Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

22,712 views

Published on

paper work

Published in: Education
  • Did u try to use external powers for studying? Like ⇒ www.HelpWriting.net ⇐ ? They helped me a lot once.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Hi there! I just wanted to share a list of sites that helped me a lot during my studies: .................................................................................................................................... www.EssayWrite.best - Write an essay .................................................................................................................................... www.LitReview.xyz - Summary of books .................................................................................................................................... www.Coursework.best - Online coursework .................................................................................................................................... www.Dissertations.me - proquest dissertations .................................................................................................................................... www.ReMovie.club - Movies reviews .................................................................................................................................... www.WebSlides.vip - Best powerpoint presentations .................................................................................................................................... www.WritePaper.info - Write a research paper .................................................................................................................................... www.EddyHelp.com - Homework help online .................................................................................................................................... www.MyResumeHelp.net - Professional resume writing service .................................................................................................................................. www.HelpWriting.net - Help with writing any papers ......................................................................................................................................... Save so as not to lose
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❤❤❤ http://bit.ly/39pMlLF ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ❤❤❤ http://bit.ly/39pMlLF ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • tq!
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Kertas kerja kejohanan bola jaring peringkat daerah 2014

  1. 1. KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TATAU 1.0 Pengenalan Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara khasnya dan di daerah Tatau khususnya. Namun bilangan jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Tatau telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring dengan kerjasama pengelola pertandingan di peringkat daerah Tatau oleh Sekolah Kebangsaan Sangan Iban bagi tahun 2014. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). 2.0 Matlamat Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dalam sukan bola jaring yang disegani di daerah Tatau. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring. 3.0 Objektif a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal. b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Tatau terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.
  2. 2. 4.0 Rasional a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di peringkat daerah. 5.0 Tarikh Pelaksanaan Tarikh : 25 Februari – 01 Mac 2014 6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan Padang bola jaring SK Kelawit, Tatau 7.0 Pengelolaan / Penganjuran Sekolah Kebangsaan Sangan Iban Pejabat Daerah Pelajaran Daerah Tatau 8.0 Sasaran Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (12TKB) daerah Tatau 9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Rujuk Lampiran 1 10.0 Anggaran Perbelanjaan Rujuk Lampiran 2
  3. 3. 11.0 Penutup Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan objektif Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tatau ini tercapai dengan jayanya.
  4. 4. LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN PENASIHAT : PPD TATAU PENGERUSI : EN PAUL ANAK JARUM (GURU BESAR) NAIB PENGERUSI 1 : EN IBAI AK ANING (GPK KOKU) NAIB PENGERUSI 2 : EN MOHD NUR FARHAN BIN ABDULLAH (GPK 1) NAIB PENGERUSI 3 : EN BALA ANAK LAJA (GPK HEM) SETIAUSAHA : CIK ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN NAIB SETIAUSAHA : CIK SENDRA ANAK ADA BENDAHARI : CIK MADELINA ANAK GAUNG JAWATANKUASA KECIL : PENDAFTARAN PESERTA (CIK ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN & CIK SITI NAJIHAH BINTI MOHD MOKRI) PENGADIL SEMUA JURULATIH PASUKAN YANG BERTANDING PENJAGA MASA (CIK SENDRA ANAK ADA) HAKIM PENCATAT MARKAH (CIK ANGIT AK TURAN) HADIAH DAN SIJIL (PUAN PAULINE & CIK AZIZAH BINTI DAEM) PERALATAN (EN LIDIE ANAK UYANG) JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI (EN ROMMIS AK JUGAH)
  5. 5. LAMPIRAN 2 ANGGARAN PERBELANJAAN Perbelanjaan ditanggung oleh PPD. Bil Perkara Kuantiti RM 1 SIJIL PENYERTAAN PESERTA/JURULATIH/ PENGURUS PASUKAN 200 KEPING 140.00 2 DRINKING WATER RM15 X 2 KOTAK 30.00 3 TROPHY (TEMPAT 1,2,3) RM7 X 3 21.00 4 JAM RANDIK 2 15.00 5 NET BOLA JARING 2 15.00 6 BOLA MIKASA 2 BIJI 20.00 7 PAM 1 13.00 JUMLAH RM254.00
  6. 6. LAMPIRAN 3 PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TATAU 1.0 Pelaksanaan Pemilihan Wakil Pasukan Bola Jaring Ke Peringkat Bahagian: Tarikh : 25 – 01 Mac 2014 (Tarikh sebenar akan dimaklumkan) Tempat : Padang Bola Jaring SK Kelawit Sasaran murid : Perempuan 12KTB Jumlah Pemain : 7 orang pemain, 3 simpanan Kriteria Pemilihan : 1. Juara kejohanan secara automatik menjadi wakil daerah ke peringkat bahagian. 2. Sistem pertandingan berdasarkan permainan kalah mati. (sebarang pindaan akan dimaklumkan)
  7. 7. 2.0 Syarat Penyertaan 1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Tatau. 2. Setiap sekolah menghantar satu pasukan bola jaring masing-masing. 3. Jumlah pemain tidak kurang daripada 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain. 4. Borang penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 14 Februari 2014. 5. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada semua pasukan. 6. Tiada yuran penyertaan dikenakan. 3.0 Syarat Pertandingan 1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan 1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain 2. Cara memutuskan Keputusan: 2.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “Kalah-mati” 3. Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui : 3.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat. 3.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan. 3.3 Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat. 3.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan. 4. Pakaian : 4.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah disematkan di hadapan dan belakang pemain:
  8. 8. GS – Goal Shooter (Penjaring gol) GD – Goal Defence (Penahan gol) GK – Goal Keeper (Penjaga gol) GA – Goal Attack (Penyerang gol) WA – Wing Attack (Penyerang Sayap) WD – Wing Defence (Penangkis Sayap) C – Center (Pemain tengah) 4.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum bermain. 4.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bibs masing-masing. 5. Kelewatan: 5.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawan akan diberi kemenangan percuma. 6. Tempoh bermain : 6.1 Pertandingan ini mengambil masa 30 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan 15 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 3 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau berlakunya kecederaan. 7. Keputusan hakim adalah muktamad (Sebarang pindaan akan dimaklumkan kelak) Disediakan oleh : Disahkan oleh : …………………………… ………………………… ( ZATIL NABILAH BINTI SHAMSUDIN ) ( IBAI AK ANING ) Penyelaras Kelab Bola Jaring Penolong Kanan Kokurikulum SK Sangan Iban SK Sangan Iban
  9. 9. LAMPIRAN 4 TENTATIF PROGRAM (cadangan) MASA ATURACARA 8.30 pagi Pendaftaran peserta 9.00 pagi Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan 9.20 pagi Permainan bola jaring bermula 12.30 tengah hari Rehat dan merarau 2.00 petang Permainan bola jaring peringkat akhir 5.00 petang Permainan tamat Penyampaian hadiah
  10. 10. BORANG PENYERTAAN BOLA JARING NAMA SEKOLAH : PENGURUS PASUKAN : KETUA PASUKAN : BIL NAMA PEMAIN SIJIL LAHIR/NO. K/P POSISI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN ……………………………………………….. ( ) COP SEKOLAH

×