Harran, bandar temapat tinggal Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berulang-alik dari bandar ini ke Mekkah. Bandar ini juga menjadi menjadi rebutan antara Rom dan Parsi sebelum kedatangan Islam
2. Kami tiba di Harran dari Sanliurfa sudah lewat
petang bulan November 2018. Bandar ini amat
bersejarah kerana Nabi Ibrahim pernah
menetap di bandar ini dan lempeng atau
prasasti yang betarikh lebih kurang 3000 tahun
sebelum Masehi telah dijumpai di sini. Bandar
ini juga menjadi rebutan antara Parsi dan Rom.
Jarak bandar ini dari Sanliurfa lebih kurang
satu jam perjalanan dengan kerata dan ia
terletak berhampiran kampung Altinbasak.
3.
4. Selepas Nabi Ibrahin selamat dari angkara Raja
Namrud yang membakarnya, ia telah pergi ke
Harran dan berkeluarga di sana. Dipercayai di
sini ia berkahwin dengan Siti Sarah dan Siti
Hajar. Di sini juga dipercayai Nabi Yaakob
dilahirkan. Dari bandar ini juga Nabi Ibrahim
bersama Siti Hajar pergi Ke Mekah dan
kemudian berulang-alik antara dua bandar ini.
5.
6. Bandar ini amat penting pada zaman dahulu kala
kerana ia menjadi salah satu pusat perdagangan antara
timur dan barat. Oleh itu banyak kerajaan yang ingin
menguasainya. Pada kurun ke-3 ia direbut oleh Rom
dan pada tahun 611, iaitu pada awal Islam, ia direbut
oleh Parsi. Kejatuhan bandar ini dan bandar-bandar
lain telah menyebabkan ummat Islam yang
bilangannya pada masa itu amat sedikit menjadi sedih
kerana bangsa penyembah Allah dikalahkan oleh
bangsa musyrik. Dalam masa yang sama orang-orang
musyrik Mekah bergembira. Sehubungan dengan ini
Allah telah menurunkan surah Ar-Ruum yang
menyatakan bangsa Rom akan dapat merebut kembali
wilayah-wilayahnya dalam tempoh 9 tahun. Memang
benar janji Allah, dalam tahun 620 Rom dapat
menawan Harran dan wilayah-wilayah lain. 19 tahun
kemudian, iaitu pada tahun 640, Harran dan kawasan
di sekitarnya telah dapat ditawan oleh panglima
perang Islam yang bernama Iyad bin Ghanm.
7.
8.
9. Dapatkan cerita lanjut dari:
https://www.scribd.com/document/41
1408172/Harran-tempat-tinggal-Nabi-
Ibrahim