SlideShare a Scribd company logo
1 of 70
TEORI PERTUKARAN
         SOSIAL
(Social Exchange Theory)
Tokoh Utama
• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial
  adalah George Homans (1961, 1974), Peter
  Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a,
  1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley
  &Thibaut 1978)
PENGENALAN

• Individu dalam masyarakat berinteraksi antara
  satu sama lain bagi mendapat atau
  dijangkakan mendapat ganjaran atau faedah
  tertentu.
• Di samping menjangkakan mendapat ganjaran
  atau faedah mereka juga cuba mengelak
  daripada memperolehi sesuatu yang tidak
  baik dalam interaksi tersebut.
•   Oleh yang demikian, dalam interaksi antara
    individu masing-masing merencanakan
    strategi bagi mendapat ganjaran atau faedah
    dan juga merencanakan strategi bagi
    mengelak memperolehi sesuatu yang tidak
    baik termasuk hukuman (punishment)
    daripada interaksi tersebut.
Asas Teori Pertukaran Sosial
•   Individu yang berinteraksi secara rasional
    cuba memaksimakan faedah atau ganjaran
    yang diperolehi atau bakal diperolehi dalam
    interaksi tersebut.
•   Dalam mana-mana interaksi kebanyakan
    daripada faedah atau ganjaran berada di
    tangan orang lain.
• Manusia mempunyai laluan (access) untuk
  mendapat maklumat tentang aspek-aspek
  sosial, ekonomi dan psikologi dalam mana-
  mana interaksi.
• Maklumat yang diperolehi itu memberi
  peluang kepada mereka untuk memilih jenis
  interaksi yang mendatangkan keuntungan
  atau faedah di samping memberi panduan
  untuk menolak interaksi yang dijangka akan
  mendatang keburukan kepada mereka.
• Manusia bersifat rasional dan mengambil
  langkah atau cara terbaik dalam persaingan
  mendapat faedah atau ganjaran dalam
  interaksi di samping mengelak cara yang
  dijangka akan membawa keburukan atau
  membawa kepada hukuman tertentu.
• Manusia mempunyai matlamat tertentu
  dalam sistem persaingan bebas (free
  competitive system).
• Pertukaran sosial dalam interaksi
  beroperasi dalam lingkungan norma
  satu-satu budaya.
• Dalam mana-mana interaksi, ganjaran
  (rewards) lebih diutamakan daripada
  hukuman (punishment).
• Sesuatu tindakan (contohnya
  perkhidmatan) menjadi lebih bernilai jika
  seseorang individu sukar
  memperolehinya atau sukar mendapat
  ganjaran daripadanya.
• Nilai tindakan itu berkurangan jika
  individu tersebut sering
  memperolehinya.
• Contohnya, sumbangan kepakaran daripada
  seseorang pakar begitu berharga walau pun
  memakan masa hanya 10 minit. Akan tetapi
  jika pakar tersebut telah memberi
  perkhidmatan selama 1 jam, sumbangan
  kepakaran beliau selama 10 minit berikutnya
  tidak setinggi nilainya dengan nilai sumbangan
  10 minit yang terdahulu.
• Dalam teori pertukaran sosial terdapat unsur
  kuasa (power) atau perasaan berkuasa ( a
  sense of power) di kalangan individu-individu
  yang berinteraksi atau yang berhubungan.
• Pihak yang kurang berminat (least interested)
  dalam mana-mana perhubungan lazimnya
  mempunyai kuasa (terselindung) dalam
  perhubungan tersebut.
• Lihat contoh berikut:
• Most Interested: "I made you a wonderful meal,
  darling. Would you like me to rub your feet? May I
  serve you your evening cocktail before we dine?"
  Least Interested: "Thanks, but I decided to go out
  with my friends tonight."
• Most Interested: "Oh, that sounds wonderful. You
  don't get out enough. Should I put dinner away for
  later?"
• Least Interested: "No - We'll find something."
• Most Interested: "O.K. - I love you! Be careful out
  there. I'll be here when you get home."

   http://www3.uakron.edu/witt/fc/fcnote5b.htm
Konsep-Konsep Utama Dalam
                  Teori Pertukaran Sosial
     •    Ganjaran (Rewards)
     •    Kos (Costs)
     •    Sumber (Resources)
     •    Hasil (Outcomes)
     •   Tahap perbandingan (Comparison levels)
     •   Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (Comparison
         level for alternatives)
     •   Pergantungan (Dependence)
     •   Halangan (Barriers)
     •   Sikap sering mempercayai (Trust)
     •   Komitmen (Commitment)
http://family.jrank.org/pages/1595/Social-Exchange-Theory-Major-Contemporary-Concepts.html
Ganjaran (Rewards)

• Ganjaran bermaksud nikmat, kepuasan, dan
  sanjungan yang diperolehi oleh seseorang
  dalam satu-satu perhubungan
  [Rewards are defined as the pleasures,
  satisfactions, and gratifications a person
  enjoys from participating in a relationship
  (Thibaut and Kelley 1959)]
Sumber (Resources)

• Sumber adalah komoditi dalam bentuk material atau
  simbol yang boleh ditransmit (dipindah tangan)
  melalui perlakuan inter-peribadi dan yang
  membolehkan seseorang itu memberi ganjaran
  kepada orang lain.
  [Resources are any commodities, material or
  symbolic, that can be transmitted through
  interpersonal behavior (Foa and Foa 1980) and give
  one person the capacity to reward another (Emerson
  1976)]
Kos (Costs)
• Kos dalam perhubungan termasuk hukuman yang
  dikenakan, tenaga yang dicurahkan dalam
  perhubungan itu, atau ganjaran yang terpaksa
  dilepaskan kerana seseorang itu memilih untuk
  melakukan sesuatu perkara daripada melakukan
  perkara lain.
  [The costs of social exchange relationships can
  involve punishments experienced, the energy
  invested in a relationship, or rewards foregone as a
  result of engaging in one behavior or course of action
  rather than another (Blau 1964)]
Hasil (Outcomes)
• Hasil adalah sama dengan ganjaran yang
  diperolehi daripada sesuatu perhubungan
  (interaksi) setelah ditolak kos yang
  ditanggung.
  (Outcomes are equal to the rewards obtained
  from a relationship minus the costs incurred)
• Ini diperturunkan dalam formula berikut:
  Hasil = Ganjaran dalam interaksi – kos dalam
  interaksi
  (Outcome = Rewards of interaction - Costs of
  Interaction)
• Mana-mana outcome atau hasil dalam
  perhubungan (interaksi) disifatkan sebagai
  sesuatu yang menguntungkan atau suatu
  kepuasan (satisfaction) jika ganjaran yang
  diterima adalah lebih banyak daripada kos
  yang ditanggung.
Tahap Perbandingan
           (Comparison Levels)

• Tahap perbandingan (CL) adalah sumbangan
  pengalaman dan jangkaan pengalaman terdahulu
  dalam menentukan darjah kepuasan yang diperolehi
  oleh seseorang dalam satu-satu perhubungan (the
  contributions that previous experiences and
  expectations make to the determination of how
  satisfied an individual is with a relationship)
• CL menggambarkan (a) apa yang dirasai oleh
  seseorang itu boleh dicapai dalam sesuatu
  perhubungan dan (b) apa yang dirasai oleh
  seseorang itu penting bagi beliau untuk
  mengalami atau memperolehinya dalam
  perhubungan tersebut.
• Apabila hasil (outcome) dari satu-satu
  perhubungan itu melebihi CL, maka nilai
  perhubungan tersebut adalah tinggi.
Tahap Perbandingan untuk Membuat
     Pilihan (Comparison Level for
              Alternatives)

• Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (CLalt)
  adalah penilaian seseorang terhadap hasil (outcome)
  yang bakal diperolehi dalam satu-satu perhubungan
  berbanding dengan apa yang diperolehi daripada
  perhubungan yang sedang berlaku (CLalt is an
  individual's assessment of the outcomes available in
  an alternative to the present relationship)
• Apabila hasil (outcome) yang dijangka
  diperolehi dalam perhubungan lain
  (perhubungan alternatif) melebihi apa yang
  diperolehi dalam perhubungan yang sedang
  berlaku, berkemungkinan seseorang itu akan
  memilih perhubungan alternatif dan
  menamatkan perhubungan yang sedang
  berlaku.
• Ini bermakna kepuasan dalam sesuatu
  perhubungan itu tidak semestinya
  menyebabkan perhubungan itu akan
  berterusan jika perhubungan alternatif lebih
  menjaminkan hasil (outcome) yang lebih baik
  atau lebih tinggi.

  Perhubungan A = kepuasan ***
  Perhubungan B = kepuasan *****
  Maka logiknya B = menjadi pilihan
• Satu-satu perhubungan yang mendatangkan
  hasil (outcome) yang tinggi lazimnya adalah
  lebih stabil dan berpanjangan.
• Ini kerana hasil yang tinggi itu akan dengan
  sendiri akan melemahkan persaingan daripada
  perhubungan alternatif.
Pergantungan (Dependence)

• Pergantungan adalah darjah seseorang
  merasai dirinya tertakluk atau bergantung
  kepada orang lain untuk memperolehi hasil
  (outcome) dalam satu-satu perhubungan (the
  degree to which a person believes that he or
  she is subject to or reliant on the other for
  relationship outcome)
• Darjah pergantungan ini ditentukan oleh
  sejauhmana hasil yang diperolehi dalam satu-
  satu perhubungan itu melebihi atau
  berkurangan daripada yang bakal diperolehi
  dari perhubungan alternatif.
• Pergantungan lazimnya adalah kuat dalam
  perhubungan yang mendatangkan hasil
  (outcome) yang tinggi.
Halangan (Barriers)

• Halangan adalah faktor yang meningkatkan
  kos dalam pembubaran satu-satu
  perhubungan [factors that increase the costs
  of dissolving an existing relationship (Levinger
  1982)]
• Halangan ini boleh berbentuk dalaman atau
  luaran atau kedua-duanya sekali.
• Halangan dalaman adalah dalam bentuk obligasi dan
  perasaan terhutang budi terhadap rakan dalam satu-
  satu perhubungan hingga membawa kepada kos
  psikologi yang tinggi bagi membubarkan
  perhubungan tersebut.
• Halangan luaran wujud dalam bentuk tekanan
  masyarakat serta perhitungan material dan ekonomi
  lainnya yang juga membawa kepada kos
  pembubaran perhubungan yang tinggi.
Sikap Mempercayai (Trust)
• Sikap mempercayai (trust) adalah keyakinan
  seseorang terhadap rakannya agar rakanya itu
  tidak menindas atau mengambil kesempatan
  ke atas dirinya (trust refers to the belief on
  the part of individuals that their partners will
  not exploit or take unfair advantage of them)
• Apabila satu-satu perhubungan itu akur
  kepada norma-norma timbal balas atau
  apabila satu-satu pertukaran (exchange) itu
  dianggap sebagai adil, maka individu yang
  terlibat dalam perhubungan atau pertukaran
  itu akan merasai yakin bahawa beliau tidak
  akan diiniaya oleh rakannya.
• Sikap mempercayai (trust) penting dalam
  mana-mana perhubungan sebab apabila
  setiap orang yang berhubungan itu sering
  mempercayai terhadap satu sama lain, maka
  mereka akan menjadi kurang berkira (less
  calculative), tetapi sebaliknya akan berusaha
  untuk mendapat hasil (outcome) yang
  berpanjangan.
• Dengan kata lain sikap mempercayai (trust)
  membolehkan seseorang itu menduga atau
  menjangka untuk mendapat keadilan serta
  ganjaran dalam jangka masa yang panjang dan
  tidak akan menuntut ganjaran itu dengan
  segera.
Komitmen (Commitment)
• Komitmen adalah persetujuan individu-individu
  untuk meneruskan perhubungan [Commitment
  involves the willingness of individuals to work for the
  continuation of their relationships (Leik and Leik
  1977; Scanzoni 1979].
• Komitmen lazimnya wujud apabila setiap individu
  dalam sesuatu perhubungan secara timbalbalas
  memperolehi ganjaran yang tinggi dalam
  perhubungan itu.
• Komitmen juga membawa kepada kestabilan
  perhubungan serta meningkatkan darjah
  pergantungan individu-individu yang terlibat
  dalam perhubungan itu terhadap satu sama
  lain di samping melemahkan daya tarik
  perhubungan alternatif.
Tokoh Utama
• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial
  adalah George Homans (1961, 1974), Peter
  Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a,
  1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley
  &Thibaut 1978)
Pemikiran George Homans
• Dalam bukunya bertajuk Social Behavior: Its
  Elementary Forms (1961), Homans melihat
  pertukaran sosial dari lima proposition (usul)
  yang juga menjadi intipati pemikiran beliau
  tentang teori Pertukaran Sosial.
Proposition tersebut adalah:

•   Success Proposition
•   Stimulus Proposition
•   Value Proposition
•   Aggression/Approval Proposition
•   Rationality Proposition
Success Proposition
• Jika lebih kerap sesorang itu mendapat
  ganjaran dalam tindakan (perhubungan) yang
  dilakukannya, maka beliau akan lebih mudah
  melakukan tindakan sedemikian (The more
  often a particular action of a person is
  rewarded, the more likely the person is to
  perform that action)
• Dengan kata lain mengikut ‘success
  proposition’ ini seseorang individu itu akan
  lebih mudah dan bersedia untuk meneruskan
  perhubungan dengan sesiapa sahaja dalam
  masyarakat jika beliau kerap mendapat
  ganjaran atau faedah yang dijangkakan dalam
  semua hubungan yang pernah dilakukan.
• Satu-satu perhubungan yang sedang dilakukan
  juga menjadi lebih stabil dan berpanjangan
  jika ganjaran seumpama itu bakal diperolehi.
Stimulus Proposition
• Jika pada masa lampau wujud rangsangan
  tertentu yang menyebabkan tindakan
  (perhubungan) seseorang individu itu
  mendapat ganjaran, maka jika wujud
  rangsangan yang serupa pada masa kini, maka
  beliau dengan agak mudah dan bersedia
  untuk melakukan satu-satu tindakan
  (perhubungan) baru atau beberapa tindakan
  baru yang sama dengannya
• (If, in the past, the occurrence of a particular
  stimulus, has been the occasion on which a
  person's action has been rewarded, then the
  more similar the present stimuli are to the
  past ones, the more likely the person is to
  perform the action, or some similar actions)
• Stimulus proposition ini sebenarnya
  mempunyai kaitan rapat dengan konsep
  Tahap Perbandingan atau CL (Comparison
  Level) yang dijelaskan pada awalnya.
Value Proposition
• Jika hasil (outcome) satu-satu tindakan itu
  tinggi nilainya kepada seseorang, maka beliau
  akan lebih mudah dan bersedia melakukan
  tindakan tersebut tidak kira tindakan itu
  baik/positif ataupun negatif (The more
  valuable to a person is the result of his action,
  the more likely he is to perform the action
  (positive or negative value).
• Dilihat dari aspek ini didapati perkara yang
  diutamakan dalam mana-mana tindakan
  (perhubungan) adalah nilai terhadap hasil
  (outcome) yang diterima kepada orang yang
  melakukannya.
• Hasil itu boleh datang daripada tindakan yang
  positif atau sebaliknya yang bersifat negatif.
• Hasil dalam bentuk material, kepuasan,
  nikmat dll lazimnya mempunyai nilai yang
  tinggi tidak kira dari mana sumbernya.
Aggression/Approval Proposition

• Apabila tindakan seseorang indidvidu itu tidak
  diberi ganjaran seperti yang dijangkakan, atau
  sebaliknya mendapat hukuman yang tidak
  diduga, beliau akan menjadi marah dan
  berkemungkinan bertindak agresif. Begitu juga
  apabila ganjaran yang tidak diduga diperolehi
  atau hukuman yang dijangkakan tidak
  dikenakan, maka individu tersebut akan
  gembira dan berkemungkinan akan melakukan
  sesuatu yang baik.
• (When a person's action does not receive the
  expected reward, or receives unexpected
  punishment, he will be angry and is more
  likely to perform aggressive action. Likewise,
  when unexpected reward occurs, or expected
  punishment does not occur, he will be pleased
  and is more likely to perform approving
  behavior)
• Mengikut proposition ini sebagai insan
  seseorang itu inginkan sesuatu yang terbaik
  (rewarding) dan cuba mengelak daripada
  dikenakan hukuman walaupun melakukan
  sesuatu yang tidak baik.
• Jika tidak mendapat ganjaran atau dikenakan
  hukuman tertentu beliau akan kecewa dan
  mungkin bertindak agresif (melalui perbuatan
  atau setidak-tidaknya melalui percakapan)
• Sebaliknya, jika sesorang itu tidak menduga
  mendapat apa-apa ganjaran atas tindakan beliau,
  atau pun jika beliau melakukan sesuatu yang
  salah tetapi tidak dikenakan hukuman, secara
  logiknya beliau akan rasa gembira dan
  berkemungkinan akan lebih berhati-hati untuk
  tidak mengulangi tindakan salah tersebut.
Rationality Proposition
• Dalam membuat pilihan antara tindakan alternatif
  seseorang itu akan memilih sesuatu yang nilai hasil
  (V) yang dijangka diperolehi dharab kemungkinan (P)
  untuk mendapatkan hasil tersebut adalah lebih tinggi
  (In choosing between alternative actions, a person
  will choose that one for which, as perceived by him,
  the value (V), of the result multiplied by the
  probability (P) of getting the result is greater)
• Rationality Proposition yang dikemukakan
  oleh George Homans adalah penjelasan lanjut
  kepada Konsep CLalt (Comparison Level for
  Alternatives) yang telah dibincangkan
• Tindakan A - V X P = Tinggi
• Tindakan B - V X P = Rendah
• Secara rasionalnya sesorang itu akan memilih
  Tindakan (Perhubungan) B.
• Selain lima proposition (usul) yang dihuraikan,
  Homan juga mengemukakan konsep distributive
  justice (lit:keadilan yang tersebar) dalam
  penulisannya tentang pertukaran sosial.
• Konsep distributive justice ini bermaksud, apabila
  seseorang itu rasa kecewa dalam satu-satu
  perhubungan, perasaan tersebut tidak menjadi
  masalah besar sekiranya orang lain pun turut rasa
  kecewa.
• Kekecewaan yang dialami itu akan menjadi
  masalah jika orang lain tidak berkongsi kos
  yang terlalu mahal dalam perhubungan
  tersebut.
• (Homan's idea of distributive justice suggests
  that when a person gets slighted in
  interaction, it isn't a real big problem as long
  as everybody else always gets slighted too. It
  is when others do not share in the costs that
  interactions become unbearably costly)
• Dengan kata lain, Homans berpendapat hasil
  (outcome) yang diperolehi dalam mana-mana
  perhubungan tidak boleh dinikmati oleh satu
  pihak sahaja sedangkan pihak lain tidak
  menikmatinya.
• Dalam mana-mana perhubungan ganjaran dan
   kos serta hasil semestinya seimbang di
  kalangan pihak-pihak yang terlibat.
Pemikiran Peter Blau
• Peter Blau dalam penulisannya bertajuk
  Exchange and Power in Social Life (1964)
  mengatakan pertukaran sosial adalah proses yang
  paling penting dalam kehidupan masyarakat.
• Pertukaran sosial melibatkan tindakan
  sukarela individu-individu dalam masyarakat
  yang digerakkan oleh motivasi untuk
  mendapat hasil yang dijangkakan apabila
  berhubungan dengan orang lain.
• Blau mengatakan manusia menganggotai
  satu-satu pertubuhan sosial dan
  memperluaskan perhubungan dengan
  anggota pertubuhan tersebut kerana mereka
  memperolehi faedah-faedah tertentu.
• Beliau memberi beberapa contoh bentuk
  perhubungan yang dijalinkan dengan tujuan
  mendapat hasil atau faedah – antaranya
  termasuk pertukaran perkhidmatan antara
  jiran, bantu membantu sesama rakan,
  pertukaran idea dalam perbincangan,
  pertukaran resipi antara surirumah dll.
• Pertukaran di atas adalah realiti dalam
  kehidupan masyarakat dan menjadi tali
  pengikat antara manusia.
• Perkataan-perkataan seperti terhutang budi,
  berterima kasih, kalau tidak kerana dia, dll
  semuanya menggambarkan wujudnya
  pertukaran sosial dalam kehidupan seharian.
• Walaupun terdapat banyak pertukaran sosial
  dalam masyarakat (dalam bidang ekonomi,
  politik, keluarga dsb) tetapi bagi Blau tidak
  semua tingkahlaku manusia dalam masyarakat
  boleh digolongkan sebagai pertukaran sosial.
• Begitu juga tidak semua pertukaran dalam
  masyarakat itu disifatkan sebagai pertukaran
  sosial.
• Bagi Blau konsep pertukaran sosial hanya
  mengambil kira kategori pertukaran di mana
  satu-satu tindakan itu disusuli dengan
  tindakbalas yang mendatangkan ganjaran.

• SE = Action      Rewarding Reaction
• Dengan kata lain satu-satu tindakan yang tidak
  disusuli dengan tindakbalas yang menjanjikan
  ganjaran bukan merupakan pertukaran sosial.
• Ini bermakna bagi Blau, ganjaran menjadi
  perkara utama dalam mana-mana pertukaran
  sosial.
• Selanjutrnya mengikut Peter Blau, asas
  pertukaran sosial adalah norma timbalbalas
  (norm of reciprocity) di mana seseorang itu
  mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
  orang lain.
• Sifat timbalbalas atau hasil dari satu-satu
  timbalas (reaction) tidak boleh ditawar-
  menawar, tetapi terserah kepada
  pertimbangan pihak yang memberinya.
• Ini bersandarkan kepada prinsip percaya
  mempercayai (trust) di kalangan pihak-pihak
  yang terlibat dalam pertukaran sosial.
• Mengikut Blau, manusia lazimnya mempunyai
  sifat bertanggungjawab dan akan bertimbalas
  dalam mana-mana perhubungan walaupun
  perjanjian formal tidak dimeterai antara
  mereka.
Proses pertukaran sosial mengikut Peter Blau dapat
    dirumuskan seperti berikut:

•   Individu yang berminat untuk terus mendapat hasil
    (misalnya dalam bentuk perkhidmatan), perlu
    bertanggungjawab membayar balik (memberi
    ganjaran) kepada perkhidmatan yang diterimanya
    pada masa lalu (Individuals, in the interest of
    continuing to receive needed services, need to
    discharge their obligations for having received the
    services in the past)
• Seseorang individu yang memberi
  perkhidmatan berfaedah (rewarding services)
  kepada orang lain akan mewujudkan rasa
  bertanggungjawab orang lain tersebut
  terhadap dirinya (An individual who supplies
  rewarding services to another obligates him)
• Untuk memenuhi tanggungjawab ini, orang
  yang menerima perkhidmatan (orang yang
  rasa bertanggungjawab itu), mesti memberi
  ganjaran kepada pemberinya yang terdahulu
  sebagai tindakbalas (To honour this
  obligation, the obligated person must provide
  benefits to the first in turn)
• Sekiranya kedua-dua pihak menghargai apa
  yang masing-masing terima daripada satu
  sama lain, kedua-duanya berkemungkinan
  memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi
  menimbulkan insentif kepada satu pihak
  untuk mempertingkatkan penawaran
  perkhidmatan dan juga untuk mengelak
  daripada timbulnya perasaan terhutang budi
  terhadap pihak lain.
• (If both these persons value what they receive
  from each other, both are likely to supply
  more of their own services in order to provide
  incentives for the other to increase his supply
  and to avoid becoming indebted)
• Apabila kedua-dua pihak menerima faedah
  yang kian bertambah melebihi apa yang
  diingini pada mulanya, keperluan untuk
  mendapat perkhidmatan lanjutan menjadi
  berkurangan, dan proses pertukaran di
  kalangan mereka mungkin berakhir
• (As both these individuals receive increasing
  amounts of the benefits they originally
  sought, their need for further assistance
  typically declines and the process of exchange
  between the persons may cease).
• Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat
  beberapa perbezaan dari segi pendekatan
  antara George Homans dan Peter Blau
  tentang teori Pertukaran Sosial, pada
  keseluruhannya wujud banyak persamaan dari
  segi intipati pemikiran mereka terhadap teori
  tersebut.

More Related Content

What's hot

Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaD Adam
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
Apa Itu Komunikasi??
Apa Itu Komunikasi??Apa Itu Komunikasi??
Apa Itu Komunikasi??tonen91
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanHamidah Ibrahim
 
Teori utilitarianisme
Teori utilitarianismeTeori utilitarianisme
Teori utilitarianismeSiti Fatimah
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulanKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulanAmin Upsi
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatifwmkfirdaus
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 

What's hot (20)

KONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGAKONSEP INSTITUSI KELUARGA
KONSEP INSTITUSI KELUARGA
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjaya
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
Apa Itu Komunikasi??
Apa Itu Komunikasi??Apa Itu Komunikasi??
Apa Itu Komunikasi??
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Teori utilitarianisme
Teori utilitarianismeTeori utilitarianisme
Teori utilitarianisme
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulanKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Bab 4 teori teleologi
Bab 4   teori teleologiBab 4   teori teleologi
Bab 4 teori teleologi
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 

Similar to TEORI PERTUKARAN SOSIAL

Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)
Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)
Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)Unnes
 
Psikologi sosial - intimate relationship
Psikologi sosial -  intimate relationshipPsikologi sosial -  intimate relationship
Psikologi sosial - intimate relationshipBagus Aji
 
Relationship Development
Relationship DevelopmentRelationship Development
Relationship Developmentminasstirith
 
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"Kanaidi ken
 
Tou2# (pengambilan keputusan)
Tou2# (pengambilan keputusan)Tou2# (pengambilan keputusan)
Tou2# (pengambilan keputusan)Riski Nurfatimah
 
Konflik
KonflikKonflik
Konflikvika
 
Social Exchange Theory
Social Exchange TheorySocial Exchange Theory
Social Exchange Theorymankoma2012
 
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptx
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptxPrimodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptx
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptxGalangPrawira3
 
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...salomoroyfreddy
 
Social Exchange Theory
Social Exchange TheorySocial Exchange Theory
Social Exchange Theorymankoma2012
 
Motivasi Kerja Mury KKB.pdf
Motivasi Kerja Mury KKB.pdfMotivasi Kerja Mury KKB.pdf
Motivasi Kerja Mury KKB.pdfMuryRirianty
 
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatan
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatanNilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatan
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatanCahya
 
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusuma
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusumaTugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusuma
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusumabayu_pkusuma14
 
Teori pertukaran sosial
Teori pertukaran sosialTeori pertukaran sosial
Teori pertukaran sosialTeddy Ayomi
 
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...RintaArina
 
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...RintaArina
 

Similar to TEORI PERTUKARAN SOSIAL (20)

Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)
Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)
Teori interdependensi(Pertukaran Sosial)
 
Psikologi sosial - intimate relationship
Psikologi sosial -  intimate relationshipPsikologi sosial -  intimate relationship
Psikologi sosial - intimate relationship
 
Conflict Management.
Conflict Management.Conflict Management.
Conflict Management.
 
Relationship Development
Relationship DevelopmentRelationship Development
Relationship Development
 
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"
Interpersonal Skill _ Materi Training "LEADERSHIP for Manager & Supervisor"
 
Kelompok
 Kelompok Kelompok
Kelompok
 
Tou2# (pengambilan keputusan)
Tou2# (pengambilan keputusan)Tou2# (pengambilan keputusan)
Tou2# (pengambilan keputusan)
 
DASAR-DASAR PERILAKU KELOMPOK
DASAR-DASAR PERILAKU KELOMPOKDASAR-DASAR PERILAKU KELOMPOK
DASAR-DASAR PERILAKU KELOMPOK
 
Konflik
KonflikKonflik
Konflik
 
Social Exchange Theory
Social Exchange TheorySocial Exchange Theory
Social Exchange Theory
 
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptx
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptxPrimodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptx
Primodialisme dan fanatisme dalam berzakat.pptx
 
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...
12,be gg, salomo roy freddy,hapzi ali ethical decision making in business, un...
 
Social Exchange Theory
Social Exchange TheorySocial Exchange Theory
Social Exchange Theory
 
Motivasi Kerja Mury KKB.pdf
Motivasi Kerja Mury KKB.pdfMotivasi Kerja Mury KKB.pdf
Motivasi Kerja Mury KKB.pdf
 
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatan
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatanNilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatan
Nilai personal dan nilai profesi dalam praktik keperawatan
 
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusuma
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusumaTugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusuma
Tugas pertemuan ke 5 dan 6 bayu puja kusuma
 
tgs Pengambilan Keputusan.pptx
tgs Pengambilan Keputusan.pptxtgs Pengambilan Keputusan.pptx
tgs Pengambilan Keputusan.pptx
 
Teori pertukaran sosial
Teori pertukaran sosialTeori pertukaran sosial
Teori pertukaran sosial
 
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
 
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
Komunikasi Antarpribadi 6_Relasi Kuasa dan Perbedaan Gender dalam Komunikasi ...
 

TEORI PERTUKARAN SOSIAL

  • 1. TEORI PERTUKARAN SOSIAL (Social Exchange Theory)
  • 2. Tokoh Utama • Antara tokoh utama teori pertukaran sosial adalah George Homans (1961, 1974), Peter Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a, 1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley &Thibaut 1978)
  • 3. PENGENALAN • Individu dalam masyarakat berinteraksi antara satu sama lain bagi mendapat atau dijangkakan mendapat ganjaran atau faedah tertentu. • Di samping menjangkakan mendapat ganjaran atau faedah mereka juga cuba mengelak daripada memperolehi sesuatu yang tidak baik dalam interaksi tersebut.
  • 4. Oleh yang demikian, dalam interaksi antara individu masing-masing merencanakan strategi bagi mendapat ganjaran atau faedah dan juga merencanakan strategi bagi mengelak memperolehi sesuatu yang tidak baik termasuk hukuman (punishment) daripada interaksi tersebut.
  • 5. Asas Teori Pertukaran Sosial • Individu yang berinteraksi secara rasional cuba memaksimakan faedah atau ganjaran yang diperolehi atau bakal diperolehi dalam interaksi tersebut. • Dalam mana-mana interaksi kebanyakan daripada faedah atau ganjaran berada di tangan orang lain.
  • 6. • Manusia mempunyai laluan (access) untuk mendapat maklumat tentang aspek-aspek sosial, ekonomi dan psikologi dalam mana- mana interaksi. • Maklumat yang diperolehi itu memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenis interaksi yang mendatangkan keuntungan atau faedah di samping memberi panduan untuk menolak interaksi yang dijangka akan mendatang keburukan kepada mereka.
  • 7. • Manusia bersifat rasional dan mengambil langkah atau cara terbaik dalam persaingan mendapat faedah atau ganjaran dalam interaksi di samping mengelak cara yang dijangka akan membawa keburukan atau membawa kepada hukuman tertentu. • Manusia mempunyai matlamat tertentu dalam sistem persaingan bebas (free competitive system).
  • 8. • Pertukaran sosial dalam interaksi beroperasi dalam lingkungan norma satu-satu budaya. • Dalam mana-mana interaksi, ganjaran (rewards) lebih diutamakan daripada hukuman (punishment).
  • 9. • Sesuatu tindakan (contohnya perkhidmatan) menjadi lebih bernilai jika seseorang individu sukar memperolehinya atau sukar mendapat ganjaran daripadanya. • Nilai tindakan itu berkurangan jika individu tersebut sering memperolehinya.
  • 10. • Contohnya, sumbangan kepakaran daripada seseorang pakar begitu berharga walau pun memakan masa hanya 10 minit. Akan tetapi jika pakar tersebut telah memberi perkhidmatan selama 1 jam, sumbangan kepakaran beliau selama 10 minit berikutnya tidak setinggi nilainya dengan nilai sumbangan 10 minit yang terdahulu.
  • 11. • Dalam teori pertukaran sosial terdapat unsur kuasa (power) atau perasaan berkuasa ( a sense of power) di kalangan individu-individu yang berinteraksi atau yang berhubungan. • Pihak yang kurang berminat (least interested) dalam mana-mana perhubungan lazimnya mempunyai kuasa (terselindung) dalam perhubungan tersebut. • Lihat contoh berikut:
  • 12. • Most Interested: "I made you a wonderful meal, darling. Would you like me to rub your feet? May I serve you your evening cocktail before we dine?" Least Interested: "Thanks, but I decided to go out with my friends tonight." • Most Interested: "Oh, that sounds wonderful. You don't get out enough. Should I put dinner away for later?" • Least Interested: "No - We'll find something." • Most Interested: "O.K. - I love you! Be careful out there. I'll be here when you get home." http://www3.uakron.edu/witt/fc/fcnote5b.htm
  • 13. Konsep-Konsep Utama Dalam Teori Pertukaran Sosial • Ganjaran (Rewards) • Kos (Costs) • Sumber (Resources) • Hasil (Outcomes) • Tahap perbandingan (Comparison levels) • Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (Comparison level for alternatives) • Pergantungan (Dependence) • Halangan (Barriers) • Sikap sering mempercayai (Trust) • Komitmen (Commitment) http://family.jrank.org/pages/1595/Social-Exchange-Theory-Major-Contemporary-Concepts.html
  • 14. Ganjaran (Rewards) • Ganjaran bermaksud nikmat, kepuasan, dan sanjungan yang diperolehi oleh seseorang dalam satu-satu perhubungan [Rewards are defined as the pleasures, satisfactions, and gratifications a person enjoys from participating in a relationship (Thibaut and Kelley 1959)]
  • 15. Sumber (Resources) • Sumber adalah komoditi dalam bentuk material atau simbol yang boleh ditransmit (dipindah tangan) melalui perlakuan inter-peribadi dan yang membolehkan seseorang itu memberi ganjaran kepada orang lain. [Resources are any commodities, material or symbolic, that can be transmitted through interpersonal behavior (Foa and Foa 1980) and give one person the capacity to reward another (Emerson 1976)]
  • 16. Kos (Costs) • Kos dalam perhubungan termasuk hukuman yang dikenakan, tenaga yang dicurahkan dalam perhubungan itu, atau ganjaran yang terpaksa dilepaskan kerana seseorang itu memilih untuk melakukan sesuatu perkara daripada melakukan perkara lain. [The costs of social exchange relationships can involve punishments experienced, the energy invested in a relationship, or rewards foregone as a result of engaging in one behavior or course of action rather than another (Blau 1964)]
  • 17. Hasil (Outcomes) • Hasil adalah sama dengan ganjaran yang diperolehi daripada sesuatu perhubungan (interaksi) setelah ditolak kos yang ditanggung. (Outcomes are equal to the rewards obtained from a relationship minus the costs incurred)
  • 18. • Ini diperturunkan dalam formula berikut: Hasil = Ganjaran dalam interaksi – kos dalam interaksi (Outcome = Rewards of interaction - Costs of Interaction) • Mana-mana outcome atau hasil dalam perhubungan (interaksi) disifatkan sebagai sesuatu yang menguntungkan atau suatu kepuasan (satisfaction) jika ganjaran yang diterima adalah lebih banyak daripada kos yang ditanggung.
  • 19. Tahap Perbandingan (Comparison Levels) • Tahap perbandingan (CL) adalah sumbangan pengalaman dan jangkaan pengalaman terdahulu dalam menentukan darjah kepuasan yang diperolehi oleh seseorang dalam satu-satu perhubungan (the contributions that previous experiences and expectations make to the determination of how satisfied an individual is with a relationship)
  • 20. • CL menggambarkan (a) apa yang dirasai oleh seseorang itu boleh dicapai dalam sesuatu perhubungan dan (b) apa yang dirasai oleh seseorang itu penting bagi beliau untuk mengalami atau memperolehinya dalam perhubungan tersebut. • Apabila hasil (outcome) dari satu-satu perhubungan itu melebihi CL, maka nilai perhubungan tersebut adalah tinggi.
  • 21. Tahap Perbandingan untuk Membuat Pilihan (Comparison Level for Alternatives) • Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (CLalt) adalah penilaian seseorang terhadap hasil (outcome) yang bakal diperolehi dalam satu-satu perhubungan berbanding dengan apa yang diperolehi daripada perhubungan yang sedang berlaku (CLalt is an individual's assessment of the outcomes available in an alternative to the present relationship)
  • 22. • Apabila hasil (outcome) yang dijangka diperolehi dalam perhubungan lain (perhubungan alternatif) melebihi apa yang diperolehi dalam perhubungan yang sedang berlaku, berkemungkinan seseorang itu akan memilih perhubungan alternatif dan menamatkan perhubungan yang sedang berlaku.
  • 23. • Ini bermakna kepuasan dalam sesuatu perhubungan itu tidak semestinya menyebabkan perhubungan itu akan berterusan jika perhubungan alternatif lebih menjaminkan hasil (outcome) yang lebih baik atau lebih tinggi. Perhubungan A = kepuasan *** Perhubungan B = kepuasan ***** Maka logiknya B = menjadi pilihan
  • 24. • Satu-satu perhubungan yang mendatangkan hasil (outcome) yang tinggi lazimnya adalah lebih stabil dan berpanjangan. • Ini kerana hasil yang tinggi itu akan dengan sendiri akan melemahkan persaingan daripada perhubungan alternatif.
  • 25. Pergantungan (Dependence) • Pergantungan adalah darjah seseorang merasai dirinya tertakluk atau bergantung kepada orang lain untuk memperolehi hasil (outcome) dalam satu-satu perhubungan (the degree to which a person believes that he or she is subject to or reliant on the other for relationship outcome)
  • 26. • Darjah pergantungan ini ditentukan oleh sejauhmana hasil yang diperolehi dalam satu- satu perhubungan itu melebihi atau berkurangan daripada yang bakal diperolehi dari perhubungan alternatif. • Pergantungan lazimnya adalah kuat dalam perhubungan yang mendatangkan hasil (outcome) yang tinggi.
  • 27. Halangan (Barriers) • Halangan adalah faktor yang meningkatkan kos dalam pembubaran satu-satu perhubungan [factors that increase the costs of dissolving an existing relationship (Levinger 1982)] • Halangan ini boleh berbentuk dalaman atau luaran atau kedua-duanya sekali.
  • 28. • Halangan dalaman adalah dalam bentuk obligasi dan perasaan terhutang budi terhadap rakan dalam satu- satu perhubungan hingga membawa kepada kos psikologi yang tinggi bagi membubarkan perhubungan tersebut. • Halangan luaran wujud dalam bentuk tekanan masyarakat serta perhitungan material dan ekonomi lainnya yang juga membawa kepada kos pembubaran perhubungan yang tinggi.
  • 29. Sikap Mempercayai (Trust) • Sikap mempercayai (trust) adalah keyakinan seseorang terhadap rakannya agar rakanya itu tidak menindas atau mengambil kesempatan ke atas dirinya (trust refers to the belief on the part of individuals that their partners will not exploit or take unfair advantage of them)
  • 30. • Apabila satu-satu perhubungan itu akur kepada norma-norma timbal balas atau apabila satu-satu pertukaran (exchange) itu dianggap sebagai adil, maka individu yang terlibat dalam perhubungan atau pertukaran itu akan merasai yakin bahawa beliau tidak akan diiniaya oleh rakannya.
  • 31. • Sikap mempercayai (trust) penting dalam mana-mana perhubungan sebab apabila setiap orang yang berhubungan itu sering mempercayai terhadap satu sama lain, maka mereka akan menjadi kurang berkira (less calculative), tetapi sebaliknya akan berusaha untuk mendapat hasil (outcome) yang berpanjangan.
  • 32. • Dengan kata lain sikap mempercayai (trust) membolehkan seseorang itu menduga atau menjangka untuk mendapat keadilan serta ganjaran dalam jangka masa yang panjang dan tidak akan menuntut ganjaran itu dengan segera.
  • 33. Komitmen (Commitment) • Komitmen adalah persetujuan individu-individu untuk meneruskan perhubungan [Commitment involves the willingness of individuals to work for the continuation of their relationships (Leik and Leik 1977; Scanzoni 1979]. • Komitmen lazimnya wujud apabila setiap individu dalam sesuatu perhubungan secara timbalbalas memperolehi ganjaran yang tinggi dalam perhubungan itu.
  • 34. • Komitmen juga membawa kepada kestabilan perhubungan serta meningkatkan darjah pergantungan individu-individu yang terlibat dalam perhubungan itu terhadap satu sama lain di samping melemahkan daya tarik perhubungan alternatif.
  • 35. Tokoh Utama • Antara tokoh utama teori pertukaran sosial adalah George Homans (1961, 1974), Peter Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a, 1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley &Thibaut 1978)
  • 36. Pemikiran George Homans • Dalam bukunya bertajuk Social Behavior: Its Elementary Forms (1961), Homans melihat pertukaran sosial dari lima proposition (usul) yang juga menjadi intipati pemikiran beliau tentang teori Pertukaran Sosial.
  • 37. Proposition tersebut adalah: • Success Proposition • Stimulus Proposition • Value Proposition • Aggression/Approval Proposition • Rationality Proposition
  • 38. Success Proposition • Jika lebih kerap sesorang itu mendapat ganjaran dalam tindakan (perhubungan) yang dilakukannya, maka beliau akan lebih mudah melakukan tindakan sedemikian (The more often a particular action of a person is rewarded, the more likely the person is to perform that action)
  • 39. • Dengan kata lain mengikut ‘success proposition’ ini seseorang individu itu akan lebih mudah dan bersedia untuk meneruskan perhubungan dengan sesiapa sahaja dalam masyarakat jika beliau kerap mendapat ganjaran atau faedah yang dijangkakan dalam semua hubungan yang pernah dilakukan. • Satu-satu perhubungan yang sedang dilakukan juga menjadi lebih stabil dan berpanjangan jika ganjaran seumpama itu bakal diperolehi.
  • 40. Stimulus Proposition • Jika pada masa lampau wujud rangsangan tertentu yang menyebabkan tindakan (perhubungan) seseorang individu itu mendapat ganjaran, maka jika wujud rangsangan yang serupa pada masa kini, maka beliau dengan agak mudah dan bersedia untuk melakukan satu-satu tindakan (perhubungan) baru atau beberapa tindakan baru yang sama dengannya
  • 41. • (If, in the past, the occurrence of a particular stimulus, has been the occasion on which a person's action has been rewarded, then the more similar the present stimuli are to the past ones, the more likely the person is to perform the action, or some similar actions)
  • 42. • Stimulus proposition ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep Tahap Perbandingan atau CL (Comparison Level) yang dijelaskan pada awalnya.
  • 43. Value Proposition • Jika hasil (outcome) satu-satu tindakan itu tinggi nilainya kepada seseorang, maka beliau akan lebih mudah dan bersedia melakukan tindakan tersebut tidak kira tindakan itu baik/positif ataupun negatif (The more valuable to a person is the result of his action, the more likely he is to perform the action (positive or negative value).
  • 44. • Dilihat dari aspek ini didapati perkara yang diutamakan dalam mana-mana tindakan (perhubungan) adalah nilai terhadap hasil (outcome) yang diterima kepada orang yang melakukannya. • Hasil itu boleh datang daripada tindakan yang positif atau sebaliknya yang bersifat negatif. • Hasil dalam bentuk material, kepuasan, nikmat dll lazimnya mempunyai nilai yang tinggi tidak kira dari mana sumbernya.
  • 45. Aggression/Approval Proposition • Apabila tindakan seseorang indidvidu itu tidak diberi ganjaran seperti yang dijangkakan, atau sebaliknya mendapat hukuman yang tidak diduga, beliau akan menjadi marah dan berkemungkinan bertindak agresif. Begitu juga apabila ganjaran yang tidak diduga diperolehi atau hukuman yang dijangkakan tidak dikenakan, maka individu tersebut akan gembira dan berkemungkinan akan melakukan sesuatu yang baik.
  • 46. • (When a person's action does not receive the expected reward, or receives unexpected punishment, he will be angry and is more likely to perform aggressive action. Likewise, when unexpected reward occurs, or expected punishment does not occur, he will be pleased and is more likely to perform approving behavior)
  • 47. • Mengikut proposition ini sebagai insan seseorang itu inginkan sesuatu yang terbaik (rewarding) dan cuba mengelak daripada dikenakan hukuman walaupun melakukan sesuatu yang tidak baik. • Jika tidak mendapat ganjaran atau dikenakan hukuman tertentu beliau akan kecewa dan mungkin bertindak agresif (melalui perbuatan atau setidak-tidaknya melalui percakapan)
  • 48. • Sebaliknya, jika sesorang itu tidak menduga mendapat apa-apa ganjaran atas tindakan beliau, atau pun jika beliau melakukan sesuatu yang salah tetapi tidak dikenakan hukuman, secara logiknya beliau akan rasa gembira dan berkemungkinan akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi tindakan salah tersebut.
  • 49. Rationality Proposition • Dalam membuat pilihan antara tindakan alternatif seseorang itu akan memilih sesuatu yang nilai hasil (V) yang dijangka diperolehi dharab kemungkinan (P) untuk mendapatkan hasil tersebut adalah lebih tinggi (In choosing between alternative actions, a person will choose that one for which, as perceived by him, the value (V), of the result multiplied by the probability (P) of getting the result is greater)
  • 50. • Rationality Proposition yang dikemukakan oleh George Homans adalah penjelasan lanjut kepada Konsep CLalt (Comparison Level for Alternatives) yang telah dibincangkan • Tindakan A - V X P = Tinggi • Tindakan B - V X P = Rendah • Secara rasionalnya sesorang itu akan memilih Tindakan (Perhubungan) B.
  • 51. • Selain lima proposition (usul) yang dihuraikan, Homan juga mengemukakan konsep distributive justice (lit:keadilan yang tersebar) dalam penulisannya tentang pertukaran sosial. • Konsep distributive justice ini bermaksud, apabila seseorang itu rasa kecewa dalam satu-satu perhubungan, perasaan tersebut tidak menjadi masalah besar sekiranya orang lain pun turut rasa kecewa.
  • 52. • Kekecewaan yang dialami itu akan menjadi masalah jika orang lain tidak berkongsi kos yang terlalu mahal dalam perhubungan tersebut. • (Homan's idea of distributive justice suggests that when a person gets slighted in interaction, it isn't a real big problem as long as everybody else always gets slighted too. It is when others do not share in the costs that interactions become unbearably costly)
  • 53. • Dengan kata lain, Homans berpendapat hasil (outcome) yang diperolehi dalam mana-mana perhubungan tidak boleh dinikmati oleh satu pihak sahaja sedangkan pihak lain tidak menikmatinya. • Dalam mana-mana perhubungan ganjaran dan kos serta hasil semestinya seimbang di kalangan pihak-pihak yang terlibat.
  • 54. Pemikiran Peter Blau • Peter Blau dalam penulisannya bertajuk Exchange and Power in Social Life (1964) mengatakan pertukaran sosial adalah proses yang paling penting dalam kehidupan masyarakat.
  • 55. • Pertukaran sosial melibatkan tindakan sukarela individu-individu dalam masyarakat yang digerakkan oleh motivasi untuk mendapat hasil yang dijangkakan apabila berhubungan dengan orang lain. • Blau mengatakan manusia menganggotai satu-satu pertubuhan sosial dan memperluaskan perhubungan dengan anggota pertubuhan tersebut kerana mereka memperolehi faedah-faedah tertentu.
  • 56. • Beliau memberi beberapa contoh bentuk perhubungan yang dijalinkan dengan tujuan mendapat hasil atau faedah – antaranya termasuk pertukaran perkhidmatan antara jiran, bantu membantu sesama rakan, pertukaran idea dalam perbincangan, pertukaran resipi antara surirumah dll.
  • 57. • Pertukaran di atas adalah realiti dalam kehidupan masyarakat dan menjadi tali pengikat antara manusia. • Perkataan-perkataan seperti terhutang budi, berterima kasih, kalau tidak kerana dia, dll semuanya menggambarkan wujudnya pertukaran sosial dalam kehidupan seharian.
  • 58. • Walaupun terdapat banyak pertukaran sosial dalam masyarakat (dalam bidang ekonomi, politik, keluarga dsb) tetapi bagi Blau tidak semua tingkahlaku manusia dalam masyarakat boleh digolongkan sebagai pertukaran sosial. • Begitu juga tidak semua pertukaran dalam masyarakat itu disifatkan sebagai pertukaran sosial.
  • 59. • Bagi Blau konsep pertukaran sosial hanya mengambil kira kategori pertukaran di mana satu-satu tindakan itu disusuli dengan tindakbalas yang mendatangkan ganjaran. • SE = Action Rewarding Reaction
  • 60. • Dengan kata lain satu-satu tindakan yang tidak disusuli dengan tindakbalas yang menjanjikan ganjaran bukan merupakan pertukaran sosial. • Ini bermakna bagi Blau, ganjaran menjadi perkara utama dalam mana-mana pertukaran sosial.
  • 61. • Selanjutrnya mengikut Peter Blau, asas pertukaran sosial adalah norma timbalbalas (norm of reciprocity) di mana seseorang itu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain. • Sifat timbalbalas atau hasil dari satu-satu timbalas (reaction) tidak boleh ditawar- menawar, tetapi terserah kepada pertimbangan pihak yang memberinya.
  • 62. • Ini bersandarkan kepada prinsip percaya mempercayai (trust) di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam pertukaran sosial. • Mengikut Blau, manusia lazimnya mempunyai sifat bertanggungjawab dan akan bertimbalas dalam mana-mana perhubungan walaupun perjanjian formal tidak dimeterai antara mereka.
  • 63. Proses pertukaran sosial mengikut Peter Blau dapat dirumuskan seperti berikut: • Individu yang berminat untuk terus mendapat hasil (misalnya dalam bentuk perkhidmatan), perlu bertanggungjawab membayar balik (memberi ganjaran) kepada perkhidmatan yang diterimanya pada masa lalu (Individuals, in the interest of continuing to receive needed services, need to discharge their obligations for having received the services in the past)
  • 64. • Seseorang individu yang memberi perkhidmatan berfaedah (rewarding services) kepada orang lain akan mewujudkan rasa bertanggungjawab orang lain tersebut terhadap dirinya (An individual who supplies rewarding services to another obligates him)
  • 65. • Untuk memenuhi tanggungjawab ini, orang yang menerima perkhidmatan (orang yang rasa bertanggungjawab itu), mesti memberi ganjaran kepada pemberinya yang terdahulu sebagai tindakbalas (To honour this obligation, the obligated person must provide benefits to the first in turn)
  • 66. • Sekiranya kedua-dua pihak menghargai apa yang masing-masing terima daripada satu sama lain, kedua-duanya berkemungkinan memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi menimbulkan insentif kepada satu pihak untuk mempertingkatkan penawaran perkhidmatan dan juga untuk mengelak daripada timbulnya perasaan terhutang budi terhadap pihak lain.
  • 67. • (If both these persons value what they receive from each other, both are likely to supply more of their own services in order to provide incentives for the other to increase his supply and to avoid becoming indebted)
  • 68. • Apabila kedua-dua pihak menerima faedah yang kian bertambah melebihi apa yang diingini pada mulanya, keperluan untuk mendapat perkhidmatan lanjutan menjadi berkurangan, dan proses pertukaran di kalangan mereka mungkin berakhir
  • 69. • (As both these individuals receive increasing amounts of the benefits they originally sought, their need for further assistance typically declines and the process of exchange between the persons may cease).
  • 70. • Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi pendekatan antara George Homans dan Peter Blau tentang teori Pertukaran Sosial, pada keseluruhannya wujud banyak persamaan dari segi intipati pemikiran mereka terhadap teori tersebut.