SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
PENGENALAN

       Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang
hidup secara harmoni. Pembentukan negara Malaysia ini dapat dilihat sejak dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka,yang menjadi contoh kepada pembentukan negara yang ada
sekarang.Malaysia menjadi sebuah negara yang unik dan istimewa kerana walaupun
penduduknya berbilang bangsa,agama dan kebudayaan , namun konflik atau pergaduhan kaum
jarang berlaku. Peristiwa 13 MEI 1969 menjadi asas kepada pembentukan Malaysia ,sebuah
negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa itu, masyarakat Malaysia amat memikirkan ke
arah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai tanpa memikirkan kepentingan ssesuatu
kaum sahaja.

       Semasa usaha menuju ke arah kemerdekaan negara yang berdaulat, pemimpin negara
kita menghadapi masalah untuk mencapainya kerana tiada perpaduan di kalangan masyarakat
pada masa itu. Ini semua berlaku akibat kepelbagaian budaya,bahasa dan agama. Malahan, setiap
kaum ingin mejadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan negara kita pada masa
itu. Ini semua berlaku akibat prasangka antara satu sama lain. Perkara ini semuanya berlaku
akibat dari sistem penjajahan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah terutamanya pihak Inggeris
yang mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah Melayu waktu itu. Dasar
ini mengakibatkan penduduk Tanah Melayu hidup secara kelompok masing-masing tanpa ada
pergaulan antara kaum. Pengasingan kaum mengikut dari segi tempat tinggal dan bidang
ekonomi ini secara tidak langsung telah mengakibatkan mereka kurang berinteraksi antara satu
sama lain dan akhirnya mewujudkan tembok pemisah dan seterusnya menjejaskan perpaduan
kaum di Tanah Melayu ketika itu.




                                               1
PENGERTIAN KONTRAK SOSIAL

        Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kontrak boleh ditakrifkan sebagai satu perjanjian
formal dengan syarat-syarat tertentu,sekurang-kurangnya antara dua pihak atau lebih.Selain
daripada itu, ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian serta
cabang undang-undang yang berkaitan dengan sesuatu kontrak.1Menurut pandangan bahasa
pula,ianya boleh didefinisikan sebagai satu perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara
dua pihak atau lebih. Ini bermakna,ianya adalah satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat
atau undang-undang yang berkaitan dengan kontrak

        Selain itu, sosial pula memberikan maksud sebagai segala aktiviti yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ianya juga dikaitkan sebagai satu pergaulan
dan aktiviti masa lapang yang dijalankan.2

        Selain daripada itu, menurut ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes (1651)
dan John Locke (1689) , kontrak sosial membawa maksud manusia mewujudkan sebuah negara
sebagai satu perjanjian bersama di mana individu itu bersetuju kepadanya.Ini juga bermaksud
individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri
sendiri demi kepada satu institusi yang berkuasa dan berdaulat.3

        Oleh sebab itu, pengertian kontrak sosial boleh ditakrifkan sebagai satu perjanjian atau
persetujuan serta permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh perlembagaan (undang-undang)
yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Justeru, kontrak sosial merupakan satu
perjanjian atau permuafakatan antara kaum yang dibentuk dan dicapai sebelum kemerdekaan
melalui persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu
Melayu,Cina dan India. Kontrak sosial ini akhirnya berterusan ke dalam parti-parti politik yang
diwakili oleh mereka iaitu UMNO, MCA dan MIC. Walaupun kontrak sosial ini tidak wujud di
dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, tetapi ianya wujud dalam sejarah perkembangaan negara
kita yang telah menentukan arah tuju negara kita.




1
  Kamus Dewan edisi keempat,mukasurat 819
2
  Kamus Dewan edisi keempat ms: 1519
3
  Syed Ahmad Hussein(1994),Pengantar Sains Politik,Kuala Lumpur:USM,hal.189

                                                     2
Selain itu, kontrak sosial ini juga didefinisikan sebagai satu bentuk pakatan atau
persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih sam ada
secara bertulis atau lisan. Ini boleh dilihat melalui Piagam Madinah iaitu perjanjian yang tercipta
antara kaum Muhajirin dan Ansar.Perjanjian ini secara tidak langsung telah membentuk Negara
Islam yang pertama di dunia. Piagam Madinah ini mengandungi 47 fasal yang telah dipersetujui
secara bersama.

          Dengan itu, bolehlah disimpulkan bahawa kontrak sosial merupakan asas keadilan untuk
sesebuah negara itu. Kontrak sosial ini bukan sahaja merangkumi soal keadilan ekonomi
,malahan merangkumi aspek keadilan berpolitik dan kebudayaan di negara kita. Oleh itu, kontrak
sosial menjadi asas serta memainkan peranan di dalam memastikan keadilan sosial di negara ini
terlaksana dengan sebaiknya.




PENGERTIAN PERPADUAN

          Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Selain
itu, menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar iaitu “padu” yang membawa
maksud bergabung menjadi satu, sepakat, kukuh, persesuaian, bermuafakat, berunding dengan
bersungguh-sungguh.4

          Perpaduan menekankan kepada sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum di
mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup secara
bersama. Ianya tercapai dengan sikap saling hormat-menghormati dan sikap tolenrasi antara satu
sama lain.

          Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara.
Oleh itu , dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan
yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik,manakala

4
    Kamus Dewan Edisi Keempat ,ms:1112

                                                   3
asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut
Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-
kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama.

        Peribahasa “bagai aur dengan tebing” yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat
Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong
sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada
sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan
aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati
ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

        Kepentingan perpaduan adalah satu bentuk kerjasama atau usahasama menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum kemerdekaan lagi, pemimpin negara
terdahulu melalui berbagai halangan dan rintangan untuk menuntut kemerdekaan. Kerjasama
melalui perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itulah telah membuka mata penjajah
Inggeris untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya , masyarakat kini
dapat hidup secara aman dan harmonis.

        Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya,
Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang
mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan
antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai
masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masyarakat
Malaysia harus mementingkan perpaduan melebihi kepentingan kaum sendiri sahaja kerana
tanpa perpaduan segalanya tiada bergunanya kepada negara. Di samping itu, kepentingan
perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan
yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama

                                                    4
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara
akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga
akan berminat untuk melabur di Malaysia.

       Lantaran itu, perpaduan mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
negara kita sebuah negara yang dihormati oleh negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah
mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum.
Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya
negara kekal dalam kemerdekaan.

KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

       Pembentukan negara bangsa merupakan satu usaha yang paling mencabar bagi sesebuah
negara yang mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama.Justeru,di dalam usaha kerajaan
menuju ke arah ini,kerajaan menyedari bahawa kontrak sosial amatlah perlu bagi membentuk
perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama ini. Di Malaysia,

Kontrak sosial ini telah wujud di antara orang Melayu,Cina ,India serta bumiputera Sabah dan
Sarawak. Ianya adalah bertujuan untuk perkara-perkara yang berikut :

   a. Menyelesaikan perbezaan kepentinghan diri atau sesesuatu kaum
   b. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan
       kaum masing-masing.
   c. Memastikan persetujuan yang dicapai akan kekal dan dapat diwarisi dari satu generasi ke
       satu generasi kerana persetujuan ini merupakan sesuatu yang berpanjangan.
   d. Memastikan setiap pihak akan mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya
       agar berkekalan di masa akan datang.

   Justeru,kontrak sosial adalah satu persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu
yang bersetuju atas beberapa perkara demi menjamin kestabilan ekonomi dan keharmonian
masyarakat negara ini. Dengan kontrak sosial ini, orang yang bukan Melayu telah diberi
kelonggaran dari segi kerakyatan berasaskan prinsip jus soli manakala orang Melayu diberikan
peruntukan dalam perlembagaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

                                               5
Persetujuan semua kaum ini akhirnya membentuk Perlembagaan Malaya yang diisytiharkan
pada 31 Ogos 1957 dan ianya diperbaharui apabila Singapura,Sabah dan Sarawak bersetuju
untuk bergabung membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.




UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM PERLEMBAGAAN

          Unsur-unsur tradisi ini meliputi beberapa perkara iaitu :

      a. agama Islam sebagai agama rasmi

      b. bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara

      c. kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

      d.kedudukan raja-raja Melayu.dan sistem beraja

          Unsur-unsur tradisi ini adalah bertujuan untuk menstabilkan politik negara.Malahan,ianya
dilarang untuk dijadikan isu perbincangan awam atau dipolitikkan. Unsur-unsur tradisi di dalam
perlembagaan dianggap suatu isu yang sensitif. Ianya juga telah diletakkan di bawah Akta
Hasutan. Unsur-unsur tradisi ini juga merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui secara
bersama semasa menggubal undang-undang tersebut.

          Justeru,unsur-unsur tradisi adalah merupakan satu faktor penting di dalam mewujudkan
identiti Malaysia dan memupuk semangat persefahaman ke arah perpaduan. Akhirnya,atas dasar
tolak ansur antara satu sama lain,maka Perlembagaan Persekutuan pun terbentuk. Ini bermakna
Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia bukan sahaja satu dokumen perundangan,malah ianya
juga satu kontrak sosial dan perjanjian damai antara semua kaum di negara ini. Tolak ansur ini
menjadikan sesuatu kaum itu akan memberi sesuatu dan akan mendapat sesuatu yang lain pula.

          Perkara ini dapat dijelaskan dan dibuktikan melalui ucapan Tunku Abdul Rahman :5

          “Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang
yang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu besar kepada
bangsa-bangsa bukan Melayu.Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi
5
    Perdana Menteri Malaysia Pertama

                                                   6
seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu
dalam perjanjian persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa
yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang
hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara
orang Melayu dengan bukan Melayu.”6

        Beberapa perkara yang dicipta atau digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa
elemen penting menjadi tradisi sejak sebelum kedatangan penjajahan Inggeris lagi. Ianya
dikekalkan elemen-elemen tersebut kerana ianya penting di dalam usaha membentuk kestabilan
dan perpaduan masyarakat di dalam negara ini.7 Ini merupakan satu asas perjanjian sosial atau
kontrak sosial di antara masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini. Mereka dengan rela hati
memberikan pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian kaum
lain demi menjaga keseimbangan dalam masyarakat di negara ini.

        Inilah yang menjadi asas perjanjian sosial di antara pemimpin-pemimpin terdahulu
hingga menjadi pegangan sehingga kini di dalam memastikan masyarakat majmuk sentiasa
menjaga keharmonian di dalam negara ini. Justeru, perlembagaan yang wujud merupakan
sesuatu yang lahir daripada perkembangan sejarah negara ini. Sejarah yang membentuk
perlembagaan ini lahir dari nilai-nilai tradisi,politik dan kebudayaan.8

        Perlembagaan persekutuan yang terbentuk,sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat di
dalamnya merupakan unsur-unsur kontrak sosial yang dipersetujui secara bersama oleh semua
kaum. Maka,dapat disimpulkan bahawa kontrak sosial di dalam perlembagaan itu sendiri adalah
bertujuan untuk membina dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara
ini.




6
  Malaya Merdeka,26 April 1956
7
  Mohamed Suffian Hashim(1984),Mengenal Perlembagaan
8
  Abdul Aziz Bari,”Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal Negara”

                                                       7
DASAR-DASAR KERAJAAN YANG MENYOKONG KONTRAK SOSIAL KE ARAH
MENINGKATKAN PERPADUAN

        Bagi memastikan kewujudan sebuah negara beridentiti bangsa Malaysia, kerajaan
sentiasa berusaha melaksanakan beberapa dasar agar usaha menyatupatukan rakyat negara ini
akan dapat dibentuk. Maka,kerajaan harus merancang dasar-dasar pembangunan kerajaan yang
menuju ke arah membentuk dan membina perpaduan rakyat Malaysia. Dasar-dasar
pembangunan negara ini merujuk kepada usaha kerajaan melakukan pelbagai perubahan dalam
aspek sosial, kebudayaan, politik, dan ekonomi secara seimbang dan seimbang bagi semua kaum
yang ada di Malaysia.

        Oleh yang demikian, segala bentuk aspek hendaklah seimbang dan adil bagi semua kaum
agar tiada berlaku perselisihan faham antara masyarakat majmuk di Malaysia.Ini dapat dilihat
dengan jelas pencapaian dasar-dasar kerajaan sehingga terbentuknya perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,agama dan kaum. Antara dasar-dasat tersebut adalah
seperti berikut :

        a.Rukun Negara

        b.Dasar Ekonomi Baru (DEB)

        c.Dasar Kebudayaan Kebangsaan

        d. Dasar Pendidikan Negara.




                                               8
a.Rukunegara


               Rukun Negara telah diperkenalkan oleh pemimpin negara kita setelah berlakunya
       peristiwa hitam iaitu peristiwa 13 MEI 1969. Rukun Negara terbentuk bertitik tolak
       kesedaran terhadap isu keselamatan, kestabilan negara, perpaduan dalam sebuah
       kehidupan yang lebih harmonis, ketaatan dan kecintaan kepada negara dan bangsa dalam
       sesebuah kehidupan.
               Prinsip-prinsip Rukun Negara yang termaktub di dalam dasar kerajaan ialah :
               1.Kepercayaan kepada Tuhan
               2.Kesetiaan kepada Raja dan negara
               3.Keluhuran Perlembagaan
               4.Kedaulatan undang-undang
               5.Kesopanan dan kesusilaan
               Tujuan pelaksanaan Rukun Negara adalah bertujuan memberikan pengertian dan
kefahaman mengenai lima prinsip Rukun Negara tersebut. Selain itu,ianya bertujuan menyubur
dan meningkatkan kesedaran secara kerohanian mengenai kepentingannya sebagai asas norma
kehidupan. Malahan,Rukun Negara menjadi satu amalan cara hidup berterusan bagi melahirkan
masyarakat yang mempunyai jati diri,bermaruah, bersifat terbuka, setia, bersatu padu,
berwawasan dan beretika dengan wawasan negara. Ini menunjukan bahawa Rukun Negara
menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi yang kaya dan berbagai corak di
negara ini. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan ucapan salah seorang pencetus idea
mewujudkan Rukun Negara ini iaitu Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie9 ,mengatakan :
       “Rukun Negara menjamin diterima budaya-budaya lain dengan disusun semula dalam
sistem budaya bumiputera. Tari singa dalam bentuknya yang ada sekarang ini,umpamanya,tidak
mungkin diterima sebagai manifestasi gerak-geri tarian Melayu.Jiwa budaya tidak dapat
dipisahkan dari latar belakang alamnya,maka tari singa adalah kepunyaan tanah besar Cina
dari segi budaya. Ianya tidak ada sebarang kaitan dengan alam sekeliling Malaysia, walaupun
peranannya untuk mempengaruh terjamin. Kiranya tari singa ini dimasukkan ke dalam budaya
yang berteraskan budaya bumiputera, mungkin di satu masa nanti setelah berlaku masa

9
Bekas Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Penerangan Malaysia

                                                   9
perselisihan dan penyesuaian, maka hasil dari interaksi ini satu gerak-geri tarian, boleh jadi
seekor harimau dengan iringan gong table atau gamelan seperti di Bali.”
              Pelaksanaan Rukun Negara telah bermula dari peringkat sekolah bagi pengisian
yang lebih bermakna lagi berteraskan kepada pengukuhan, pengetahuan, pemahaman Rukun
Negara di kalangan murid akan lebih berkesan penerimaannya. Ianya dijadikan strategi utama
kea rah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai
kaum di Malaysia ini. Ini akhirnya, hasrat pembinaan negara bangsa Malaysia yang lebih maju,
bersatu padu, aman dan damai, akan terus kekal dan terpahat sehingga ke penghujungnya.
              Keistimewaannya yang kian bertaut serta terjalin sejak sekian lama,sewajarnya
terus dipupuk kemas dengan Melayu, Cina dan India dan lain-lain sama-sama memahami dan
menghormati ikatan perpaduan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan berlandaskan prinsip ini.
Semarak semangat perpaduan ini perlu disemai sejak sekolah rendah lagi,agar mereka tidak
berasa kekok dan janggal apabila bergaul dengan kaum lain kelak.
              Rukun Negara ini jelas terbukti bahawa pemimpin-pemimpin negara terdahulu
telah mewujudkan kontrak sosial antara mereka yang menjadi asas kepada inti pati Rukun
Negara tersebut biar pun tiada perjanjian secara rasmi dan bertulis. Rukun Negara ini telah
wujud sejak dulu hingga ke hari ini dan masih relevan di dalam pembinaan serta mewujudkan
perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.




                                             10
b,Dasar Ekonomi Baru (DEB)


           Dasar Ekonomi Baru ini diwujudkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan, setelah
berada di bawah penjajahan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah .Dasar Ekonomi
Baru(DEB) yang diperkenalkan pada tahun 197010 adalah bertujuan sebagai pembangunan
ekonomi dan program perpaduan iaitu seperti berikut :
           i.      Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dengan tumpuan pada golongan
                   pekebun kecil,penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah. Contohnya pemberian
                   subsidi dan kredit, skim penanaman semula, skim pemilikan bot, skim di bawah
                   FELDA dan FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada peniaga kecil dan
                   rumah mampu milik.
           ii.     Pemyusunan semula masyarakat- menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti,
                   kouta untuk bumiputera dan sebagainya. Instrumen DEB ini juga dibantu oleh
                   beberapa perbadanan seperti PNB, PERNAS, ASB, MARA, dan PDPN.


Selepas mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1960, ekonomi negara agak baik, biar pun
dikuasai oleh kuasa pasaran. Ini berlaku akibat pengagihan pembangunan ekonomi yang tidak
seimbang mengakibatkan satu jurang antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jurang ini secara
tidak langsung mengakibatkan berlaku tiadanya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
           DEB yang digubal oleh kerajaan ini jelas sekali untuk meningkatkan pendapatan
masyarakat bumiputera yang jelas sekali amat ketinggalan atau dikategorikan amat miskin.
Justeru,DEB ini adalah membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud ini dengan
melibatkan kaum bumiputera ke dalam bidang perniagaan. Dasar kerajaan di dalam DEB ini
tidak akan tercapai sekiranya tiada tolak ansur antara kaum atau pun kontrak sosial antara
mereka di dalm pembangunan negara. DEB ini akhirnya berjaya mengurangkan kadar jurang
perbezaan dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan kaum
bumiputera. Kejayaan ini diteruskan melalui rancangan-rancangan Malaysia sehingga kini.
Segala kemudahan asas yang telah wujud telah menunjukan peningkatan taraf hidup penduduk
luar bandar dan ini telah merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar. Ini


10
     Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia kedua

                                                      11
secara tidak langsung telah menyatupadukan masyarakat ke arah mencapai negara bangsa
Malaysia. Pengagihan sistem ekonomi yang seimbang kepada semua lapisan masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini, bukan sahaja menyatupadukan kaum malah
perlu dititikberatkan melalui kontrak sosial antara kaum itu sendiri. Justeru, usaha melalui DEB
sangat penting di dalam membentuk perpaduan kaum di negara ini. Perpaduan inilah yang akan
membentuk sebuah negara bangsa Malaysia.


       c.Dasar Kebudayaan Kebangsaan


            Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan asas daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan tahun 1971. Kebudayaan turut memainkan peranan penting di dalam
usaha mewujudkan perpaduan terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti negara kita
Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan cara mengenali dan menghormati budaya kaum lain.
Dengan cara ini,pertelingkahan dan perselisihan faham akan dapat dielakkan.
       Sebenarnya,objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah bertujuan mengukuhkan
perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian
yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Justeru, bagi memastikan ianya mencapai
objektifnya, maka kerajaan telah menetapkan 3 prinsip utama ,iaitu :
       i.       Kebudayaan yang berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini.
                (Melayu)
       ii.      Unsur-unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dan wajar atau memajukan
                kebudayaan hendaklah dterima,bahkan dicari,dimasukkan dan disebatikan dalam
                kebudayaan kebangsaan
       iii.     Islam menjadi unsur yang penting di dalam pembentukan budaya kebangsaan .11


       3 prinsip utama ini menjadi satu garis panduan dalam membentuk,mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara. Dengan 3 prinsip utama ini bergabung dan tidak melanggar atau
bercanggah dengan perlembagaan, rukun negara dan agama Islam, maka ianya menjadi ramuan
yang terbaik pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penyerapan budaya-budaya kaum lain di


11
 berasaaskan Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama

                                                 12
dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan, terbuktinya wujudnya kontrak sosial bagi
mewujudkan perpaduan yang berterusan di negara ini. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dapat
dilihat melalui matlamatnya iaitu :
       i.      Mencapai perpaduan rakyat Malaysia
       ii.     Menjamin keutuhan identity kebangsaan
       iii.    Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
               kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
       iv.     Pelaksanaan dasar ini adalah dengan mengembangkan pertunjukan kebudayaan
               peringkat negeri dan nasional, menyokong pergerakan kebudayaan, memupuk
               kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara.
               Prinsip-prinsip yang digubal ini diharap dapat mengukuhkan perpaduan bangsa
dan negara, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan dan dapat memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.


       d.Dasar Pendidikan Negara


        Perubahan pemikiran amat perlu dilakukan bermula peringkat kanak-kanak lagi. Antara
lain kaedah yang digunakan ialah menerusi sistem persekolahan atau dasar pendidikan
kebangsaan iaitu kurikulum yang diseragamkan bagi semua sekolah yang ada di Malaysia.Ini
dapat dilihat melalui perubahan-perubahan yang dilaksanakan dengan Penyata Razak, Rahman
Talib, Laporan Hussein Onn dan Laporan Mahatdir.
   Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 dikenali sebagai Zaman Pengukuhan
Menggariskan pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan, pengakuan matlamat akhir
Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama , permulaan kurikulum yang berorientasikan
alam sekeliling Malaysia dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua rakyat
Malaysia. Malah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan nagi semua sekolah rendah
dan sekolah menengah.
       Dalam Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 yang merupakan Zaman
Kemaskini memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira .


                                            13
Selain itu penegasan juga kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin
yang diingini. Selain itu, kurikulum ala Malaysia dibentuk iaitu pendidikan menengah atas
melalui dua jurusan, akademik dan vokasional, peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun
ke 11 tahun     dan melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan. Malah, sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan dan
murid akan naik darjah/kelas secara automatik.
               Laporan Hussien Onn yang dilaksanakan pada tahun 1971 telah mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara. Antara dasarnya ialah menyediakan pendidikan asas bagi semua
kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah
iaitu aliran melayu, inggeris, cina dan tamil.
               Laporan Mahathir dibentuk untuk mengkaji semula matlamat-matlamat serta
keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang dengan tujuan memastikan keperluan
tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka panjang di samping
untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.


               Rang Undang Undang Pendidikan turut diwujudkan pada tahun 1995. Sistem
pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi
kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada
dasar pendidikan kebangsaan. Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun. Pendidikan
prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan teknik &
politeknik dipertingkatkan. Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.
       Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi
Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-


       (a) Pendidikan Prasekolah
           Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
        (b) Pendidikan Rendah
             Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun
             tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun yang
             terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;


                                                 14
(c) Pendidikan Menengah menjurus kepada pendidikan yang terdiri daripada
           pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas Pendidikan Menengah yang
           diadakan terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah Teknik dan Vokasional dan
           Sekolah Kebangsaan Agama
       (d) Pendidikan Lepas Menengah.
           Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan
           menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi,
           persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah
           bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah
           Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
       Walau bagaimanapun, dasar kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini tetap tidak
mengganggu sistem pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah-sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda kaum sebagai bahasa pengantar iaitu sekolah kebangsaan jenis tamil dan cina.
Ianya masih diteruskan dari zaman selepas kemerdekaan hingga kini.
       Paling penting untuk mewujudkan perpaduan kaum ialah dasar pendidikan yang
mengenengahkan tentang keperluan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
bagi memastikan semua rakyat Malaysia fasih menuturkan bahasa ibunda.              Selain itu
penyeragaman kurikulum yang dilakukan akan dapat memastikan semua pelajar mendapat
pendidikan yang seimbang dan sama rata dalam semua bangsa dan kumpulan etnik.
Pendemokrasian dari segi mutu dengan mengagihkan peruntukan secara seimbang dan adil serta
memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik juga kawasan luar
bandar dan pedalaman turut dilakukan. Ini penting untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia
mendapat pendidikan yang sempurna dan akhirnya akan lahir insan yang berpendidikan dan
berpengetahuan di dalam mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Secara
keseluruhannya sistem pendidikan yang terbentuk kini adalah atas dasar kontrak sosial daripada
pemimpin terdahulu bagi memastikan taraf pendidikan negara kita di masa akan datang sentiasa
berkembang tanpa melupakan kaum-kaum yang lain. Sesungguhnya, pendidikan yang berkualiti
wujud daripada kerjasama daripada semua kaum di Malaysia.




                                             15
KESIMPULAN


       Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan
mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang tersendiri dan
wajar dihormat. Usaha menghormati keunikan ini perlu difahami demi mewujudkan
keharmonian dan keserasian antara satu sama lain. Keharmonian akan mantap jika setiap kaum
saling menghormati hak-hak yang menjadi jati diri kaum lain.
       Masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menyuburkan perpaduan antara kaum
malah masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam menangani perpaduan kaum.
Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu yang sensitif dan perlu ditangani dengan cara yang
bijaksana melalui peranan semua pihak. Justeru, kontrak sosial yang terbentuk daripada
perjanjian pemimpin-pemimpin terdahulu perlu dirujuk bagi memastikan perpaduan sentiasa
terbina.
       Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa-peristiwa ketegangan
kaum yang berlaku di rantau-rantau lain. Pengajaran dari sejarah dan pandangan para sejarawan
amat perlu dijadikan panduan. Ini bermakna kontrak sosial amat penting di dalam merencanakan
sebuah negara yang aman harmonis serta pembentukan negara bangsa Malaysia .




                                              16
BIBLIOGRAFI

(2008, 03 27). Retrieved April 27, 2012, from Hormati Kontrak Sosial:
http:www.utusan.com.my/utusan/info

ANGGUN. (2009, July 17). Retrieved Mei 12, 2012, from PERIPENTINGNYA nilai sebuah
PERPADUAN : http://anggunsabah.blogspot.com/2009/07/peripentingnya-nilai-sebuah-
perpaduan.html

APA ITU KONTRAK SOSIAL MALAYSIA? . (n.d.). Retrieved April 25, 2012, from Pendekar
Berkuda: http://www.pendekarberkuda.org/2012/02/apa-itu-kontrak-sosial-malaysia.html

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. (n.d.). Retrieved from Mendaulatkan Mertabatkan Bangsa:
http://zanas.wordpress.com/

Abdul Aziz Bari, (1996),”Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal
Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II.

Cikgunizamtrg.blogsportl. (2011, Disember 7). Retrieved Mei 5, 2012, from Sejarah
Kemerdekaan negara Signifikan dengan kontrak Sosial:
http://cikgunizamtrg.blogspot.com/2011/12

HAMID, A. B. (2000). Jurnal Warisan Johor. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghadapi
Cabaran Zaman , 1-20.

Khalid, N. I. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/19809115/CABARAN-KE-
ARAH-PERPADUAN

Razani, M. (2011, Julai 14). Kontrak Sosial Bahagian 1. Retrieved April 26, 2012, from
KEMBARA SALIK: http://kembarasalik.wordpress.com/tag/politik/

Society, I. M. (2010, Januari 18). Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru. Retrieved April 30,
2012, from http://www.slideshare.net/imsjohor/kontrak-sosial-dan-artikel-153-baru

Syed Ahmad Hussein,(1994),Pengantar Sains Politik,Kuala Lumpur:USM,hal.189

Zulkifli, J. (2011, 05 19). Kontrak sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan India.
Retrieved Mei 12, 2012, from Rencana:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_10.htm




                                               17

More Related Content

What's hot

Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Farid Hasan
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
FAROUQ
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
Amin Upsi
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
Hilmi Amri
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Mahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Mahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
INSTAQLIM
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
Datoknye
 

What's hot (20)

Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
 
PLURALITI
PLURALITIPLURALITI
PLURALITI
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
 
globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
MGT 162 : Sample, UiTM Dungun December 2019
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalTopik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
 
Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5Hubungan Etnik Bab-5
Hubungan Etnik Bab-5
 
Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan AntarabangsaMalaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
 

Similar to Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Mastura Ismail
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
WanBK Leo
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
intan mastura
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
su ana
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
Nur Az
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
Home
 

Similar to Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan (20)

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysia
 
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Rukunnegara
RukunnegaraRukunnegara
Rukunnegara
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Kerjasama etnik
Kerjasama etnikKerjasama etnik
Kerjasama etnik
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Konsep asas
Konsep asasKonsep asas
Konsep asas
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 

More from Rosli Dol Haji (7)

Assgmnt pantun
Assgmnt pantunAssgmnt pantun
Assgmnt pantun
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Latihan 2 bm tatabahasa
Latihan 2 bm tatabahasaLatihan 2 bm tatabahasa
Latihan 2 bm tatabahasa
 
Latihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasaLatihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasa
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 

Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan

  • 1. PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang hidup secara harmoni. Pembentukan negara Malaysia ini dapat dilihat sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka,yang menjadi contoh kepada pembentukan negara yang ada sekarang.Malaysia menjadi sebuah negara yang unik dan istimewa kerana walaupun penduduknya berbilang bangsa,agama dan kebudayaan , namun konflik atau pergaduhan kaum jarang berlaku. Peristiwa 13 MEI 1969 menjadi asas kepada pembentukan Malaysia ,sebuah negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa itu, masyarakat Malaysia amat memikirkan ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai tanpa memikirkan kepentingan ssesuatu kaum sahaja. Semasa usaha menuju ke arah kemerdekaan negara yang berdaulat, pemimpin negara kita menghadapi masalah untuk mencapainya kerana tiada perpaduan di kalangan masyarakat pada masa itu. Ini semua berlaku akibat kepelbagaian budaya,bahasa dan agama. Malahan, setiap kaum ingin mejadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kebangsaan negara kita pada masa itu. Ini semua berlaku akibat prasangka antara satu sama lain. Perkara ini semuanya berlaku akibat dari sistem penjajahan yang dilaksanakan oleh pihak penjajah terutamanya pihak Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap penduduk Tanah Melayu waktu itu. Dasar ini mengakibatkan penduduk Tanah Melayu hidup secara kelompok masing-masing tanpa ada pergaulan antara kaum. Pengasingan kaum mengikut dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi ini secara tidak langsung telah mengakibatkan mereka kurang berinteraksi antara satu sama lain dan akhirnya mewujudkan tembok pemisah dan seterusnya menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu ketika itu. 1
  • 2. PENGERTIAN KONTRAK SOSIAL Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kontrak boleh ditakrifkan sebagai satu perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu,sekurang-kurangnya antara dua pihak atau lebih.Selain daripada itu, ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian serta cabang undang-undang yang berkaitan dengan sesuatu kontrak.1Menurut pandangan bahasa pula,ianya boleh didefinisikan sebagai satu perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ini bermakna,ianya adalah satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat atau undang-undang yang berkaitan dengan kontrak Selain itu, sosial pula memberikan maksud sebagai segala aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ianya juga dikaitkan sebagai satu pergaulan dan aktiviti masa lapang yang dijalankan.2 Selain daripada itu, menurut ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes (1651) dan John Locke (1689) , kontrak sosial membawa maksud manusia mewujudkan sebuah negara sebagai satu perjanjian bersama di mana individu itu bersetuju kepadanya.Ini juga bermaksud individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri demi kepada satu institusi yang berkuasa dan berdaulat.3 Oleh sebab itu, pengertian kontrak sosial boleh ditakrifkan sebagai satu perjanjian atau persetujuan serta permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh perlembagaan (undang-undang) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Justeru, kontrak sosial merupakan satu perjanjian atau permuafakatan antara kaum yang dibentuk dan dicapai sebelum kemerdekaan melalui persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu,Cina dan India. Kontrak sosial ini akhirnya berterusan ke dalam parti-parti politik yang diwakili oleh mereka iaitu UMNO, MCA dan MIC. Walaupun kontrak sosial ini tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, tetapi ianya wujud dalam sejarah perkembangaan negara kita yang telah menentukan arah tuju negara kita. 1 Kamus Dewan edisi keempat,mukasurat 819 2 Kamus Dewan edisi keempat ms: 1519 3 Syed Ahmad Hussein(1994),Pengantar Sains Politik,Kuala Lumpur:USM,hal.189 2
  • 3. Selain itu, kontrak sosial ini juga didefinisikan sebagai satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih sam ada secara bertulis atau lisan. Ini boleh dilihat melalui Piagam Madinah iaitu perjanjian yang tercipta antara kaum Muhajirin dan Ansar.Perjanjian ini secara tidak langsung telah membentuk Negara Islam yang pertama di dunia. Piagam Madinah ini mengandungi 47 fasal yang telah dipersetujui secara bersama. Dengan itu, bolehlah disimpulkan bahawa kontrak sosial merupakan asas keadilan untuk sesebuah negara itu. Kontrak sosial ini bukan sahaja merangkumi soal keadilan ekonomi ,malahan merangkumi aspek keadilan berpolitik dan kebudayaan di negara kita. Oleh itu, kontrak sosial menjadi asas serta memainkan peranan di dalam memastikan keadilan sosial di negara ini terlaksana dengan sebaiknya. PENGERTIAN PERPADUAN Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Selain itu, menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar iaitu “padu” yang membawa maksud bergabung menjadi satu, sepakat, kukuh, persesuaian, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh.4 Perpaduan menekankan kepada sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup secara bersama. Ianya tercapai dengan sikap saling hormat-menghormati dan sikap tolenrasi antara satu sama lain. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu , dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik,manakala 4 Kamus Dewan Edisi Keempat ,ms:1112 3
  • 4. asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok- kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Peribahasa “bagai aur dengan tebing” yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan adalah satu bentuk kerjasama atau usahasama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum kemerdekaan lagi, pemimpin negara terdahulu melalui berbagai halangan dan rintangan untuk menuntut kemerdekaan. Kerjasama melalui perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itulah telah membuka mata penjajah Inggeris untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya , masyarakat kini dapat hidup secara aman dan harmonis. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masyarakat Malaysia harus mementingkan perpaduan melebihi kepentingan kaum sendiri sahaja kerana tanpa perpaduan segalanya tiada bergunanya kepada negara. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama 4
  • 5. tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Lantaran itu, perpaduan mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan negara kita sebuah negara yang dihormati oleh negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA Pembentukan negara bangsa merupakan satu usaha yang paling mencabar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,bangsa dan agama.Justeru,di dalam usaha kerajaan menuju ke arah ini,kerajaan menyedari bahawa kontrak sosial amatlah perlu bagi membentuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama ini. Di Malaysia, Kontrak sosial ini telah wujud di antara orang Melayu,Cina ,India serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Ianya adalah bertujuan untuk perkara-perkara yang berikut : a. Menyelesaikan perbezaan kepentinghan diri atau sesesuatu kaum b. Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan kaum masing-masing. c. Memastikan persetujuan yang dicapai akan kekal dan dapat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi kerana persetujuan ini merupakan sesuatu yang berpanjangan. d. Memastikan setiap pihak akan mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar berkekalan di masa akan datang. Justeru,kontrak sosial adalah satu persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu yang bersetuju atas beberapa perkara demi menjamin kestabilan ekonomi dan keharmonian masyarakat negara ini. Dengan kontrak sosial ini, orang yang bukan Melayu telah diberi kelonggaran dari segi kerakyatan berasaskan prinsip jus soli manakala orang Melayu diberikan peruntukan dalam perlembagaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. 5
  • 6. Persetujuan semua kaum ini akhirnya membentuk Perlembagaan Malaya yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 dan ianya diperbaharui apabila Singapura,Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963. UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM PERLEMBAGAAN Unsur-unsur tradisi ini meliputi beberapa perkara iaitu : a. agama Islam sebagai agama rasmi b. bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara c. kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak d.kedudukan raja-raja Melayu.dan sistem beraja Unsur-unsur tradisi ini adalah bertujuan untuk menstabilkan politik negara.Malahan,ianya dilarang untuk dijadikan isu perbincangan awam atau dipolitikkan. Unsur-unsur tradisi di dalam perlembagaan dianggap suatu isu yang sensitif. Ianya juga telah diletakkan di bawah Akta Hasutan. Unsur-unsur tradisi ini juga merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui secara bersama semasa menggubal undang-undang tersebut. Justeru,unsur-unsur tradisi adalah merupakan satu faktor penting di dalam mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk semangat persefahaman ke arah perpaduan. Akhirnya,atas dasar tolak ansur antara satu sama lain,maka Perlembagaan Persekutuan pun terbentuk. Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia bukan sahaja satu dokumen perundangan,malah ianya juga satu kontrak sosial dan perjanjian damai antara semua kaum di negara ini. Tolak ansur ini menjadikan sesuatu kaum itu akan memberi sesuatu dan akan mendapat sesuatu yang lain pula. Perkara ini dapat dijelaskan dan dibuktikan melalui ucapan Tunku Abdul Rahman :5 “Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang yang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu besar kepada bangsa-bangsa bukan Melayu.Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi 5 Perdana Menteri Malaysia Pertama 6
  • 7. seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”6 Beberapa perkara yang dicipta atau digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting menjadi tradisi sejak sebelum kedatangan penjajahan Inggeris lagi. Ianya dikekalkan elemen-elemen tersebut kerana ianya penting di dalam usaha membentuk kestabilan dan perpaduan masyarakat di dalam negara ini.7 Ini merupakan satu asas perjanjian sosial atau kontrak sosial di antara masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini. Mereka dengan rela hati memberikan pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian kaum lain demi menjaga keseimbangan dalam masyarakat di negara ini. Inilah yang menjadi asas perjanjian sosial di antara pemimpin-pemimpin terdahulu hingga menjadi pegangan sehingga kini di dalam memastikan masyarakat majmuk sentiasa menjaga keharmonian di dalam negara ini. Justeru, perlembagaan yang wujud merupakan sesuatu yang lahir daripada perkembangan sejarah negara ini. Sejarah yang membentuk perlembagaan ini lahir dari nilai-nilai tradisi,politik dan kebudayaan.8 Perlembagaan persekutuan yang terbentuk,sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat di dalamnya merupakan unsur-unsur kontrak sosial yang dipersetujui secara bersama oleh semua kaum. Maka,dapat disimpulkan bahawa kontrak sosial di dalam perlembagaan itu sendiri adalah bertujuan untuk membina dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. 6 Malaya Merdeka,26 April 1956 7 Mohamed Suffian Hashim(1984),Mengenal Perlembagaan 8 Abdul Aziz Bari,”Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal Negara” 7
  • 8. DASAR-DASAR KERAJAAN YANG MENYOKONG KONTRAK SOSIAL KE ARAH MENINGKATKAN PERPADUAN Bagi memastikan kewujudan sebuah negara beridentiti bangsa Malaysia, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan beberapa dasar agar usaha menyatupatukan rakyat negara ini akan dapat dibentuk. Maka,kerajaan harus merancang dasar-dasar pembangunan kerajaan yang menuju ke arah membentuk dan membina perpaduan rakyat Malaysia. Dasar-dasar pembangunan negara ini merujuk kepada usaha kerajaan melakukan pelbagai perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik, dan ekonomi secara seimbang dan seimbang bagi semua kaum yang ada di Malaysia. Oleh yang demikian, segala bentuk aspek hendaklah seimbang dan adil bagi semua kaum agar tiada berlaku perselisihan faham antara masyarakat majmuk di Malaysia.Ini dapat dilihat dengan jelas pencapaian dasar-dasar kerajaan sehingga terbentuknya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,agama dan kaum. Antara dasar-dasat tersebut adalah seperti berikut : a.Rukun Negara b.Dasar Ekonomi Baru (DEB) c.Dasar Kebudayaan Kebangsaan d. Dasar Pendidikan Negara. 8
  • 9. a.Rukunegara Rukun Negara telah diperkenalkan oleh pemimpin negara kita setelah berlakunya peristiwa hitam iaitu peristiwa 13 MEI 1969. Rukun Negara terbentuk bertitik tolak kesedaran terhadap isu keselamatan, kestabilan negara, perpaduan dalam sebuah kehidupan yang lebih harmonis, ketaatan dan kecintaan kepada negara dan bangsa dalam sesebuah kehidupan. Prinsip-prinsip Rukun Negara yang termaktub di dalam dasar kerajaan ialah : 1.Kepercayaan kepada Tuhan 2.Kesetiaan kepada Raja dan negara 3.Keluhuran Perlembagaan 4.Kedaulatan undang-undang 5.Kesopanan dan kesusilaan Tujuan pelaksanaan Rukun Negara adalah bertujuan memberikan pengertian dan kefahaman mengenai lima prinsip Rukun Negara tersebut. Selain itu,ianya bertujuan menyubur dan meningkatkan kesedaran secara kerohanian mengenai kepentingannya sebagai asas norma kehidupan. Malahan,Rukun Negara menjadi satu amalan cara hidup berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri,bermaruah, bersifat terbuka, setia, bersatu padu, berwawasan dan beretika dengan wawasan negara. Ini menunjukan bahawa Rukun Negara menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi yang kaya dan berbagai corak di negara ini. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan ucapan salah seorang pencetus idea mewujudkan Rukun Negara ini iaitu Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie9 ,mengatakan : “Rukun Negara menjamin diterima budaya-budaya lain dengan disusun semula dalam sistem budaya bumiputera. Tari singa dalam bentuknya yang ada sekarang ini,umpamanya,tidak mungkin diterima sebagai manifestasi gerak-geri tarian Melayu.Jiwa budaya tidak dapat dipisahkan dari latar belakang alamnya,maka tari singa adalah kepunyaan tanah besar Cina dari segi budaya. Ianya tidak ada sebarang kaitan dengan alam sekeliling Malaysia, walaupun peranannya untuk mempengaruh terjamin. Kiranya tari singa ini dimasukkan ke dalam budaya yang berteraskan budaya bumiputera, mungkin di satu masa nanti setelah berlaku masa 9 Bekas Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Penerangan Malaysia 9
  • 10. perselisihan dan penyesuaian, maka hasil dari interaksi ini satu gerak-geri tarian, boleh jadi seekor harimau dengan iringan gong table atau gamelan seperti di Bali.” Pelaksanaan Rukun Negara telah bermula dari peringkat sekolah bagi pengisian yang lebih bermakna lagi berteraskan kepada pengukuhan, pengetahuan, pemahaman Rukun Negara di kalangan murid akan lebih berkesan penerimaannya. Ianya dijadikan strategi utama kea rah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum di Malaysia ini. Ini akhirnya, hasrat pembinaan negara bangsa Malaysia yang lebih maju, bersatu padu, aman dan damai, akan terus kekal dan terpahat sehingga ke penghujungnya. Keistimewaannya yang kian bertaut serta terjalin sejak sekian lama,sewajarnya terus dipupuk kemas dengan Melayu, Cina dan India dan lain-lain sama-sama memahami dan menghormati ikatan perpaduan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan berlandaskan prinsip ini. Semarak semangat perpaduan ini perlu disemai sejak sekolah rendah lagi,agar mereka tidak berasa kekok dan janggal apabila bergaul dengan kaum lain kelak. Rukun Negara ini jelas terbukti bahawa pemimpin-pemimpin negara terdahulu telah mewujudkan kontrak sosial antara mereka yang menjadi asas kepada inti pati Rukun Negara tersebut biar pun tiada perjanjian secara rasmi dan bertulis. Rukun Negara ini telah wujud sejak dulu hingga ke hari ini dan masih relevan di dalam pembinaan serta mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini. 10
  • 11. b,Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru ini diwujudkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan, setelah berada di bawah penjajahan yang mengamalkan dasar pecah dan perintah .Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diperkenalkan pada tahun 197010 adalah bertujuan sebagai pembangunan ekonomi dan program perpaduan iaitu seperti berikut : i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dengan tumpuan pada golongan pekebun kecil,penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah. Contohnya pemberian subsidi dan kredit, skim penanaman semula, skim pemilikan bot, skim di bawah FELDA dan FELCRA serta kemudahan awam, bantuan pada peniaga kecil dan rumah mampu milik. ii. Pemyusunan semula masyarakat- menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti, kouta untuk bumiputera dan sebagainya. Instrumen DEB ini juga dibantu oleh beberapa perbadanan seperti PNB, PERNAS, ASB, MARA, dan PDPN. Selepas mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1960, ekonomi negara agak baik, biar pun dikuasai oleh kuasa pasaran. Ini berlaku akibat pengagihan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang mengakibatkan satu jurang antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jurang ini secara tidak langsung mengakibatkan berlaku tiadanya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. DEB yang digubal oleh kerajaan ini jelas sekali untuk meningkatkan pendapatan masyarakat bumiputera yang jelas sekali amat ketinggalan atau dikategorikan amat miskin. Justeru,DEB ini adalah membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud ini dengan melibatkan kaum bumiputera ke dalam bidang perniagaan. Dasar kerajaan di dalam DEB ini tidak akan tercapai sekiranya tiada tolak ansur antara kaum atau pun kontrak sosial antara mereka di dalm pembangunan negara. DEB ini akhirnya berjaya mengurangkan kadar jurang perbezaan dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf pendidikan kaum bumiputera. Kejayaan ini diteruskan melalui rancangan-rancangan Malaysia sehingga kini. Segala kemudahan asas yang telah wujud telah menunjukan peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar dan ini telah merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar. Ini 10 Di bawah pimpinan Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia kedua 11
  • 12. secara tidak langsung telah menyatupadukan masyarakat ke arah mencapai negara bangsa Malaysia. Pengagihan sistem ekonomi yang seimbang kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini, bukan sahaja menyatupadukan kaum malah perlu dititikberatkan melalui kontrak sosial antara kaum itu sendiri. Justeru, usaha melalui DEB sangat penting di dalam membentuk perpaduan kaum di negara ini. Perpaduan inilah yang akan membentuk sebuah negara bangsa Malaysia. c.Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan asas daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan tahun 1971. Kebudayaan turut memainkan peranan penting di dalam usaha mewujudkan perpaduan terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti negara kita Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan cara mengenali dan menghormati budaya kaum lain. Dengan cara ini,pertelingkahan dan perselisihan faham akan dapat dielakkan. Sebenarnya,objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah bertujuan mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Justeru, bagi memastikan ianya mencapai objektifnya, maka kerajaan telah menetapkan 3 prinsip utama ,iaitu : i. Kebudayaan yang berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini. (Melayu) ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dan wajar atau memajukan kebudayaan hendaklah dterima,bahkan dicari,dimasukkan dan disebatikan dalam kebudayaan kebangsaan iii. Islam menjadi unsur yang penting di dalam pembentukan budaya kebangsaan .11 3 prinsip utama ini menjadi satu garis panduan dalam membentuk,mewujudkan dan mengekalkan identiti negara. Dengan 3 prinsip utama ini bergabung dan tidak melanggar atau bercanggah dengan perlembagaan, rukun negara dan agama Islam, maka ianya menjadi ramuan yang terbaik pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penyerapan budaya-budaya kaum lain di 11 berasaaskan Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama 12
  • 13. dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan, terbuktinya wujudnya kontrak sosial bagi mewujudkan perpaduan yang berterusan di negara ini. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini dapat dilihat melalui matlamatnya iaitu : i. Mencapai perpaduan rakyat Malaysia ii. Menjamin keutuhan identity kebangsaan iii. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. iv. Pelaksanaan dasar ini adalah dengan mengembangkan pertunjukan kebudayaan peringkat negeri dan nasional, menyokong pergerakan kebudayaan, memupuk kesedaran kebangsaan dan memenuhi keperluan sosiobudaya negara. Prinsip-prinsip yang digubal ini diharap dapat mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan dan dapat memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. d.Dasar Pendidikan Negara Perubahan pemikiran amat perlu dilakukan bermula peringkat kanak-kanak lagi. Antara lain kaedah yang digunakan ialah menerusi sistem persekolahan atau dasar pendidikan kebangsaan iaitu kurikulum yang diseragamkan bagi semua sekolah yang ada di Malaysia.Ini dapat dilihat melalui perubahan-perubahan yang dilaksanakan dengan Penyata Razak, Rahman Talib, Laporan Hussein Onn dan Laporan Mahatdir. Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 dikenali sebagai Zaman Pengukuhan Menggariskan pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan, pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama , permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua rakyat Malaysia. Malah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan nagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 yang merupakan Zaman Kemaskini memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira . 13
  • 14. Selain itu penegasan juga kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Selain itu, kurikulum ala Malaysia dibentuk iaitu pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional, peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun dan melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan. Malah, sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan dan murid akan naik darjah/kelas secara automatik. Laporan Hussien Onn yang dilaksanakan pada tahun 1971 telah mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara. Antara dasarnya ialah menyediakan pendidikan asas bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah iaitu aliran melayu, inggeris, cina dan tamil. Laporan Mahathir dibentuk untuk mengkaji semula matlamat-matlamat serta keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka masa pendek dan jangka panjang di samping untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih. Rang Undang Undang Pendidikan turut diwujudkan pada tahun 1995. Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun. Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan. Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:- (a) Pendidikan Prasekolah Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun; (b) Pendidikan Rendah Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan; 14
  • 15. (c) Pendidikan Menengah menjurus kepada pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah Teknik dan Vokasional dan Sekolah Kebangsaan Agama (d) Pendidikan Lepas Menengah. Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi, persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Walau bagaimanapun, dasar kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini tetap tidak mengganggu sistem pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda kaum sebagai bahasa pengantar iaitu sekolah kebangsaan jenis tamil dan cina. Ianya masih diteruskan dari zaman selepas kemerdekaan hingga kini. Paling penting untuk mewujudkan perpaduan kaum ialah dasar pendidikan yang mengenengahkan tentang keperluan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi memastikan semua rakyat Malaysia fasih menuturkan bahasa ibunda. Selain itu penyeragaman kurikulum yang dilakukan akan dapat memastikan semua pelajar mendapat pendidikan yang seimbang dan sama rata dalam semua bangsa dan kumpulan etnik. Pendemokrasian dari segi mutu dengan mengagihkan peruntukan secara seimbang dan adil serta memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik juga kawasan luar bandar dan pedalaman turut dilakukan. Ini penting untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang sempurna dan akhirnya akan lahir insan yang berpendidikan dan berpengetahuan di dalam mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Secara keseluruhannya sistem pendidikan yang terbentuk kini adalah atas dasar kontrak sosial daripada pemimpin terdahulu bagi memastikan taraf pendidikan negara kita di masa akan datang sentiasa berkembang tanpa melupakan kaum-kaum yang lain. Sesungguhnya, pendidikan yang berkualiti wujud daripada kerjasama daripada semua kaum di Malaysia. 15
  • 16. KESIMPULAN Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang tersendiri dan wajar dihormat. Usaha menghormati keunikan ini perlu difahami demi mewujudkan keharmonian dan keserasian antara satu sama lain. Keharmonian akan mantap jika setiap kaum saling menghormati hak-hak yang menjadi jati diri kaum lain. Masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menyuburkan perpaduan antara kaum malah masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam menangani perpaduan kaum. Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu yang sensitif dan perlu ditangani dengan cara yang bijaksana melalui peranan semua pihak. Justeru, kontrak sosial yang terbentuk daripada perjanjian pemimpin-pemimpin terdahulu perlu dirujuk bagi memastikan perpaduan sentiasa terbina. Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa-peristiwa ketegangan kaum yang berlaku di rantau-rantau lain. Pengajaran dari sejarah dan pandangan para sejarawan amat perlu dijadikan panduan. Ini bermakna kontrak sosial amat penting di dalam merencanakan sebuah negara yang aman harmonis serta pembentukan negara bangsa Malaysia . 16
  • 17. BIBLIOGRAFI (2008, 03 27). Retrieved April 27, 2012, from Hormati Kontrak Sosial: http:www.utusan.com.my/utusan/info ANGGUN. (2009, July 17). Retrieved Mei 12, 2012, from PERIPENTINGNYA nilai sebuah PERPADUAN : http://anggunsabah.blogspot.com/2009/07/peripentingnya-nilai-sebuah- perpaduan.html APA ITU KONTRAK SOSIAL MALAYSIA? . (n.d.). Retrieved April 25, 2012, from Pendekar Berkuda: http://www.pendekarberkuda.org/2012/02/apa-itu-kontrak-sosial-malaysia.html Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. (n.d.). Retrieved from Mendaulatkan Mertabatkan Bangsa: http://zanas.wordpress.com/ Abdul Aziz Bari, (1996),”Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-nilai Asal Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II. Cikgunizamtrg.blogsportl. (2011, Disember 7). Retrieved Mei 5, 2012, from Sejarah Kemerdekaan negara Signifikan dengan kontrak Sosial: http://cikgunizamtrg.blogspot.com/2011/12 HAMID, A. B. (2000). Jurnal Warisan Johor. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menghadapi Cabaran Zaman , 1-20. Khalid, N. I. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/19809115/CABARAN-KE- ARAH-PERPADUAN Razani, M. (2011, Julai 14). Kontrak Sosial Bahagian 1. Retrieved April 26, 2012, from KEMBARA SALIK: http://kembarasalik.wordpress.com/tag/politik/ Society, I. M. (2010, Januari 18). Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru. Retrieved April 30, 2012, from http://www.slideshare.net/imsjohor/kontrak-sosial-dan-artikel-153-baru Syed Ahmad Hussein,(1994),Pengantar Sains Politik,Kuala Lumpur:USM,hal.189 Zulkifli, J. (2011, 05 19). Kontrak sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan India. Retrieved Mei 12, 2012, from Rencana: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_10.htm 17