SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 2
2. DEFINISI AKHLAK 3
2.1. Persamaan dan Perbezaan Akhlak, Etika Dan Moral. 4
3. FALSAFAH AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH 6
3.1. Pengertian Akhlak 8
3.2. Konsep Akhlak Dan Dasar Etika 10
3.3. Kebahagian Dan Kebaikan 14
4. KESIMPULAN 16
5. RUJUKAN 17
2
1. PENDAHULUAN
Falsafah sering dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang sukar difahami dan tidak releven
dengan keperluan hidup seharian. Manakala tokoh-tokoh ahli falsafah pula dipersepsikan
sebagai golongan ahli fikir yang tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka didakwa berfikir
tentang perkara yang abstrak dan hanya mengungkap idea-idea klasik yang diteorikan oleh
tokoh-tokoh pemikir ulung seperti Socrates, Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu
Miskawayh dan laian-lain.
Falsafah akhlak merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji serta mempersoalkan
berbagai-bagai isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, susila,cara berfikir, sikap, agama dan
semua faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia seperti nafsu, akal, kebebasan,
tanggungjawab dan sebagainya. Dalam tradisi Barat, pengajian ilmu akhlak sudah lama wujud
dan berkembang beberapa abad sebelum kelahiran Islam. Ia dikenali sebagai ilmu ‘etika’ dan
‘moral’.
Di dunia Barat, falsafah etika telah wujud dan berkembang dalam kalangan bangsa
Greek beratus abad sebelum kelahiran agama Kristian. Antara tokoh falsafah Greek yang
terkenal ialah Socrates yang juga dianggap sebagai pengasas ilmu akhlak. Falsafah akhlak ini
berkembang hinggalah zaman kehebatan ahli falsafah akhlak Islam iaitu Ibnu Miskawayh.
Oleh itu, dalam tugasan pada kali ini, kita kan melihat sebarang persamaan dan perbezaan
falsafah akhlak antara dua tokoh falsafah yang terkenal.
3
2. DEFINISI AKHLAK
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat
semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Secara etimologi
akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada perkataan al-khuluq yang
bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri
agama itu sendiri. (Asmawati Suhid 2009:15) Perkataan al-khulq ini di dalama-Qur’an hanya
terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya dalam surah al-Qalam ayat 4 iaitu :
Maksud-Nya : Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung
Sementara perkataan al-khalqu bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian
yang indah dan baik apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia membawa maksud struktur
tubuh badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia
juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang
yang tepat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah ali-‘Imran ayat 190 iaitu :
Maksud-Nya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
berakal.
Dalam Qamus al-Munjid, Lisan al-`Arab dan Mu`jam al-Falsafi akhlak diberikan
pengertian sebagai suatu sifat semulajadi, tabiat, agama atau ringkasnya gambaran batin
seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akhlak memberi maksud budi pekerti,
kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. (Asmawati Suhid 2009:15)
Dari segi istilah, akhlak membawa pengertian suatu ilmu yang menjelaskan erti baik
dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang
lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan
menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat. (Asmawati Suhid 2009:16)
4
Menurut Ibnu Miskawaih pula, akhlak adalah keadaan jiwa yang menggerakkan
manusia melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran. Ia terbahagi kepada dua bahagian
iaitu, pertama, secara natural atau tabii seperti perasaan marah. Kedua, melalui latihan dan
kebiasaan yang melalui peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti serta peringkat
mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup.
(Mardzelah Makhsin 2006:26)
2.1.Persamaan dan Perbezaan Akhlak, Etika dan Moral
 ETIKA
Etika bermaksud ukuran dan piawaian yang digunakan bagi membezakan kelakuan
individu sama ada baik atau buruk, menyenangkan ataupun tidak menyenangkan.
Perkataan etika berasala daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud
perangai, cara hidup, ataupun adat resam. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang
berhubungan dengan upaya menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk
dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang di
hasilkan oleh akal manusia.(Mardzelah Makhsin 2006:24) Dengan adanya etika
pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relatif yakni
dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.
 MORAL
Moral dapat ditakrifkan sebagai tingkah laku atupun amalan yang sejajar dengan
tatasusila dan undang-undang masyarakat.amalan ataupun tindakan yang dikatakan
bermoral pula boleh dilihat dari segi tindak balas atau reaksi individu yang membabitkan
hawa nafsu, peraturan masyarakat dan tindakan yang rasional.(Mardzelah Makhsin
2006:25) Jadi, apa perbezaan antara etika dan moral?
Ringkasnya, moral dalam bahasa Latin dan etika dalam bahasa Greek mempunyai
konotasi makna yang hampir sama. Kedua-dua istilah ini berkaitan dengan kegiatan
praktikal yang berhubung dengan tingkah laku, adat, gaya hidup, cara berfikir serta aspek
niat, kebebasan dan ecenderungan seseorang dalam melakukan aktiviti. Perbezaan
5
anatara moral dan etika adalah, moral adalah adalah satu disiplin ilmu yang dapat
mendedahkan kepada kita apakah bentuk sistem moral yang digunapakai oleh sesuatu
kelompok manusia seperti moral orang Melayu, Cina, Inggeris, Arab, India dans lain-lain
bangsa.(Nasir Omar 2010:22)
 AKHLAK
Dalam Islam, etika dan moral , sekalipun berbeza dari sudut konsep, matlamat dan
sumber, dipanggil ‘akhlak’. Akhlak adalah istilah yang diperkenalkan oleh orang Islam
bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Akhlak adalah tabiat semulajadi yang dimiliki
oleh seseorang secara fitrah seperti perasaan cepat marah, cepat ketawa, mudah
tersinggung dan sebagainya. (Nasir Omar 2010:24)
Menurut tokoh moralis Islam terkenal pula iaitu Ibnu Miskawaih, akhlak merujuk
kepada sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi
sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.
(Nasir Omar 2010:24)
Bagi Imam al-Ghazali pula, secara dasarnya beliau bersetuju dengan takrif Ibnu
Miskawaih tetapi beliau membuat sedikit modifikasi . Menurutnya, akhlak bukan ilmu
atau makrifat tentang kebaian dan keburukan kerana ilmu tidak menjamin seseorang
menjadi baik atau buruk. Al-Ghazali menetapkan dua syarat yang dinamakan sebagai
akhlak iaitu, pertama, mestilah wujud suatu kestabilan dalam melakukan sesuatu
perbuatan. Manakala, syarat kedua ialah sesuatu perbuatan mestilah direalisasikan
dengan senang dan spontan.(Nasir Omar 2005:14)
6
3. FALSAFAH AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH
Socrates dan Ibnu Miskawayh adalah 2 orang tokoh ahli falsafah yang membicarakan
berkenaan falsafah akhlak dan etika. Sebelum melihat dengan lebih jauh lagi idea-idea
berkenaan akhlak, eloklah kiranya kita melihat sedikit sebanyak biodata dan latar belakang
mereka.
 Socrates
Socrates adalah seorang tokoh penting yang pasti memulakan asas bagaimana
manusia menilai dunia di sekitar mereka. Idea-idea Socrates berbentuk falsafah
pendidikan dan berfikir logik.
Socrates adalah seorang ahli falsafah dari Yunani, dan dia hidup antara tahun 469
dan 399 SM di Athens. Beliau adalah seorang pemikir ulung yang mewarisi pekerjaan
bapanya sebagai seorang pengukir. Socrates bolehlah dianggap sebagai bapa ataupun
pengasas kepada ilmu akhlak. Beliau sendiri dikatakan sebagai seorang yang berhati
mulia, rajin, bijaksana, berani, sederhana dan adil.(Nasir Omar 2010:60)
Socrates terkenal atas kematiannya kerana dia dipaksa oleh mahkamah untuk
meminum hemlock, sejenis racun yang kuat. Beliau dihukum bunuh kerana dianggap
membawa unsur yang tidak baik kepada masyarakat. Beliau menggalakkan ahli
masyarakat menyoal dan bertanya tentang segalanya termasuk ketuhanan.Walaupun
diberi peluang oleh kawannya Krato untuk melarikan diri dari penjara, Soctares
menolaknya. Socrates percaya kematian memberi peluang untuk beliau berjumpa tokoh-
tokoh ilmuan penting yang sudah mati dan mereka boleh berbincang, berhujah dan
berdebat di sana nanti.( Sara Ahbel & Rachana Kamtekar 2009:36)
Salah satu fakta yang paling penting tentang Socrates adalah bahawa ia membantu
mengembangkan banyak idea-idea tentang logik dan nilai moral: apa yang benar dan
bagaimana untuk membantu seseorang mengatasi masalah mereka dalam kehidupan
sehari-hari.
7
 Ibnu Miskawayh
Ibnu Miskawayh adalah seorang tokoh Muslim yang memusatkan perhatiannya
pada etika Islam. Nama Lengkapnya adalah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ya’qub Ibn
Miskawaih. Beliau lahir pada tahun 320 H/932 M di Rayy (Teheran, ibu kota Republik
Islam Iran sekarang) dan meninggal di Isfahan pada tanggal 9 Safar tahun 412 H/16
Februari 1030 M, Ibnu Miskawaih hidup pada zaman pemerintahan dinasti Buwaihiyyah
(320-450 H/932-1062 M) yang bermazhab Syi’ah.(A.Mustofa 2004: 16)
Merujuk tahun lahir dan wafat beliau, Ibnu Miskawaih hidup pada zaman
pemerintahan Khalifah Abbasiah yang berada di bawah pengaruh puak Buwaihi beraliran
Syiah dan berasal daripada keturunan Parsi Bani Buwaihi. Ibnu Miskawaih adalah antara
tokoh falsafah Islam yang memusatkan perhatiannya pada etika Islam. Meskipun
sebenarnya beliau seorang ahli sejarah, tabib, ilmuwan, ahli pendidikan dan sasterawan.
Pengetahuannya mengenai kebudayaan Rom, Parsi, India, dan Greek sangat luas. Di
samping itu, ada hal yang tidak menyenangkan hati Ibnu Miskawaih iaitu kemerosotan
moral yang melanda masyarakat.(A.Mustofa 2004:16) Oleh kerana itulah Ibnu
Miskawaih tertarik untuk menitikberatkan perhatiannya pada bidang etika Islam.
Seterusnya kita akan cuba melihat idea-idea dan pemikiran kedua-dua tokoh tersebut
secara persamaan dan perbezaan mengikut titik-titik perbincangan mereka berkenaan akhlak dan
etika. Saya membahagikan perkara tersebut kepada empat,iaitu:
1. Konsep akhlak dan dasar etika
2. Metodologi yang digunakan
3. Konsep kebahagiaan
8
3.1. Konsep Akhlak Dan Dasar Etika
Pandangan Socrates mengenai akhlak terkesan sebagai anti-tesis terhadap pandangan
kaum sofis, kerana tujuan terpenting Socrates adalah merobohkan pendapat yang dikemukan
oleh kaum sofis. Kerana itu Socrates mengumandangkan bahawa asas akhlak adalah
penyatuan keutamaan dan pengetahuan. Maka yang pertama sekali ada pada seseorang
adalah ilmu, setelah itu barulah akhlak. Ertinya, keutamaan itu terhasil di atas ilmu,
sedangkan kehinaan dibangun di atas ketidaktahuan (kejahilan). (Ali Abdul Halim Mahmud
1996: 100)
Bagi Socrates, ‘kebaikan adalah ilmu’ (virtue is knowledge). Ilmu bermakna pengetahuan
tentang konsep sesuatu dalam bentuknya yang objektif, bebas daripada penilaian individu.
Socrates bahawa ramai orang bercakap tentang ‘kebaikan, keburukan, keadilan, kebahagiaan,
kesederhanaan, dan lain-lain tetapi tidak arif tentang makna sebenar perkataan yang tersebut.
Oleh itu, tugas pertama ilmu , tambah Socrates adalah untuk memahami dengan tepat takrif,
makna, definisi perkataan tersebut. Sebab itulah, seseorang tidak akan melakukan kebaikan,
melainkan terlebih dahulu memahami apakah makna sebenar sesuatu kebaikan. (Nasir Omar
2010: 61)
Kesinambungan daripada itu, Socrates menambah bahawa, seseorang yang berilmu
tidak akan melakukan kesalahan. Semua kesalahan yang berlaku berpunca daripada kejahilan
atau kepincangan intelek mereka. Justeru, tidak ada seorang pun, dengan secara sukarela
melakukan kesalahan. Orang yang melakukan kesalahan adalah kerana mereka jahil atau
mempercayai bahawa keburukan itu sebagai kebaikan. Golongan yang melakukan keburukan
tetapi mengetahui tentang keburukan tersebut adalah lebih baik daripada golongan yang
melakukankan kesalahan tetapi jahil terhadap kesalahn tersebut. (Nasir Omar 2010: 61)
9
Namun demikian, pandangan Socrates dilihat seperti tidak ampuh dengan mengatakan
bahawa hanya pengetahuan semata-mata yang membuatkan seseorang melaksanakan sesuatu
tanpa melibatkan faktor lain. Dalam realiti kehidupan sebenar , banyak sekali bukti bahawa
jenayah dalam kalangan yang dianggap berilmu berlaku, menunjukkan ilmu bukanlah satu-
satunya faktor yang boleh menjamin manusia menjadi baik.
Berbeza pula dengan konsep dan pemahaman Ibnu Miskawayh berkenaan falsafah
akhlak. Bagi Miskawayh, kata akhlak adalah bentuk jamak (plural) dari kata khuluq.
Miskawayh memberikan pengertian khuluq sebagai berikut: ( A. Mustofa 2004: 34)
Khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-
perbuatan tanpa dipikirkan dan diperhitungkan sebelumnya. Dengan kata lain, khuluq
adalah peri-keadaan jiwa yang mendorong timbulnya perbuatan-perbuatan secara
spontan. Peri-keadaan jiwa itu dapat merupakan fitrah sejak kecil dan dapat pula
merupakan hasil latihan membiasakan diri.
Berkenaan dengan pengertian khuluq yang dikemukakan oleh Miskawayh tersebut,
dapat kita peroleh kesimpulan bahwa peri-keadaan jiwa yang mendorong manusia untuk
melakukan perbuatan-perbuatan secara spontan itu dapat selamanya merupakan pembawaan
fitrah sejak lahir, tetapi juga dapat diperoleh melalui jalan latihan membiasakan diri, hingga
menjadi sifat kejiwaan yang dapat melahirkan perbuatan baik. Dengan kata lain, manusia
dapat berusaha merubah watak kejiwaan pembawaan fitrahnya yang tidak baik menjadi baik.
Mengikut Miskawayh, akhlak bukanlah perbuatan yang dilakukan seseorang, tetapi ia
merujuk kepada dimensi dalaman yang menyebabkan sesuatu perbuatan itu terjadi. Akhlak
ibarat kilang, manakala perbuatan pula produk yang dihasilkan oleh kilang tersebut. jika
perbuatan yang dihasilkan itu baik, iaitu perbuatan yang menepati dengan tuntutan syariat
dan akal yang rasional, maka ini menunjukkaj bahawa seseorang mempunyai akhlak ataupun
dimensi dalaman yang baik. Dan begitulah sebaliknya, jika perbuatan yang dilakukan itu
buruk, maka sudah tentu ia memanisfestasikan seseorang memiliki akhlak yang buruk.(Nasir
Omar 2010:112)
10
3.2. Metodologi Pendidikan Akhlak
Socrates mulanya memberikan beberapa perkara penting berkaitan pendekatan yang
perlu diambil. Untuk memulakannya kata Socrates, kita hendaklah jangan membiarkan
keputusan kita ditentukan oleh emosi kita. Kita mestilah memeriksa persoalan dan mengikut
hujah yang terbaik. Kita mesti cuba mendapatkan fakta yang benar dan memastikan minda
kita jelas. Hal ini dapat diselesaikan dengan menggunakan akal. Keduanya, kita tidak boleh
menjawab persoalan tersebut berdasarkan apa yang biasa difikirkan oleh orang ramai.
Mereka mungkin tersilap. Kita mesti cuba berfikir sendiri. (Frankena 1990: 9)
Akhirnya, kita sepatutnya tidak melakukan apa yang secara moralnya adalah salah.
Persoalan yang kita perlu jawab ialah adakah sesuatu perbuatan itu baik atau salah, bukannya
apa yang akan berlaku kepada kita, apa yang orang akan kata kepada kita, atau bagaimana
kita rasa tentang apa yang telah berlaku.
Socrates cuba untuk memberikan tiga rangkap penghujahan bagi menunjukkan
bahawa beliau seharusnya tidak melanggar undang-undang dengan melarikan diri dari
hukuman yang telah dikenakan ke atasnya. Pertamanya ialah kita tidak boleh menyinggung
sesiapa. Jika Socrates melarikan diri, maka ini akan menyinggung (menghina) negara kerana
beliau melanggar undang-undang negara. Keduanya ialah apabila sesorang tinggal di
sesebuah negara, maka dia mestilah bersedia untuk mematuhi undang-undang negara itu. Jika
Socrates melarikan diri, maka beliau telah melanggar perjanjian sebagai rakyat negara Greek
tersebut. Ketiganya ialah masyarakat dan negara itu umpama ibu bapa dan guru yang perlu
dipatuhi. (Frankena 1990: 9)
Daripada ketiga-tiga penghujahan ini, maka Socrates membuat kesimpulan bahawa:
1. Kita tidak boleh menyinggung sesiapa.
2. Kita mesti menepati perjanjian.
3. Kita mesti menghormati ibu bapa dan guru.
11
Bentuk penghujahan moral ini menentukan apa yang patut dilakukan oleh seseorang
dalam keadaan tertentu dengan merujuk kepada prinsip-prinsip umum atau undang-undang
tertentu yang diambil sebagai premis untuk dideduksikan kepada suatu kesimpulan melalui
kaedah qiyas.
Socrates telah bangun menentang dan mengkritik fahaman Sofis dengan berasaskan
prinsip kebenaran ilmu pengetahuan. Beliau cuba mengharmonikan antara akal (reason) dan
perasaan dan emosi manusia. Socrates tidak menafikan kepentingan budi atau kebajikan
(virtue), tetapi beliau memberika tafsiran yang lebih luas terhadapnya iaitu sebagai
kemampuan untuk mencapai kepakaran dalam pembangunan intelektual
Berbanding Ibnu Miskawayh, beliau pula telah mengemukakan satu etika tentang
contoh hidup yang tinggi dan murni sebagai hamba Allah. Etika hidup tersebut boleh
diringkaskan seperti berikut:
i. Pegangan agama yang mantap
Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk
melahirkan akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu
percaya bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa. Menurut beliau individu
juga seharusnya mendapat sesuatu ganjaran di dunia mengikut taraf dan kedudukannya.
Dia tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya, tidak boleh mengurangkan apa
yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu kepada ajaran agama serta berakhlak
dengan akhlak mulia. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
ii. Usaha dari individu
Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang menjamin
kesejahteraan masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi memperbaiki
dirinya dan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dihasilkan
melalui usaha setiap individu di samping latihan dan didikan tertentu.
Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati
konsep tolong-menolong iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia
12
berhak mendapat banyak bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka
sedikitlah bantuan yang akan diperolehinya.
iii. Mengetahui hakikat jiwa
Setiap individu juga harus tahu hakikat jiwa manusia, apa itu jiwa, dari apakah ia
dijadikan dan kenapa ia dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa
bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang bernilai atau satu
bahagian daripada perkara tersebut. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut tidak boleh
menerima perubahan sedangkan jiwa menerima perubahan. Jiwa yang ditakrifkan oleh
Ibnu Miskawayh ialah satu perkara yang dapat dirasai berdasarkan ilmu pengetahuan
yang berbagai. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
iv. Menjalani hidup bermasyarakat
Beliau juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral yang
baik secara menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan. Ini kerana kehidupan
bermasyarakat menuntut sikap tolong menolong, berlemah lembut dan berkasih sayang
sesama manusia.
Ibnu Miskawayh menentang kehidupan bertapa kerana ia tidak membawa kepada
kehidupan berakhlak. Seseorang itu tidak seharusnya memencil diri dari masyarakat
kerana kehidupan bermasyarakat akan memberi banyak manfaat kepadanya dalam
mengenali kebaikan dan keburukan.
Orang yang hidup secara zuhud dan mengenepikan pekerjaan atau usaha, dianggap
oleh Ibnu Miskawayh sebagai mengamalkan perbuatan jahat kerana ia mengenepikan
keperluan orang lain terhadap dirinya. Orang yang mengharapkan pertolongan orang
lain sedangkan dia sendiri tidak menolong orang, adalah orang zalim dan musuh kepada
masyarakat. Sekiranya dia merasakan keperluan hidupnya hanyalah sedikit sahaja, maka
dia harus sedar bahawa manusia lain memerlukan banyak kepentingan daripada dirinya.
(Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
13
v. Bersahabat dengan orang yang baik
Menurut Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang berperibadi baik secara
semulajadi, jumlahnya adalah sedikit, manakala yang kurang baik secara tabie
jumlahnya ramai. Di antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana.
Golongan ini akan berubah melalui cara bersahabat dengan orang-orang baik yang
menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan orang-orang jahat yang
mengajak mereka melakukan kejahatan. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)
Ikatan persahabatan bagi Ibnu Miskawayh adalah satu perkara yang suci dan
bermanfaat bagi manusia. Orang yang baik adalah sahabat bagi dirinya sendiri dan juga
untuk orang lain. Dia tidak akan mempunyai musuh kecuali orang yang jahat. Orang
yang bahagia adalah orang yang mempunyai sahabat dan berusaha agar dirinya
bermanfaat bagi sahabatnya. Manusia juga harus bekerja dengan baik untuk
membahagiakan orang lain dan selalu berbuat baik tanpa bersifat munafik atau bermuka-
muka. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
vi. Mengambil berat terhadap rawatan rohani
Berhubung dengan rawatan rohani Ibnu Miskawayh membahagikan kepada dua
cara iaitu:
i) Mengutamakan kesihatan rohani ketika ia masih ada pada diri seseorang:
ii) Mengembalikan semula rohani yang sihat, apabila ia hilang dalam diri seseorang.
Apabila seseorang itu mempunyai jiwa yang sihat, maka dia haruslah sentiasa
menambahkan lagi kemuliaan jiwa yang ada padanya dengan cara mendalami ilmu
hakiki dan pengetahuan yang benar. Ia dapat diperolehi apabila seseorang itu
mendampingi orang-orang berilmu dan mempelajari darinya di samping sentiasa
berwaspada daripada bergaul dengan orang jahat, orang gila, orang yang selalu
melakukan maksiat, orang yang berbangga dengan kejahatannya dan jangan menghadiri
14
majlis-majlis anjuran mereka.(Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar
Antarabangsa)
Ini disebabkan apabila seseorang itu menghadiri majlis-majlis mereka dan
mendengar cerita-cerita tentang kekotoran jiwa dan kelakuan tidak bermoral mereka,
maka untuk membersihkan semula perkara-perkara itu daripada dalam jiwanya adalah
amat sukar. Di samping itu situasi ini juga mungkin akan merosakkan peribadi orang
yang baik dan mulia pula.
3.3. Konsep Kebahagiaan ( sa’adah)
Menurut Socrates, jiwa merupakan intipati bagi manusia. Oleh yang demkian, manusia
wajib mengutamakan kebahagiaan jiwanya (eudaimonia) lebih daripada kebahagiaan jasad
atau tubuh badannya dan juga kebahagiaan material yang lain seperti kekayaan dan
sebagainya. Ini kerana kehidupan tanpa kebahagiaan tidak ada ertinya. Yang menjadi
persoalan ialah bagaimana caranya untuk mencapai kebahagiaan.(Harun Hadiwijono
1980:36)
Socrates berpendapat bahawa alat untuk mencapai kebahagiaan ialah kebaikan (virtue)
dan keutamaan (arête). Bagi Socrates, keutamaan itu adalah ilmu pengetahuan. Kehidupan
yang baik ialah mempraktikkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan yang baik. Baik dan
jahat itu, kata Socrates disandarkan kepada ilmu pengetahuan, bukannya dengan kemahuan
manusia. Berdasarkan asas ini, tidak mungkin sesorang itu dengan sengaja melakukan suatu
kesalahan. Seseorang itu melakukan kesalahan kerana dia keliru dan tidak mempunyai ilmu
pengetahuan. (Harun Hadiwijono 1980: 37)
Oleh yang demikian, kebaikan dan keutamaan adalah pengetahuan tentang perkara atau
perbuatan yang baik. Memiliki suatu kebaikan bermakna memiliki keseluruhan kebaikan.
Orang yang berani, sudah tentu ia juga adil dan jujur. Jika tidak, maka dia tidak memiliki
kebaikan yang sejati. Memiliki kebaikan bermakna memiliki kesempurnaan sebagai manusia.
(Harun Hadiwijono 1980: 37)
15
Miskawayh pula, membezakan antara al-Khair (kebaikan) dengan al-Sa’adah
(kebahagiaan). Kebaikan menjadi tujuan semua orang, kebaikan umum bagi seluruh manusia
dalam kedudukan sebagai manusia. Sedangkan kebahagiaan adalah kebaikan bagi seseorang,
tidak bersifat umum, tetapi relatif bergantung kepada orang perorangan. Dengan demikian,
kebaikan mempunyai identitas tertentu, sedangkan kebahagiaan berbeza-beza bergantung
kepada orang-orang yang berusaha memperolehnya.
Menurut Miskawayh, kebahagiaan tertinggi itu tidak lain adalah kebijaksanaan yang
menghimpun dua aspek,iaitu aspek teori yang bersumber pada keadaan penggunaan akal
yang membentuk tindak-tanduk seseorang dan aspek praktikal yang merupakan keutamaan
jiwa yang mampu melahirkan perbuatan yang baik. Para Nabi diutus oleh Allah tiada lain
hanyalah untuk menyampaikan ajaran syari’at yang memerintahkan untuk memperoleh
keutamaan dan menjauhi keburukan-keburukan.(A. Mustofa 2004: 17)
Orang yang mencapai kebahagiaan tertinggi jiwanya akan tenang, mereka akan selalu
berdampingan dengan malaikat. Jiwanya diterangi oleh rahmat Ilahi dan merasakan nikmat
atas kelazatan yang tertinggi. Baginya tidak menjadi masalah apakah dunia datang kepadanya
atau meninggalkannya, apakah dunia kotor atau bersih. Dalam usaha mencapai kebahagiaan,
manusia selalu menemukan pedoman syari’at yang memberikan petunjuk dan meluruskan
jalan mencapai kebijaksanaan untuk mengatur kehidupan sehingga akhir hayatnya. (A.
Mustofa 2004: 18)
16
4. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kesilapan Socrates dalam membataskan secara total bahawa ilmu
sebagai egen yang dapat mengawal keseluruhan perlakuan manusia mungkin juga disebabkan
beliau berteori berdasarkan pengalaman sendiri. Socrates sendiri memang didapati sebagai
seorang yang beretika dan tindakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi dan nafsu, tetapi oleh akal
yang rasional. Kesanggupan beliau untuk menghadapi hukuman mati kerana mempertahankan
sesuatu yang beliau anggap benar dan betul, membuktikan hakikat ini. Pengajaran dan pemikiran
akhlak Socrates kemudiannya dikembangkan oleh beberapa sekolah dalam falsafah Greek.
Berbeza dengan pendapat Ibnu Miskawayh bahawa akhlak adalah suatu benda yang tidak
static dan ia boleh menerima perubahan sama ada kearah kebaikan ataupun kearah keburukan
melalui latihan, nasihat, disiplin, undang-undang bukan hanya ilmu semata-mata seperti idea
yang dinyatakan oleh Socrates. Sekalipun manusia dicipta dalam bentuk fitrah, suci dan neutral,
tetapi mereka berpotensi untuk berubah menjadi baik ataupun buruk berdasarkan faktor yang
boleh mempengaruhiakhlak mereka.
Akhir sekali, diharapkan hasil tugasan dan kajian ini dapat menepati kehendak dan
memenuhi kriteria yang sepatutnya. Semoga sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dan idea
kepada kita sebagai generasi akan datang dalam memahami idea-idea tokoh falsafah berkaitan
falsafah akhlak supaya boleh dibuat penilaian sama ada sumbernya dari Barat atau Timur.
17
RUJUKAN
Al-Qur’an
Ahbel, Sara & Kamtekar, Rachana. 2009. A Companion To Socrates. United Kingdom :
Blackwell Publishing Ltd.
A. Mustofa. 2004. Filsafat Islam. Bandung : Pustaka Setia.
Asmawati Sulhid. 2009. Pendidikan AKhlak dan Adab Islam : Konsep dan Amalan. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Frankena. 1990. Ethics. New Jersey : Prentice-Hall Inc
Harun Hadiwijono. 1980. Sari sejarah filsafat Barat 1. Yogyakarta : Penerbit Kanisisus.
Mahmud, Ali Abd Halim. 1996. Karakteristik Umat Terbaik : Telaah Manhaj, Akidah dan
Harakah. Jakarta : Gema Insani Press.
Mardzelah Makhsin. 2006. Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Muhamad, Siti Norlina and Ripin, Mohd Nasir and Muhamad, Mohd Dani (2004). Pemupukan
Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh. In: Seminar Antarabangsa Nilai
dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City
Bayview Langkawi.
Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Bangi : Penerbit UKM.
Sudarsono. 1997. Filasafat Islam. Jakarta : Rineka Cipta.

More Related Content

What's hot

Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahAl-Khawarizmi Yiffy
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslimFazd Alias
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATNURLIDYAWATI JASMIN
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINWanMohamadZulhilmi1
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisBudak Baik
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 

What's hot (20)

Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
 
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3   syariah dalam kehidupan muslimChapter 3   syariah dalam kehidupan muslim
Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAINKEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN AKIDAH ISLAM BERBANDING AGAMA DAN IDEOLOGI LAIN
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Mazhab
MazhabMazhab
Mazhab
 

Similar to AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH

Rb pengajian islam
Rb pengajian islamRb pengajian islam
Rb pengajian islambudakslumber
 
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]Etika dan moral_kelompok_(1)[1]
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]SIFASIFA9
 
Makalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakMakalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakSaepul Thea
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Yanese Ayne
 
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogor
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogorKELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogor
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogorAbdulHamidAly1
 
PENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.pptPENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.pptnorarbainah
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxZukét Printing
 
Hadist sebagai ajaran islam
Hadist sebagai ajaran islamHadist sebagai ajaran islam
Hadist sebagai ajaran islamRemaja Sufi
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
 Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdfZukét Printing
 
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxJURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxSoniaSembiring
 
Manusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidupManusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidupFara Timoor
 
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docx
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docxARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docx
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docxStranger605781
 
Makalah agama kelompok 11
Makalah agama kelompok 11Makalah agama kelompok 11
Makalah agama kelompok 11dianaimi
 
Makalah etika, moral dan akhlak
Makalah etika, moral dan akhlakMakalah etika, moral dan akhlak
Makalah etika, moral dan akhlakFarichah Riha
 
Makalah akhlak copy
Makalah akhlak   copyMakalah akhlak   copy
Makalah akhlak copyandreanapulu
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularismedr2200s
 
Keutamaan akhlak dan ilmu
Keutamaan akhlak dan ilmuKeutamaan akhlak dan ilmu
Keutamaan akhlak dan ilmuRatnaSafitri3
 

Similar to AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH (20)

Rb pengajian islam
Rb pengajian islamRb pengajian islam
Rb pengajian islam
 
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]Etika dan moral_kelompok_(1)[1]
Etika dan moral_kelompok_(1)[1]
 
Makalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakMakalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlak
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogor
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogorKELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogor
KELOMPOK 6 pendidikan Agama islam universitas pakuan bogor
 
PENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.pptPENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.ppt
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
 
Hadist sebagai ajaran islam
Hadist sebagai ajaran islamHadist sebagai ajaran islam
Hadist sebagai ajaran islam
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
 Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.pdf
 
Akhlak Dalam Islam
Akhlak Dalam IslamAkhlak Dalam Islam
Akhlak Dalam Islam
 
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docxJURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
JURNAL SONIA SEMBIRING_ISLAMIC WORLDVIEW.docx
 
Manusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidupManusia dan pandangan hidup
Manusia dan pandangan hidup
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docx
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docxARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docx
ARTIKEL BACAAN muhammad kardawi.docx
 
Makalah agama kelompok 11
Makalah agama kelompok 11Makalah agama kelompok 11
Makalah agama kelompok 11
 
Makalah etika, moral dan akhlak
Makalah etika, moral dan akhlakMakalah etika, moral dan akhlak
Makalah etika, moral dan akhlak
 
Makalah akhlak
Makalah akhlakMakalah akhlak
Makalah akhlak
 
Makalah akhlak copy
Makalah akhlak   copyMakalah akhlak   copy
Makalah akhlak copy
 
Sekularisme
SekularismeSekularisme
Sekularisme
 
Keutamaan akhlak dan ilmu
Keutamaan akhlak dan ilmuKeutamaan akhlak dan ilmu
Keutamaan akhlak dan ilmu
 

AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH

  • 1. 1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENDAHULUAN 2 2. DEFINISI AKHLAK 3 2.1. Persamaan dan Perbezaan Akhlak, Etika Dan Moral. 4 3. FALSAFAH AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH 6 3.1. Pengertian Akhlak 8 3.2. Konsep Akhlak Dan Dasar Etika 10 3.3. Kebahagian Dan Kebaikan 14 4. KESIMPULAN 16 5. RUJUKAN 17
  • 2. 2 1. PENDAHULUAN Falsafah sering dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang sukar difahami dan tidak releven dengan keperluan hidup seharian. Manakala tokoh-tokoh ahli falsafah pula dipersepsikan sebagai golongan ahli fikir yang tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka didakwa berfikir tentang perkara yang abstrak dan hanya mengungkap idea-idea klasik yang diteorikan oleh tokoh-tokoh pemikir ulung seperti Socrates, Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Miskawayh dan laian-lain. Falsafah akhlak merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji serta mempersoalkan berbagai-bagai isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, susila,cara berfikir, sikap, agama dan semua faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia seperti nafsu, akal, kebebasan, tanggungjawab dan sebagainya. Dalam tradisi Barat, pengajian ilmu akhlak sudah lama wujud dan berkembang beberapa abad sebelum kelahiran Islam. Ia dikenali sebagai ilmu ‘etika’ dan ‘moral’. Di dunia Barat, falsafah etika telah wujud dan berkembang dalam kalangan bangsa Greek beratus abad sebelum kelahiran agama Kristian. Antara tokoh falsafah Greek yang terkenal ialah Socrates yang juga dianggap sebagai pengasas ilmu akhlak. Falsafah akhlak ini berkembang hinggalah zaman kehebatan ahli falsafah akhlak Islam iaitu Ibnu Miskawayh. Oleh itu, dalam tugasan pada kali ini, kita kan melihat sebarang persamaan dan perbezaan falsafah akhlak antara dua tokoh falsafah yang terkenal.
  • 3. 3 2. DEFINISI AKHLAK Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Secara etimologi akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada perkataan al-khuluq yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri agama itu sendiri. (Asmawati Suhid 2009:15) Perkataan al-khulq ini di dalama-Qur’an hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya dalam surah al-Qalam ayat 4 iaitu : Maksud-Nya : Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung Sementara perkataan al-khalqu bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia membawa maksud struktur tubuh badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah ali-‘Imran ayat 190 iaitu : Maksud-Nya : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Dalam Qamus al-Munjid, Lisan al-`Arab dan Mu`jam al-Falsafi akhlak diberikan pengertian sebagai suatu sifat semulajadi, tabiat, agama atau ringkasnya gambaran batin seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. (Asmawati Suhid 2009:15) Dari segi istilah, akhlak membawa pengertian suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat. (Asmawati Suhid 2009:16)
  • 4. 4 Menurut Ibnu Miskawaih pula, akhlak adalah keadaan jiwa yang menggerakkan manusia melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu, pertama, secara natural atau tabii seperti perasaan marah. Kedua, melalui latihan dan kebiasaan yang melalui peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti serta peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup. (Mardzelah Makhsin 2006:26) 2.1.Persamaan dan Perbezaan Akhlak, Etika dan Moral  ETIKA Etika bermaksud ukuran dan piawaian yang digunakan bagi membezakan kelakuan individu sama ada baik atau buruk, menyenangkan ataupun tidak menyenangkan. Perkataan etika berasala daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud perangai, cara hidup, ataupun adat resam. Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan upaya menentukan perbuatan yang di lakukan manusia untuk dikatakan baik atau buruk, dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang di hasilkan oleh akal manusia.(Mardzelah Makhsin 2006:24) Dengan adanya etika pergaulan dalam masyarakat akan terlihat baik dan buruknya. Etika bersifat relatif yakni dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.  MORAL Moral dapat ditakrifkan sebagai tingkah laku atupun amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat.amalan ataupun tindakan yang dikatakan bermoral pula boleh dilihat dari segi tindak balas atau reaksi individu yang membabitkan hawa nafsu, peraturan masyarakat dan tindakan yang rasional.(Mardzelah Makhsin 2006:25) Jadi, apa perbezaan antara etika dan moral? Ringkasnya, moral dalam bahasa Latin dan etika dalam bahasa Greek mempunyai konotasi makna yang hampir sama. Kedua-dua istilah ini berkaitan dengan kegiatan praktikal yang berhubung dengan tingkah laku, adat, gaya hidup, cara berfikir serta aspek niat, kebebasan dan ecenderungan seseorang dalam melakukan aktiviti. Perbezaan
  • 5. 5 anatara moral dan etika adalah, moral adalah adalah satu disiplin ilmu yang dapat mendedahkan kepada kita apakah bentuk sistem moral yang digunapakai oleh sesuatu kelompok manusia seperti moral orang Melayu, Cina, Inggeris, Arab, India dans lain-lain bangsa.(Nasir Omar 2010:22)  AKHLAK Dalam Islam, etika dan moral , sekalipun berbeza dari sudut konsep, matlamat dan sumber, dipanggil ‘akhlak’. Akhlak adalah istilah yang diperkenalkan oleh orang Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Akhlak adalah tabiat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah seperti perasaan cepat marah, cepat ketawa, mudah tersinggung dan sebagainya. (Nasir Omar 2010:24) Menurut tokoh moralis Islam terkenal pula iaitu Ibnu Miskawaih, akhlak merujuk kepada sesuatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya. (Nasir Omar 2010:24) Bagi Imam al-Ghazali pula, secara dasarnya beliau bersetuju dengan takrif Ibnu Miskawaih tetapi beliau membuat sedikit modifikasi . Menurutnya, akhlak bukan ilmu atau makrifat tentang kebaian dan keburukan kerana ilmu tidak menjamin seseorang menjadi baik atau buruk. Al-Ghazali menetapkan dua syarat yang dinamakan sebagai akhlak iaitu, pertama, mestilah wujud suatu kestabilan dalam melakukan sesuatu perbuatan. Manakala, syarat kedua ialah sesuatu perbuatan mestilah direalisasikan dengan senang dan spontan.(Nasir Omar 2005:14)
  • 6. 6 3. FALSAFAH AKHLAK SOCRATES DAN MISKAWAYH Socrates dan Ibnu Miskawayh adalah 2 orang tokoh ahli falsafah yang membicarakan berkenaan falsafah akhlak dan etika. Sebelum melihat dengan lebih jauh lagi idea-idea berkenaan akhlak, eloklah kiranya kita melihat sedikit sebanyak biodata dan latar belakang mereka.  Socrates Socrates adalah seorang tokoh penting yang pasti memulakan asas bagaimana manusia menilai dunia di sekitar mereka. Idea-idea Socrates berbentuk falsafah pendidikan dan berfikir logik. Socrates adalah seorang ahli falsafah dari Yunani, dan dia hidup antara tahun 469 dan 399 SM di Athens. Beliau adalah seorang pemikir ulung yang mewarisi pekerjaan bapanya sebagai seorang pengukir. Socrates bolehlah dianggap sebagai bapa ataupun pengasas kepada ilmu akhlak. Beliau sendiri dikatakan sebagai seorang yang berhati mulia, rajin, bijaksana, berani, sederhana dan adil.(Nasir Omar 2010:60) Socrates terkenal atas kematiannya kerana dia dipaksa oleh mahkamah untuk meminum hemlock, sejenis racun yang kuat. Beliau dihukum bunuh kerana dianggap membawa unsur yang tidak baik kepada masyarakat. Beliau menggalakkan ahli masyarakat menyoal dan bertanya tentang segalanya termasuk ketuhanan.Walaupun diberi peluang oleh kawannya Krato untuk melarikan diri dari penjara, Soctares menolaknya. Socrates percaya kematian memberi peluang untuk beliau berjumpa tokoh- tokoh ilmuan penting yang sudah mati dan mereka boleh berbincang, berhujah dan berdebat di sana nanti.( Sara Ahbel & Rachana Kamtekar 2009:36) Salah satu fakta yang paling penting tentang Socrates adalah bahawa ia membantu mengembangkan banyak idea-idea tentang logik dan nilai moral: apa yang benar dan bagaimana untuk membantu seseorang mengatasi masalah mereka dalam kehidupan sehari-hari.
  • 7. 7  Ibnu Miskawayh Ibnu Miskawayh adalah seorang tokoh Muslim yang memusatkan perhatiannya pada etika Islam. Nama Lengkapnya adalah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ya’qub Ibn Miskawaih. Beliau lahir pada tahun 320 H/932 M di Rayy (Teheran, ibu kota Republik Islam Iran sekarang) dan meninggal di Isfahan pada tanggal 9 Safar tahun 412 H/16 Februari 1030 M, Ibnu Miskawaih hidup pada zaman pemerintahan dinasti Buwaihiyyah (320-450 H/932-1062 M) yang bermazhab Syi’ah.(A.Mustofa 2004: 16) Merujuk tahun lahir dan wafat beliau, Ibnu Miskawaih hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiah yang berada di bawah pengaruh puak Buwaihi beraliran Syiah dan berasal daripada keturunan Parsi Bani Buwaihi. Ibnu Miskawaih adalah antara tokoh falsafah Islam yang memusatkan perhatiannya pada etika Islam. Meskipun sebenarnya beliau seorang ahli sejarah, tabib, ilmuwan, ahli pendidikan dan sasterawan. Pengetahuannya mengenai kebudayaan Rom, Parsi, India, dan Greek sangat luas. Di samping itu, ada hal yang tidak menyenangkan hati Ibnu Miskawaih iaitu kemerosotan moral yang melanda masyarakat.(A.Mustofa 2004:16) Oleh kerana itulah Ibnu Miskawaih tertarik untuk menitikberatkan perhatiannya pada bidang etika Islam. Seterusnya kita akan cuba melihat idea-idea dan pemikiran kedua-dua tokoh tersebut secara persamaan dan perbezaan mengikut titik-titik perbincangan mereka berkenaan akhlak dan etika. Saya membahagikan perkara tersebut kepada empat,iaitu: 1. Konsep akhlak dan dasar etika 2. Metodologi yang digunakan 3. Konsep kebahagiaan
  • 8. 8 3.1. Konsep Akhlak Dan Dasar Etika Pandangan Socrates mengenai akhlak terkesan sebagai anti-tesis terhadap pandangan kaum sofis, kerana tujuan terpenting Socrates adalah merobohkan pendapat yang dikemukan oleh kaum sofis. Kerana itu Socrates mengumandangkan bahawa asas akhlak adalah penyatuan keutamaan dan pengetahuan. Maka yang pertama sekali ada pada seseorang adalah ilmu, setelah itu barulah akhlak. Ertinya, keutamaan itu terhasil di atas ilmu, sedangkan kehinaan dibangun di atas ketidaktahuan (kejahilan). (Ali Abdul Halim Mahmud 1996: 100) Bagi Socrates, ‘kebaikan adalah ilmu’ (virtue is knowledge). Ilmu bermakna pengetahuan tentang konsep sesuatu dalam bentuknya yang objektif, bebas daripada penilaian individu. Socrates bahawa ramai orang bercakap tentang ‘kebaikan, keburukan, keadilan, kebahagiaan, kesederhanaan, dan lain-lain tetapi tidak arif tentang makna sebenar perkataan yang tersebut. Oleh itu, tugas pertama ilmu , tambah Socrates adalah untuk memahami dengan tepat takrif, makna, definisi perkataan tersebut. Sebab itulah, seseorang tidak akan melakukan kebaikan, melainkan terlebih dahulu memahami apakah makna sebenar sesuatu kebaikan. (Nasir Omar 2010: 61) Kesinambungan daripada itu, Socrates menambah bahawa, seseorang yang berilmu tidak akan melakukan kesalahan. Semua kesalahan yang berlaku berpunca daripada kejahilan atau kepincangan intelek mereka. Justeru, tidak ada seorang pun, dengan secara sukarela melakukan kesalahan. Orang yang melakukan kesalahan adalah kerana mereka jahil atau mempercayai bahawa keburukan itu sebagai kebaikan. Golongan yang melakukan keburukan tetapi mengetahui tentang keburukan tersebut adalah lebih baik daripada golongan yang melakukankan kesalahan tetapi jahil terhadap kesalahn tersebut. (Nasir Omar 2010: 61)
  • 9. 9 Namun demikian, pandangan Socrates dilihat seperti tidak ampuh dengan mengatakan bahawa hanya pengetahuan semata-mata yang membuatkan seseorang melaksanakan sesuatu tanpa melibatkan faktor lain. Dalam realiti kehidupan sebenar , banyak sekali bukti bahawa jenayah dalam kalangan yang dianggap berilmu berlaku, menunjukkan ilmu bukanlah satu- satunya faktor yang boleh menjamin manusia menjadi baik. Berbeza pula dengan konsep dan pemahaman Ibnu Miskawayh berkenaan falsafah akhlak. Bagi Miskawayh, kata akhlak adalah bentuk jamak (plural) dari kata khuluq. Miskawayh memberikan pengertian khuluq sebagai berikut: ( A. Mustofa 2004: 34) Khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan- perbuatan tanpa dipikirkan dan diperhitungkan sebelumnya. Dengan kata lain, khuluq adalah peri-keadaan jiwa yang mendorong timbulnya perbuatan-perbuatan secara spontan. Peri-keadaan jiwa itu dapat merupakan fitrah sejak kecil dan dapat pula merupakan hasil latihan membiasakan diri. Berkenaan dengan pengertian khuluq yang dikemukakan oleh Miskawayh tersebut, dapat kita peroleh kesimpulan bahwa peri-keadaan jiwa yang mendorong manusia untuk melakukan perbuatan-perbuatan secara spontan itu dapat selamanya merupakan pembawaan fitrah sejak lahir, tetapi juga dapat diperoleh melalui jalan latihan membiasakan diri, hingga menjadi sifat kejiwaan yang dapat melahirkan perbuatan baik. Dengan kata lain, manusia dapat berusaha merubah watak kejiwaan pembawaan fitrahnya yang tidak baik menjadi baik. Mengikut Miskawayh, akhlak bukanlah perbuatan yang dilakukan seseorang, tetapi ia merujuk kepada dimensi dalaman yang menyebabkan sesuatu perbuatan itu terjadi. Akhlak ibarat kilang, manakala perbuatan pula produk yang dihasilkan oleh kilang tersebut. jika perbuatan yang dihasilkan itu baik, iaitu perbuatan yang menepati dengan tuntutan syariat dan akal yang rasional, maka ini menunjukkaj bahawa seseorang mempunyai akhlak ataupun dimensi dalaman yang baik. Dan begitulah sebaliknya, jika perbuatan yang dilakukan itu buruk, maka sudah tentu ia memanisfestasikan seseorang memiliki akhlak yang buruk.(Nasir Omar 2010:112)
  • 10. 10 3.2. Metodologi Pendidikan Akhlak Socrates mulanya memberikan beberapa perkara penting berkaitan pendekatan yang perlu diambil. Untuk memulakannya kata Socrates, kita hendaklah jangan membiarkan keputusan kita ditentukan oleh emosi kita. Kita mestilah memeriksa persoalan dan mengikut hujah yang terbaik. Kita mesti cuba mendapatkan fakta yang benar dan memastikan minda kita jelas. Hal ini dapat diselesaikan dengan menggunakan akal. Keduanya, kita tidak boleh menjawab persoalan tersebut berdasarkan apa yang biasa difikirkan oleh orang ramai. Mereka mungkin tersilap. Kita mesti cuba berfikir sendiri. (Frankena 1990: 9) Akhirnya, kita sepatutnya tidak melakukan apa yang secara moralnya adalah salah. Persoalan yang kita perlu jawab ialah adakah sesuatu perbuatan itu baik atau salah, bukannya apa yang akan berlaku kepada kita, apa yang orang akan kata kepada kita, atau bagaimana kita rasa tentang apa yang telah berlaku. Socrates cuba untuk memberikan tiga rangkap penghujahan bagi menunjukkan bahawa beliau seharusnya tidak melanggar undang-undang dengan melarikan diri dari hukuman yang telah dikenakan ke atasnya. Pertamanya ialah kita tidak boleh menyinggung sesiapa. Jika Socrates melarikan diri, maka ini akan menyinggung (menghina) negara kerana beliau melanggar undang-undang negara. Keduanya ialah apabila sesorang tinggal di sesebuah negara, maka dia mestilah bersedia untuk mematuhi undang-undang negara itu. Jika Socrates melarikan diri, maka beliau telah melanggar perjanjian sebagai rakyat negara Greek tersebut. Ketiganya ialah masyarakat dan negara itu umpama ibu bapa dan guru yang perlu dipatuhi. (Frankena 1990: 9) Daripada ketiga-tiga penghujahan ini, maka Socrates membuat kesimpulan bahawa: 1. Kita tidak boleh menyinggung sesiapa. 2. Kita mesti menepati perjanjian. 3. Kita mesti menghormati ibu bapa dan guru.
  • 11. 11 Bentuk penghujahan moral ini menentukan apa yang patut dilakukan oleh seseorang dalam keadaan tertentu dengan merujuk kepada prinsip-prinsip umum atau undang-undang tertentu yang diambil sebagai premis untuk dideduksikan kepada suatu kesimpulan melalui kaedah qiyas. Socrates telah bangun menentang dan mengkritik fahaman Sofis dengan berasaskan prinsip kebenaran ilmu pengetahuan. Beliau cuba mengharmonikan antara akal (reason) dan perasaan dan emosi manusia. Socrates tidak menafikan kepentingan budi atau kebajikan (virtue), tetapi beliau memberika tafsiran yang lebih luas terhadapnya iaitu sebagai kemampuan untuk mencapai kepakaran dalam pembangunan intelektual Berbanding Ibnu Miskawayh, beliau pula telah mengemukakan satu etika tentang contoh hidup yang tinggi dan murni sebagai hamba Allah. Etika hidup tersebut boleh diringkaskan seperti berikut: i. Pegangan agama yang mantap Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu percaya bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa. Menurut beliau individu juga seharusnya mendapat sesuatu ganjaran di dunia mengikut taraf dan kedudukannya. Dia tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya, tidak boleh mengurangkan apa yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu kepada ajaran agama serta berakhlak dengan akhlak mulia. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa) ii. Usaha dari individu Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang menjamin kesejahteraan masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi memperbaiki dirinya dan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dihasilkan melalui usaha setiap individu di samping latihan dan didikan tertentu. Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati konsep tolong-menolong iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia
  • 12. 12 berhak mendapat banyak bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka sedikitlah bantuan yang akan diperolehinya. iii. Mengetahui hakikat jiwa Setiap individu juga harus tahu hakikat jiwa manusia, apa itu jiwa, dari apakah ia dijadikan dan kenapa ia dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa jiwa bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang bernilai atau satu bahagian daripada perkara tersebut. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut tidak boleh menerima perubahan sedangkan jiwa menerima perubahan. Jiwa yang ditakrifkan oleh Ibnu Miskawayh ialah satu perkara yang dapat dirasai berdasarkan ilmu pengetahuan yang berbagai. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa) iv. Menjalani hidup bermasyarakat Beliau juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral yang baik secara menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan. Ini kerana kehidupan bermasyarakat menuntut sikap tolong menolong, berlemah lembut dan berkasih sayang sesama manusia. Ibnu Miskawayh menentang kehidupan bertapa kerana ia tidak membawa kepada kehidupan berakhlak. Seseorang itu tidak seharusnya memencil diri dari masyarakat kerana kehidupan bermasyarakat akan memberi banyak manfaat kepadanya dalam mengenali kebaikan dan keburukan. Orang yang hidup secara zuhud dan mengenepikan pekerjaan atau usaha, dianggap oleh Ibnu Miskawayh sebagai mengamalkan perbuatan jahat kerana ia mengenepikan keperluan orang lain terhadap dirinya. Orang yang mengharapkan pertolongan orang lain sedangkan dia sendiri tidak menolong orang, adalah orang zalim dan musuh kepada masyarakat. Sekiranya dia merasakan keperluan hidupnya hanyalah sedikit sahaja, maka dia harus sedar bahawa manusia lain memerlukan banyak kepentingan daripada dirinya. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa)
  • 13. 13 v. Bersahabat dengan orang yang baik Menurut Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang berperibadi baik secara semulajadi, jumlahnya adalah sedikit, manakala yang kurang baik secara tabie jumlahnya ramai. Di antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana. Golongan ini akan berubah melalui cara bersahabat dengan orang-orang baik yang menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan orang-orang jahat yang mengajak mereka melakukan kejahatan. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa) Ikatan persahabatan bagi Ibnu Miskawayh adalah satu perkara yang suci dan bermanfaat bagi manusia. Orang yang baik adalah sahabat bagi dirinya sendiri dan juga untuk orang lain. Dia tidak akan mempunyai musuh kecuali orang yang jahat. Orang yang bahagia adalah orang yang mempunyai sahabat dan berusaha agar dirinya bermanfaat bagi sahabatnya. Manusia juga harus bekerja dengan baik untuk membahagiakan orang lain dan selalu berbuat baik tanpa bersifat munafik atau bermuka- muka. (Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa) vi. Mengambil berat terhadap rawatan rohani Berhubung dengan rawatan rohani Ibnu Miskawayh membahagikan kepada dua cara iaitu: i) Mengutamakan kesihatan rohani ketika ia masih ada pada diri seseorang: ii) Mengembalikan semula rohani yang sihat, apabila ia hilang dalam diri seseorang. Apabila seseorang itu mempunyai jiwa yang sihat, maka dia haruslah sentiasa menambahkan lagi kemuliaan jiwa yang ada padanya dengan cara mendalami ilmu hakiki dan pengetahuan yang benar. Ia dapat diperolehi apabila seseorang itu mendampingi orang-orang berilmu dan mempelajari darinya di samping sentiasa berwaspada daripada bergaul dengan orang jahat, orang gila, orang yang selalu melakukan maksiat, orang yang berbangga dengan kejahatannya dan jangan menghadiri
  • 14. 14 majlis-majlis anjuran mereka.(Siti Norlina dan Mohd Nasir 2004, Seminar Antarabangsa) Ini disebabkan apabila seseorang itu menghadiri majlis-majlis mereka dan mendengar cerita-cerita tentang kekotoran jiwa dan kelakuan tidak bermoral mereka, maka untuk membersihkan semula perkara-perkara itu daripada dalam jiwanya adalah amat sukar. Di samping itu situasi ini juga mungkin akan merosakkan peribadi orang yang baik dan mulia pula. 3.3. Konsep Kebahagiaan ( sa’adah) Menurut Socrates, jiwa merupakan intipati bagi manusia. Oleh yang demkian, manusia wajib mengutamakan kebahagiaan jiwanya (eudaimonia) lebih daripada kebahagiaan jasad atau tubuh badannya dan juga kebahagiaan material yang lain seperti kekayaan dan sebagainya. Ini kerana kehidupan tanpa kebahagiaan tidak ada ertinya. Yang menjadi persoalan ialah bagaimana caranya untuk mencapai kebahagiaan.(Harun Hadiwijono 1980:36) Socrates berpendapat bahawa alat untuk mencapai kebahagiaan ialah kebaikan (virtue) dan keutamaan (arête). Bagi Socrates, keutamaan itu adalah ilmu pengetahuan. Kehidupan yang baik ialah mempraktikkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan yang baik. Baik dan jahat itu, kata Socrates disandarkan kepada ilmu pengetahuan, bukannya dengan kemahuan manusia. Berdasarkan asas ini, tidak mungkin sesorang itu dengan sengaja melakukan suatu kesalahan. Seseorang itu melakukan kesalahan kerana dia keliru dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. (Harun Hadiwijono 1980: 37) Oleh yang demikian, kebaikan dan keutamaan adalah pengetahuan tentang perkara atau perbuatan yang baik. Memiliki suatu kebaikan bermakna memiliki keseluruhan kebaikan. Orang yang berani, sudah tentu ia juga adil dan jujur. Jika tidak, maka dia tidak memiliki kebaikan yang sejati. Memiliki kebaikan bermakna memiliki kesempurnaan sebagai manusia. (Harun Hadiwijono 1980: 37)
  • 15. 15 Miskawayh pula, membezakan antara al-Khair (kebaikan) dengan al-Sa’adah (kebahagiaan). Kebaikan menjadi tujuan semua orang, kebaikan umum bagi seluruh manusia dalam kedudukan sebagai manusia. Sedangkan kebahagiaan adalah kebaikan bagi seseorang, tidak bersifat umum, tetapi relatif bergantung kepada orang perorangan. Dengan demikian, kebaikan mempunyai identitas tertentu, sedangkan kebahagiaan berbeza-beza bergantung kepada orang-orang yang berusaha memperolehnya. Menurut Miskawayh, kebahagiaan tertinggi itu tidak lain adalah kebijaksanaan yang menghimpun dua aspek,iaitu aspek teori yang bersumber pada keadaan penggunaan akal yang membentuk tindak-tanduk seseorang dan aspek praktikal yang merupakan keutamaan jiwa yang mampu melahirkan perbuatan yang baik. Para Nabi diutus oleh Allah tiada lain hanyalah untuk menyampaikan ajaran syari’at yang memerintahkan untuk memperoleh keutamaan dan menjauhi keburukan-keburukan.(A. Mustofa 2004: 17) Orang yang mencapai kebahagiaan tertinggi jiwanya akan tenang, mereka akan selalu berdampingan dengan malaikat. Jiwanya diterangi oleh rahmat Ilahi dan merasakan nikmat atas kelazatan yang tertinggi. Baginya tidak menjadi masalah apakah dunia datang kepadanya atau meninggalkannya, apakah dunia kotor atau bersih. Dalam usaha mencapai kebahagiaan, manusia selalu menemukan pedoman syari’at yang memberikan petunjuk dan meluruskan jalan mencapai kebijaksanaan untuk mengatur kehidupan sehingga akhir hayatnya. (A. Mustofa 2004: 18)
  • 16. 16 4. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kesilapan Socrates dalam membataskan secara total bahawa ilmu sebagai egen yang dapat mengawal keseluruhan perlakuan manusia mungkin juga disebabkan beliau berteori berdasarkan pengalaman sendiri. Socrates sendiri memang didapati sebagai seorang yang beretika dan tindakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi dan nafsu, tetapi oleh akal yang rasional. Kesanggupan beliau untuk menghadapi hukuman mati kerana mempertahankan sesuatu yang beliau anggap benar dan betul, membuktikan hakikat ini. Pengajaran dan pemikiran akhlak Socrates kemudiannya dikembangkan oleh beberapa sekolah dalam falsafah Greek. Berbeza dengan pendapat Ibnu Miskawayh bahawa akhlak adalah suatu benda yang tidak static dan ia boleh menerima perubahan sama ada kearah kebaikan ataupun kearah keburukan melalui latihan, nasihat, disiplin, undang-undang bukan hanya ilmu semata-mata seperti idea yang dinyatakan oleh Socrates. Sekalipun manusia dicipta dalam bentuk fitrah, suci dan neutral, tetapi mereka berpotensi untuk berubah menjadi baik ataupun buruk berdasarkan faktor yang boleh mempengaruhiakhlak mereka. Akhir sekali, diharapkan hasil tugasan dan kajian ini dapat menepati kehendak dan memenuhi kriteria yang sepatutnya. Semoga sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dan idea kepada kita sebagai generasi akan datang dalam memahami idea-idea tokoh falsafah berkaitan falsafah akhlak supaya boleh dibuat penilaian sama ada sumbernya dari Barat atau Timur.
  • 17. 17 RUJUKAN Al-Qur’an Ahbel, Sara & Kamtekar, Rachana. 2009. A Companion To Socrates. United Kingdom : Blackwell Publishing Ltd. A. Mustofa. 2004. Filsafat Islam. Bandung : Pustaka Setia. Asmawati Sulhid. 2009. Pendidikan AKhlak dan Adab Islam : Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Frankena. 1990. Ethics. New Jersey : Prentice-Hall Inc Harun Hadiwijono. 1980. Sari sejarah filsafat Barat 1. Yogyakarta : Penerbit Kanisisus. Mahmud, Ali Abd Halim. 1996. Karakteristik Umat Terbaik : Telaah Manhaj, Akidah dan Harakah. Jakarta : Gema Insani Press. Mardzelah Makhsin. 2006. Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Muhamad, Siti Norlina and Ripin, Mohd Nasir and Muhamad, Mohd Dani (2004). Pemupukan Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Bangi : Penerbit UKM. Sudarsono. 1997. Filasafat Islam. Jakarta : Rineka Cipta.