Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Tutorial kerongsang felt
1. MODUL KURSUS PENDEK
SENI KRAF KREATIF
(KERONGSANG FELT)
____________________________________________________________________________
Disediakan oleh:
Pn Siti Nor Zuraini bt Abdullah @ Razali
Kolej Komuniti Mas Gading
Kementerian Pendidikan Malaysia
2. TUTORIAL BUNGA SUSUN DARI FELT
1. Tekap pattern kelopak bunga tersebut pada felt menggunakan tracing pencil
2. Setelah pattern ditekap, gunting pattern bunga tersebut..
1. Lima kelopak bunga dan 1 bulatan felt
perlu disediakan untuk siapkan bunga
blossom kita.
2. Setelah itu, lipat dua kelopak bunga felt
tersebut
3. Ambil keratan bulat felt tadi dan
tindankan kelopak bunga di atas keratan
felt berbentuk bulat tersebut.
4. Kemudian, jahitkan kelopak bunga felt
di bahagian tengah bersama keratan bulat
felt tadi.
5. Ambil kelopak bunga felt yang kedua
dan lipatkan dua seperti tadi juga. Selepes
itu, tindankan kelopak bunga tersebut
seperti dalam gambar.
6. Ulangi langkah yang sama seperti tadi
untuk kelopak bunga yang ketiga dan
tindankan kelopak bunga seperti dalam
gambar.
7. Kelopak bunga yang keempat pula
hendaklah ditindan dan disilangkan seperti
dalam gambar dan jahit.
8. Untuk kelopak bunga yang terakhir,
hendaklah dilipatkan empat seperti dalam
gambar.
3. Selepas itu, jahit kelopak bunga yang terakhir ini di bahagian tengahnya juga..
Setelah kelopak bunga siap dijahit, ambil 2 keping daun dan gamkan di bahagian belakang
bunga menggunakan glue gun. Jika daun tersebut panjang, boleh la dipotongkan sedikit di
bahagian hujungnya..
Setelah daun siap digam, ambil brooch pula untuk digamkan..
Brooch yang telah siap digamkan di bahagian belakang bunga..
4. TUTORIAL BUNGA ROSE FELT
1. Potong kain felt kepada bentuk bulat seperti di template bawah
2. Selepas potong bulat tersebut, gunting bulatan tersebut mengikut garisan seperti
template dibawah macam (pastikan guntingan anda tidak putus tau).
3.Setelah siap menggunting kain tersebut anda dikehendaki corak mengulung
potongan tadi. Bagi mendapatkan hasil yang kemas, gamkan setiap satu lilitan
gulungan itu.
4. Gulung sehingga habis. gamkan di akhir lilitan itu.
5. Akhir sekali, anda bolehlah melekatkan pin di belakang bunga rose tersebut.
Template Bunga Ros
5. TUTORIAL BUNGA KEMBOJA
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. kain felt
2. jarum
3. benang
4. gam UHU/hot glue gun & hot glue stick
5. pin bulat
6. butang
Langkah kerja:
1. Potong kain felt mengikut saiz syiling 50sen sebanyak
5 keping dan saiz syiling 20sen sebanyak 6 keping.
2. Susun kepingan bersaiz syiling 50sen dibahagian
belakang kepingan bersaiz kepingan 20sen. (letak ketepi
dahulu sekeping kain bersaiz 20sen)
3. lipat separuh kedua-dua kepingan tersebut. Kemudian
jahit di bahagian bawah/hujung kepingan. (pastikan
kedua-dua kepingan dijahit)
4. Tarik kedua-dua hujung benang (letak kain felt bulat
tadi ditengah). Pusing ke belakang, Tarik ketat -ketat
sehingga kedua-dua hujungnya bersambung kemudian
ikat mati.
6. 5. Pusing ke bahagian hadapan. Gamkan butang di bahagian
tengah kelopak bunga.
6. Di bahagian belakang, gamkan sekeping potongan bulat
felt bersaiz syiling 20 sen. Letakkan di atas meja (bahagian
hadapan ke atas). Tekan kelopak bunga supaya kelopak
tampak tersusun dan kemas.
7. Letakkan gam, kemudian tekankan pin bulat di bahagian
tengah (atas kepingan bersaiz syiling 20sen).
8. Kerongsang siap!