Banyak orang mahu memulakan bisnes dengan satu anggapan iaitu produk atau servis itu 'belum ada lagi'.
Nota ini akan membantu tuan-tuan memahami adakah semua yang belum ada lagi berbaloi untuk dijadikan bisnes.
Nota: Silibus SekolahBisnes.com Semester 1 di http://www.slideshare.net/startupabs/sukatan-pelajaran-sekolah-bisnes-dot-com
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Memulakan Bisnes Sendiri Logik Belum Ada Lagi
1.
2.
3. Banyak orang muda yang baru pertama kali hendak
memulakan bisnes menggunakan logik belum-ada-lagi dalam
pasaran.
Logik belum-ada-lagi mendorong peniaga memperkenalkan
produk yang lain sama sekali, yang pertama seumpamanya,
yang orang belum pernah tengok, yang baru dicipta, yang
baru dibawa masuk dari negara luar.
Logik ini adalah sebahagian daripada kesan yang dihasilkan
oleh logik-persaingan, logik membandingkan dengan produk
orang lain, logik hendak menjadi yang pertama, yang
terbaru, yang lebih kreatif dan inovatif daripada peniaga-
peniaga lain.
4. Logik belum-ada-lagi adalah salah satu strategi bisnes yang
berisiko menghasilkan banyak stok tak-bergerak dan duit
modal banyak terbakar.
Barang sudah ada di dalam setor, kita tidak tahu kepada
siapa stok yang menimbun itu mahu dihantarkan.
Apabila kita menggunakan logik belum-ada-lagi, fikiran kita
difokuskan kepada produk, bukan kepada customer dan
channel.
5. Dalam BMC, kita tidak boleh mula berfikir dengan memikirkan
produk dahulu. Itu cara berfikir yang salah dalam bisnes.
Fikirkan customer dahulu, kemudian fikirkan channel-
channelnya, kemudian barulah fikirkan produknya.
Apabila kita memilih produk dengan menggunakan logik
belum-ada-lagi, produk itu berdepan dengan 3 risiko yang
sangat serius implikasinya:
1. Permintaannya mungkin belum wujud.
2. Pasarannya mungkin belum wujud
3. Channel-channelnya mungkin belum wujud
6. Nabi kita menjalankan bisnes tradingnya B-to-B dengan
menawarkan barang keperluan harian.
Produk beliau adalah barang yang sudah lama ada dalam
pasaran, dan pasarannya juga adalah pasaran lama.
Ini menjadikan bisnes beliau sangat rendah risikonya.
Itu tidak bermakna kita tidak boleh memulakan bisnes
dengan menggunakan logik belum-ada-lagi dalam pasaran.
Ini hanya bermakna, mulakan bisnes dengan memilih goods
yang berisiko rendah ditolak oleh pasaran.
…