1. KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN
HARUN AMINUR-RASHID, UNVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, PERAK.
Oleh:
Suhaimi bin Zulkipli
M20092000858
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, teknologi maklumat telah berkembang dengan begitu pesat. Penggunaan
teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology),
telah membawa kepada suatu perubahan besar dalam kehidupan kita seharian.
Penggunaan internet menjadi semakin meluas. Jika dahulu penggunaan internet adalah
melalui set komputer peribadi (PC), namun kini ia boleh diakses dengan menggunakan
pelbagai peranti dan gajet yang terdapat di pasaran, seperti komputer riba (laptop),
komputer tablet (tablet PC), jam tangan pintar (smart watch) dan telefon bimbit pintar (smart
phone). Capaian ke internet juga telah menjadi lebih mudah dan murah. Kini capaian
internet banyak disediakan secara percuma melalui perkhidmatan internet tanpa wayar
(Wireless). Perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma boleh yang didapati di
banyak tempat, di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah bagi
memudahkan pengguna mengakses Internet. Penyedia-penyerdia perkhidmatan berbayar
untuk penggunaan internet di telefon pintar di negara kita seperti Maxis, Celcom dan Digi,
pada ketika ini menawarkan pelbagai pakej-pakej langganan menarik yang boleh
disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan pengguna, yang semakin
bertambah hari demi hari. Justeru, kebanyakannya penduduk di bandar mahupun di luar
bandar sudah mampu memiliki sendiri perkhidmatan internet yang boleh diakses pada bila-
bila masa.
2.0 PERNYATAAN MASALAH / LATAR BELAKANG
Internet merupakan suatu teknologi dan alat yang berkuasa dan memberi banyak manfaat
jika digunakan dengan betul. Walau bagaimanapun, kandungan di internet tidak semuanya
menjurus ke arah kebaikan. Perkara ini menjadi lebih membimbangkan apabila sikap ‘ingin
tahu’ dan keinginan mencuba sesuatu yang baru di kalangan remaja boleh menyebabkan
mereka tersalah langkah. Secara ringkasnya, remaja amnya dan pelajar-pelajar khasnya,
2. mudah mengakses laman yang tidak sihat dan boleh memudaratkan diri. Berdasarkan
statistic, Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi 2010),
menyatakan bahawa jumlah pengguna Internet di Malaysia untuk tahun 2010 mencecah
16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman
sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk:
3.1 Mengenalpasti jenis laman web yang dilawati di kalangan pelajar
3.2 Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan pelajar menggunakan internet.
3.3 Mengenalpasti tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar
4.0 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penyelidikan
deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu
fenomena yang sedang berlaku atau menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang
dikaji (Majid Konting, 1994). Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan penyelidikan
deskriptif jenis tinjauan kerana kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi
mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Dalam kajian ini maklumat
pelajar yang terlibat akan dikumpul melalui penggunaan instrumen berbentuk soal selidik.
Penggunaan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik memudahkan penyelidik
memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk
soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah dikutip dan di analisis.
4.1 Lokasi, dan Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di Kolej Kediaman Harun Aminur-Rashid, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Kolej kediaman ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 100 orang pelajar-pelajar yang menghuni Kolej
Kediaman Harun Aminur-Rashid, UPSI yang dipilih secara rawak melalui kaedah
pengedaran Borang Soal Selidik.
3. 4.2 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Borang Soal Selidik sebagai instrumen kajian terhadap
responden bagi mendapatkan maklum balas dan pengumpulan data. Borang soal-
selidik tersebut terdiri daripada Bahagian A yang mengandungi maklumat latar
belakang responden dan Bahagian B yang mengandungi soalan-soalan kajian.
5.0 ANALISIS DATA / DAPATAN KAJIAN
5.1 Jantina
Jadual 1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina N Peratus (%)
Lelaki 62 62
Perempuan 38 38
Jumlah 100 100
Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian
menunjukkan seramai 62 orang (62%) adalah pelajar-pelajar lelaki manakala
seramai 38 orang (38%) adalah pelajar-pelajar perempuan.
5.2 Jenis Laman Web Yang Dilawati
Jadual 2 : Jenis Laman Web Yang Dilawati
Bil Internet / Laman Web Lelaki Perempuan
1 Laman web berita / isu semasa 42 (67.7%) 32 (84.2%)
2 Laman web video / online movie 43 (69.4%) 30 (78.9%)
3 Laman web pendidikan / e-pembelajaran 36 (58.1%) 29 (76.3%)
4 Laman web rangkaian sosial 62 (100%) 38 (100%)
5 Laman web pornografi 2 (3.2%) 0 (0%)
6 Permainan atas talian (online game) 8 (12.9%) 5 (13.2%)
7 Chatting 45 (72.6%) 30 (78.9%)
8 E-mel 62(100%) 38 (100%)
9 Laman memuat turun (download) 43 (69.4%) 30 (78.9%)
10 Laman web hiburan 60 (96.78%) 37 (97.4%)
11 Blog 8 (12.9%) 29 (76.3%)
Dari sudut jenis penggunaan Internet, laman rangkaian sosial dan laman web email
adalah laman web yang paling kerap dilayari oleh responden. Dapatan juga
menunjukkan bahawa kesemua responden iaitu seramai 100 orang responden
4. (100%) melayari kedua-dua laman web ini. Seterusnya ia diikuti dengan lawan web
hiburan iaitu terdiri daripada 60 orang responden (96.78%) lelaki dan 37 orang
responden (97.4%) perempuan.
Hasil kajian juga mendapati, laman web pornografi merupakan salah satu jenis
aplikasi internet yang turut dilayari oleh responden, namun ia hanya melibatkan
responden lelaki iaitu seramai 2 orang (3.2%). Kedua-dua responden lelaki dan
perempuan juga menunjukkan kecenderungan yang kurang terhadap permainan
atas talian (online game) iaitu hanya seramai 8 orang lelaki (12.9%) dan 5 orang
responden perempuan (13.2%) sahaja yang terlibat.
5.3 Kekerapan Pengunaan Internet Berdasarkan Jumlah Jam Sehari
Bahagian ini adalah untuk mengukur tahap ketagihan penggunaan Internet di
kalangan pelajar melalui jumlah jam penggunaan dalam sehari.
Jadual 3 : Tahap Penggunaan Berdasarkan Jam Penggunaan Internet
Jam Penggunaan Internet
(Sehari) Lelaki Perempuan
Kurang daripada 1 jam 0 0
1 hingga 2 jam 10 (16.1%) 1(2.6%)
3 hingga 4 jam 26 (41.9%) 8 (21.1%)
Melebihi 5 jam 26 (41.9%) 29 (76.3%)
Jumlah 62 38
Jadual 3 menunjukkan bahawa tiada responden yang menggunakan internet kurang
daripada 1 jam. Seramai 26 orang pelajar lelaki (41.9%) dan 29 pelajar perempuan
(76.3%) menggunakan internet melebihi 5 jam dalam sehari. Tahap penggunaan
yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh penyediaan perkhidmatan wi-fi berbayar
yang disediakan oleh pihak pentadbiran kolej kediaman tersebut. Ini memudahkan
pelajar-pelajar untuk mengkases internet apabila berada di dalam bilik penginapan.
Majoriti responden perempuan menggunakan internet melebihi 5 jam sehari, iaitu
sebanyak 76.3%.
5.4 Tujuan Melayari Internet Mengikut Jantina
Jadual 4: Tujuan melayari internet
Bil. Tujuan melayari internet Jantina
Lelaki Perempuan
1. Mendapat maklumat untuk tujuan pembelajaran 62 (100%) 38 (100%)
5. 2. Bersosial (facebook, tweeter,dll) 62 (100%) 38 (100%)
3. Berniaga (blog, mudah.my, dll) 2 (3.2%) 8 (21.1%)
4. Mendapatkan berita-berita/isu semasa 46 74.2%) 32(84.2%)
5. Berhibur (memuat turun video, lagu, dll) 52(83.9%) 34(89.5%)
6. Lain-lain 12(19.4%) 13(34.2%)
Daripada data yang diperolehi, jelas meunjukkan bahawa kesemua responden
melayari internet bagi tujuan mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran
mereka dan dalam masa yang sama aktif di laman-lama sosial seperti Facebook,
Tweeter dan Myspace. Menggunakan internet dengan tujuan untuk berniaga
menunjukkan peratusan yang paling rendah di kalangan responden lelaki (12.9%)
dan juga perempuan (31.6%). Ini mungkin disebabkan status mereka sebagai
pelajar sepenuh masa dan tidak berminat untuk menjana pendapatan sampingan
secara serius.
6.0 KESIMPULAN
Internet beroperasi 24 jam sehari dan boleh diakses di seluruh dunia, dengan syarat kita
mempunyai capaian kepadanya. Dengan adanya internet, dunia seolah-olah tiada
kekakangan jarak dan waktu. Sebagai contoh, sesuatu maklumat atau bahan boleh
dihantar dalam sekelip mata kepada penerima walau di mana dia berada. Segala transaksi
juga boleh dijalankan dengan lebih meluas dan pantas. Ini adalah antara kelebihan dan
kebaikan yang tidak dapat dinafikan yang diberikan oleh internet kepada manusia. Walau
bagaimanapun, kesan negatif tetap ada. Penyalahgunaan internet akan menyebabkan
pelbagai implikasi negatif, dari pelbagai aspek dan bidang. Sebagai contoh,
penyalahgunaan internet di dalam bidang perniagaan akan menyebabkan penipuan
perniagaan (fraud) manakala di dalam bidang politik, sesebuah negara juga boleh runtuh
jika maklumat yang salah disebarkan kepada rakyat. Begitulah hebatnya internet.
Penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang baru di kalangan para remaja
khususnya kepada pelajar. Sehubungan itu, terdapat kesan positif dan juga negatif melalui
penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya. Antara kesan-kesan positif
penggunaan internet ialah internet bertindak sebagai satu medium interaksi tanpa
sempadan di seluruh dunia. Sebagai contoh, laman sosial seperti Facebook, MySpace,
Friendster dan lain-lain. Dengan menggunakan internet dan juga laman sosial ini, para
pelajar dapat menerokai dunia luar dengan mudah. Selain dapat menambah kenalan dari
seluruh pelosok dunia, mereka juga dapat saling bertukar pandangan dan berkongsi
maklumat mengenai negara dan budaya negara masing-masing. Hal ini secara tidak
6. langsung, dapat memupuk semangat kesejahteraan dan keamanan sejagat melalui internet
kerana para pengguna internet dapat serba sedikit pengetahuan mengenai sesuatu budaya
di negara tersebut.
Selain itu juga dalam bidang pendidikan penggunaan internet boleh dikenal pasti sebagai
salah satu medium untuk membantu pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar dapat meningkatkan produktiviti dan kemajuan
dalam pelajaran kerana mereka mempunyai sumber lain sebagai maklumat tambahan
dalam pembelajaran mereka di samping pembelajaran dalam kelas perkongsian dan
capaian maklumat akan menjadi lebih mudah dan meluas. Terdapat pelbagai laman web
dan aplikasi pembelajaran yang sangat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Pelajar tidak lagi hanya bergantung kepada pensyarah dan sumber buku-buku rujukan yang
berbentuk fizikal semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran atas talian juga boleh diaplikasi dengan adanya internet.
Melalui kaedah ini, konsep Belajar Secara Bersemuka (face- to-face learning) boleh
dianggap kuno dan sudah tidak praktikal.