SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Sejarah Kertas 3 Bab 3 
TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA 
Tugasan sejarah kertas 3 (tingkatan 4). 
SOALAN:Huraikan perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan 
menghubungkaitkan dengan kejayaan Malaysia memajukan sektor pertanian. 
PENGENALAN : Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia tengara. 
(5 markah) 
Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat 
daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China 
dan artifak. Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di 
Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang 
serupa dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara 
abad ke-3 – 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india. Amaravati 
merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di 
tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India. 
Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan 
hubungan diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan 
dan keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara 
dengan India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara 
kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang 
gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di 
Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), 
Thailand, Myanmar, dan Indonesia. 
Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, 
malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti, 
banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan 
Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan 
kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal 
manusia di Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam 
kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil 
barang dagangan yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di 
samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan 
kemajuan pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia 
Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim. 
Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia Tenggara telah bermula sejak 
abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. 
Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun 
semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara 
kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti berikut :
a) Abad ke-2 – 5 M. 
Funan, Langkasuka, dan Champa. 
b) Abad ke-6 M 
Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni 
(Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah). 
c) Abad ke-7 M 
Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati 
(Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah). 
d) Selepas abad ke-7 M. 
Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung 
(Terengganu), dan Temasik (Singapura). 
Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan 
utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk 
kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain. 
ISI DAN HURAIAN : 
Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara. 
Huraikan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara: 
- Kerajan agraria 
- Kerajan maritim 
(30 markah) 
Kerajaan Agraria. 
Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan 
perternakan, di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama 
masyarakat agraria ialah menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi 
huma di kawasan tanah tinggi dan berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman 
sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran. 
Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam dan mengumpul hasil 
hutan seperi damar, kayu cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah-buahan 
hutan,sarang burung dan kulit kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, 
kerbau, ayam serta penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua 
untung tujuan perdagangan. Tanaman makanan dan penternakan pada tahap awal hanya 
untuk sara diri saja. Tetapi, lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan 
mereka yang tidak terlibat dalam sektor pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan 
kerajan maritim. 
Sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui 
sungai menggalakkan aktiviti perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi 
perkembangan ekonomi pertanian yang pesat. Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor
berasaskan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan 
terusan, monimen dan mempunyai tukang yang mahir dan cekap. Wujud hubungan 
perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar 
barang. 
Kerajaan maritim. 
Kerajaan maritime ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasakan 
perdagangan dan kelautan, serta mempunyai pelabuhan utama. Kerajaan ini terletak di 
kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. 
Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang seperti 
bekalan makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain. 
Kemajuan sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan dan 
peranan yang dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang 
yang berkunjung ke pelabuhan. 
Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai 
pelabuhan pembekal, iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, 
timah serta bekalan keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang. Antara 
pelabuhan pembekal termasuk Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing 
(Perak). Sesebuah pelabuhan pembekal akan berkembang maju dan akhirnya menjadi 
pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ. Antaranya, pelabuhan Srivijaya, pelabuhan 
Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain. Pelabuhan kerajaan menjalankan peranan sebagai 
pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran. 
Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. Perkembangan pelabuhan kerajaan 
sekali gus menarik pedagang-padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, 
seperti pedagang dari China dan India. Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan 
wujud melalui hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah 
mengubah kedudukan pelabuhan kepada pelabuhan entrepot. Pelabuhan kerajaan menjadi 
pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan keperluan pedagang-pedang asing yang 
memerlukan barang-barang tempatan seperti rempah ratus, kayu wangian, di samping 
mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan mengedarkannya 
kepada pedagang-padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan tersebut. 
Perkembangan pelabuhan 
Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, 
memungut hasil-hasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah. Wujud kepelbagaian 
penduduk yang terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing. 
Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa perhubungan dan perdagangan 
adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di Asia Tenggara. 
Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang 
yang gigih. Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh. 
Berkeupayaan untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan 
ombak untuk menuju ke sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut 
seperti hujan, rebut, taufan dan angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam 
sekeliling dan lain-lain. Mudah menerima pengaruh luar dan disesuaikan dengan keadaan 
masyarakat setempat sama ada dari aspek bahasa, kebudayaan, kesenian dan lain-lain.
Faktor-faktor perkembangan kerajaan awl di Asia Tenggara. 
Bandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dengan maritim dalam 
tamadun awal di Asia Tenggara. (15 markah) 
Sebelum kita membandingkan faktor-faktor perkembangan kedua-dua kerajaan, kerajaan 
maritim dan agraria. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria adalah kedudukan yang 
strategik, kaedah pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan 
makanan, mempunyai banyak hasil-hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan 
perhubungan, peranan raja atau pemerintah, kemudahan dan sumber bekalan dari sungai, 
hasil sampingan, kepergantungan daripada kerajaan maritim dan berupaya untuk mengawal 
banjir. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim pula adalah lokasi dan kedudukan yang 
stratigik, kemudahan di pelabuhan, laluan perdagangan yang selamat, pusat pengumpulan 
dan pelabuhan serta kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. 
Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan agraria dan maritim memiliki lokasi 
dan kedudukan yang strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang 
subur, keradaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim 
yang panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, 
kerajaan maritim muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang 
terletak di kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran 
dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut 
Jawa atau Laut Sulawesi. 
Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat 
membantu kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan agraria 
mengunakan peranan pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan 
peranan orang laut. Oleh yang demikian, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbiran 
atau raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, 
pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar hasil, permasaran dan kawalan ke 
atas tanah pertanian. Kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut untuk menjaga 
keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun. 
Dari segi keistimewaan pula, kita lihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. 
Kerajaan agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan maritime 
bergantung kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran 
dengan laluan pedagang. Karajaan agrarian mengunakan keistimewaan sungai tersebut 
untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan 
perhubungan air. Seterusnya kerjaan maritime mempergunakan kawasan persisiran pantai 
atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sebagai laluan 
perdagang yang selamat. Tambahan pula dengan bantuan orang laut. 
Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan. 
Kerajaan agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan 
untuk mengawal banjir. Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan 
dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman 
terutama pada musim kemarau. Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan 
maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Mereka mampu
membina kapal dagang dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah 
yang lebih jauh untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan 
daripada pukulan ombak kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang 
berhampiran kerajaan agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi 
peneroka laut, pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir 
dalam menentukan kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti rebut 
taufan dan puting beliung. 
Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka 
untuk saling memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan maritim 
amat bergantung kepada sokongan dan bantuan daaripada kerajaan agraria dan begitu juga 
sebaliknya. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang 
dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan 
agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah daripada 
pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan 
maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk 
membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah. 
Pembentukan kerajaan agraria yang agung di Asia Tenggara. 
Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di 
Asia Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung? 
(15 markah) 
Seandainya saya sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia 
Tenggara, saya akan membentuk kerajaan yang hebat dang teragung. Antara cara yang 
saya akan gunakan untuk membentuk kerajaan agraria yang agung adalah mewujudkan 
sistem saliran yang lebih sistematik. Saliran air yang sistematik yang lebih teratur dan dalam. 
Hal ini kerana kepentingannya untuk pertanian dan perternakan. Dalam pertanian dan 
perternakan air amat diperlukan. Air disalirkan dari tasik dan sungai berdekatan. Sebagai 
contoh, tasik tonle sap. Air ini juga digunakan untuk pemindahan tanaman dari satu tempat 
ke satu tempat yang lain. Air ini juga boleh digunakan untuk mencipta teknologi. Sebagai 
contoh, kincir air. Seterusnya, kepentingannya adalah sebagai pengangkutan. Hal ini kerana, 
ini boleh menjadi sistem penghubungan dari satu tempat ke tempat lain. Tambahan pula, 
boleh mempercepatkan perjalanan dengan pengunaan perahu. Sebagai contoh, sungai 
Mekong. Selain itu, air juga menjadi sumber kehidupan seharian masyarakat saya. Dengan 
adanya system ini rakyat boleh mendapat air dengan mudah. Seperti, memasak dan mandi. 
Tidak perlulah mereka pergi ke tasik atau sungai yang jauh. 
Seterusnya, saya akan melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi yang lebih maju dan 
sistematik terhadap kerajaan saya. Antaranya. Saya akan melaksanakan pengunaan mata 
wang. Maka, system barter yang diamalkan selama ini ditukarkan dangan system mata wang. 
Kebaikannya adalah memudahkan urusan pedagangan dari dalam dan luar Negara. Mata 
wang menjadi pengukuran nilai barang dagangan dan pengiraan hasil Negara yang lebih 
tepat. Malahan, saya akan menukarkan sara diri kepada komesial. Ia dapat memberi 
kebaikan dari segi meningkatkan ekonomi kerajaan serta mempertingkatkan dan 
memperbesarkan kawasan pedagang serta pertanian dan perternakan.
Lain daripada itu, saya akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan 
kerajaan saya yang agung. Antaranya adalah, kerajaan saya perlu menjalankan hubungan 
dari segi politik supaya menjamin keselamatan & keamanan negara. Selain itu, kerajaan 
agrarian yang saya miliki perlu menjalankan hubungan diplomatic dari segi ekonomi. 
Terutama sekali dangan kerajaan terdekat, kerajaan maritime. Hal ini kerana kerajaan 
maritime dan agrarian saling memerlukan sumber dari satu sama lain. Ini juga mampu 
meningkatkan hasil Negara. Kadar kebajikan rakyat akan meningkat. Tambahan pula , 
kerajaan maritime boleh dan akan membina lebih banyak pertempatan-pertempatan 
dikawasan kerajaan saya. Secara tidak langsung hubungan sebegini akan memajukan 
kawasan setempat kerajaan saya. 
Kejayaan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam sektor pertanian. 
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan Malaysia sebagai Negara maju 
dalam sektor pertanian. (10 markah) 
Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai Negara yang maju 
dalam sektor pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari 
peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor 
pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh 
menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini 
merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan 
perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada 
pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat 
untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan tidak 
membawa keuntungan 
Kementrian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas 
tani diberi amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian & penternakan di Malaysia. 
Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap 
pembangunan sektor komoditi utama negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi 
merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan 
tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi 
adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi 
tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara 
Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang 
menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan 
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik 
(GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat 
luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah 
berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan 
barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan 
lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian Pertanian wujud sebagai 
sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk 
perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti 
pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas 
pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang 
mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya menggembleng
seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk 
merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian 
matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke 
Sembilan. Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan 
mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di 
Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu 
memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. 
Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan 
yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang 
penting pada ekonomi negara. Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu agensi kerajaan 
Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke 
kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim 
FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk 
Malaysia. Selain itu, FELCA. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar 
dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara 
Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Di samping 
itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah 
sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan 
industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan 
keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan 
teratur. 
Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor 
pertanian. 
a) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara 
yang maju dalam sektor pertanian. (5m) 
b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m) 
(10 markah) 
(a) Negara kita amat berpotensi tinggi untuk menjadi Negara yang maju dalam sektor 
pertaniaan. Namun, masih terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam 
menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Antara cabaran 
yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan tenaga buruh. Pembangunan sektor 
pertaniaan semakin sukar dijalankan kerana Negara menghadapi kekurangan tenaga buruh. 
Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan 
peladangan.mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di Bandar-bandar. 
Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi Negara 
maju dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman. 
Kebanyakan pertani di Negara ini kurang berpengetahuan dan pengalaman terutamanya 
tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komesial. Di samping itu, cabaran bagi 
Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertanian adalah kurangnya teknologi 
yang lebih maju dan berkualiti. Masih banyak lagi masyarakat kita mengunakan pertanian 
secara tradisional. Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak mampu 
membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi.
(b) Antara langkah bagi mengatasi cabaran Negara kita untuk menjadi Negara maju 
dalam sektor pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah 
kekurangan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan 
mengambil penganggur-penganggur Negara kita untuk berkerja. Seterusnya, cabaran dalam 
kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani boleh dibantu dengan menghantar anak 
bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan teknik yang terbaik untuk 
memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang dihantar belajar didalam mahupun 
diluar Negara harus pulang ke Negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik 
kepada masyarakat kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka 
yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor 
pertanian. Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara 
memajukan pertanian dan perladangan. Disamping itu, kekurangan teknologi dapat 
dielakan dengan mengadakan program yang berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka 
pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak. 
Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajulan 
Negara kita. 
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kemajuan kerjaan awal yang 
boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian. 
(10 markah) 
Melalui apa yang saya dapat dalam melihat kemajuan kerajaan awal, nilai-nilai 
murni/iktibar/patriotism yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor 
pertanian adalah nilai saling membantu dan berkerjasama. Seperti yang kita ketahui, 
kerajaan awal, agraria dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka. 
Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk memajukan dan kelancaran pentabiran 
kerajaan mereka. Sebagai contoh, orang laut berkerja dan memberi kerjasama dengan 
pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan. Begitu juga Negara kita 
Malaysia, Negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan Negara luar bagi 
meningkatkan ekonomi mahupun pertanian Negara kita begitu juga sebaliknya Negara luar. 
Rakyat Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan 
Negara. Sebagai contoh, memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara 
tidak langsung akan meningkatkan ekonomi Negara. Seterusnya, kita juga perlu memiliki 
kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih lagi sebuah kerajaan yang besar. Kerajaan 
awal, kerajaan maritim dan agraria, kedua-duanya memiliki kretiviti dan inovasi. Misalnya, 
kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat mencipta saliran yang 
baik. Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat kepakaran laut dan 
perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia juga harus 
mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju. 
Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama 
pertanian. Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan 
awal menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk 
memajukan kerajaan mereka. Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita 
berada dikedudukan geografi yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan 
lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor pertanian. Nilai murni, iktibar dan 
patriotism yang terdapat pada kerajaan awal yang berguna kepada Malaysia bagi memajukan 
sektor pertanian.
Rumusan. 
· Pengetahuan yang diperoleh. 
· Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara. 
· Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang. 
(5 markah) 
Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan 
perternakan. Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor 
pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.negara kita juga 
berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit. Iktibar kepada diri, Negara dan 
bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sector pertanian 
Negara kita. Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai, kita perlu lebih berdaya saing 
agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut. Harapan untuk masa depan 
ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi 
peruntukkan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara. Ini dapat 
memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. 
Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap rakyat Malaysia 
bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif kearah kejayaan 
diri sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara yang cerah. 
Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik. Hubungan 
yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur luar/asing ke Negara kita dan 
akan memajukan ekonomi Negara.

More Related Content

What's hot

Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka
湘霖 徐
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisional
NishaUcik
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
Ro Ny
 
Jenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliranJenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliran
husnuzan84
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Nurhidayatul Asma
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
zulhilmi94
 

What's hot (20)

Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Penggal 1: Bahasa Melayu Kuno
 
Latar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melakaLatar belakang sejarah melaka
Latar belakang sejarah melaka
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
 
Makanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisionalMakanan melayu tradisional
Makanan melayu tradisional
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
Kegemilangan Melaka
Kegemilangan MelakaKegemilangan Melaka
Kegemilangan Melaka
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-KhattabKhalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab
 
Pemerintahan al-Muwahhidun
Pemerintahan al-MuwahhidunPemerintahan al-Muwahhidun
Pemerintahan al-Muwahhidun
 
Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah
 
Pendidikan islam (imam malik)
Pendidikan islam (imam malik)Pendidikan islam (imam malik)
Pendidikan islam (imam malik)
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
Jenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliranJenis jenis pola saliran
Jenis jenis pola saliran
 
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
Sejarah Bab 1 *TAMADUN MESIR PURBA*
 
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020 SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
 

Viewers also liked

Bab 3-ting-4 Sejarah spm
Bab 3-ting-4 Sejarah spmBab 3-ting-4 Sejarah spm
Bab 3-ting-4 Sejarah spm
nurul othman
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
Then Moli
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Mohd Muzlimi Junoh
 
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARABAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
norlinahasanji
 

Viewers also liked (20)

Bab 3 sejarah tingkatan 4
Bab 3 sejarah tingkatan 4Bab 3 sejarah tingkatan 4
Bab 3 sejarah tingkatan 4
 
Bab 3-ting-4 Sejarah spm
Bab 3-ting-4 Sejarah spmBab 3-ting-4 Sejarah spm
Bab 3-ting-4 Sejarah spm
 
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)tamadun awal manusia(tingkatan 4)
tamadun awal manusia(tingkatan 4)
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11Sejarah kertas 3 tema 11
Sejarah kertas 3 tema 11
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 3)
SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 3)SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 3)
SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 3)
 
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 4
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia TenggaraBAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
BAB 3 - Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARASejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
 
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia TenggaraBab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
 
Kerajaan agraria maritim
Kerajaan agraria maritimKerajaan agraria maritim
Kerajaan agraria maritim
 
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan SrivijayaKerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya
 
Bab 3 f4
Bab 3 f4Bab 3 f4
Bab 3 f4
 
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARABAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA
 
sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 

Similar to Sejarah kertas 3 bab 3

SEJARAH TINGKATAN 4
SEJARAH TINGKATAN 4 SEJARAH TINGKATAN 4
SEJARAH TINGKATAN 4
Faw Waz
 
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
Ismail Mohamed
 
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
Amin Upsi
 
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdfppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
Rizky533943
 
CH3F4
CH3F4CH3F4
CH3F4
cgsha
 

Similar to Sejarah kertas 3 bab 3 (20)

Bab3
Bab3Bab3
Bab3
 
Bab 3 Sejarah Form 4
Bab 3 Sejarah Form 4Bab 3 Sejarah Form 4
Bab 3 Sejarah Form 4
 
SEJARAH TINGKATAN 4
SEJARAH TINGKATAN 4 SEJARAH TINGKATAN 4
SEJARAH TINGKATAN 4
 
T4 bab 3[1]
T4 bab 3[1]T4 bab 3[1]
T4 bab 3[1]
 
Mid
MidMid
Mid
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxJalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
Kerajaan Maritim
Kerajaan MaritimKerajaan Maritim
Kerajaan Maritim
 
Kerajaan Maritim Tingkatan 4
Kerajaan Maritim Tingkatan 4Kerajaan Maritim Tingkatan 4
Kerajaan Maritim Tingkatan 4
 
KARYA TULIS ILMIAH SEJARAH INDONESIA
KARYA TULIS ILMIAH SEJARAH INDONESIAKARYA TULIS ILMIAH SEJARAH INDONESIA
KARYA TULIS ILMIAH SEJARAH INDONESIA
 
Tamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggaraTamadun awal asia tenggara
Tamadun awal asia tenggara
 
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
20111007111013 chapter 3 latar belakang pembentukan tamadun malaysia
 
Masuknya islam di Indonesia dan jaringan perdagangan di Indonesia
Masuknya islam di Indonesia dan jaringan perdagangan di IndonesiaMasuknya islam di Indonesia dan jaringan perdagangan di Indonesia
Masuknya islam di Indonesia dan jaringan perdagangan di Indonesia
 
IPS kerajaan hindu budha islam.pptx
IPS  kerajaan hindu budha islam.pptxIPS  kerajaan hindu budha islam.pptx
IPS kerajaan hindu budha islam.pptx
 
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
PENGAJIAN KENEGARAAN latar belakang pembentukan tamadun malaysia (p)
 
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdfppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
ppt kelompok 1 politik ekonomi.pdf
 
TUGAS SEJARAH KERAJAAN SRIWIJAYA DAN KALINGGA.pptx
TUGAS SEJARAH KERAJAAN SRIWIJAYA DAN KALINGGA.pptxTUGAS SEJARAH KERAJAAN SRIWIJAYA DAN KALINGGA.pptx
TUGAS SEJARAH KERAJAAN SRIWIJAYA DAN KALINGGA.pptx
 
KERAJAAN-KERAJAAN MARITIM INDONESIA PADA MASA ISLAM.pptx
KERAJAAN-KERAJAAN MARITIM INDONESIA PADA MASA ISLAM.pptxKERAJAAN-KERAJAAN MARITIM INDONESIA PADA MASA ISLAM.pptx
KERAJAAN-KERAJAAN MARITIM INDONESIA PADA MASA ISLAM.pptx
 
CH3F4
CH3F4CH3F4
CH3F4
 

Sejarah kertas 3 bab 3

  • 1. Sejarah Kertas 3 Bab 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA Tugasan sejarah kertas 3 (tingkatan 4). SOALAN:Huraikan perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkan dengan kejayaan Malaysia memajukan sektor pertanian. PENGENALAN : Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia tengara. (5 markah) Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat daripada kewujudan dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak. Berdasarkan catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad ke-3 – 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india. Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India. Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar, dan Indonesia. Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, malahan hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti, banyak manik-manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal manusia di Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil barang dagangan yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim. Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia Tenggara telah bermula sejak abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti berikut :
  • 2. a) Abad ke-2 – 5 M. Funan, Langkasuka, dan Champa. b) Abad ke-6 M Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah). c) Abad ke-7 M Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati (Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah). d) Selepas abad ke-7 M. Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu), dan Temasik (Singapura). Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk kerajaan ini saling bergantung antara satu sama lain. ISI DAN HURAIAN : Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara. Huraikan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara: - Kerajan agraria - Kerajan maritim (30 markah) Kerajaan Agraria. Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan perternakan, di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama masyarakat agraria ialah menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi huma di kawasan tanah tinggi dan berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran. Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam dan mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah-buahan hutan,sarang burung dan kulit kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, kerbau, ayam serta penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung tujuan perdagangan. Tanaman makanan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja. Tetapi, lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam sektor pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan kerajan maritim. Sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui sungai menggalakkan aktiviti perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan ekonomi pertanian yang pesat. Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor
  • 3. berasaskan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monimen dan mempunyai tukang yang mahir dan cekap. Wujud hubungan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar barang. Kerajaan maritim. Kerajaan maritime ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasakan perdagangan dan kelautan, serta mempunyai pelabuhan utama. Kerajaan ini terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan. Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang seperti bekalan makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain. Kemajuan sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan dan peranan yang dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan. Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai pelabuhan pembekal, iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, timah serta bekalan keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang. Antara pelabuhan pembekal termasuk Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak). Sesebuah pelabuhan pembekal akan berkembang maju dan akhirnya menjadi pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ. Antaranya, pelabuhan Srivijaya, pelabuhan Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain. Pelabuhan kerajaan menjalankan peranan sebagai pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran. Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. Perkembangan pelabuhan kerajaan sekali gus menarik pedagang-padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, seperti pedagang dari China dan India. Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan wujud melalui hubungan dengan kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah mengubah kedudukan pelabuhan kepada pelabuhan entrepot. Pelabuhan kerajaan menjadi pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan keperluan pedagang-pedang asing yang memerlukan barang-barang tempatan seperti rempah ratus, kayu wangian, di samping mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang-padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan tersebut. Perkembangan pelabuhan Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, memungut hasil-hasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah. Wujud kepelbagaian penduduk yang terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing. Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa perhubungan dan perdagangan adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di Asia Tenggara. Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang yang gigih. Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh. Berkeupayaan untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan ombak untuk menuju ke sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut seperti hujan, rebut, taufan dan angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam sekeliling dan lain-lain. Mudah menerima pengaruh luar dan disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat sama ada dari aspek bahasa, kebudayaan, kesenian dan lain-lain.
  • 4. Faktor-faktor perkembangan kerajaan awl di Asia Tenggara. Bandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dengan maritim dalam tamadun awal di Asia Tenggara. (15 markah) Sebelum kita membandingkan faktor-faktor perkembangan kedua-dua kerajaan, kerajaan maritim dan agraria. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria adalah kedudukan yang strategik, kaedah pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan makanan, mempunyai banyak hasil-hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, peranan raja atau pemerintah, kemudahan dan sumber bekalan dari sungai, hasil sampingan, kepergantungan daripada kerajaan maritim dan berupaya untuk mengawal banjir. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim pula adalah lokasi dan kedudukan yang stratigik, kemudahan di pelabuhan, laluan perdagangan yang selamat, pusat pengumpulan dan pelabuhan serta kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan agraria dan maritim memiliki lokasi dan kedudukan yang strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, keradaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, kerajaan maritim muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang terletak di kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi. Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat membantu kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut. Oleh yang demikian, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbiran atau raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah pertanian. Kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut untuk menjaga keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun. Dari segi keistimewaan pula, kita lihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. Kerajaan agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan maritime bergantung kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang. Karajaan agrarian mengunakan keistimewaan sungai tersebut untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air. Seterusnya kerjaan maritime mempergunakan kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sebagai laluan perdagang yang selamat. Tambahan pula dengan bantuan orang laut. Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan. Kerajaan agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan untuk mengawal banjir. Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau. Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Mereka mampu
  • 5. membina kapal dagang dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan daripada pukulan ombak kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang berhampiran kerajaan agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut, pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir dalam menentukan kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti rebut taufan dan puting beliung. Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka untuk saling memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan maritim amat bergantung kepada sokongan dan bantuan daaripada kerajaan agraria dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah daripada pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah. Pembentukan kerajaan agraria yang agung di Asia Tenggara. Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung? (15 markah) Seandainya saya sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara, saya akan membentuk kerajaan yang hebat dang teragung. Antara cara yang saya akan gunakan untuk membentuk kerajaan agraria yang agung adalah mewujudkan sistem saliran yang lebih sistematik. Saliran air yang sistematik yang lebih teratur dan dalam. Hal ini kerana kepentingannya untuk pertanian dan perternakan. Dalam pertanian dan perternakan air amat diperlukan. Air disalirkan dari tasik dan sungai berdekatan. Sebagai contoh, tasik tonle sap. Air ini juga digunakan untuk pemindahan tanaman dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Air ini juga boleh digunakan untuk mencipta teknologi. Sebagai contoh, kincir air. Seterusnya, kepentingannya adalah sebagai pengangkutan. Hal ini kerana, ini boleh menjadi sistem penghubungan dari satu tempat ke tempat lain. Tambahan pula, boleh mempercepatkan perjalanan dengan pengunaan perahu. Sebagai contoh, sungai Mekong. Selain itu, air juga menjadi sumber kehidupan seharian masyarakat saya. Dengan adanya system ini rakyat boleh mendapat air dengan mudah. Seperti, memasak dan mandi. Tidak perlulah mereka pergi ke tasik atau sungai yang jauh. Seterusnya, saya akan melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi yang lebih maju dan sistematik terhadap kerajaan saya. Antaranya. Saya akan melaksanakan pengunaan mata wang. Maka, system barter yang diamalkan selama ini ditukarkan dangan system mata wang. Kebaikannya adalah memudahkan urusan pedagangan dari dalam dan luar Negara. Mata wang menjadi pengukuran nilai barang dagangan dan pengiraan hasil Negara yang lebih tepat. Malahan, saya akan menukarkan sara diri kepada komesial. Ia dapat memberi kebaikan dari segi meningkatkan ekonomi kerajaan serta mempertingkatkan dan memperbesarkan kawasan pedagang serta pertanian dan perternakan.
  • 6. Lain daripada itu, saya akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan kerajaan saya yang agung. Antaranya adalah, kerajaan saya perlu menjalankan hubungan dari segi politik supaya menjamin keselamatan & keamanan negara. Selain itu, kerajaan agrarian yang saya miliki perlu menjalankan hubungan diplomatic dari segi ekonomi. Terutama sekali dangan kerajaan terdekat, kerajaan maritime. Hal ini kerana kerajaan maritime dan agrarian saling memerlukan sumber dari satu sama lain. Ini juga mampu meningkatkan hasil Negara. Kadar kebajikan rakyat akan meningkat. Tambahan pula , kerajaan maritime boleh dan akan membina lebih banyak pertempatan-pertempatan dikawasan kerajaan saya. Secara tidak langsung hubungan sebegini akan memajukan kawasan setempat kerajaan saya. Kejayaan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam sektor pertanian. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan Malaysia sebagai Negara maju dalam sektor pertanian. (10 markah) Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan tidak membawa keuntungan Kementrian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas tani diberi amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian & penternakan di Malaysia. Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan agensi di bawahnya menggembleng
  • 7. seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan. Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara. Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu, FELCA. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Di samping itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor pertanian. a) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertanian. (5m) b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m) (10 markah) (a) Negara kita amat berpotensi tinggi untuk menjadi Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Namun, masih terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah kekurangan tenaga buruh. Pembangunan sektor pertaniaan semakin sukar dijalankan kerana Negara menghadapi kekurangan tenaga buruh. Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di sektor pertanian dan peladangan.mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di Bandar-bandar. Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman. Kebanyakan pertani di Negara ini kurang berpengetahuan dan pengalaman terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara moden dan komesial. Di samping itu, cabaran bagi Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertanian adalah kurangnya teknologi yang lebih maju dan berkualiti. Masih banyak lagi masyarakat kita mengunakan pertanian secara tradisional. Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak mampu membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi.
  • 8. (b) Antara langkah bagi mengatasi cabaran Negara kita untuk menjadi Negara maju dalam sektor pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penganggur-penganggur Negara kita untuk berkerja. Seterusnya, cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang dihantar belajar didalam mahupun diluar Negara harus pulang ke Negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik kepada masyarakat kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka yang pakar tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor pertanian. Mereka yang pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara memajukan pertanian dan perladangan. Disamping itu, kekurangan teknologi dapat dielakan dengan mengadakan program yang berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajulan Negara kita. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kemajuan kerjaan awal yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian. (10 markah) Melalui apa yang saya dapat dalam melihat kemajuan kerajaan awal, nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian adalah nilai saling membantu dan berkerjasama. Seperti yang kita ketahui, kerajaan awal, agraria dan maritim saling memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka. Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk memajukan dan kelancaran pentabiran kerajaan mereka. Sebagai contoh, orang laut berkerja dan memberi kerjasama dengan pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan. Begitu juga Negara kita Malaysia, Negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan Negara luar bagi meningkatkan ekonomi mahupun pertanian Negara kita begitu juga sebaliknya Negara luar. Rakyat Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan Negara. Sebagai contoh, memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi Negara. Seterusnya, kita juga perlu memiliki kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih lagi sebuah kerajaan yang besar. Kerajaan awal, kerajaan maritim dan agraria, kedua-duanya memiliki kretiviti dan inovasi. Misalnya, kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat mencipta saliran yang baik. Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat kepakaran laut dan perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia juga harus mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju. Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama pertanian. Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan awal menggunakan kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk memajukan kerajaan mereka. Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita berada dikedudukan geografi yang baik, tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor pertanian. Nilai murni, iktibar dan patriotism yang terdapat pada kerajaan awal yang berguna kepada Malaysia bagi memajukan sektor pertanian.
  • 9. Rumusan. · Pengetahuan yang diperoleh. · Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara. · Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang. (5 markah) Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan perternakan. Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang membantu memajukan sektor tersebut.negara kita juga berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor terbabit. Iktibar kepada diri, Negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk memajukan sector pertanian Negara kita. Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai, kita perlu lebih berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi peruntukkan kepada rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara. Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan. Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan inovatif kearah kejayaan diri sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara yang cerah. Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik. Hubungan yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur luar/asing ke Negara kita dan akan memajukan ekonomi Negara.