SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
KHIDMAT MASYARAKAT
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan
• Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10
jam
• Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar
sekolah
MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT
1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di
luar bilik darjah.
2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
1. PERANCANGAN
2. KERJA AMALI
3. REFLEKSI
4. LAPORAN
5. PENGHARGAAN
1. PERANCANGAN
a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek
b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek
c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat
d. Menyenarai dan membahagikan tugas
e. Menentukan cara mengumpul maklumat
f. Menentukan cara merekod projek
2. KERJA AMALI
a. Melaksanakan projek
b. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan
c. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
menjalankan tugas
3. REFLEKSI
a. Menilai kerja yang telah dijalankan
b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
c. Menulis jurnal refleksi peribadi
4. LAPORAN
a. Menentukan cara menyediakan laporan
b. Menulis laporan individu/kumpulan
c. Membentangkan laporan
Format Laporan
• Tema
• Nama Projek
• Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek
• Ahli Kumpulan Projek
• Guru Penasihat
• Objektif Projek
• Pelaksanaan Projek
i. Perancangan
ii. Kerja Amali
iii. Refleksi
• Cadangan/Komen
• Penghargaan
5. PENGHARGAAN
• Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek
PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT
KONSEP
• berdasarkan objektif kurikulum
• dijalankan secara individu/berkumpulan
• dijalankan di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun
PENILAIAN DIBUAT MERANGKUMI 3 ELEMEN :
1. PEMERHATIAN
2. REFLEKSI
3. LAPORAN
Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu :
Bil. Komponen Penilaian Jumlah Skor
A
B
C
D
Perancangan
Kerja Amali
Refleksi
Laporan
10
20
5
5
Jumlah 40
Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat :
Gred Kriteria
A
B
C
D
30 - 40
20 - 29
10 - 19
0 -9
• DESKRIPSI GRED
A. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat
Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi
membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti
C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat
D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat
CONTOH LAPORAN
LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT
Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Nama Projek : Jom Pi Muzium Padi
Tarikh : 24 April 2007
Tempat : Muzium Padi Negeri Kedah
Guru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin
Ahli Kumpulan.
Pengerusi : Johari b Jaafar
Setiausaha : Roni bt Samsuddin
Bendahari : Aishah bt Hamid
AJK :
Penemuramah:
- Chu Eng
- Rosiyah bt Mohammad
Jurugambar dan Dokumentasi
- Sevasundram a/l M. Suppiah
- Jamil Akhir b Yahya
Pengangkutan dan Keselamatan :
- Md Basri b Arifin
Pelapor
- Johari b Jaafar
Objektif Projek :
1. Menerangkan proses penanaman padi
2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat
Malaysia 2007.
3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia
Strategi Pelaksanaan
Perancangan :
Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan
bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan
sempurna. Pemilihan projek ’ Jom Pi Muzium Padi ’ ini dicadangkan oleh ahli kumpulan
berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya
Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena Tahun
Melawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan.
Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat
mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini
ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orang
ramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara
pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulan
kami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetua
dan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah
serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini
hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa
dihadapi seperti masa dan keselamatan.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ).
Secara adil dan saksama agihan tugasdan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap
ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan
teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan
perbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah :
Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
Sumbangan pihak sekolah
( PCG )
Sumbangan PIBG
Sumbangan individu
RM 600.00
RM 200.00
RM 100.00
Pengangkutan
Kain Putih ( 3 meter )
Cat
Warna
Kertas Pendua
Kertas Lukisan
Makan dan minum
RM 600.00
RM 12.00
RM 20.00
RM 12.00
RM 7.00
RM 3.00
RM 200.00
Jumlah RM 900.00 Jumlah RM 854.00
Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti
dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 )
Kerja Amali.
Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja
lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkan
Muzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan
menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih
awal.
Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium
Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai.
Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan
jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami
ambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia.
Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuan
makan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG.
Refleksi
Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan
hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah,
kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi Muzium
Padi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek
dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat
catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 )
Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan
telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.
Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang
telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat :
i. mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat
ii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancar
iii. memahami peraturan-peraturan mesyuarat
iv. mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkap
v. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak
vi. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan
orang yang lebih dewasa
vii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan
sesuatu projek
viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.
Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa
menjalankan projek. Antaranya ialah :
i. Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai
muzium.
ii. Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasi
iii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan.
iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami
melaksanakan projek yang dicadangkan.
Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami
ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua,
Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan
projek ini.
Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya
memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih
berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar.
Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah
dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadap
warisan kepelbagaian budaya Malaysia.
Penghargaan
Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan
kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini.
Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan
datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
( RONI BT SAMSUDDIN )
Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi,
SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.
LAMPIRAN 1
Minit Curai
Tajuk : Mesyuarat Perancangan Projek ”Jom Pi Muzium Padi”
Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Sentosa
Tarikh : 17 Mac 2007
Panel Mesyuarat : En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek)
Aisyah binti Hamid
Sevasundram A/L M. Suppiah
Rosiyah binti Mohamad
Md. Basri bin Arifin
Jamil Akhir bin Yahya
Johari bin Jaafar
Chu Eng @ Chu Poo Chu
Roni binti Samsudin
Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat
Keputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek.
Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang
Dilantik.
Projek ”Jom Pi Muzium Padi” akan dilaksanakan pada 24 April
2007
Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah
Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali.
Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN
Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi
Kedah.
LAMPIRAN 2
CARTA GANTT PROJEK ”JOM PI MUZIUM PADI ”
BULAN
PERKARA
APRIL
MI M2 M3 M4
Tinjauan ke tempat lokasi projek
Mesyuarat pertama
Mesyuarat kedua
Perjumpaan pertama
Pelaksanaan projek
Penulisan laporan
Pembentangan laporan
Borang Refleksi
Nama : Md Basri b Arifin
Tingkatan : 4 Waja
Peranan : Mengumpul maklumat secara menemuramah
Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek
- memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman
padi
- dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses
penanaman padi
- mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras
- memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia
Masalah semasa menjalanakan projek
- Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas
- Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah
komunikasi.
Cadangan
- Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci
kepada murid-murid.
- Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelum
memulakan projek.
Harapan
- Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secara
hands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan
seharian mereka.
CONTOH 2
Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Rumah Perlindungan Nurul Hana
Tarikh : 24 April 2007
Pelaksanaan Projek :
Tempat : Rumah Perlindungan Nurul Hana
Guru Penasihat : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Ahli Kumpulan Projek :
Pengerusi : Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Setiausaha : Pn Foo Wai Choo
Bendahari : Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Ahli Jawatankuasa :
Pengangkutan : Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Cenderamata & Hadiah: Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Dokumentasi : Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof
Peny. Aktiviti : Pn. Hasnizom binti Hassan
Persegaran : Pn. Embut Binti Embong
Keselamatan : Pn Rohaya Binti Ibrahim
OBJEKTIF PROJEK
i) Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuni
ii) Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuni
iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni
PERANCANGAN
Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan
supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan
berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus
berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di
dalam masyarakat kini.
Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara
keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Kami terpanggil untuk
menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan
bayi yang semakin berleluasa.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua
dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.
Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah
membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya
kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.
Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek
ini.
Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II).
Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli
kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.
BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
Sumber PPK
Sumber Ahli
200.00
45.00
Cenderamata
Jamuan Ringan/Kuih
Muih
Pengangkutan
95.00
50.00
100.00
JUMLAH 245.00 JUMLAH 245.00
KERJA AMALI
Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah
Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia
pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan
rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam.
Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan
penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar
hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga
merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini
membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat. Disamping itu, kami
sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan
tersebut.
Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak
pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni
dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih.
REFLEKSI
Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal
hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik
pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli
kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V).
CADANGAN DAN KOMEN
Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada
kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut. Daripada
pemerhatian, didapati para penghuni rumah perlindungan gembira menerima
cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup
yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi
dari projek ini. Di antaranya kami dapat:
• Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.
• Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.
• Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.
• Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar
atau orang yang lebih dewasa.
• Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.
• Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka.
• Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas.
• Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut
yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan
yang mencukupi daripada pelbagai pihak.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :
• Peruntukan kewangan yang terhad.
• Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti.
• Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan
penghuni.
• Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.
Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli
merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada
pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong
kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.
Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen
kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan
lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung
rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu,
ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni
kepada warga sekolah.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan
Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.
Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa
depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga
berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Sekian, terimakasih.
Laporan disediakan oleh;
(FOO WAI CHOO)
Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana
SMK
LAMPIRAN I
Minit Curai
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana
Tempat : Kelas 2 Pintar
Tarikh : 24 Mac 2007
Ahli :
Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat
Keputusan Mesyuarat :
• Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek
• Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik
• Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007
• Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan
Tindakan Susulan :
• Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana
• Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan.
LAMPIRAN II
Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali
Pertama 2007
Tempat : Kelas 2 Pintar
Tarikh : 1 April 2007
Masa : 2.00 petang
Ahli :
Pn. Rokiah Binti Abu Bakar
Pn. Zaliza Binti Ibrahim
Pn Foo Wai Choo
Pn. Norliza Binti Ab. Ghani
Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman
Pn. Nur Hayati Binti Wasim
Pn. Zubaidah binti Mat Yusof
Pn. Hasnizom binti Hassan
Pn. Embut Binti Embong
Pn Rohaya Binti Ibrahim
Agenda Perkara Tindakan
1.0 Ucapan Pengerusi
Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli
dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan
tugasan.
Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Pencadang : Pn. Foo Wai Choo Makluman
Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan
3.0 Laporan AJK Induk
3.1 Laporan Setiausaha
Surat menyurat kepada pihak pengurusan telah
dihantar.
3.2 Laporan AJK Kewangan
Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan
RM245.00 dapat dikumpulkan.
3.3 Laporan AJK Aktiviti
Semua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh
semua ahli kumpulan.
3.4 Laporan AJK Pengangkutan
Tempahan bas telah dibuat dengan bayaran
RM100.00
Bas – KAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang
3.5 Laporan AJK Persegaran
AJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke
rumah tersebut . Kos sebanyak RM45.00 akan
dibelanjakan.
3.6 Laporan AJK Keselamatan
Surat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada
ibubapa.
3.7 Laporan AJK Cenderamata
AJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada
pihak pengurusan dan semua penghuni.
Anggaran perbelanjaan sebanyak RM95.00
diperlukan.
Makluman
4.0 Hal-hal Lain
Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa
yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah.
Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas
dengan penuh komitmen dan dedikasi
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang
Disediakan oleh Disemak oleh
……………………….. …………………………………..
(FOO WAI CHOO) (ZALIZA BINTI IBRAHIM)
Setiausaha Pegerusi
Projek Rumah Peridungan Nurul Hana Projek Rumah Peridungan Nurul
Hana
LAMPIRAN III
LAPORAN KERJA AMALI
WAKTU AKTIVITI
2.00 -2.30 pm SUAIKENAL
Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah
Perlindungan Nurul Hana
2.30 – 3.00 pm TAKLIMAT
Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani Rumah
Perlindungan Nurul Hana)
Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah
Perlindungan Nurul Hana)
3.00 – 4.00 pm SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI
Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua
penghuni seramai 18 orang.
Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni
sebelum sesi beramah mesra dijalankan.
4.00 – 4.30 pm TINJAUAN PERSEKITARAN
Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti
harian mereka.
4.30 – 5.00 pm MAJLIS PENUTUP
Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul
Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM,
PJK,JP.
Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni.
Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana
5.00 – 5.30 pm JAMUAN RINGAN
Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan
ringan.
6.00 pm PERJALANAN PULANG
LAMPIRAN IV
CARTA GHANT
PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA
BULAN
PERKARA
MAC APRIL
M3 M4 M1 M2
Tinjauan ke lokasi projek
Mesyuarat Pertama
Mesyuarat Kedua
Pelaksanaan projek
Penlisan Laporan
Pembentangan Laporan
CONTOH BORANG REFLEKSI INDIVIDU
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

More Related Content

What's hot

Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja firo HAR
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATnelson fredoline
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Tugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaTugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaSuhaiza Shuib
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniAmirrudin Md Shah
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatMuhd Tarmizi
 
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamhanifroslan
 

What's hot (20)

Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Kertas kerja
Kertas kerja Kertas kerja
Kertas kerja
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
kertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobikkertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobik
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Definisi pelanggan
Definisi pelangganDefinisi pelanggan
Definisi pelanggan
 
Tugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasaTugas tugas ahli jawatankuasa
Tugas tugas ahli jawatankuasa
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
Industri homestay
Industri homestayIndustri homestay
Industri homestay
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihat
 
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awamEtika & integriti dlm perkhidmatan awam
Etika & integriti dlm perkhidmatan awam
 

Viewers also liked

Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Jueraini Jay
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxgiap77
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramUNie ONie
 
Contoh penulisan laporan hasil kegiatan
Contoh penulisan laporan hasil kegiatanContoh penulisan laporan hasil kegiatan
Contoh penulisan laporan hasil kegiatanAmaq Kangkung
 
Format penyediaan laporan aktiviti
Format penyediaan laporan aktivitiFormat penyediaan laporan aktiviti
Format penyediaan laporan aktivitiAre Fizz Qimmy
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 

Viewers also liked (8)

Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan Program
 
Contoh penulisan laporan hasil kegiatan
Contoh penulisan laporan hasil kegiatanContoh penulisan laporan hasil kegiatan
Contoh penulisan laporan hasil kegiatan
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Format penyediaan laporan aktiviti
Format penyediaan laporan aktivitiFormat penyediaan laporan aktiviti
Format penyediaan laporan aktiviti
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 

Similar to Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatAsri Wahab
 
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxKERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxStephenEro
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011smklunas2011
 
Reading Ambassador.pptx
Reading Ambassador.pptxReading Ambassador.pptx
Reading Ambassador.pptxteacherlynn4
 
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanPELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanImranHanna
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
pelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.docpelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.doceddyazmi1
 
pembuktian hc komunikasi
pembuktian hc komunikasi pembuktian hc komunikasi
pembuktian hc komunikasi nurulhdayah
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docx
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docxkertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docx
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docxMohdYusri58
 
Kertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'baKertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'baMuharini Rozab
 
Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)Mohd Ikmal
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021HarisAzmin
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Suhaila Omar
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Suhaila Omar
 

Similar to Laporan Khidmat Masyarakat Sivik (20)

Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docxKERTAS KERJA hari terbuka song.docx
KERTAS KERJA hari terbuka song.docx
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011
 
Big sem 7
Big sem 7Big sem 7
Big sem 7
 
Reading Ambassador.pptx
Reading Ambassador.pptxReading Ambassador.pptx
Reading Ambassador.pptx
 
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanPELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
pelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.docpelan tindakan pengakap.doc
pelan tindakan pengakap.doc
 
pembuktian hc komunikasi
pembuktian hc komunikasi pembuktian hc komunikasi
pembuktian hc komunikasi
 
Minit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uorMinit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uor
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docx
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docxkertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docx
kertas-kerja-projek-gotong-royong-perdana.docx
 
Kertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'baKertas kerja balai za'ba
Kertas kerja balai za'ba
 
Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
Tema3
Tema3Tema3
Tema3
 
Pelan strategik hem
Pelan strategik hemPelan strategik hem
Pelan strategik hem
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 

Recently uploaded (12)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 

Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

  • 1. KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan • Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam • Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT 1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 1. PERANCANGAN 2. KERJA AMALI 3. REFLEKSI 4. LAPORAN 5. PENGHARGAAN 1. PERANCANGAN a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. Menyenarai dan membahagikan tugas e. Menentukan cara mengumpul maklumat f. Menentukan cara merekod projek 2. KERJA AMALI a. Melaksanakan projek b. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan c. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. REFLEKSI a. Menilai kerja yang telah dijalankan b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. Menulis jurnal refleksi peribadi
  • 2. 4. LAPORAN a. Menentukan cara menyediakan laporan b. Menulis laporan individu/kumpulan c. Membentangkan laporan Format Laporan • Tema • Nama Projek • Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek • Ahli Kumpulan Projek • Guru Penasihat • Objektif Projek • Pelaksanaan Projek i. Perancangan ii. Kerja Amali iii. Refleksi • Cadangan/Komen • Penghargaan 5. PENGHARGAAN • Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT KONSEP • berdasarkan objektif kurikulum • dijalankan secara individu/berkumpulan • dijalankan di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun PENILAIAN DIBUAT MERANGKUMI 3 ELEMEN : 1. PEMERHATIAN 2. REFLEKSI 3. LAPORAN
  • 3. Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu : Bil. Komponen Penilaian Jumlah Skor A B C D Perancangan Kerja Amali Refleksi Laporan 10 20 5 5 Jumlah 40 Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat : Gred Kriteria A B C D 30 - 40 20 - 29 10 - 19 0 -9 • DESKRIPSI GRED A. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat
  • 4. CONTOH LAPORAN LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Nama Projek : Jom Pi Muzium Padi Tarikh : 24 April 2007 Tempat : Muzium Padi Negeri Kedah Guru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin Ahli Kumpulan. Pengerusi : Johari b Jaafar Setiausaha : Roni bt Samsuddin Bendahari : Aishah bt Hamid AJK : Penemuramah: - Chu Eng - Rosiyah bt Mohammad Jurugambar dan Dokumentasi - Sevasundram a/l M. Suppiah - Jamil Akhir b Yahya Pengangkutan dan Keselamatan : - Md Basri b Arifin Pelapor - Johari b Jaafar Objektif Projek : 1. Menerangkan proses penanaman padi 2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat Malaysia 2007. 3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia
  • 5. Strategi Pelaksanaan Perancangan : Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pemilihan projek ’ Jom Pi Muzium Padi ’ ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan. Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orang ramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulan kami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetua dan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa dihadapi seperti masa dan keselamatan. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ). Secara adil dan saksama agihan tugasdan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah : Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah Pendapatan RM Perbelanjaan RM Sumbangan pihak sekolah ( PCG ) Sumbangan PIBG Sumbangan individu RM 600.00 RM 200.00 RM 100.00 Pengangkutan Kain Putih ( 3 meter ) Cat Warna Kertas Pendua Kertas Lukisan Makan dan minum RM 600.00 RM 12.00 RM 20.00 RM 12.00 RM 7.00 RM 3.00 RM 200.00 Jumlah RM 900.00 Jumlah RM 854.00
  • 6. Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 ) Kerja Amali. Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkan Muzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih awal. Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai. Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami ambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia. Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuan makan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG. Refleksi Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah, kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi Muzium Padi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 ) Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat : i. mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat ii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancar iii. memahami peraturan-peraturan mesyuarat iv. mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkap v. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak vi. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan orang yang lebih dewasa vii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.
  • 7. Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa menjalankan projek. Antaranya ialah : i. Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai muzium. ii. Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasi iii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan. iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek yang dicadangkan. Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua, Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar. Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadap warisan kepelbagaian budaya Malaysia. Penghargaan Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini. Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh : ( RONI BT SAMSUDDIN ) Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi, SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.
  • 8. LAMPIRAN 1 Minit Curai Tajuk : Mesyuarat Perancangan Projek ”Jom Pi Muzium Padi” Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Sentosa Tarikh : 17 Mac 2007 Panel Mesyuarat : En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek) Aisyah binti Hamid Sevasundram A/L M. Suppiah Rosiyah binti Mohamad Md. Basri bin Arifin Jamil Akhir bin Yahya Johari bin Jaafar Chu Eng @ Chu Poo Chu Roni binti Samsudin Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat Keputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek. Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang Dilantik. Projek ”Jom Pi Muzium Padi” akan dilaksanakan pada 24 April 2007 Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali. Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi Kedah.
  • 9. LAMPIRAN 2 CARTA GANTT PROJEK ”JOM PI MUZIUM PADI ” BULAN PERKARA APRIL MI M2 M3 M4 Tinjauan ke tempat lokasi projek Mesyuarat pertama Mesyuarat kedua Perjumpaan pertama Pelaksanaan projek Penulisan laporan Pembentangan laporan
  • 10. Borang Refleksi Nama : Md Basri b Arifin Tingkatan : 4 Waja Peranan : Mengumpul maklumat secara menemuramah Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek - memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman padi - dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses penanaman padi - mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras - memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia Masalah semasa menjalanakan projek - Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas - Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah komunikasi. Cadangan - Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci kepada murid-murid. - Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelum memulakan projek. Harapan - Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secara hands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.
  • 11. CONTOH 2 Tema : Hidup Bermasyarakat Nama Projek : Rumah Perlindungan Nurul Hana Tarikh : 24 April 2007 Pelaksanaan Projek : Tempat : Rumah Perlindungan Nurul Hana Guru Penasihat : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Ahli Kumpulan Projek : Pengerusi : Pn. Zaliza Binti Ibrahim Setiausaha : Pn Foo Wai Choo Bendahari : Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Ahli Jawatankuasa : Pengangkutan : Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Cenderamata & Hadiah: Pn. Nur Hayati Binti Wasim Dokumentasi : Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof Peny. Aktiviti : Pn. Hasnizom binti Hassan Persegaran : Pn. Embut Binti Embong Keselamatan : Pn Rohaya Binti Ibrahim OBJEKTIF PROJEK i) Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuni ii) Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuni iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni PERANCANGAN
  • 12. Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di dalam masyarakat kini. Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Kami terpanggil untuk menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II). Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini. BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA Pendapatan RM Perbelanjaan RM Sumber PPK Sumber Ahli 200.00 45.00 Cenderamata Jamuan Ringan/Kuih Muih Pengangkutan 95.00 50.00 100.00 JUMLAH 245.00 JUMLAH 245.00
  • 13. KERJA AMALI Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan Perempuan Islam. Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat. Disamping itu, kami sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan tersebut. Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih. REFLEKSI Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V). CADANGAN DAN KOMEN
  • 14. Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut. Daripada pemerhatian, didapati para penghuni rumah perlindungan gembira menerima cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari projek ini. Di antaranya kami dapat: • Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat. • Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat. • Memahami peraturan-peraturan mesyuarat. • Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar atau orang yang lebih dewasa. • Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli. • Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka. • Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas. • Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan yang mencukupi daripada pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti : • Peruntukan kewangan yang terhad. • Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti. • Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan penghuni. • Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.
  • 15. Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu, ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni kepada warga sekolah. PENGHARGAAN Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini. Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Sekian, terimakasih. Laporan disediakan oleh;
  • 16. (FOO WAI CHOO) Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana SMK LAMPIRAN I Minit Curai Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Tempat : Kelas 2 Pintar Tarikh : 24 Mac 2007 Ahli : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Pn. Zaliza Binti Ibrahim Pn Foo Wai Choo Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Pn. Nur Hayati Binti Wasim Pn. Zubaidah binti Mat Yusof Pn. Hasnizom binti Hassan Pn. Embut Binti Embong Pn Rohaya Binti Ibrahim Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat Keputusan Mesyuarat : • Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek • Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik • Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007 • Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan Tindakan Susulan : • Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana
  • 17. • Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan. LAMPIRAN II Minit Mesyuarat Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali Pertama 2007 Tempat : Kelas 2 Pintar Tarikh : 1 April 2007 Masa : 2.00 petang Ahli : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Pn. Zaliza Binti Ibrahim Pn Foo Wai Choo Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Pn. Nur Hayati Binti Wasim Pn. Zubaidah binti Mat Yusof Pn. Hasnizom binti Hassan Pn. Embut Binti Embong Pn Rohaya Binti Ibrahim Agenda Perkara Tindakan 1.0 Ucapan Pengerusi Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan tugasan. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Pencadang : Pn. Foo Wai Choo Makluman
  • 18. Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan 3.0 Laporan AJK Induk 3.1 Laporan Setiausaha Surat menyurat kepada pihak pengurusan telah dihantar. 3.2 Laporan AJK Kewangan Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan RM245.00 dapat dikumpulkan. 3.3 Laporan AJK Aktiviti Semua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. 3.4 Laporan AJK Pengangkutan Tempahan bas telah dibuat dengan bayaran RM100.00 Bas – KAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang 3.5 Laporan AJK Persegaran AJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke rumah tersebut . Kos sebanyak RM45.00 akan dibelanjakan. 3.6 Laporan AJK Keselamatan Surat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada ibubapa. 3.7 Laporan AJK Cenderamata AJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada pihak pengurusan dan semua penghuni. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM95.00 diperlukan. Makluman 4.0 Hal-hal Lain Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah. Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi Makluman
  • 19. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang Disediakan oleh Disemak oleh ……………………….. ………………………………….. (FOO WAI CHOO) (ZALIZA BINTI IBRAHIM) Setiausaha Pegerusi Projek Rumah Peridungan Nurul Hana Projek Rumah Peridungan Nurul Hana LAMPIRAN III LAPORAN KERJA AMALI WAKTU AKTIVITI 2.00 -2.30 pm SUAIKENAL Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana 2.30 – 3.00 pm TAKLIMAT Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani Rumah Perlindungan Nurul Hana) Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana) 3.00 – 4.00 pm SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua penghuni seramai 18 orang. Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni sebelum sesi beramah mesra dijalankan. 4.00 – 4.30 pm TINJAUAN PERSEKITARAN Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti
  • 20. harian mereka. 4.30 – 5.00 pm MAJLIS PENUTUP Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM, PJK,JP. Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni. Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana 5.00 – 5.30 pm JAMUAN RINGAN Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan ringan. 6.00 pm PERJALANAN PULANG LAMPIRAN IV CARTA GHANT PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA BULAN PERKARA MAC APRIL M3 M4 M1 M2 Tinjauan ke lokasi projek Mesyuarat Pertama Mesyuarat Kedua Pelaksanaan projek Penlisan Laporan Pembentangan Laporan