aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
TIX 2002 : Semantik & Pragmatik Bahasa & Makna
1. TIX 2002 : Semantik & Pragmatik
Bahasa & Makna
Nama Ahli Kumpulan :
Thanushah A/P P Soniyasee
Siti Fatimah Binti Masran
Aisyah Binti Mahathir
Nur Asilah Binti Adenan
2. Definisi bagi istilah-istilah terpilih.
Perkataan / Kata
- unsur bahasa yg diucapkan / dituliskan.
- merupakan kesatuan perasaan & pemikiran.
- morfem / kombinasi morfem yg dianggap sebagai satuan terkecil yg
mempunyai makna.
- satuan bahasa yg dapat berdiri sendiri.
Contoh
“Tendang” - menendang
- ditendang
- tendangan
“Lihat” - penglihatan
- dilihat
- kelihatan
- melihat
3. Unit leksikal
- makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat)
- leksikal bersifat tetap dan tidak terikat dengan konteks perkataan lain (berdiri
sendiri)
Contoh
Minum
- Setiap bangun tidur, ibu menyuruhku minum segelas air.
Makan
- Sekarang baru pukul 9.00 pagi, dia sudah makan tiga kali.
4. Leksem
- merupakan kata dasar yg menjadi asas bagi pembentukan sesebuah
perkataan.
- semua leksem merupakan sebuah kata namun sesebuah kata belum tentu
menjadi sebuah leksem.
- sesuatu perkataan yg tersenarai di dlm kamus mengikut urutan abjad.
Contoh
Perkataan membunuh, dibunuh & terbunuh adalah kata-kata yg berasal
dari leksem ‘bunuh’.
Perkataan talk, talking & talked berasal dari leksem‘talk’.
5. Morfem
- satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti / fungsi tertentu.
- tidak dapat dikecilkan lagi kerana akan kehilangan makna asalnya.
- terdapat dua jenis morfem, iaitu morfem bebas & morfem terikat.
Contoh
Perkataan “perumahan” terdiri drpd satu bebas, iaitu perkataan “rumah”
dan dua terikat iaitu “pe(r)” dan “-an”.
Perkataan “kedudukan” terdiri drpd satu bebas, iaitu perkataan “duduk”
dan dua terikat iaitu “ke” dan “-an”.