.

2
Penemuan Imej-Imej Pra-Islam Pada Seni Ukiran Melayu
Penelitian yang dibuat terhadap motif dan imej yang terdapat pada beberapa
aspek dalam kesenian Melayu menampakkan bahawa berlaku perkembangan dan
perubahan yang menarik dari aspek fizikal dan permaknaan. Kesenian Melayu telah
melalui beberapa zaman semenjak era pra-Islam yang disebut sebagai era
anamisme dan Hindu atau Buddha sehingga kepada era kolonialisme dan seterusnya
era Islam. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan
Indochina, motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding
dengan apa yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Imej-imej Kala, Makara,
Garuda, Naga dan Gunungan yang merupakan imej-imej kedewaan kelihatan begitu
jelas terutamanya pada seni bina candi yang dibina beberapa ratus tahun dahulu. Di
Semenanjung Malaysia, imej-imej dan motif-motif tersebut hanya dapat dilihat pada
beberapa aspek kesenian Melayu sahaja. Kehadiran „mereka‟ hanya dapat dilihat
dengan agak jelas pada artifak-artifak yang masih wujud seperti ukiran keris,
perahu-perahu nelayan dan beberapa peralatan rumah seperti kukuran, permainan
tradisional seperti congkak dan persembahan rakyat seperti wayang kulit dan
makyong.
Namun begitu dalam konteks seni bina tradisional Melayu, terdapat beberapa
penemuan yang menarik tentang „imej-imej pra-Islam‟ yang akan diperbincangkan.
Aspek pertama yang akan diperbincangkan adalah penelitian yang dibuat ke atas
pintu gerbang. Pintu gerbang adalah binaan yang mempunyai bukaan yang didirikan
bersambungan dengan pagar di sekeliling rumah atau istana. Oleh kerana itu
kedudukan pintu gerbang biasanya terletak pada garisan sempadan rumah atau
istana dengan bahagian luar yang menjadikannya sebagai ruang pemisah di antara
ruang persendirian dengan ruang awam. Pintu gerbang menjadi binaan yang penting
kepada tuan rumah dalam „mengawal‟ laluan keluar-masuk ke kawasannya.
Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan kebanyakan yang
masih tinggal banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-ayat AlQuran. Ia menjadi manifestasi terhadap jiwa tuan rumah atau istana yang
menggunakan pintu gerbang bagi tujuan keselamatan dan juga sebagai „penyambut
tetamu‟. Reka bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep
kesenian Islam. Namun terdapat satu penemuan menarik pada sebuah pintu
gerbang lama yang ditemui di rumah En. Wan Othman b Wan Ahmad di Kampung
Laut, Kelantan.2 Keseluruhan rumah tersebut termasuk pintu gerbang telah
dipindahkan dari lokasi asal yang terletak di tepi Sungai Kelantan berhampiran
Masjid Tua Kampung Laut yang asal disebabkan oleh hakisan dan banjir. Hanya
ukiran kepala pintu gerbang asal yang masih tinggal dan kini diletakkan di atas pintu
masuk rumah. Ukiran pintu gerbangnya agak berbeza daripada pintu gerbang lain
yang ditemui kerana terdapat imej yang menyerupai „Kala‟ pada bahagian atasnya.
Dari sudut kesenian lama, Kala adalah dewa Hindu yang derhaka yang diperintah
oleh Siva untuk memakan dirinya sendiri sebagai hukuman. Setelah Kala makan
tubuh badannya sendiri, Siva berasa kasihan dan mengabadikan Kala di atas muka
pintu kuil sebagai dewa penjaga kuil. Kala sentiasa diwakili sebagai satu kepala
tanpa badan dengan mata yang terjojol, hidung berbentuk singa dan mulutnya yang
terngaga. Kala menjadi sebahagian ikonografi di Asia Tenggara terutamanya di
Indonesia dan sering muncul menjadi hiasan di kepala pintu candi-candi lama. Kala
adalah sebagai simbol kewaspadaan, wujud dalam abtrak bentuk wajah dengan
mata yang terbuka lebar sebagai tanda sentiasa berwaspada mengamati atau
berjaga-jaga. Hiasan seperti ini banyak terdapat pada gapura dicandi-candi. Hiasan
ini adalah lambang kekuatan sakti untuk mengikis kejahatan. Namun ukiran tersebut
2

Lawatan dan temuramah dibuat pada 19Disember 2005, 20 Disember 2005 dan 21 Februari 2006.

3
seolah-olah tidak menampakkan dengan jelas imej tersebut iaitu dengan simplifikasi
dan pendekatan stail yang berbeza.

Gambar 1.0
atas
Imej yang menyerupai „Kala‟ ditemui pada
pintu gerbang sebuah rumah di Kampung
Laut, Kelantan.
kiri
„Kala‟ yang menghiasi pintu gerbang atau
gapura candi-candi di Indonesia dan
Indochina.
Sumber:
Kajian Lapangan.

Gambar 2.0
Pintu gerbang asal yang diletakkan di atas pintu masuk rumah di Kampung Laut, Kelantan.
Sumber : Kajian Lapangan

4
Sebuah lagi imej yang akan dibincangkan adalah imej pada sebuah pintu
gerbang lama yang berasal dari Kelantan berusia hampir 200 tahun yang kini
menjadi koleksi Kandis Resource Center di Kandis, Kelantan. Lokasi asal pintu
gerbang ini adalah di bahagian belakang rumah bagi laluan masuk para wanita. Pada
bahagian tengah puncak yang membentuk gunungan pada pintu gerbang tersebut
terdapat imej daripada motif bunga yang berbentuk seperti mempunyai „belalai‟
(rujuk gambar 3.0). Dalam imej pra-Islam, imej yang mempunyai belalai adalah
makara. Makara adalah haiwan mitos yang berupa rasaksa air seperti ikan tetapi
mempunyai belalai dan kehadirannya sering dikaitkan dengan air. Dalam
kepercayaan Hindu, naga dan makara kononnya adalah haiwan tunggangan Dewa
Vishnu di air seperti sungai, tasik dan laut manakala garuda adalah haiwan
tunggangan Dewa Vishnu di udara. Dalam kepercayaan Hindu, Makara adalah
rasaksa air berupa ikan dan berkepala gajah atau buaya atau naga kadangkala
bertanduk atau bermuncung. Imej-imej seperti ini turut ditemui pada bangunanbangunan purba tamadun Maya dan Aztec. Lantaran itu imejnya sering terdapat
dalam kesenian ukiran Melayu terutama pada senjata dan perahu. Imej-imej makara
berbentuk raksaksa air yang mempunyai belalai, dengan lidah terjelir, bermata besar
kadangkala bertanduk seperti kambing dan bertaring menjadi perhiasan perahuperahu kepunyaan pelaut-pelaut Melayu sepertimana yang digambarkan oleh Tomes
Pires3 seorang pegawai Portugis yang berkhidmat di Melaka pada kurun ke 16. Ia
menjadi lambang kesuburan. Imej dan motif makara masih dapat dilihat pada
perahu-perahu nelayan di Pantai Sabak, Kelantan dan beberapa keris lama dalam
simpanan koleksi Kandis Resource Center di Kelantan. Motif „bunga belalai‟ pada
pintu gerbang pula didapati digandingkan bersama motif kangkung yang merupakan
spesis tumbuhan akuatik (tumbuhan air).

Gambar 3.0
Motif bunga yang mempunyai „belalai‟ terletak pada bahagian puncak sebuah pintu gerbang di
Kelantan (kiri) dan Lakaran ukiran hulu badik daripada Patani yang menggunakan imej makara .
Sumber : Kajian Lapangan

Sebuah lagi penemuan yang menarik dalam konteks perbincangan tentang evolusi
bentuk dan makna seni bina tradisional Melayu ialah hiasan puncak atap yang
dipanggil „buah buton‟ oleh orang Kelantan dan „buah gutung‟ oleh orang
Terengganu. Ianya sering menjadi hiasan puncak atap rumah wakaf, rumah
3

Lihat http://www.nga.gov.au/crescentmoon/details/makara.cfm

5
persendirian atau masjid. Tukang-tukang Melayu memanggilnya buah butun atau
gutung kerana bentuknya yang hampir menyerupai spesis buah tersebut iaitu Putat
Laut (Barringtonia asiatica). Hiasan puncak atap tersebut terdapat pada sebuah
rumah di Jalan Pejabat Pos Lama, Kota Bharu yang telah dijadikan sebagai kajian
kes ke 2. Bentuknya agak berbeza dengan bentuk-bentuk buah buton yang biasa
ditemui kerana ianya mempunyai tapak atau beralaskan susunan kelopak bunga
teratai dua lapis. Bentuk buah buton sering dikaitkan dengan bentuk stupa manakala
penggunaan alas tapak seperti ini biasanya ditemui pada hiasan-hiasan Buddha yang
dipanggil „Padmasana‟ jika satu lapis dan „Visvapadmasana‟ jikalau dua lapis.4 (lihat
gambar 4.0). Samada reka bentuknya secara tidak sengaja bersamaan dengan
simbol Buddhisme tersebut atau pun sebaliknya mungkin memerlukan penelitian dan
penyelidikan yang lebih mendalam.

Gambar 4.0
Buah buton yang berlapikkan kelopak bunga teratai di puncak bumbung rumah tradisional
Melayu di Kota Bharu, Kelantan. (kiri) dan spesis buah buton atau putat laut ,Barringtonia
asiatica. (kanan)

Sumber : Kajian Lapangan

Lambang swastika merupakan salah satu lambang lama yang banyak
digunakan dalam banyak tradisi dan budaya di dunia. Juga disebut „suastika‟,
„svastica‟ atau „svastika‟ merupakan lambang yang dikaitkan dengan „nasib baik‟.
(Mackenzie, 1926:2). Lambang Swastika5 sering menjadi lambang suci Buddhisme,
Jainisme dan Hinduisme. Ianya merupakan garis pangkah sama panjang pada sudut
90 darjah serta bengkok di bahagian hujung samada menghadap ke kiri atau ke
kanan. Walaupun kedua-dua gaya (samada menghadap ke kiri atau kanan) biasa
digunakan namun terdapat kepercayaan bahawa gaya menghadap ke kiri sering
dikaitkan dengan kejahatan atau keburukan. Ianya adalah diantara 108 lambang
Dewa Vishnu dalam Hinduisme melambangkan cahaya matahari dan kehidupan.
Lambang ini sering digunakan sebagai hiasan dan reka corak dalam seni bina India
serta semasa perayaan keagamaan dan keraian biasa di India. Reka corak gaya
berulang-ulang dan bersambungan adalah antara gaya yang terkenal. Kadangkala
disebut sebagai shubhtika yang membawa maksud petanda baik menjadi simbol
nasib baik dan bertuah pada seseorang yang menggunakannya.

4

Lihat Jansen, E.R. (2000), The Book of Buddhas, Binkey Kok Publications : Havelte, Holland. hal
14.
Daripada bahasa Sanskrit स्वास्स्िक (svastika) turut menjadi lambang Nazi di Jerman semasa era
pemerintahan Adolf Hitler dengan panggilan Hakenkreuz. Ianya dikatakan berkaitan dengan simbol
tradisi Aryan (Proto Indo-Eropah) dan teori asal-usul bangsa Jerman ketika migrasi purba.
5

6
Gambar 5.0
Lambang Swastika versi Hindu dengan tambahan titik di
bahagian tengah.
Sumber: Wikipedia Encyclopedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Swastika

Penggunaan lambang ini dapat dilihat dengan jelas pada papan kekisi dan juga pada
panel dinding Masjid Wadi Hussin, Patani. (lihat gambar 6.0). Masjid ini terletak di
Telok Manok, Narathiwat, Thailand di sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh
sawah padi. Mengikut buku laporan ulang tahun 370 tahun masjid ini dibina pada
tahun 1624. (Salleh Akib, 2003:83).

Gambar 6.0
Motif swastika pada papan kekisi (kiri) dan panel janda berhias (kanan) Masjid Wadi Hussin, Patani.
sumber:
Farish Noor & Eddin Khoo (2003)

Mackenzie (1926:14) melalui perbincangan dalam bukunya “The Migration of
Symbols” menyatakan bahawa terdapat penggunaan lambang swastika lazimnya
terbentuk daripada titik kardinal ditengah mengarah keluar. Terdapat sebuah
lambang swastika yang menjadi simbol melibatkan nama-nama malaikat ; Izrail,
Israfil, Jibrail dan Mikail yang ditemuinya dan beliau namakan sebagai “the moslem
swastika” (lihat Gambar 7.0) Lambang ini menunjuk kedudukan keempat-empat
malaikat arah berkaitan dengan „kedudukan‟ keempat -empat arah utara, barat,
selatan dan timur.

Gambar 6.0
Lambang “The Moslem Swastika”
sumber : Mackenzie, Donald A.(1926)

7
Perbincangan dan Ulasan
Penemuan imej-imej pra-Islam pada seni bina tradisional Melayu ini
menguatkan fakta sejarah dan hujah bahawa alam Melayu terutamanya rantau
sebelah Pantai Timur yang turut dipanggil Melayu Timur-Laut ini telah melalui fasa
anamisme dan Hindu-Buddhisme sebelum masuki era Islam. Zaman kegemilangan
Melayu rantau ini pernah tercatat sebagai kerajaan Langkasuka yang kemudiannya
pernah bernaung di bawah kerajaan Sriwijaya pada abad ke tujuh sehingga kepada
kerajaan Islam Patani Darul Salam pada sekitar abad ke 15 dan 16 merangkumi
kawasan yang luas termasuk Kelantan, Terengganu, Patani, Singgora hingga
Patalung yang dikenali sebagai „Patani Besar‟ . Rantau ini telah menjadi pusat
perdagangan dan pelabuhan utama yang menguasai perairan Asia Tenggara pada
abad ke 17 serta menjadi pusat penyebaran Islam semenjak abad ke 16.
Kegemilangan empayar Melayu Patani akhirnya dicerobohi oleh tentera Siam pada
1786 setelah sekian lama menyerang dan ini menjadi detik kejatuhannya. (Zamberi
Malek, 1994:12-38).
Penemuan imej pra-Islam adalah saki baki pemikiran lama yang masih wujud
pada tukang-tukang dan pengukir-pengukir dan kemungkinan besar hanya dalam
bentuk luaran atau fizikal sahaja tanpa membawa makna-makna asal. Apabila Islam
masuk ke alam Melayu, ajaran tersebut tidak menghalang secara melulu
penggunaan elemen-elemen lama yang sudah sekian lama sebati dengan pemikiran
tukang-tukang dan pengukir-pengukir. Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif
(tidak secara peperangan atau paksaan) ini menyebabkan ianya mudah diterima di
alam Melayu.
Fenomena yang sama turut berlaku di negara China yang telah menerima
Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Kesenian China banyak
bercampur baur antara agama, adat dan kebudayaan. Antara kepercayaan dalam
agama, adat resam dalam kebudayaan dan mitos-mitos dari pemikiran lama telah
menghasilkan kepelbagaian dalam kesenian China. Feng Shui memberi kesan
pengaruh yang amat besar. Kepercayaan terhadap „tenaga‟ yang terhasil dari alam,
haiwan dan tumbuhan yang mampu mengawal kejahatan dengan cara menghalang
dan menghalau. Haiwan yang kuat, ganas dan dipercayai mempunyai kuasa sakti
digunakan untuk “mengawal”. Begitu juga dengan „tenaga‟ baik yang terdapat
daripada alam, haiwan dan tumbuhan yang boleh digunakan untuk menarik tenaga
tersebut ke dalam rumah atau pejabat. Kepercayaannya amat kuat dan mendalam
sehingga sudah menjadi sebati dengan pemikiran dan kebudayaan bangsa China itu
sendiri. Justeru itu sehingga kini seni bina masjid di negeri China masih
menggunakan elemen-elemen naga dan singa serta haiwan-haiwan mitos yang lain
sebagai ragam hias mereka. Jika diperhatikan reka bentuk masjid-masjid di negara
China, masih terdapat elemen-elemen mitos mereka seperti singa, rajawali dan naga
menghiasi puncak-puncak bumbungnya kecuali di ruang-ruang solat. Namun begitu
menurut Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995:112-113) masjid-masjid yang dibina
selepas revolusi 1911 sudah jarang terlihat di dalamnya gambar-gambar binatang.
Ini adalah kerana selepas era revolusi ulama-ulama berfahaman Wahabi mulai
meluas di kalangan kaum muslimin di China dan mula menolak corak-corak lama
dalam binaan masjid.

8
Gambar 7.0
Menara Masjid Besar Xian dinegara China. Reka bentuk bumbung yang melentik dan
berbentuk pagoda dihiasi dengan elemen naga pada perabung bumbung tingkatnya.
sumber: Frishman, M & Hasan-uddin Khan (2003)

Dalam konteks alam Melayu, seni bina di Malaysia boleh dianggap lebih awal
menolak elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan mitos ke dalam reka
bentuknya berbanding dengan rekabentuk senibina dinegara Indonesia. Proses
Islamisasi dalam kesenian dan budaya Melayu ternyata lebih awal berbanding
dengan apa yang berlaku di Jawa. Proses sinkretisme yang dikatakan berlaku di
alam Melayu tidak begitu ketara berlaku di Malaysia berbanding dengan apa yang
berlaku di Jawa, dan beberapa daerah lain di Indonesia. Barangkali ini menguatkan
hujah yang diutarakan oleh Syed Naquib Al-Attas(1972) bahawa Hinduisme yang
masuk ke alam Melayu cuma di kalangan golongan atasan dan tidak merakyat.
Hanya di peringkat kesenian sahaja tetapi tidak di peringkat falsafah. Pandangan ini
sejajar dengan pandangan Jacob Sumardjo (2002:29) apabila beliau mengulas
tentang kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Melayu dengan berkata :
Meskipun budaya kelautan Melayu menerima budaya India selama
600 tahun, namun sisa-sisa alam pikiran dan kepercayaan India di
Sumatera umumnya kurang punya arti. Justru Melayu itu identik
dengan Islam, yang baru datang kemudian. Masyarakat ladang dan
kelautan Melayu seolah-olah tak pernah mengalami masa kejayaan
agama dan budaya transformatif Indianya yang begitu lama.

Penulis berpendapat bahawa walaupun pandangan yang diberikan adalah
tentang Melayu Sumatera tetapi ianya agak relevan dengan masyarakat Melayu
amnya terutamanya Melayu Timur-Laut. Menurutnya masyarakat Melayu adalah
masyarakat kelautan di pesisir dan masyarakat ladang. Mentaliti masyarakat pesisir
lebih indipenden (berdikari), mobil (bergerak), pragmatik, siap dalam persaingan
(kompetitif) kerana merupakan masyarakat niaga. Agama Buddha yang lebih filosofis
membuatkan orang Melayu mudah menerimanya berbanding Hindu yang lebih
ritualistik. Sebab itu keberadaan Buddhisme di daerah Melayu bertahan cukup lama
iaitu mulai abad ke 7 hingga abad ke 13. Karakter Melayu kelautan dan ladang ini
kemudiannya bersesuaian dengan ajaran yang dibawa oleh Islam. Berbanding
dengan masyarakat sawah Jawa, adalah masyarakat yang menetap di suatu tempat.
secara turun temurun. Hierarki kekuasaan dan peng‟Hindu‟an dari Kraton diterima
secara lisan dengan begitu lama sehingga melalui zaman kolonial dan zaman Islam.
Pengaruh budaya kraton amat kuat ke atas wilayah-wilayahnya. Sehingga yang lahir

9
kemudiannya adalah Islam abangan (agama rakyat), Islam priyayi (agama elit
Kraton) dan Islam santri.
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna
baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh
dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket).
Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat
tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat
sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima
oleh masyarakat Melayu Islam (lihat gambar 7.0).

Gambar 8.0
Dua contoh karya khat atau kaligrafi yang menggunakan elemen binatang. Gaya ini
agak terkenal sekitar 1960‟an dan 1970‟an namun kurang mendapat tempat di hati
umat Islam di Malaysia.

Dalam konteks kesenian dan kebudayaan Melayu di Malaysia, barangkali kita
boleh menganggap bahawa kita merupakan generasi terakhir yang ditakdirkan
menjadi saksi terhadap transformasi Islamisasi dalam kesenian dan kebudayaan
tersebut. Era ini masih terdapat bukti kewujudan imej pra Islam pada artifak dan di
bangunan-bangunan lama dan sedang melalui zaman pelupusannya kerana sudah
tidak digunakan lagi. Fenomena ini mungkin akan hilang pada era generasi akan
datang yang mungkin akan hanya tinggal sebagai bahan sejarah sahaja.
Rujukan
Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore
Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque, Thames & Hudson : London.
Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur

10
Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their Relations to Beliefs and
Customs., Alfred A. Knopf : New York.
Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China, Pustaka Antara : Kuala
Lumpur.
Mohamed Najib bin Ahmad Dawa , The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia : Its Origins
and Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance Studies, Manchester
Metropolitan University, UK. 1995.
Mohd Sabrizaa Abd Rashid, Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah
Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian
Siswazah, USM, 2007.
Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam Masyarakat, Konvensyen Inovasi
Kraf Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur, 28 Feb. 2005.
Norhaiza Noordin, Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International Seminar :
Spirit & Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 – 29 Jun 2005.
Rosnawati Othman (2005), The Language of The Langkasukan Motif, Journal of Indonesia and The
Malay World, Vol. 33, No. 96, July 2005, Routledge Taylor and Francis Group : Oxfordshire.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, ABIM:
Kuala Lumpur
Sumardjo, J. (2002), Arkeologi Budaya Indonesia, Penerbit Qalam : Yogyakarta.
Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP : Kuala
Lumpur

11

More Related Content

What's hot

Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamSyuk Bond
 
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamCiri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamSyuk Bond
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulitNik Aqil
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualzainiaman
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)Mcc Goh
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)Fairuz Alwi
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalmarshiza
 

What's hot (20)

Tembikar
TembikarTembikar
Tembikar
 
Seni catan-cina
Seni catan-cinaSeni catan-cina
Seni catan-cina
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
 
Modul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni TekatModul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni Tekat
 
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islamCiri ciri dan fungsi kesenian islam
Ciri ciri dan fungsi kesenian islam
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visual
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
Aliran seni Dadaism
Aliran seni DadaismAliran seni Dadaism
Aliran seni Dadaism
 
Post Impresionisme
Post ImpresionismePost Impresionisme
Post Impresionisme
 
papan tanda
papan tandapapan tanda
papan tanda
 
Penilaian seni
Penilaian seniPenilaian seni
Penilaian seni
 
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)
Kuliah 7 2016 sejarah seni barat 2 (STPM)
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 

Viewers also liked

The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs in penins...
The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs  in penins...The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs  in penins...
The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs in penins...haniiszah
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaCik Atiradaniel
 
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_case
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_caseSaid ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_case
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_caseFaezah Ujie
 
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid Al Hussein, Perlis
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, PerlisDapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid Al Hussein, PerlisBnzly BK
 
96947518 9c-tamadun-cina
96947518 9c-tamadun-cina96947518 9c-tamadun-cina
96947518 9c-tamadun-cinaNor Hayani
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cinawanarizwan
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun Indiawan arizwnb
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganAbdul Hamzzah
 
Dol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan NaningDol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan NaningIntan Azureen
 

Viewers also liked (10)

The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs in penins...
The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs  in penins...The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs  in penins...
The philosophy in the creation of traditional malay carving motifs in penins...
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
 
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_case
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_caseSaid ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_case
Said ismail2008 composition_of_malay_woodcarving_case
 
proposal defence
proposal defenceproposal defence
proposal defence
 
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid Al Hussein, Perlis
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, PerlisDapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis
Dapatan Kajian Lawatan ke masjid Al Hussein, Perlis
 
96947518 9c-tamadun-cina
96947518 9c-tamadun-cina96947518 9c-tamadun-cina
96947518 9c-tamadun-cina
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cina
 
Bab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun IndiaBab 4 Tamadun India
Bab 4 Tamadun India
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
Dol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan NaningDol Said Pahlawan Naning
Dol Said Pahlawan Naning
 

Similar to EVOLUSI UKIRAN

Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)
Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)
Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)Khansha Hanak
 
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptx
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptxAKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptx
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptxDARIUSDARIUS30
 
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptx
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptxTeori seni rupa di zaman purba dan batu.pptx
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptxcirutjr61977
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiranlouisia
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan Islam
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan IslamSejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan Islam
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan IslamMade Althaaf Naufal Gusendra
 
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptx
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptxAkulturasi Budaya Islam Microteaching.pptx
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptxikhwanmarufi336
 
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptx
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptxTUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptx
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptxGRyan2
 
Wayang Kulit.pptx
Wayang Kulit.pptxWayang Kulit.pptx
Wayang Kulit.pptxAnggidian1
 
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptx
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptxTUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptx
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptxNaa22
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Norafsah Awang Kati
 

Similar to EVOLUSI UKIRAN (20)

Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)
Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)
Perkembangan Seni rupa di indonesia (Pelajaran seni rupa kelas XII)
 
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptx
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptxAKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptx
AKULTURASI DAN PERKEMBANGAN BUDAYA ISLAM 13 MEI.pptx
 
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptx
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptxTeori seni rupa di zaman purba dan batu.pptx
Teori seni rupa di zaman purba dan batu.pptx
 
Seni Ukir
Seni UkirSeni Ukir
Seni Ukir
 
Artikel ski
Artikel skiArtikel ski
Artikel ski
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiran
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Modul Seni Rupa
Modul Seni RupaModul Seni Rupa
Modul Seni Rupa
 
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan Islam
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan IslamSejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan Islam
Sejarah Kelas 10 : Wujud Akulturasi Kebudayaan Indonesia dan Kebudayaan Islam
 
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptx
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptxAkulturasi Budaya Islam Microteaching.pptx
Akulturasi Budaya Islam Microteaching.pptx
 
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptx
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptxTUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptx
TUGAS AKHIR GUSRIANSYAH.pptx
 
Wayang Kulit.pptx
Wayang Kulit.pptxWayang Kulit.pptx
Wayang Kulit.pptx
 
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptx
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptxTUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptx
TUGAS AKHIR FENOMENA NURSYABANI.pptx
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Islam Nusantara
Islam NusantaraIslam Nusantara
Islam Nusantara
 
Tradisi islam
Tradisi islamTradisi islam
Tradisi islam
 
Materi tradisi islam
Materi tradisi islamMateri tradisi islam
Materi tradisi islam
 
Ppt
Ppt Ppt
Ppt
 
Zaman megalithikum
Zaman megalithikum Zaman megalithikum
Zaman megalithikum
 

EVOLUSI UKIRAN

  • 1. EVOLUSI BENTUK DAN MAKNA PADA RAGAM HIAS DALAM SENI BINA TRADISIONAL MELAYU Mohd Sabrizaa B Abd Rashid1 Jabatan Seni Bina Dalaman Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur UiTM Perak Kampus Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan. mohds637@perak.uitm.edu.my Abstrak Secara geografis Semenanjung Malaysia terletak di antara dua buah benua kecil yang mempunyai sejarah kegemilangan ketamadunan yang tersendiri iaitu China dan India. Lokasinya yang unik ini menjadikan negeri-negeri di Pantai Barat dan Pantai Timur semenanjung sebagai bandar-bandar pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan yang menerima kedatangan pedagang dan perantau dari pelbagai negara sejak zaman berzaman. Dari segi kefahaman agama rantau ini telah menerima pelbagai ideologi dan kepercayaan. Semenjak zaman pra-sejarah dan era pra-Islam telah menyaksikan kepercayaan anamisme dan Hindu-Buddha menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam pada kurun ke 14M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan pemikiran orang-orang Melayu. Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan kesenian Melayu di Semenanjung Malaysia. Maka dalam keadaan tersebut, persoalannya adalah dengan berlakunya transformasi keagamaan yang melibatkan pemikiran dan kepercayaan, apakah turut berlaku transformasi idea dan makna dalam kesenian alam Melayu? Kertas kerja ini membincangkan perkembangan yang berlaku pada kesenian ukiran Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian dijalankan secara penelitian, pemerhatian dan temubual. Pemerhatian telah dibuat ke atas artifak yang merupakan panel-panel ukiran daripada rumah-rumah terpilih yang mewakili seni bina tradisional negerinegeri Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Selain itu panel-panel ukiran lama yang terdapat di beberapa muzium serta panel-panel ukiran yang menjadi milik persendirian pengumpul barang-barang lama (antik) serta koleksi pengukirpengukir turut dianalisa. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa berlaku evolusi pada bentuk dan motif-motif ukiran yang memberi gambaran terhadap kesan pemahaman dan ideologi pengukir-pengukir Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Katakunci : Seni Ukiran, Melayu, Seni Islam, Seni bina Pendahuluan : Sejarah dan Latar Belakang Seni Ukiran Melayu Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Menurut Halim Nasir (1987:9) seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-motif pada batu dalam bentuk ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke 1 Director Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior (KUTAI) UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. 1
  • 2. rantau sebelah sini. Manakala penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu, penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu. Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2). Secara amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya. Ukiran dan ragamhias pada seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran dan ragamhias pada seni bina Negeri Sembilan dengan Minangkabau.(Halim Nasir, 1987:66). Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini. Latarbelakang dan Kaedah Penyelidikan Penyelidikan untuk tajuk kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada kajian peringkat Doktor Falsafah yang telah dilakukan untuk mengkaji simbolisme pada elemen estetik dan ragam hias seni bina tradisional Melayu. Kajian melibatkan proses penerokaan dan penelitian ke atas bahan-bahan lama dan antik yang semakin pupus dan sukar untuk ditemui seperti artifak lama, bahan ukiran lama, bangunan atau senibina lama yang mempunyai keunikan tersendiri. Secara keseluruhannya, penyiasatan dan penerokaan dalam kajian ini dibuat secara kualitatif dan melibatkan beberapa kaedah dan pendekatan iaitu : i. kaedah penelitian daripada bahan bacaan seperti manuskrip, buku, dokumentasi, jurnal, internet dan lain-lain. ii. kaedah penelitian ke atas artifak fizikal saperti bahan ukiran, perahu, bangunan dan lain-lain. Sebanyak lebih tiga ratus artifak telah dibuat pemerhatian dan sebanyak enam puluh lima daripadanya dibuat penelitian dan penganalisaan melalui kajian kes. iii. kaedah pemerhatian dengan membuat beberapa lawatan ke kawasan-kawasan yang relevan dengan kajian di dalam dan luar negeri. iv. kaedah temu bual ke atas empat orang pengukir yang terpilih dan individu-individu lain saperti tukang, pawang, arkitek, budayawan, pelukis dan lain-lain. v. kaedah kajian kes ke atas tujuh buah bangunan terpilih. vii. kaedah pengumpulan data dalam pengkalan data dengan melibatkan lima puluh motif dan spesis tumbuhan daripada seratus motif dan spesis tumbuhan yang telah dikenalpasti. Kombinasi pengumpulan data daripada kesemua kaedah ini telah diterjemahkan dalam bentuk penulisan, jadual-jadual dan penganalisaan datadata. Dalam konteks penulisan kertas kerja ini, fokus atau tumpuan perbincangan adalah terus kepada penemuan imej-imej pra-Islam yang terdapat pada seni ukiran Melayu. 2
  • 3. Penemuan Imej-Imej Pra-Islam Pada Seni Ukiran Melayu Penelitian yang dibuat terhadap motif dan imej yang terdapat pada beberapa aspek dalam kesenian Melayu menampakkan bahawa berlaku perkembangan dan perubahan yang menarik dari aspek fizikal dan permaknaan. Kesenian Melayu telah melalui beberapa zaman semenjak era pra-Islam yang disebut sebagai era anamisme dan Hindu atau Buddha sehingga kepada era kolonialisme dan seterusnya era Islam. Jika dilihat dalam konteks alam Melayu terutama di Indonesia dan Indochina, motif dan imej-imej pra-Islam masih kelihatan agak ketara berbanding dengan apa yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Imej-imej Kala, Makara, Garuda, Naga dan Gunungan yang merupakan imej-imej kedewaan kelihatan begitu jelas terutamanya pada seni bina candi yang dibina beberapa ratus tahun dahulu. Di Semenanjung Malaysia, imej-imej dan motif-motif tersebut hanya dapat dilihat pada beberapa aspek kesenian Melayu sahaja. Kehadiran „mereka‟ hanya dapat dilihat dengan agak jelas pada artifak-artifak yang masih wujud seperti ukiran keris, perahu-perahu nelayan dan beberapa peralatan rumah seperti kukuran, permainan tradisional seperti congkak dan persembahan rakyat seperti wayang kulit dan makyong. Namun begitu dalam konteks seni bina tradisional Melayu, terdapat beberapa penemuan yang menarik tentang „imej-imej pra-Islam‟ yang akan diperbincangkan. Aspek pertama yang akan diperbincangkan adalah penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang. Pintu gerbang adalah binaan yang mempunyai bukaan yang didirikan bersambungan dengan pagar di sekeliling rumah atau istana. Oleh kerana itu kedudukan pintu gerbang biasanya terletak pada garisan sempadan rumah atau istana dengan bahagian luar yang menjadikannya sebagai ruang pemisah di antara ruang persendirian dengan ruang awam. Pintu gerbang menjadi binaan yang penting kepada tuan rumah dalam „mengawal‟ laluan keluar-masuk ke kawasannya. Penelitian yang dibuat ke atas pintu gerbang menunjukkan kebanyakan yang masih tinggal banyak menggunakan motif-motif bungaan dan kaligrafi ayat-ayat AlQuran. Ia menjadi manifestasi terhadap jiwa tuan rumah atau istana yang menggunakan pintu gerbang bagi tujuan keselamatan dan juga sebagai „penyambut tetamu‟. Reka bentuknya juga jelas menunjukkan kesejajarannya dengan konsep kesenian Islam. Namun terdapat satu penemuan menarik pada sebuah pintu gerbang lama yang ditemui di rumah En. Wan Othman b Wan Ahmad di Kampung Laut, Kelantan.2 Keseluruhan rumah tersebut termasuk pintu gerbang telah dipindahkan dari lokasi asal yang terletak di tepi Sungai Kelantan berhampiran Masjid Tua Kampung Laut yang asal disebabkan oleh hakisan dan banjir. Hanya ukiran kepala pintu gerbang asal yang masih tinggal dan kini diletakkan di atas pintu masuk rumah. Ukiran pintu gerbangnya agak berbeza daripada pintu gerbang lain yang ditemui kerana terdapat imej yang menyerupai „Kala‟ pada bahagian atasnya. Dari sudut kesenian lama, Kala adalah dewa Hindu yang derhaka yang diperintah oleh Siva untuk memakan dirinya sendiri sebagai hukuman. Setelah Kala makan tubuh badannya sendiri, Siva berasa kasihan dan mengabadikan Kala di atas muka pintu kuil sebagai dewa penjaga kuil. Kala sentiasa diwakili sebagai satu kepala tanpa badan dengan mata yang terjojol, hidung berbentuk singa dan mulutnya yang terngaga. Kala menjadi sebahagian ikonografi di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan sering muncul menjadi hiasan di kepala pintu candi-candi lama. Kala adalah sebagai simbol kewaspadaan, wujud dalam abtrak bentuk wajah dengan mata yang terbuka lebar sebagai tanda sentiasa berwaspada mengamati atau berjaga-jaga. Hiasan seperti ini banyak terdapat pada gapura dicandi-candi. Hiasan ini adalah lambang kekuatan sakti untuk mengikis kejahatan. Namun ukiran tersebut 2 Lawatan dan temuramah dibuat pada 19Disember 2005, 20 Disember 2005 dan 21 Februari 2006. 3
  • 4. seolah-olah tidak menampakkan dengan jelas imej tersebut iaitu dengan simplifikasi dan pendekatan stail yang berbeza. Gambar 1.0 atas Imej yang menyerupai „Kala‟ ditemui pada pintu gerbang sebuah rumah di Kampung Laut, Kelantan. kiri „Kala‟ yang menghiasi pintu gerbang atau gapura candi-candi di Indonesia dan Indochina. Sumber: Kajian Lapangan. Gambar 2.0 Pintu gerbang asal yang diletakkan di atas pintu masuk rumah di Kampung Laut, Kelantan. Sumber : Kajian Lapangan 4
  • 5. Sebuah lagi imej yang akan dibincangkan adalah imej pada sebuah pintu gerbang lama yang berasal dari Kelantan berusia hampir 200 tahun yang kini menjadi koleksi Kandis Resource Center di Kandis, Kelantan. Lokasi asal pintu gerbang ini adalah di bahagian belakang rumah bagi laluan masuk para wanita. Pada bahagian tengah puncak yang membentuk gunungan pada pintu gerbang tersebut terdapat imej daripada motif bunga yang berbentuk seperti mempunyai „belalai‟ (rujuk gambar 3.0). Dalam imej pra-Islam, imej yang mempunyai belalai adalah makara. Makara adalah haiwan mitos yang berupa rasaksa air seperti ikan tetapi mempunyai belalai dan kehadirannya sering dikaitkan dengan air. Dalam kepercayaan Hindu, naga dan makara kononnya adalah haiwan tunggangan Dewa Vishnu di air seperti sungai, tasik dan laut manakala garuda adalah haiwan tunggangan Dewa Vishnu di udara. Dalam kepercayaan Hindu, Makara adalah rasaksa air berupa ikan dan berkepala gajah atau buaya atau naga kadangkala bertanduk atau bermuncung. Imej-imej seperti ini turut ditemui pada bangunanbangunan purba tamadun Maya dan Aztec. Lantaran itu imejnya sering terdapat dalam kesenian ukiran Melayu terutama pada senjata dan perahu. Imej-imej makara berbentuk raksaksa air yang mempunyai belalai, dengan lidah terjelir, bermata besar kadangkala bertanduk seperti kambing dan bertaring menjadi perhiasan perahuperahu kepunyaan pelaut-pelaut Melayu sepertimana yang digambarkan oleh Tomes Pires3 seorang pegawai Portugis yang berkhidmat di Melaka pada kurun ke 16. Ia menjadi lambang kesuburan. Imej dan motif makara masih dapat dilihat pada perahu-perahu nelayan di Pantai Sabak, Kelantan dan beberapa keris lama dalam simpanan koleksi Kandis Resource Center di Kelantan. Motif „bunga belalai‟ pada pintu gerbang pula didapati digandingkan bersama motif kangkung yang merupakan spesis tumbuhan akuatik (tumbuhan air). Gambar 3.0 Motif bunga yang mempunyai „belalai‟ terletak pada bahagian puncak sebuah pintu gerbang di Kelantan (kiri) dan Lakaran ukiran hulu badik daripada Patani yang menggunakan imej makara . Sumber : Kajian Lapangan Sebuah lagi penemuan yang menarik dalam konteks perbincangan tentang evolusi bentuk dan makna seni bina tradisional Melayu ialah hiasan puncak atap yang dipanggil „buah buton‟ oleh orang Kelantan dan „buah gutung‟ oleh orang Terengganu. Ianya sering menjadi hiasan puncak atap rumah wakaf, rumah 3 Lihat http://www.nga.gov.au/crescentmoon/details/makara.cfm 5
  • 6. persendirian atau masjid. Tukang-tukang Melayu memanggilnya buah butun atau gutung kerana bentuknya yang hampir menyerupai spesis buah tersebut iaitu Putat Laut (Barringtonia asiatica). Hiasan puncak atap tersebut terdapat pada sebuah rumah di Jalan Pejabat Pos Lama, Kota Bharu yang telah dijadikan sebagai kajian kes ke 2. Bentuknya agak berbeza dengan bentuk-bentuk buah buton yang biasa ditemui kerana ianya mempunyai tapak atau beralaskan susunan kelopak bunga teratai dua lapis. Bentuk buah buton sering dikaitkan dengan bentuk stupa manakala penggunaan alas tapak seperti ini biasanya ditemui pada hiasan-hiasan Buddha yang dipanggil „Padmasana‟ jika satu lapis dan „Visvapadmasana‟ jikalau dua lapis.4 (lihat gambar 4.0). Samada reka bentuknya secara tidak sengaja bersamaan dengan simbol Buddhisme tersebut atau pun sebaliknya mungkin memerlukan penelitian dan penyelidikan yang lebih mendalam. Gambar 4.0 Buah buton yang berlapikkan kelopak bunga teratai di puncak bumbung rumah tradisional Melayu di Kota Bharu, Kelantan. (kiri) dan spesis buah buton atau putat laut ,Barringtonia asiatica. (kanan) Sumber : Kajian Lapangan Lambang swastika merupakan salah satu lambang lama yang banyak digunakan dalam banyak tradisi dan budaya di dunia. Juga disebut „suastika‟, „svastica‟ atau „svastika‟ merupakan lambang yang dikaitkan dengan „nasib baik‟. (Mackenzie, 1926:2). Lambang Swastika5 sering menjadi lambang suci Buddhisme, Jainisme dan Hinduisme. Ianya merupakan garis pangkah sama panjang pada sudut 90 darjah serta bengkok di bahagian hujung samada menghadap ke kiri atau ke kanan. Walaupun kedua-dua gaya (samada menghadap ke kiri atau kanan) biasa digunakan namun terdapat kepercayaan bahawa gaya menghadap ke kiri sering dikaitkan dengan kejahatan atau keburukan. Ianya adalah diantara 108 lambang Dewa Vishnu dalam Hinduisme melambangkan cahaya matahari dan kehidupan. Lambang ini sering digunakan sebagai hiasan dan reka corak dalam seni bina India serta semasa perayaan keagamaan dan keraian biasa di India. Reka corak gaya berulang-ulang dan bersambungan adalah antara gaya yang terkenal. Kadangkala disebut sebagai shubhtika yang membawa maksud petanda baik menjadi simbol nasib baik dan bertuah pada seseorang yang menggunakannya. 4 Lihat Jansen, E.R. (2000), The Book of Buddhas, Binkey Kok Publications : Havelte, Holland. hal 14. Daripada bahasa Sanskrit स्वास्स्िक (svastika) turut menjadi lambang Nazi di Jerman semasa era pemerintahan Adolf Hitler dengan panggilan Hakenkreuz. Ianya dikatakan berkaitan dengan simbol tradisi Aryan (Proto Indo-Eropah) dan teori asal-usul bangsa Jerman ketika migrasi purba. 5 6
  • 7. Gambar 5.0 Lambang Swastika versi Hindu dengan tambahan titik di bahagian tengah. Sumber: Wikipedia Encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Swastika Penggunaan lambang ini dapat dilihat dengan jelas pada papan kekisi dan juga pada panel dinding Masjid Wadi Hussin, Patani. (lihat gambar 6.0). Masjid ini terletak di Telok Manok, Narathiwat, Thailand di sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh sawah padi. Mengikut buku laporan ulang tahun 370 tahun masjid ini dibina pada tahun 1624. (Salleh Akib, 2003:83). Gambar 6.0 Motif swastika pada papan kekisi (kiri) dan panel janda berhias (kanan) Masjid Wadi Hussin, Patani. sumber: Farish Noor & Eddin Khoo (2003) Mackenzie (1926:14) melalui perbincangan dalam bukunya “The Migration of Symbols” menyatakan bahawa terdapat penggunaan lambang swastika lazimnya terbentuk daripada titik kardinal ditengah mengarah keluar. Terdapat sebuah lambang swastika yang menjadi simbol melibatkan nama-nama malaikat ; Izrail, Israfil, Jibrail dan Mikail yang ditemuinya dan beliau namakan sebagai “the moslem swastika” (lihat Gambar 7.0) Lambang ini menunjuk kedudukan keempat-empat malaikat arah berkaitan dengan „kedudukan‟ keempat -empat arah utara, barat, selatan dan timur. Gambar 6.0 Lambang “The Moslem Swastika” sumber : Mackenzie, Donald A.(1926) 7
  • 8. Perbincangan dan Ulasan Penemuan imej-imej pra-Islam pada seni bina tradisional Melayu ini menguatkan fakta sejarah dan hujah bahawa alam Melayu terutamanya rantau sebelah Pantai Timur yang turut dipanggil Melayu Timur-Laut ini telah melalui fasa anamisme dan Hindu-Buddhisme sebelum masuki era Islam. Zaman kegemilangan Melayu rantau ini pernah tercatat sebagai kerajaan Langkasuka yang kemudiannya pernah bernaung di bawah kerajaan Sriwijaya pada abad ke tujuh sehingga kepada kerajaan Islam Patani Darul Salam pada sekitar abad ke 15 dan 16 merangkumi kawasan yang luas termasuk Kelantan, Terengganu, Patani, Singgora hingga Patalung yang dikenali sebagai „Patani Besar‟ . Rantau ini telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan utama yang menguasai perairan Asia Tenggara pada abad ke 17 serta menjadi pusat penyebaran Islam semenjak abad ke 16. Kegemilangan empayar Melayu Patani akhirnya dicerobohi oleh tentera Siam pada 1786 setelah sekian lama menyerang dan ini menjadi detik kejatuhannya. (Zamberi Malek, 1994:12-38). Penemuan imej pra-Islam adalah saki baki pemikiran lama yang masih wujud pada tukang-tukang dan pengukir-pengukir dan kemungkinan besar hanya dalam bentuk luaran atau fizikal sahaja tanpa membawa makna-makna asal. Apabila Islam masuk ke alam Melayu, ajaran tersebut tidak menghalang secara melulu penggunaan elemen-elemen lama yang sudah sekian lama sebati dengan pemikiran tukang-tukang dan pengukir-pengukir. Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif (tidak secara peperangan atau paksaan) ini menyebabkan ianya mudah diterima di alam Melayu. Fenomena yang sama turut berlaku di negara China yang telah menerima Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Kesenian China banyak bercampur baur antara agama, adat dan kebudayaan. Antara kepercayaan dalam agama, adat resam dalam kebudayaan dan mitos-mitos dari pemikiran lama telah menghasilkan kepelbagaian dalam kesenian China. Feng Shui memberi kesan pengaruh yang amat besar. Kepercayaan terhadap „tenaga‟ yang terhasil dari alam, haiwan dan tumbuhan yang mampu mengawal kejahatan dengan cara menghalang dan menghalau. Haiwan yang kuat, ganas dan dipercayai mempunyai kuasa sakti digunakan untuk “mengawal”. Begitu juga dengan „tenaga‟ baik yang terdapat daripada alam, haiwan dan tumbuhan yang boleh digunakan untuk menarik tenaga tersebut ke dalam rumah atau pejabat. Kepercayaannya amat kuat dan mendalam sehingga sudah menjadi sebati dengan pemikiran dan kebudayaan bangsa China itu sendiri. Justeru itu sehingga kini seni bina masjid di negeri China masih menggunakan elemen-elemen naga dan singa serta haiwan-haiwan mitos yang lain sebagai ragam hias mereka. Jika diperhatikan reka bentuk masjid-masjid di negara China, masih terdapat elemen-elemen mitos mereka seperti singa, rajawali dan naga menghiasi puncak-puncak bumbungnya kecuali di ruang-ruang solat. Namun begitu menurut Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995:112-113) masjid-masjid yang dibina selepas revolusi 1911 sudah jarang terlihat di dalamnya gambar-gambar binatang. Ini adalah kerana selepas era revolusi ulama-ulama berfahaman Wahabi mulai meluas di kalangan kaum muslimin di China dan mula menolak corak-corak lama dalam binaan masjid. 8
  • 9. Gambar 7.0 Menara Masjid Besar Xian dinegara China. Reka bentuk bumbung yang melentik dan berbentuk pagoda dihiasi dengan elemen naga pada perabung bumbung tingkatnya. sumber: Frishman, M & Hasan-uddin Khan (2003) Dalam konteks alam Melayu, seni bina di Malaysia boleh dianggap lebih awal menolak elemen-elemen pepatungan dan motif-motif haiwan mitos ke dalam reka bentuknya berbanding dengan rekabentuk senibina dinegara Indonesia. Proses Islamisasi dalam kesenian dan budaya Melayu ternyata lebih awal berbanding dengan apa yang berlaku di Jawa. Proses sinkretisme yang dikatakan berlaku di alam Melayu tidak begitu ketara berlaku di Malaysia berbanding dengan apa yang berlaku di Jawa, dan beberapa daerah lain di Indonesia. Barangkali ini menguatkan hujah yang diutarakan oleh Syed Naquib Al-Attas(1972) bahawa Hinduisme yang masuk ke alam Melayu cuma di kalangan golongan atasan dan tidak merakyat. Hanya di peringkat kesenian sahaja tetapi tidak di peringkat falsafah. Pandangan ini sejajar dengan pandangan Jacob Sumardjo (2002:29) apabila beliau mengulas tentang kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Melayu dengan berkata : Meskipun budaya kelautan Melayu menerima budaya India selama 600 tahun, namun sisa-sisa alam pikiran dan kepercayaan India di Sumatera umumnya kurang punya arti. Justru Melayu itu identik dengan Islam, yang baru datang kemudian. Masyarakat ladang dan kelautan Melayu seolah-olah tak pernah mengalami masa kejayaan agama dan budaya transformatif Indianya yang begitu lama. Penulis berpendapat bahawa walaupun pandangan yang diberikan adalah tentang Melayu Sumatera tetapi ianya agak relevan dengan masyarakat Melayu amnya terutamanya Melayu Timur-Laut. Menurutnya masyarakat Melayu adalah masyarakat kelautan di pesisir dan masyarakat ladang. Mentaliti masyarakat pesisir lebih indipenden (berdikari), mobil (bergerak), pragmatik, siap dalam persaingan (kompetitif) kerana merupakan masyarakat niaga. Agama Buddha yang lebih filosofis membuatkan orang Melayu mudah menerimanya berbanding Hindu yang lebih ritualistik. Sebab itu keberadaan Buddhisme di daerah Melayu bertahan cukup lama iaitu mulai abad ke 7 hingga abad ke 13. Karakter Melayu kelautan dan ladang ini kemudiannya bersesuaian dengan ajaran yang dibawa oleh Islam. Berbanding dengan masyarakat sawah Jawa, adalah masyarakat yang menetap di suatu tempat. secara turun temurun. Hierarki kekuasaan dan peng‟Hindu‟an dari Kraton diterima secara lisan dengan begitu lama sehingga melalui zaman kolonial dan zaman Islam. Pengaruh budaya kraton amat kuat ke atas wilayah-wilayahnya. Sehingga yang lahir 9
  • 10. kemudiannya adalah Islam abangan (agama rakyat), Islam priyayi (agama elit Kraton) dan Islam santri. Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60‟an dan 70‟an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam (lihat gambar 7.0). Gambar 8.0 Dua contoh karya khat atau kaligrafi yang menggunakan elemen binatang. Gaya ini agak terkenal sekitar 1960‟an dan 1970‟an namun kurang mendapat tempat di hati umat Islam di Malaysia. Dalam konteks kesenian dan kebudayaan Melayu di Malaysia, barangkali kita boleh menganggap bahawa kita merupakan generasi terakhir yang ditakdirkan menjadi saksi terhadap transformasi Islamisasi dalam kesenian dan kebudayaan tersebut. Era ini masih terdapat bukti kewujudan imej pra Islam pada artifak dan di bangunan-bangunan lama dan sedang melalui zaman pelupusannya kerana sudah tidak digunakan lagi. Fenomena ini mungkin akan hilang pada era generasi akan datang yang mungkin akan hanya tinggal sebagai bahan sejarah sahaja. Rujukan Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque, Thames & Hudson : London. Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur 10
  • 11. Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their Relations to Beliefs and Customs., Alfred A. Knopf : New York. Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China, Pustaka Antara : Kuala Lumpur. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa , The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia : Its Origins and Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance Studies, Manchester Metropolitan University, UK. 1995. Mohd Sabrizaa Abd Rashid, Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007. Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhaiza Noodin, Inovasi : Hubungkait Seni Ukir Kayu Dalam Masyarakat, Konvensyen Inovasi Kraf Kebangsaan 2004, Hotel Prince, Kuala Lumpur, 28 Feb. 2005. Norhaiza Noordin, Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International Seminar : Spirit & Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 – 29 Jun 2005. Rosnawati Othman (2005), The Language of The Langkasukan Motif, Journal of Indonesia and The Malay World, Vol. 33, No. 96, July 2005, Routledge Taylor and Francis Group : Oxfordshire. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, ABIM: Kuala Lumpur Sumardjo, J. (2002), Arkeologi Budaya Indonesia, Penerbit Qalam : Yogyakarta. Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP : Kuala Lumpur 11