SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
CT11210424
JOSEPRIN @ JAMALUDDIN BIN ABDULLAH


PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

PENGENALAN

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak.
Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada
pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar.
Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan
menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan
kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui
pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan
dan kordinasi tubuh yang lain.

1.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia
berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang
menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari
disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang
dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan
mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi,
skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik,
pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

1.1 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR

Antara objektif pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran
kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai
pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan
berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk
pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru
dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap,
akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk
meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan,
melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak
secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan
aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan
bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik
melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan
sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

1.2 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR

Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi
pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya
guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi
membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang
terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran
dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan
utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk
memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta
sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat
memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran
koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian
antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan
meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

1.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

1.3.1 Melompat

Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah
dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

1.3.2 Lompat Skip

Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan
ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki
yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki
yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara
berselang seli.

1.3.3 Lompat Galop

Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului
pergerakan secara cepat.

1.3.4 Melantun

Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan
bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan.
Sebagai contoh permainan bola tampar.
1.3.5 Menggelungsur

Pergerakan menggelungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti
dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki
belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.



2.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih
tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar
menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu,
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut
bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan
bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang
demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar
menyokong pelaku pergerakan.

Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut,
tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik
dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor
dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar
seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan
kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah
kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan
pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti
membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit,
menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

2.1 CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

2.1.1 Menghayun

Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang
tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan
tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan
kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

2.1.2 Membengkok

Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan

2.1.3 Memusing
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan
duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar
memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

2.1.4 Mendekam

Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam
setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

2.1.5 Menyokong

Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan.
Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi,
sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut,
sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki,
sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

2.1.6 Membengkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti
bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel
membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini
terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul
dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

2.1.7 Meregang

Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud
pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.
Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.

2.1.8 Mengilas

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di
satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats
suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi
paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah
bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

2.1.9 Memusing

Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan
berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

2.1.10 Menolak dan Menarik

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek
dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan
atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan.

2.1.11 Rebah

Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan
perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan
cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara
berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

2.1.12 Bangkit

Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk
mengatasi tarikan pusat bumi.

2.1.13 Melantun

Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke
depan secara beritma pantas dan berterusan.

Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18
pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-
pergerakan di atas antaranya merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan
hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari.
Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak
serta menarik ke kiri dan kanan.



3.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-
kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh
digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan
bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat
menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh
diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani,
semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira, hormat-menghormati, dan penerapan nilai-
nilai murni yang lainnya.
4.0 KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam
keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan
kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya
diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di peringkat awal kanak-kanak lagi.



RUJUKAN

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada            Mac   20,   2010   daripada
http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-
bukan_05.html

More Related Content

What's hot

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagardila teen
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMmond niel
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiAzizi Ahmad
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjahEswary Raju
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanSok Moi Lee
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangAfifah Yusoff
 

What's hot (20)

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
Rph melompat
Rph melompatRph melompat
Rph melompat
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulan
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
 

Similar to PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbdugros84
 
Thn 1 rpt pj 2014
Thn 1   rpt pj 2014Thn 1   rpt pj 2014
Thn 1 rpt pj 2014Puan Aries
 
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1Rancangan tahunan kssr pj tahun 1
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1Maknae Tytymahmah
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kakitinachua2
 
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSR
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSRRancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSR
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSRDayung Dayak
 
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017aya kaplai
 
Pemulihan dalam pendidikan jasmani & kesihatan (pjk
Pemulihan dalam pendidikan       jasmani & kesihatan (pjkPemulihan dalam pendidikan       jasmani & kesihatan (pjk
Pemulihan dalam pendidikan jasmani & kesihatan (pjkkuliahpismp09
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
Pj kssr thn 1 2014
Pj kssr thn 1 2014Pj kssr thn 1 2014
Pj kssr thn 1 2014hishamskss
 
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembanganPeringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangannursabiqah
 

Similar to PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR (20)

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkbPergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
Pergerakan kreatif untuk pelajar ipgkkb
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
Asas biomekanik
Asas biomekanikAsas biomekanik
Asas biomekanik
 
Rpt pj thn 1 (2018)
Rpt pj thn 1 (2018)Rpt pj thn 1 (2018)
Rpt pj thn 1 (2018)
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Thn 1 rpt pj 2014
Thn 1   rpt pj 2014Thn 1   rpt pj 2014
Thn 1 rpt pj 2014
 
Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1Rancangan tahunan kssr pj tahun 1
Rancangan tahunan kssr pj tahun 1
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSR
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSRRancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSR
Rancangan Pengajaran Tahunan PJK KSSR
 
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
 
Pemulihan dalam pendidikan jasmani & kesihatan (pjk
Pemulihan dalam pendidikan       jasmani & kesihatan (pjkPemulihan dalam pendidikan       jasmani & kesihatan (pjk
Pemulihan dalam pendidikan jasmani & kesihatan (pjk
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
Pj kssr thn 1 2014
Pj kssr thn 1 2014Pj kssr thn 1 2014
Pj kssr thn 1 2014
 
Daya
DayaDaya
Daya
 
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembanganPeringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
 

More from Tembuakar Corp

CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4 apk
CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4   apkCT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4   apk
CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4 apkTembuakar Corp
 
Banner tennis ppg ums c2 sc
Banner tennis ppg ums c2 scBanner tennis ppg ums c2 sc
Banner tennis ppg ums c2 scTembuakar Corp
 
Ct11210424 kelip kelip
Ct11210424 kelip kelipCt11210424 kelip kelip
Ct11210424 kelip kelipTembuakar Corp
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Tembuakar Corp
 

More from Tembuakar Corp (6)

CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4 apk
CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4   apkCT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4   apk
CT11210424 kajian kes 9.1, 10.1, q4 apk
 
Tc burger
Tc burgerTc burger
Tc burger
 
Tc burger
Tc burgerTc burger
Tc burger
 
Banner tennis ppg ums c2 sc
Banner tennis ppg ums c2 scBanner tennis ppg ums c2 sc
Banner tennis ppg ums c2 sc
 
Ct11210424 kelip kelip
Ct11210424 kelip kelipCt11210424 kelip kelip
Ct11210424 kelip kelip
 
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
Hubungan antara tahap kesediaan pembelajaran arahan kendiri dengan tahap peng...
 

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

  • 1. CT11210424 JOSEPRIN @ JAMALUDDIN BIN ABDULLAH PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR PENGENALAN Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat seharusnya dititikberatkan pada pendidikan awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti yang mencabar. Sekiranya mereka mempunyai asas pergerakan ini, berkemungkinan mereka tidak akan menghadapi masalah kelak. Namun, ibu bapa serta guru tidak seharusnya mengabaikan kepentingan pergerakan bukan lokomotor. Banyak faedah yang boleh diperolehi melalui pergerakan bukan lokomotor. Ia mengajar kanak-kanak menguasai keseimbangan tubuh badan dan kordinasi tubuh yang lain. 1.0 DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan. 1.1 OBJEKTIF PERGERAKAN LOKOMOTOR Antara objektif pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ialah dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. membantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas dengan berkesan, memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi membentuk pergerakan yang kreatif, memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru dalam membuat perancangan dan strategi, dan mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Disamping itu, objektifnya adalah untuk meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran, mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik
  • 2. melalui pergerakan, sentiasa berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 1.2 MATLAMAT PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan ini juga dapat menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini ia mampu untuk memupuk semangat toleransi dan kerjasama, di samping dapat membentuk kepimpinan serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru. Selain itu, matlamat pergerakan ini ialah dapat memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ), dan meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. 1.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR 1.3.1 Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak. 1.3.2 Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. 1.3.3 Lompat Galop Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat. 1.3.4 Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.
  • 3. 1.3.5 Menggelungsur Pergerakan menggelungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan. 2.0 DEFINISI PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai – buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya. 2.1 CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 2.1.1 Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang 2.1.2 Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan 2.1.3 Memusing
  • 4. Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. 2.1.4 Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai 2.1.5 Menyokong Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya. 2.1.6 Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu. 2.1.7 Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’. 2.1.8 Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 2.1.9 Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 2.1.10 Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan
  • 5. atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 2.1.11 Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 2.1.12 Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. 2.1.13 Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan- pergerakan di atas antaranya merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan. 3.0 NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak- kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira, hormat-menghormati, dan penerapan nilai- nilai murni yang lainnya.
  • 6. 4.0 KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di peringkat awal kanak-kanak lagi. RUJUKAN Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan- bukan_05.html