Sekolah Bisnes dot com merupakan platform pendidikan online yang bertujuan membantu individu memvalidasi dan mengembangkan idea bisnes mereka melalui pendekatan seperti Business Model Canvas dan Lean Startup serta menanamkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia.
2. • Sekolah Bisnes dot com merupakan satu
medium pendidikan usahawan secara
online (artikel, video dan forum).
• Sekolah Bisnes dot com mahu membantu
mereka yang mempunyai keinginan
memulakan bisnes memvalidasi idea
bisnes mereka terlebih dahulu dengan
pendekatan Business Model Canvas, Lean
Startup dan Customer Development Model.
• Sekolah Bisnes dot com mahu menyemai
budaya keusahawanan kepada rakyat
Malaysia agar lebih ramai melibatkan diri
dalam startup dan bisnes-bisnes kecil.
12. Silibus Semester 2
Memimpin Bisnes
• Puan Ainon Mohd. akan membantu peserta belajar cara memimpin bis0nes
yang betul agar bisnes yang dijalankan mampu berkembang pada mada
hadapan.
Branding
• Tuan Syaizul Amal akan membantu peserta menjalankan aktiviti-aktiviti yang
membantu proses branding syarikat. Tuan Syaizul akan berkongsi bagaimana
beliau menjalankan proses penjenamaan brand Ain Maisarah dan BLINK.
Inovasi BMC
• Tuan Yusry Yusop akan membantu peserta bagaimana melakukan inovasi
bisnes menggunakan Kanvas Model Bisnes (BMC) agar dapat mencipta
peluang bisnes baru dan kreativiti dalam perlaksanaan bisnes.
13. Silibus Semester 2
Teknik Nabi
• Tuan Zusuff Kan akan membantu peserta bagaimana mendorong staf dan
partner menggunakan Teknik Nabi Muhammad.
Bisnes Online
• Tuan Fazreen akan membantu peserta bagaimana memahami trend bisnes
online. Beliau berpengalaman dalam membangunkan platform bisnes online
yang amat dikenali oleh anak muda.
Kewangan Bisnes II
• Puan Irnee Ismail akan membantu peserta merancang kewangan syarikat
agar aliran pendapatan syarikat dapat diurus dengan baik.
14. Silibus Semester 2
Sistem Bisnes dan SOP II
• Puan Noraminah Omar akan membantu peserta bagaimana membuat
pembetulan kepada SOP syarikat yang sudah wujud selaras dengan
perkembangan bisnes dan pertambahan sumber-sumber syarikat.
Inovasi dan Ekonomi Baru
• Tuan Ahmad Naim Jaafar akan membawa peserta berkenalan dengan inovasi
dan ekonomi baru yang sedang berkembang dengan pesat di seluruh dunia.
Lean Startup I
• Tuan Izwan Robotys akan membantu peserta memahami pendekatan Lean
Startup dan mengaplikasikannya di dalam bisnes.
15. Silibus Semester 3
Isu-Isu Startup
• Puan Ainon Mohd. akan membantu peserta memahami isu-isu yang selalu
dihadapi oleh mereka yang baru memulakan bisnes.
Ghanimah dan Tim Badar
• Tuan Hir Effendy akan membantu peserta mengaplikasikan ghanimah dalam
bisnes sebagai satu ganjaran material kepada staf dan partner.
Kewangan Islam
• Tuan Zusuff Kan akan menjelaskan perkara mengenai kewangan Sslam yang
berkait rapat dengan bisnes.
16. Silibus Semester 3
Business Model Environment (BME)
• Tuan Yusry Yusopp akan membantu peserta menggunakan Business Model
Environment (BME) bagi melihat faktor-faktor luaran yang memberi kesan
kepada bisnes kita.
Pemasaran Online
• Tuan Fazreen akan membantu peserta bagaimana memasarkan produk secara
online dan apakah yang menjamin kejayaan bisnes online.
Gorila Marketing II
• Tuan Zamri Mohamad akan membantu peserta dengan teknik Pemasaran
Gorila. Teknik ini sangat membantu peserta yang baru memulakan bisnes agar
bisnesnya visible kepada segmen pelanggan yang disasarkan.
17. Silibus Semester 3
Copywrting II
• Tuan Aqif Azizan akan membantu kita memahami copywriting lebih lanjut. Ini
adalah lanjutan daripada kursus yang disusun pada Semester 1.
Teknologi
• Tuan Akmal Fikri akan menunjukkan kepada peserta apakah alat-alat (sistem,
apps) yang boleh membantu peserta meningkatkan produktiviti bisnes
mereka.
Penipuan Bisnes II
• Tuan Azam Yaacob kembali pada semester ini dengan lanjutan kepada
penipuan bisnes (fraud dan scam). Kali ini kita akan fokus kepada penipuan
bisnes dalam syarikat.
18. Silibus Semester 3
Undang-Undang
• Tuan Ahmad Naim Jaafar akan membantu peserta memahami apakah
perkara-perkara berkaitan undang-undang yang perlu sentiasa diambil
perhatian oleh usahawan. Kesilapan kecil dengan tidak mematuhi umdang-
undang mendedahkan usahawan kepada risiko disaman.