SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
1
1.0 Pengenalan
Dalam proses ke arah sebuah negara maju, alam sekitar merupakan elemen penting bagi
memperoleh pembangunan yang stabil. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974),
alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan
manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga
faktor-faktor sosial yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan
faktor-faktor fizikal.
Aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam sekitar
dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada alam sekitar. Malahan,
kemerosotan kualiti alam sekitar masih dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kos
pertumbuhan ekonomi yang perlu bagi pembangunan dan dapat dipertanggungjawabkan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini, ramai orang yang berpendapat bahawa kemerosotan
kualiti alam sekitar boleh menyebabkan kerugian sebenar daripada segi kesan jangka panjang.
Tambahan pula kemerosotan kualiti alam sekitar menggugat objektif asas pembangunan, iaitu
untuk mempertingkatkan taraf hidup manusia secara berterusan.
Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan untuk menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau dikenali sebagai akta 127 bagi menjaga persekitaran
alam sekitar supaya bebas dari sebarang ancaman yang akan merosakkan alam sekitar. Jabatan
tersebut merupakan salah satu agensi kerajaan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga merupakan akta yang paling komprehensif
dalam memberi pelindungan dan menguruskan alam sekitar. Menurut Shamsuddin Suhor (2003),
akta ini dikaitkan dengan perkara mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam
sekeliling. Selain itu, akta tersebut juga diberikan kuasa dan bidang kuasa yang luas serta
dibekalkan dengan peraturan- peraturan, perintah- perintah serta kaedah bagi melicinkan
perlaksanaannya.
2
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (pindaan) 2012, memperuntukkan sekyen 2 yang
mentakrifkan pencemaran sebagai suatu perbuatan atau proses, sama ada semula jadi atau
buatan, yang menyebabkan kemasukkan apa- apa bahan- bahan cemar ke dalam alam sekeliling
dengan melanggar syarat- syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan di bawah
seksyen 21. Seksyen 21 memperuntukan peraturan- peraturan seperti syarat- syarat pengeluaran,
pelepasan dan benda- benda yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada alam sekeliling. Di
dalam penulisan ini, isu dipilih yang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah
berkaitan isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara.
Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses penghasilan asap
daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa
melalui cerobong asap. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak
pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa
kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim
panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah seperti jerebu. Bagi
peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975, larangan mengenai pembakaran
terbuka telah digariskan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29A, 29AA
dan 29B.
Seksyen 29A menjelaskan bahawa tidak ada seorang yang boleh membenarkan atau
menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis. Manakala bagi Seksyen 29B pula ialah
pemunya atau penduduk bagi premis yang disabitkan melanggar Seksyen 29A Akta Kualiti Alam
Sekeliling akan dikenakan hukuman melainkan jika dibuktikan sebaliknya yang berkait dengan
perintah larangan di bawah Seksyen 29AA. Dua perintah larangan dibawah Seksyen 29AA iaitu
pertama Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar boleh mengeluarkan perintah larangan bagi
memberhentikan semua aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka termasuk 15 aktiviti yang
diisytharkan sebagai bukan pembakaran terbuka di bawah perintah kualiti Alam Sekeliling di
kawasan-kawasan tertentu melalui apa-apa cara yang difikirkan bersesuaian apabila kualiti udara
di kawasan itu mencapai tahap tidak sihat dan kebakaran, pembakaran atau pembaraan itu
membahayakan alam sekeliling. Kedua, menteri melalui warta boleh menentukan keadaan-
keadaan dimana pembakaran tidak boleh dilakukan sama sekali. Seksyen ini menggariskan
bahawa larangan pembakaran bagi memelihara alam sekitar.
3
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarah
yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.
Punca pencemaran udara di sesuatu kawasan boleh dikaitkan dengan dua sumber iaitu sumber
tempatan dan sumber luaran. Sumber tempatan yang paling ketara termasuklah kenderaan
bermotor, tapak pelupusan sampah, kilang industri dan juga tapak pertanian. Sumber luaran pula
bermaksud pergerakan sumber pencemar yang merentas sempadan negara Malaysia dan
membentuk episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan
tanah rendah. Seksyen yang menggariskan bagi pencemaran udara ialah panduan sekatan
mengenai pencemaran udara.
Di dalam penulisan ini, beberapa elemen penting yang telah diolah antaranya ialah ulasan
jurnal itu sendiri, punca terhadap isu yang dibangkitkan, kesan terhadap permasalahan tersebut
dan langkah bagi mengatasi isu berkaitan alam sekitar. Oleh itu, penulisan ini sedikit sebanyak
menambahkan pengetahuan tentang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu isu yang berkaitan
pencemaran khususnya sekaligus usaha yang dapat dilakukan bagi memelihara alam sekitar.
4
2.0 Ulasan jurnal
Tajuk : Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia: Kes Jerebu pada Ogos 2005.
Berdasarkan jurnal yang telah dirujuk, kajian tersebut memberi fokus kepada kejadian jerebu
yang dicetuskan oleh faktor pembakaran hutan dan tapak pertanian di pulau Sumatra. Perincian
utama akan dilakukan terhadap kes jerebu terkini iaitu pada bulan Ogos 2005.
Aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan dikenal pasti sebagai punca jerebu di
Indonesia- Malaysia, khususnya di kawasan Sumatera Utara dan Riau (Asmala et al. 2006). Di
beberapa kawasan, ribuan hektar tanah gambut terus dibakar sebagai persediaan untuk kerja-
kerja menanam semula kelapa sawit. Apabila keadaan ini berterusan, beban pencemaran akan
meningkat seterusnya merentasi sempadan dari kawasan kebakaran ke Semenanjung Malaysia di
bawah pengaruh angin monsun barat daya yang lemah. Pergerakan angin dari kawasan kejadian
telah membawa bahan pencemar ke Semenanjung Malaysia dan mengakibatkan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia meningkat ekoran bawaan angin dari Sumatra.
Beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam pembakaran terbuka untuk
membersihkan ladang. Mereka menggunakan kaedah ini kerana mudah dan murah yang telah
lama menjadi tradisi amalan syarikat-syarikat perladangan. Kesan daripada pembakaran terbuka
ini menyebabkan beberapa negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia mencatatkan
paras partikel terampai pada paras yang tinggi dan diisytiharkan darurat. Tambahan itu juga,
faktor tempatan lain yang menyumbang kepada peningkatan bahan pencemar di atmosfera
Semenanjung Malaysia iaitu bahan pencemar daripada kenderaan bermotor, kesan morfologi
bandar dan pembakaran terbuka. Faktor ini amat jelas kesannya di kawasan bandar terutama di
sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya berdasarkan jurnal, isu tentang pembakaran terbuka sudah lama
menjadi wabak di Malaysia khususnya berpunca dari Sumatra, Indonesia. Oleh itu,
penguatkuasaan perlu dilakukan bagi mencegah perkara sebegini berulang. Dengan adanya
kawasan tanah tinggi seperti Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung
Malaysia mampu menghalang penyebaran meluas bahan pencemar ke kawasan pantai timur
Semenanjung Malaysia.
5
3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbuka
Kes : Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) vs syarikat perladangan
Fakta : Syarikat perladangan dikesan melanggar larangan terhadap aktiviti pembakaran terbuka
pada musim panas.
Keputusan : syarikat peladangan terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak RM9,000 kerana
didapati melakukan kesalahan tersebut.
Penjelasan : Manakala bagi kes-kes yang lebih berat terutama membabitkan syarikat, pesalah
boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (29) (b) yang boleh membawa
hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
Seksyen 29A
Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana
permis.
Seksyen 29B
Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan sebagai melanggar Seksyen 29A, Akta
Kualiti Alam Sekitar Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
KESALAHAN DAN DENDA
Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974
* Kompaun - RM2,000.00 maksima bagi setiap longgokan kebakaran
* Denda - RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
6
4.0 Punca pembakaran terbuka
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah seksyen 29A, pembakaran terbuka ini
diertikan sebagai apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas
dan yang tidak dihalakan melalui serombong atau cerobong. Pembakaran terbuka ini boleh
berlaku berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya termasuklah berpunca daripada
pembakaran pertanian seperti jerami padi, pembakaran pokok-pokok tua, pembakaran sisa-sisa
pepejal dan juga pembakaran yang berpunca daripda sikap individu atau organisasi tertentu.
Kesemua ini merupakan punca yang paling ketara terhadap terjadinya pembakaran terbuka yang
boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar di Malaysia.
1. Pembakaran pertanian
Pembakaran terbuka boleh berlaku akibat daripada aktiviti pembakaran yang
meghapuskan sisa-sisa pertanian seperti jerami padi. Aktiviti ini masih lagi dipraktikkan
oleh para petani yang mengusahakan penanaman padi khususnya di Kedah. Pembakaran
jerami padi ini lazimnya dijalankan selepas musim menuai iaitu selepas padi ini ditanam
selama 120 hari untuk dijadikan kompos atau baja. Selain itu, ia juga adalah bertujuan
untuk meningkatkan kesuburan tanah selepas sahaja hasil padi itu dituai dan untuk
mematikan benih padi yang tinggal kerana ia akan mengganggu proses penanaman dan
pertumbuhan padi yang akan ditanam semula selepas itu. Namun begitu, menjadi
masalah kualiti udara kepada alam sekitar apabila pembakaran jerami padi yang
dijalankan ini adalah secara tidak terkawal dan serentak di sesuatu kawasan. Hal ini akan
menyebabkan api tersebut mudah merebak dan seterusnya akan mengambil masa yang
lama untuk memadamkannya supaya tidak merebak ketempat lain dan menyebabkannya
menjadi pembakaran yang besar. Tambahan pula, pembakaran seperti ini mudah merebak
terutamanya pada musim yang agak kering dan panas sepanjang hari.
Walaupun aktiviti pembakaran terbuka ini dilarang di bawah seksyen 29A, Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, namun kegiatan ini masih juga diteruskan. Di dalam Akta
tersebut, terdapat tiga peraturan yang berkaitan dengan pembakaran terbuka iaitu Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Pembakaran Terbuka) tahun 2000,
kaedah-kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan
Pembakaran Terbuka) tahun 2000 dan Perintah Kualiti alam Sekeliling (Perwakilan
Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) tahun 2000 (Pembakaran Terbuka Jerami
7
Padi, JAS). Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memberikan kelonggaran
yang khusus terhadap aktiviti pembakaran jerami padi di kawasan sawah padi demi
menjaga kepentingan sektor pertanian negara.
Menurut Mastura Mahmud dan Siti Haslina Mohd Shafie (2012), Alor Setar
merupakan kawasan pertanian padi yang penting di Kedah dengan keluasannya adalah
46,266 km persegi. Pertanian padi di kawasan ini akan dijalankan dalam dua musim dan
penanamannya dilakukan secara giat. Rentetan daripada itu, aktiviti ini secara langsung
telah memberikan impak negatif dari segi kualiti udara kepada alam sekitar. Kualiti udara
di kawasan Alor Star dicatatkan menurun selepas musim menuai apabila jerami padi
dibakar oleh petani. Hal ini sekaligus akan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara
yang memberi impak terhadap alam sekitar dan masyarakat sekelilingnya.
2. Pembakaran pokok-pokok tua
Selain itu, punca yang menyebabkan pembakaran terbuka ialah pembakaran pokok-pokok
tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari
satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan
kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini
jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi
semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali
gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.
Aktiviti seperti ini juga selalu dikaitkan dengan pertanian pindah yang dijalankan
oleh orang asli. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Hal ini demikian kerana,
mereka membakar hutan untuk tujuan penyuburan tanah sebelum melakukan penanaman
tanaman kontar. Ia telah mengakibatkan peranan tumbuhan hutan sebagai agen penyejuk
tidak mampu menstabilkan haba di permukaan bumi ini. Pembakaran pokok-pokok tua
ini juga sering dijalankan terhadap pokok tua kelapa sawit untuk tujuan penanaman
semula pokok kelapa sawit yang baru. Jika pembakaran yang dijalan secara tidak
berperingkat dan terkawal, ia akan menyebabkanya menjadi suatu pembakaran terbuka
yang boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar.
8
3. Pembakaran sisa pepejal
Pembakaran terbuka seterusnya boleh juga berpunca daripada pembakaran sisa-sisa
pepejal. Menurut Azrina Sobian (2014), penghasilan sampah ataupun sisa pepejal ini
bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang
dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan
bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar.
Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa
binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya.
Di Malaysia, sampah yang dihasilkan ini akan di hantar ke tapak pelupusan ataupun ke
pusat pembakaran sampah yang juga di sebut sebagai incinerator.
Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak
namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan.
Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam
masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini juga berisiko
tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar tapak pelupusan tersebut. Sebagai
contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di
kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu
hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.
Rentetan daripada masalah ruang yang semakin terhad ini, Malaysia beralih
kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat tujuh
pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau
Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal
sebanyak 3 hingga 10 tan/hari/unit. Pembinaan pusat pembakaran ini dikatakan mampu
mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Ini kerana sistem itu
berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah
terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu
yang tinggi sekitar 500 hingga 600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa
pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari.
Namun begitu, walaupun kaedah pembakaran ini menjadi pilihan untuk mengatasi
masalah pelupusan sampah, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca
dari aktiviti pembakaran ini juga harus diambil kira. Hal ini kerana, melalui pembakaran
9
sisa yang tidak sempurna, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah jerebu dan
masalah gas dioksin. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang
besar. Ia dikaitkan dengan penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah
kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan
udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan
seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan.
4. Sikap individu dan organisasi
Seterusnya, pembakaran terbuka juga sering dikaitkan dengan sikap individu dan
organisasi tertentu yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pendedahan mengenai
kesalahan melakukan pembakaran terbuka banyak didedahkan, namun sikap sambil lewa
individu tertentu ini sering membawa masalah kepada masalah kualiti udara terhadap
alam sekitar. Punca berlakunya pembakaran terbuka melalui sikap individu adalah seperti
tindakan individu yang merokok membuang puntung rokok mereka di kawasan yang
kering. Hal seperti ini boleh mengakibatkan pembakaran berlaku. Bermula dari
kebakaran yang kecil daripada haba yang sedikit dari puntung rokok, seterusnya boleh
menjadi kebakaran yang besar apabila cuaca ketika itu terlalu kering dan panas.
Begitu juga halnya dengan sikap individu yang sering membakar sampah sarap
kering di kawasan perumahan. Kebiasaannya di kawasan luar bandar sering berlaku.
Masyarakat luar bandar mengambil inisiatif mudah dengan membakar sisa sampah sarap
dan daun-daun kering di kawasan perumahan mereka untuk melupuskannya. Jika
pembakaran sampah sarap yang dilakukannya dalam kuantiti yang sedikit dan di waktu
sesuai, ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi jika ianya dilakukan secara besar dan di
waktu yang tidak sesuai iaitu di waktu berangin dan cuaca yang panas, ia boleh
menjadikannya suatu pembakaran terbuka yang akan menjejaskan berlakunya
pencemaran udara yang akan menjejaskan kualiti udara di kawasan sekelilingnya.
Manakala bagi organisasi seperti kilang pula, pembakaran terbuka ini boleh
berlaku terhadap organisasi yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan
pembakaran hasil perkilangan atau mengeluarkan asap dari kilang seperti kilang kelapa
sawit. Kilang ini cenderung melepaskan asap yang banyak ke udara. Tidak menjadi
masalah jika asap yang dibebaskan itu menggunakan kaedah yang betul Tetapi menjadi
masalahnya di sini apabila asap yang dilepaskan itu tanpa pemasangan alat penapis
10
udara yang akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap
individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta
sendiri.
5.0 Kesan pembakaran terbuka
Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan berpunca daripada pembakaran sampah sarap,
belukar, hutan atau sisa-sisa pertanian di kawasan lapang secara terbuka boleh mengakibatkan
berlakunya kesan negatif kepada alam sekeliling yang akan menjejaskan keseimbangan
ekosistem, dan juga keselesaan bagi manusia dan juga hidupan di muka bumi. Antara kesan-
kesan pembakaran terbuka ialah peningkatan suhu, jerebu, menjejaskan flora dan fauna, tanah
runtuh.
1. Peningkatan suhu
Kebakaran hutan merosakkan hampir seluruh kompenan hutan sehingga menyebabkan
hutan tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai agen penyejuk. Menurut Ahadi
Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani
(2011), Hutan dianggap sebagai kompenan yang penting dalam mengimbangi kandungan
gas di udara kerana potensinya menjadi satu kawasan simpanan karbon dan penyumbang
utama kepada gas oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis.
Oleh itu, kehilangan hutan melalui pembakaran terbuka yang dijalankan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan tahap kepanasan semakin meningkat.
Tambahan pula, Asap yang dibebaskan ke udara akibat pembakaran hutan juga turut
menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan suhu kerana ianya menambahkan
kandungan gas karbon dioksida di udara.
2. Jerebu
Seterusnya kesan pembakaran terbuka ialah jerebu. Pembakaran terbuka yang berpunca
daripada aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan menyebabkan berlakunya
jerebu. Contohnya, pada Ogos 2005, Malaysia mengalami masalah jerebu disebabkan
oleh faktor pembakaran ladang pertanian dan hutan di Pulau Sumatra, Indonesia. Jerebu
tersebut disebarkan oleh agen penyebarannya iaitu angin. Jerebu juga boleh ditakrifkan
11
sebagai partikulat- partikulat atau zarah halus terampai di atmosfera dalam kepekatan
yang tinggi. Partikulat- partikulat ini menyerap dan menyerak cahaya matahari sehingga
mengurangkan jarak dan membataskan penglihatan. Jerebu yang berlaku ini boleh
mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia. Masalah kesihatan yang disebabkan
oleh jerebu seperti asma, radangan paru- paru, alahan dan sesak nafas.
3. Menjejaskan flora dan fauna
Pembakaran terbuka yang melibatkan kawasan hutan telah menjejaskan spesis flora dan
fauna. Bagi fauna, pembakaran hutan telah menyebabkan habitat mereka semakin
mengecilkan atau musnah bagi haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang
memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan semakin
mengecil turut menganggu kemampuan haiwan-haiwan tersebut untuk mencari makanan
dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Manakala, bagi flora pula,
kebakaran hutan telah memusnahkan sumber kayu keras yang bermutu tinggi dan
mempunyai harga yang tinggi di pasaran dunia seperti cengal, meranti dan kapur serta
seraya. Selain itu, kegunaan hasil balak bukan sahaja untuk tujuan pengeksportan tetapi
untuk perkembangan ekonomi industri tempatan. Sebagai contoh hasil balak digunakan
untuk membuat landasan kereta api, alat- alat perabot, papan lapis, membuat rumah dan
juga kertas.
4. Tanah runtuh
Pembakaran terbuka disebabkan oleh aktivti pembalakan atau pembangunan
menyebabkan timbulnya masalah tanah runtuh. Hal ini kerana, hutan mempunyai
fungsinya tersendiri iaitu menjadi kawasan tadahan air hujan. Sebagai contoh, apabila
hujan turun di kawasan hutan, air hujan akan terperangkap di kanopi dan hanya
sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Namun, ketiadaan tumbuhan telah
menyebabkan air hujan akan turun terus ke permukaan tanah. Kandungan air yang
banyak di permukaan tanah menyebabkan tanah menjadi longgar, tidak stabil dan mudah
bergerak ke tempat lain seperti anak-anak sungai. Hal ini juga secara tidak langsung akan
menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
12
6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udara
Fakta kes 1
Kes:Binastra Construction (M) Sdn Bhd v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006]
Fakta:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd telah didakwa oleh Jabatan Alam
Sekitar Wilayah Persekutuan kerana telah membenarkan pembakaran terbuka reja- reja kayu
ditapak pembinaan blok rumah pangsa kos sederhana 18 Tingkat di Taman Melati
Utama,Setapak kira- kira 6.20 petang, 20 Jun 2005.
Keputusan Mahkamah:Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen(1) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut Seksyen 29 A (2) iaitu yang membincangkan mengenai
pembakaran terbuka yang boleh mendatangkan masalah kepada udara persekitaran dan segala
aktiviti yang akan menyebabkan perkara tersebut berlaku.Syarikat tersebut telah di dakwa di
bawah Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara
sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen Rosenani
Abdul Rahman mengarahkan Binastra Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak
RM25, 000 kerana telah melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut
Seksyen 29 A (2).
Kritikan kes:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd perlu di kenakan tindakan
yang lebih berat kerana telah melakukan pembakaran yang terbuka dan akan menyebabkan
berlaku masalah pencemaran udara.Denda yang di kenakan adalah tidak setimpal dengan apa
yang di lakukan oleh syarikat tersebut yang boleh memberi kesan kepada orang sekeliling dan
alam sekitar.
Fakta kes 2
Kes :Syarikat OG Metal Trading v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006]
Fakta : Pekerja syarikat pengilangan kayu Syarikat OG Metal Trading telah melakukan
kesalahan iaitu telah melepaskan asap keudara melebihi ketumpatan maksimun yang di benarkan
melalui ekzos lori yang di pandunya pada tahun 2003. Pekerja syarikat tersebut Lee Chee Sang
yang menggunakan lori bernombor pendaftaran NAR 5389 telah melakukan kesalahan tersebut
kira-kira pukul 10.55 pagi, 27 Ogos 2003 di Plaza Tol Sungai Besi.Tambahan lagi,Pegawai
13
pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan iaitu Norizan Mohamed Nazir telah
menyebut rekod bahawa Syarikat OG Metal Trading telah menjalankan operasi tanpa sebarang
lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
Keputusan Mahkamah: Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 yang dibaca bersama Seksyen 43 (2) dan di hukum mengikut Seksyen 22 (3)
Akta yang sama,membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara sehingga lima
tahun atau kedua-duanya. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen mengarahkan Binastra
Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM 5, 000 atau penjara sebulan.Kes ini
melibatkan pekerja syarikat tersebut dan perlu di baca bersama dengan Seksyen 43 (2) kerana
melibatkan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.Seksyen 43(2) membincangkan
mengenai mana-mana yang menjadi majikan dan mencarum kepada Akta Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja perlu bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan
kesalahan dan di sabitkan kesalahan ,boleh di penjarakan selama tempoh tiga tahun atau denda
tidak melebihi RM10000,00 atau kedua-duanya.
Fakta Kes 3
Kes:Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik VS Pegawai Pendakwa dari Jabatan
Alam Sekitar (JAS)
Fakta kes : Pekerja Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik telah melakukan kesalahan
dengan melepasakan asap hitam ke udara dengan ketumpatan 76.7 peratus iaitu melebihi had
ketumpatan maksimum iaitu yang di benarkan hanya 50 peratus.Nama pekerja tersebut adalah
Borhani Bon yang telah melakukan kesalahan pada 10.26 pagi bertarikh 30 Mac 2009 diPlaza
tol Sungai Buluh.Kenderaan yang di gunakan adalah lori bernombor pendaftaran WPB8615.Kes
ini di oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam sekitar iaitu Hariati Abu Bakar.
Keputusan Mahkamah:Hakim Mahkamah iaitu Hasbi Hasan telah mendakwa syarikat tersebut
dibawah Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen
43(2) akta sama Seksyen 22(2) adalah mengenai.Hukuman denda maksimum RM100,00 atau
penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Syarikat tersebut di arahkan membayar denda
RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah tersebut.Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen 43(2) kerana majikan perlu membayar dan
14
bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan dan apabila di
sabitkan ,boleh di penjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak
melebihi rm10000,atau kedua-duanya.Oleh itu,Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-
Beradik perlu membayar segala denda yang di kenakan kerana denda yang di kenakan tidak
melebihi RM10000.00
7.0 Punca- punca pencemaran udara
Sudah menjadi kebiasaanya pada setiap masalah yang berlaku sudah tentunya terdapat punca
atau penyumbang yang menimbulkan sesuatu masalah tersebut. Isu pencemaran udara ini juga
tidak terlepas daripada membincangkan punca-puncanya. Punca-punca berlakunya pencemaran
udara ialah:
1. Kenderaan bermotor
Menurut Mastura Mahmud, Iza Hadila Ab Llah (2010) Masyarakat moden amat
bergantung kepada penggunaan pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi.
Kesemua kenderaan ini akan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan
bunyi bising yang memberi kesan buruk kepada persekitaran. Kualiti udara persekitaran
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga,
tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Dalam sektor
pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran
udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas
alam sekitar. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia,
jumlah ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus
meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, migrasi dan
kekurangan kemudahan pangangkutan awam yang cekap.
2. Aktiviti perindustrian dan pembangunan
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar yang
berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang melindungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
15
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam
pula mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan
pencemar seperti karbon dioksida yang menyebabkan gas rumah hijau punca perubahan
iklim seluruh dunia.
3. Penjanaan kuasa
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas
asli, minyak dan arang batu. Loji-loji penjanakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan
antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa
ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa
konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidroelektrik.
Sebagai contoh, empangan kenyir yang merupakan tempat penjanaan elektrik yang utama
di Terengganu. Tambahan lagi, keadaan ini menyebabkan gas yang digunakan untuk
menjana kuasa elektrik seperti karbon dioksida dan metana terpaksa dilepaskan ke
atmosfera. Gas yang dilepaskan akan menyebabkan ia terapung ke udara dan berlaku
pencemaran udara.
4. Aktiviti pembakaran yang terbuka
Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang dilakukan oleh
manusia atas kepentingan tersendiri. Hal ini, terbukti apabila pembakaran pokok –pokok
tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Petani melakukan
pembakaran terbuka untuk melakukan penanaman semula. Walaupun penanaman semula
sememangnya sangat baik tetapi pada yang sama menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Sebagai contoh, pesawah yang membakar jerami di sawah padi selepas musim
menuai adalah salah satu sebab masalah pencemaran udara berlaku. Tambahan lagi,
pembakaran terbuka turut dijalankan di tempat pelupusan sampah yang terutamanya
berada di kawasan berhampiran dengan Bandar yang akan lebih menjejaskan kualiti
udara di Negara kita.
16
8.0 Kesan pencemaran udara
Untuk pengetahuan umum, pencemaran udara dapat dikaitkan dengan bahan sintetik, kotor dan
amat berbahaya dimana ia turut meresap masuk kedalam udara. Kebanyakkan daripada bahan-
bahan tersebut merupakan hasil daripada sisa buangan industri, asap ekzos kenderaan, aktiviti
pembalakan dan banyak lagi yang mana akan menyebabkan berlakunya pengeluaran zarah-zarah
pepejal dan gas ke ruang udara. Pencemaran udara telah menyebabkan berlakunya pelbagai
kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
1. Menjejaskan kesihatan manusia
Antara kesan buruk akibat daripada pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan
manusia. Sebagai contoh sistem pernafasan manusia akan terjejas disebabkan menghidu
udara yang tercemar. Hal ini juga akan menyebabkan manusia menghidap penyakit yang
berbahaya. Udara yang bersih amat penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu,
jika udara yang dihidu telah tercemar seterusnya menyebabkan sistem pernafasan akan
terjejas. Hal ini akan mengakibatkan penukaran karbon dioksida kepada oksigen yang
seterusnya menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam darah. Keadaan ini juga
akan menjejaskan fungsi paru-paru serta mengakibatkan sistem pengaliran darah
mengalami komplikasi. Selain itu, kesan jerebu yang berlaku pernah mengakibatkan
kematian kira-kira 300 orang pada tahun 1997 kerana cuaca kering yang berlarutan serta
keadaan kualiti udara yang rendah. Sebagai contoh Malaysia juga telah mengalami
kerugian yang besar akibat berlakunya jerebu iaitu telah menyebabkan penerbangan di
lapangan terbang terpaksa ditangguhkan akibat jarak penglihatan yang kurang bagi
mengelakkan kemalangan di udara. Tambahan lagi, industri pelancongan juga terjejas
kerana pelancong tidak akan datang ke negara yang mengalami masalah udara kerana
bakal menjejaskan kesihatan mereka.
2. Menjejaskan bekalan makanan
Selain itu, pencemaran udara juga menyebabkan tanaman yang menjadi makanan
penduduk dunia terjejas. Hal ini disebabkan tumbuh- tumbuhan juga memerlukan udara
yang bersih untuk menjalankan proses fotosintesis dan tumbesaran. Namun begitu, jika
kandungan dalam udara mengandungi bahan pencemar, keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya pengurangan karbon dioksida untuk proses menghasilkan klorofil. Hal ini
juga akan mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati disebabkan tisu-tisu tumbuhan
17
reput akibat tindak balas partikel-partikel yang tercemar yang terlekat pada pokok-pokok
dan akhirnya menyebabkan tanaman tersebut mati. Kesannya menyebabkan kemerosotan
dari segi hasil pemgeluarannya. Tumbuhan mengalami proses kerosakan melalui tiga cara
iaitu nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna) dan perubahan
pertumbuhan. Terdapat beberapa bahan tercemar yang boleh memusnahkan tumbuhan
antaranya ialah sulfur dioksida yang menyebabkan tompok-tompok kecil diantara urat-
urat daun. Sebagai contoh tumbuhan yang rosak akibat sulfur dioksida ialah gandum,
barli, epal dan kapas. Ozon juga merupakan salah satu partikel yang memusnahkan
tumbuhan. Sebagai contoh, pokok kekacang, tembakau, bayam dan tomato yang musnah
akibat ozon. Hal ini akan menyebabkan penduduk mengalami kekurangan sumber
makanan.
3. Menjejaskan binatang ternakan
Selain itu, pencemaran udara juga telah menyebabkan binatang ternakan mati. Sebagai
contoh di Poza Rica, Mexico telah berlaku pencemaran udara disebabkan gas sulfur
dioksida yang dilepaskan di udara sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Hal ini juga
telah menyebabkan haiwan ternakan mati kerana makan makanan yang telah tercemar
dan terdedah kepada bahan toksik di udara. Kesannya, sekumpulan burung kenari,
ayam, itik dan lembu telah mati di Mexico. Kesannya, penduduk di Mexico mengalami
kekurangan makanan kerana binatang ternakan telah mati. Disamping itu, pencemaran
udara turut berlaku di Jerman dimana telah menyebabkan kuda dan lembu telah mati.
Haiwan ternakan telah meragut rumput sekitar 50 meter daripada kilang yang melepaskan
gas plumbun dan zink. Akhirnya, haiwan ternakan telah mati akibat daripada makan
rumput yang telah tercemar tersebut.
18
9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udara
Alam sekitar yang berkualiti amat penting untuk manusia dalam menjalani kehidupan yang sihat.
Isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara berada pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan diri dan alam
sekitar. Namun hakikatnya, punca masalah tersebut berlaku daripada sikap segelintir manusia
yang mengambil ringan terhadap isu ini dan hanya mengejar kemajuan dunia sahaja. Lantaran
itu, langkah- langkah yang proaktif dan pramatik perlu dijalankan bagi mengatasi masalah
pembakaran terbuka dan pencemaran udara.
1. Penguatkuasaan undang- undang
Langkah yang utama untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka dan pencemaran
udara ialah penguatkuasaan undang- undang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Akta
kualiti Alam Sekeliling 1974. Dengan adanya penguatkuasaan undang- undang tersebut,
pesalah- pesalah yang melakukan pembakaran terbuka dan pencemaran udara akan
dikenakan tindakan undang- undang. Menurut Azman, Rosnah & Kuswandi (2007),
menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan larangan terhadap sebarang bentuk
pembakaran terbuka. Mengikut Seksyen 29(A) yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1998) ia merupakan larangan atas pembakaran terbuka.
Pihak yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh
dikenakan hukuman penjara maksimum selama 5 tahun dan denda maksimun RM 500,
000 atau kedua- duanya sekali.
Manakala, mengikut seksyen 22 yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (pindaan 1996) ia merupakan sekatan mengenai pencemaran udara. Di
dalam seksyen tersebut menyatakan bahawa pihak yang disabitkan kesalahan melakukan
pencemaran udara boleh dikenakan denda sebanyak RM 10, 000 atau penjara tidak lebih
2 tahun atau kedua- duanya. Kebiasaannya, kes pembakaran terbuka dan pencemaran
udara yang ringan akan dikenakan kompaun sebanyak RM2, 000. Namun, bagi kes- kes
pembakaran terbuka dan pencemaran udara yang berat terutama membabitkan syarikat,
akan dikenakan denda berdasarkan seksyen yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1978. Langkah perundangan yang digubal ini menunjukkan bahawa kerajaan
memandang serius terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu,
dengan adanya penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ianya dapat mencegah
19
masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara daripada berlaku secara berleluasa
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Pendidikan secara formal dan tidak formal
Kesedaran dari segi pendidikan, masyarakat boleh didedahkan melalui dua konsep
pendidikan iaitu secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan secara tidak formal ini
boleh diterima melalui pendidikan yang diajar oleh ibu bapa dan juga pesekitaran
sekeliling. Manakala, bagi pendidikan formal ialah melalui penerapan di dalam
matapelajaran tertentu di pelbagai peringkat sekolah termasuklah Pusat Pengajian Tinggi
(IPT). Program pendidikan adalah penting supaya kesedaran mengenai pentingnya
penjagaan alam sekitar dan kesan aktiviti manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar
seperti pembakaran terbuka ini didedahkan dengan lebih awal. Sebagai contoh di
peringkat sekolah rendah, pelajar akan menerima pendidikan tersbut dalam mata
pelajaran Alam dan Manusia manakala semasa di peringkat menengah pula, pelajar akan
menerima pendidikan tersebut dalam pelajaran Biologi.
3. Kempen alam sekitar
Seterusnya, kempen alam sekitar juga boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga
pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pembakaran terbuka yang sering berlaku kini
kebanyakkannya adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar berhenti daripada
melakukan pembakaran terbuka yang bakal mengundang risiko yang negatif terhadap
alam sekitar. Kesedaran orang ramai ini dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti
program pendidikan dan kempen kesedaran. Tiada gunanya jika kerajaan terus-terusan
mengambil langkah fizikal, jika masyarakat itu sendiri tiada kesedaran dan terus-terusan
melakukan aktiviti yang menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar ini.
Begitu juga halnya dengan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan seperti
kempen sahabat alam, kempen berkongsi kenderaan, kempen mencegah kebakaran dan
sebagainya. Kempen-kempen ini secara langsung, dapat memberi pengetahuan kepada
masyarat mengenai isu-isu tersebut dengan lebih terperinci dan lengkap. Selain itu juga,
pendekatan kempen melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik juga
harus diperluaskan. Rencana-rencana berkaitan pembakaran terbuka dan pencemaran
alam sekitar harus disiarkan dengan meluas terutamanya di dalam akhbar. Selain itu juga,
20
iklan-iklan yang berkaitan di dalam panggung wayang dan sepanduk-sepanduk di tempat-
tempat awam mesti dilaksanakan agar dapat memberi maklumat kepada masyarakat. Di
samping itu juga, ia adalah sebagai suatu simbol yang menunjukkan ketegasan negara
dalam menjaga alam sekitar dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
merosakkannya kepada masyarakat.
4. Keadaan kereta
Selain daripada itu, langkah untuk mengatasi pembebasan asap kenderaan bermotor ialah
dengan menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada
enjin kenderaan bagi mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Contohnya di Kuala
Lumpur penggunaan keretapi elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya
mengurangkan pencemaran udara. Hal ini kerana keretapi elektrik merupakan sistem
pengangkutan yang bersifat mesra alam disebabkan tidak mengeluarkan asap hitam.
Selain itu, untuk mengurangkan pembebasan asap kenderaan ialah dengan menggunakan
kereta berenjin elektrik dan petrol atau lebih dikenali dengan kereta Hybrid. Negara-
negara maju seperti Jepun dan Amerika sudah mengambil langkah proaktif dalam
menangani masalah pencemaran udara dengan mengeluarkan kereta jenis Hybrid ini.
Walaupun kereta ini tidak memberhentikan pencemaran sepenuhnya tetapi dapat
mengurangkan pencemaran udara ini.
5. Meninggikan serombong asap
Selain itu, langkah yang boleh diambil oleh pihak pengusaha kilang ialah meninggikan
serombong asap sehingga 30 meter dan meletakkan penapis asap. Industri yang
melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti
Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut
dilepaskan ke udara contohnya sistem penapis di dalam serombong asap agar kosentrasi
bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat.
Tujuannya adalah supaya asap yang dibebaskan telah dirawat. Hal ini kerana, asap yang
dilepaskan mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur oksida memanaskan keadaan cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba
(pemanasan setempat). mempunyai saiz partikel zarah yang lebih kecil berbanding asap
yang tidak menggunakan serombong. Oleh itu, tindakan undang-undang seperti denda
21
dan penjara boleh dikenakan. Disebabkan itu penting menggunakan penapis asap untuk
serombong di kilang-kilang.
6. Penggunaan tenaga alternatif dan teknologi tinggi
Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang
bolehdiperbaharui dan sentiasa berterusan. Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan
dinegara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga
biomas dan tenaga geotermal.
Tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk yang ada di samping
mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini demikian kerana stok
sumber asli yang masih ada dijangka tidak mampu menampungkeperluan penduduk pada
masa akan datang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk yang
semakin meningkat di negara-negara membangun. Sebenarnya, tenaga alternatif
mempunyai banyak kelebihan berbanding tenagakonvensional. Namun, tenaga ini kurang
diterokai dan dieksploitasi menyebabkannyakurang popular di peringkat dunia. Oleh
sebab itu, negara membangun telah menjana tenaga alternatif ini kerana lazimnya
sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana.Misalnya, Malaysia paling banyak
menjana tenaga hidroelektrik di Asia Tenggara, diikuti oleh Thailand, Indonesia dan
Filipina. Namun begitu, India merupakan negaramembangun yang paling banyak
menjana tenaga tersebut.
Selain itu, teknologi tinggi yang mampu mengesan pencemaran turut merupakan
salah satu alternatif yang mampu menjana kearah pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Sebagai contoh, negara Switzerland mempunyai teknologi yang mampu
menegsan pembakaran terbuka di kawasan yang melakukan pencemaran. Dengan cara
ini, tindakan dan penguatkuasaan akan dilakukan ekoran maklumat yang diperoleh
dengan cepat dan efektif. Namun begitu, teknologi yang tinggi memerlukan kos yang
tinggi untuk diperoleh. Hal ini menyebabkan masalah bagi negara-negara yang sedang
membangun untuk memperoleh teknologi sebegitu. Justeru, hubungan baik antara negara
perlu dijalin supaya dapat berkongsi teknologi dari negara-negara maju.
22
10.0 Penutup
Kesimpulannya, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diwujudkan untuk mencegah, menghapus,
mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling yang seiring dengan pembangunan
mampan yang ingin dilaksanakan di Malaysia. Manakala, Pembangunan mampan boleh
didefinasikan sebagai memenuhi keperluan semasa serta masa depan bagi mencapai
kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan
bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Oleh itu bagi mencapai pembangunan
mampan akta merupakan satu kaedah yang sesuai kerana menyatakan langkah- langkah
menangani pencemaran dan seterusnya bagaimana pengurusan alam sekitar ini untuk mencapai
dan memenuhi hasrat tersebut.
Selain itu, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 merupakan satu bukti kecintaan masyarakat Malaysia terhadap alam semulajadi. Melalui
pembangunan mampan ciri yang ditekankan adalah menjaga kualiti alam sekitar bagi
mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan berlaku
sesuatu pencemaran yang akan mengancam kesihatan manusia. Oleh itu, akta yang telah
diwujudkan iaitu pencemaran udara di bawah seksyen 20 yang membincangkan mengenai
larangan melakukan sebarang aktiviti yang melepaskan sesuatu ke udara serta boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekeliling. Jelaslah di sini, bagi mencapai
pembangunan mampan, akta yang diwujudkan dapat membantu ianya untuk dicapai kerana
melibatkan akta yang melarang sesuatu pembakaran dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan
ke udara. Selain itu juga, terdapat beberapa garis panduan yang sesuai di dalam Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 bagi mewujudkan kelestarian alam sekitar yang seiring dengan
pertumbuhan ekonomi Negara.
Pencemaran alam sekitar seperti penbakaran terbuka dan pencemaran udara memberi
impak yang sangat buruk terhadap dunia kita dan perlu ditangani segera sebelum keadaan
menjadi lebih kritikal. Hal ini kerana manusia dan juga hidupan lain memerlukan alam sekitar
yang terjamin dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, manusia memerlukan
bahan makanan secara berterusan. Sekiranya sumber makanan telah tercemar dan rosak maka
bekalan makanan akan terjejas. Oleh itu, penduduk dunia atau manusia yang bersikap sambil
lewa dengan keadaan alam sekitar menyebabkan masalah ini berlarutan dan menjadi semakin
23
kritikal. Memandangkan pencemaran udara dan pembakaran terbuka boleh memberi kesan
menyeluruh kepada manusia dan alam sekeliling. Dengan itu, semua pihak perlu berkerjasama
mengambil langkah- langkah bagi mengatasi masalah tersebut.
Malahan, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) peranan yang dimainkan oleh
pihak kerajaan, swasta serta setiap individu dalam memelihara alam sekitar bukan suatu yang
dianggap sampingan sahaja. Ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar kerana ia melibatkan
kepentingan bersama. Kesedaran terhadap kepentingan alam sekeliling serta kepatuhan terhadap
peruntukan akta, peraturan, perintah, kaedah sehinggalah kepada Undang-Undang Kecil yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan akan memberikan kejayaan dalam menangani masalah
alam sekitar.
24
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan...................................................................................................................................1
2.0 Ulasan jurnal.................................................................................................................................4
3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbuka...................................................................5
4.0 Punca pembakaran terbuka..........................................................................................................6
5.0 Kesan pembakaran terbuka.........................................................................................................10
6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udara.............................................................12
7.0 Punca- punca pencemaran udara.................................................................................................14
8.0 Kesan pencemaran udara............................................................................................................16
9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udara.....................................18
10.0 Penutup....................................................................................................................................22
25

More Related Content

What's hot

PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikEve93Ooi
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaFaFai S.
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Nur Fathiah
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam SekitarCIKGUZARINAMN MN
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3hamali yusof
 

What's hot (20)

PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
Cabaran industri kecil & sederhana(slide) 2
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Perindustrian di malaysia
Perindustrian di malaysiaPerindustrian di malaysia
Perindustrian di malaysia
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN ALAM SEKITARPENCEMARAN ALAM SEKITAR
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 

Similar to PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaDiana Razi
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Song Love Story
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziZauhari Hussein
 
A154709 tugasan 6
A154709  tugasan 6A154709  tugasan 6
A154709 tugasan 6Ainina Ayob
 
211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebuhafizah noor
 
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanAzli Aziz
 
Tugasan 6 Pemanasan Global
Tugasan 6 Pemanasan GlobalTugasan 6 Pemanasan Global
Tugasan 6 Pemanasan GlobalDaniaFarishya1
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentationFara Dila
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...ZahirulIrfanAbdulRaz
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...ZahirulIrfanAbdulRaz
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentationFara Dila
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)yanazulaikha1
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Muhammad Zhahir
 
Tugasan 6 a166422
Tugasan 6   a166422Tugasan 6   a166422
Tugasan 6 a166422a166422
 
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALBahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALain mardhati
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 

Similar to PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA (20)

Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emylia
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
 
A154709 tugasan 6
A154709  tugasan 6A154709  tugasan 6
A154709 tugasan 6
 
211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu
 
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
 
Pencemaran Alam
Pencemaran AlamPencemaran Alam
Pencemaran Alam
 
Tugasan 6 Pemanasan Global
Tugasan 6 Pemanasan GlobalTugasan 6 Pemanasan Global
Tugasan 6 Pemanasan Global
 
Alam Sekitar
Alam SekitarAlam Sekitar
Alam Sekitar
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentation
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan tugasan bandar terjejas dengan pemanasan gl...
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentation
 
Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)Bahasa melayu (alam sekitar)
Bahasa melayu (alam sekitar)
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Tugasan 6 a166422
Tugasan 6   a166422Tugasan 6   a166422
Tugasan 6 a166422
 
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBALBahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
Bahagian 6 : BANDAR TERJEJAS DENGAN PEMANASAN GLOBAL
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 

More from UNie ONie

Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsUNie ONie
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanUNie ONie
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 UNie ONie
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllUNie ONie
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramUNie ONie
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakUNie ONie
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahUNie ONie
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaUNie ONie
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualUNie ONie
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaUNie ONie
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranUNie ONie
 

More from UNie ONie (13)

Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron HighlandsPenilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
Penilaian Sosial Impak di Cameron Highlands
 
Dasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan PerumahanDasar Pembangunan Perumahan
Dasar Pembangunan Perumahan
 
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033 Buku log Kesukarelawan SSWP1033
Buku log Kesukarelawan SSWP1033
 
Teks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For AllTeks pengacara dinner Art For All
Teks pengacara dinner Art For All
 
Contoh Laporan Program
Contoh Laporan ProgramContoh Laporan Program
Contoh Laporan Program
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
Slide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyakSlide isu kenaikan harga minyak
Slide isu kenaikan harga minyak
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Pengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanahPengenalan pembangunan tanah
Pengenalan pembangunan tanah
 
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat KerjaSlide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Slide Mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan Seksual
 
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 

PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Dalam proses ke arah sebuah negara maju, alam sekitar merupakan elemen penting bagi memperoleh pembangunan yang stabil. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974), alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga faktor-faktor sosial yang saling bergantung sesama sendiri, di antara faktor-faktor biologi dengan faktor-faktor fizikal. Aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia dengan alam sekitar dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada alam sekitar. Malahan, kemerosotan kualiti alam sekitar masih dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kos pertumbuhan ekonomi yang perlu bagi pembangunan dan dapat dipertanggungjawabkan. Walaubagaimanapun, pada masa kini, ramai orang yang berpendapat bahawa kemerosotan kualiti alam sekitar boleh menyebabkan kerugian sebenar daripada segi kesan jangka panjang. Tambahan pula kemerosotan kualiti alam sekitar menggugat objektif asas pembangunan, iaitu untuk mempertingkatkan taraf hidup manusia secara berterusan. Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memainkan peranan untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau dikenali sebagai akta 127 bagi menjaga persekitaran alam sekitar supaya bebas dari sebarang ancaman yang akan merosakkan alam sekitar. Jabatan tersebut merupakan salah satu agensi kerajaan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga merupakan akta yang paling komprehensif dalam memberi pelindungan dan menguruskan alam sekitar. Menurut Shamsuddin Suhor (2003), akta ini dikaitkan dengan perkara mencegah, menghapus, mengawal dan membaiki alam sekeliling. Selain itu, akta tersebut juga diberikan kuasa dan bidang kuasa yang luas serta dibekalkan dengan peraturan- peraturan, perintah- perintah serta kaedah bagi melicinkan perlaksanaannya.
  • 2. 2 Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (pindaan) 2012, memperuntukkan sekyen 2 yang mentakrifkan pencemaran sebagai suatu perbuatan atau proses, sama ada semula jadi atau buatan, yang menyebabkan kemasukkan apa- apa bahan- bahan cemar ke dalam alam sekeliling dengan melanggar syarat- syarat yang boleh diterima sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 21. Seksyen 21 memperuntukan peraturan- peraturan seperti syarat- syarat pengeluaran, pelepasan dan benda- benda yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada alam sekeliling. Di dalam penulisan ini, isu dipilih yang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah berkaitan isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara. Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses penghasilan asap daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan ke udara sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah seperti jerebu. Bagi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975, larangan mengenai pembakaran terbuka telah digariskan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah Seksyen 29A, 29AA dan 29B. Seksyen 29A menjelaskan bahawa tidak ada seorang yang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis. Manakala bagi Seksyen 29B pula ialah pemunya atau penduduk bagi premis yang disabitkan melanggar Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling akan dikenakan hukuman melainkan jika dibuktikan sebaliknya yang berkait dengan perintah larangan di bawah Seksyen 29AA. Dua perintah larangan dibawah Seksyen 29AA iaitu pertama Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar boleh mengeluarkan perintah larangan bagi memberhentikan semua aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka termasuk 15 aktiviti yang diisytharkan sebagai bukan pembakaran terbuka di bawah perintah kualiti Alam Sekeliling di kawasan-kawasan tertentu melalui apa-apa cara yang difikirkan bersesuaian apabila kualiti udara di kawasan itu mencapai tahap tidak sihat dan kebakaran, pembakaran atau pembaraan itu membahayakan alam sekeliling. Kedua, menteri melalui warta boleh menentukan keadaan- keadaan dimana pembakaran tidak boleh dilakukan sama sekali. Seksyen ini menggariskan bahawa larangan pembakaran bagi memelihara alam sekitar.
  • 3. 3 Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Punca pencemaran udara di sesuatu kawasan boleh dikaitkan dengan dua sumber iaitu sumber tempatan dan sumber luaran. Sumber tempatan yang paling ketara termasuklah kenderaan bermotor, tapak pelupusan sampah, kilang industri dan juga tapak pertanian. Sumber luaran pula bermaksud pergerakan sumber pencemar yang merentas sempadan negara Malaysia dan membentuk episod jerebu yang dahsyat terutamanya di kawasan berdekatan pinggir pantai dan tanah rendah. Seksyen yang menggariskan bagi pencemaran udara ialah panduan sekatan mengenai pencemaran udara. Di dalam penulisan ini, beberapa elemen penting yang telah diolah antaranya ialah ulasan jurnal itu sendiri, punca terhadap isu yang dibangkitkan, kesan terhadap permasalahan tersebut dan langkah bagi mengatasi isu berkaitan alam sekitar. Oleh itu, penulisan ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan tentang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu isu yang berkaitan pencemaran khususnya sekaligus usaha yang dapat dilakukan bagi memelihara alam sekitar.
  • 4. 4 2.0 Ulasan jurnal Tajuk : Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia: Kes Jerebu pada Ogos 2005. Berdasarkan jurnal yang telah dirujuk, kajian tersebut memberi fokus kepada kejadian jerebu yang dicetuskan oleh faktor pembakaran hutan dan tapak pertanian di pulau Sumatra. Perincian utama akan dilakukan terhadap kes jerebu terkini iaitu pada bulan Ogos 2005. Aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan dikenal pasti sebagai punca jerebu di Indonesia- Malaysia, khususnya di kawasan Sumatera Utara dan Riau (Asmala et al. 2006). Di beberapa kawasan, ribuan hektar tanah gambut terus dibakar sebagai persediaan untuk kerja- kerja menanam semula kelapa sawit. Apabila keadaan ini berterusan, beban pencemaran akan meningkat seterusnya merentasi sempadan dari kawasan kebakaran ke Semenanjung Malaysia di bawah pengaruh angin monsun barat daya yang lemah. Pergerakan angin dari kawasan kejadian telah membawa bahan pencemar ke Semenanjung Malaysia dan mengakibatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia meningkat ekoran bawaan angin dari Sumatra. Beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam pembakaran terbuka untuk membersihkan ladang. Mereka menggunakan kaedah ini kerana mudah dan murah yang telah lama menjadi tradisi amalan syarikat-syarikat perladangan. Kesan daripada pembakaran terbuka ini menyebabkan beberapa negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia mencatatkan paras partikel terampai pada paras yang tinggi dan diisytiharkan darurat. Tambahan itu juga, faktor tempatan lain yang menyumbang kepada peningkatan bahan pencemar di atmosfera Semenanjung Malaysia iaitu bahan pencemar daripada kenderaan bermotor, kesan morfologi bandar dan pembakaran terbuka. Faktor ini amat jelas kesannya di kawasan bandar terutama di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang. Secara keseluruhannya berdasarkan jurnal, isu tentang pembakaran terbuka sudah lama menjadi wabak di Malaysia khususnya berpunca dari Sumatra, Indonesia. Oleh itu, penguatkuasaan perlu dilakukan bagi mencegah perkara sebegini berulang. Dengan adanya kawasan tanah tinggi seperti Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia mampu menghalang penyebaran meluas bahan pencemar ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
  • 5. 5 3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbuka Kes : Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) vs syarikat perladangan Fakta : Syarikat perladangan dikesan melanggar larangan terhadap aktiviti pembakaran terbuka pada musim panas. Keputusan : syarikat peladangan terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak RM9,000 kerana didapati melakukan kesalahan tersebut. Penjelasan : Manakala bagi kes-kes yang lebih berat terutama membabitkan syarikat, pesalah boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (29) (b) yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Seksyen 29A Tidak seorang boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana permis. Seksyen 29B Pemunya atau penduduk di mana premis itu disifatkan sebagai melanggar Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling, 1974 melainkan jika dibuktikan sebaliknya. KESALAHAN DAN DENDA Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974 * Kompaun - RM2,000.00 maksima bagi setiap longgokan kebakaran * Denda - RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  • 6. 6 4.0 Punca pembakaran terbuka Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah seksyen 29A, pembakaran terbuka ini diertikan sebagai apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan melalui serombong atau cerobong. Pembakaran terbuka ini boleh berlaku berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya termasuklah berpunca daripada pembakaran pertanian seperti jerami padi, pembakaran pokok-pokok tua, pembakaran sisa-sisa pepejal dan juga pembakaran yang berpunca daripda sikap individu atau organisasi tertentu. Kesemua ini merupakan punca yang paling ketara terhadap terjadinya pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar di Malaysia. 1. Pembakaran pertanian Pembakaran terbuka boleh berlaku akibat daripada aktiviti pembakaran yang meghapuskan sisa-sisa pertanian seperti jerami padi. Aktiviti ini masih lagi dipraktikkan oleh para petani yang mengusahakan penanaman padi khususnya di Kedah. Pembakaran jerami padi ini lazimnya dijalankan selepas musim menuai iaitu selepas padi ini ditanam selama 120 hari untuk dijadikan kompos atau baja. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah selepas sahaja hasil padi itu dituai dan untuk mematikan benih padi yang tinggal kerana ia akan mengganggu proses penanaman dan pertumbuhan padi yang akan ditanam semula selepas itu. Namun begitu, menjadi masalah kualiti udara kepada alam sekitar apabila pembakaran jerami padi yang dijalankan ini adalah secara tidak terkawal dan serentak di sesuatu kawasan. Hal ini akan menyebabkan api tersebut mudah merebak dan seterusnya akan mengambil masa yang lama untuk memadamkannya supaya tidak merebak ketempat lain dan menyebabkannya menjadi pembakaran yang besar. Tambahan pula, pembakaran seperti ini mudah merebak terutamanya pada musim yang agak kering dan panas sepanjang hari. Walaupun aktiviti pembakaran terbuka ini dilarang di bawah seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, namun kegiatan ini masih juga diteruskan. Di dalam Akta tersebut, terdapat tiga peraturan yang berkaitan dengan pembakaran terbuka iaitu Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Pembakaran Terbuka) tahun 2000, kaedah-kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan Pembakaran Terbuka) tahun 2000 dan Perintah Kualiti alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) tahun 2000 (Pembakaran Terbuka Jerami
  • 7. 7 Padi, JAS). Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memberikan kelonggaran yang khusus terhadap aktiviti pembakaran jerami padi di kawasan sawah padi demi menjaga kepentingan sektor pertanian negara. Menurut Mastura Mahmud dan Siti Haslina Mohd Shafie (2012), Alor Setar merupakan kawasan pertanian padi yang penting di Kedah dengan keluasannya adalah 46,266 km persegi. Pertanian padi di kawasan ini akan dijalankan dalam dua musim dan penanamannya dilakukan secara giat. Rentetan daripada itu, aktiviti ini secara langsung telah memberikan impak negatif dari segi kualiti udara kepada alam sekitar. Kualiti udara di kawasan Alor Star dicatatkan menurun selepas musim menuai apabila jerami padi dibakar oleh petani. Hal ini sekaligus akan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara yang memberi impak terhadap alam sekitar dan masyarakat sekelilingnya. 2. Pembakaran pokok-pokok tua Selain itu, punca yang menyebabkan pembakaran terbuka ialah pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia. Aktiviti seperti ini juga selalu dikaitkan dengan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang asli. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Hal ini demikian kerana, mereka membakar hutan untuk tujuan penyuburan tanah sebelum melakukan penanaman tanaman kontar. Ia telah mengakibatkan peranan tumbuhan hutan sebagai agen penyejuk tidak mampu menstabilkan haba di permukaan bumi ini. Pembakaran pokok-pokok tua ini juga sering dijalankan terhadap pokok tua kelapa sawit untuk tujuan penanaman semula pokok kelapa sawit yang baru. Jika pembakaran yang dijalan secara tidak berperingkat dan terkawal, ia akan menyebabkanya menjadi suatu pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar.
  • 8. 8 3. Pembakaran sisa pepejal Pembakaran terbuka seterusnya boleh juga berpunca daripada pembakaran sisa-sisa pepejal. Menurut Azrina Sobian (2014), penghasilan sampah ataupun sisa pepejal ini bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan, jumlah penduduk dan aktiviti yang dijalankan. Jenis sampah yang terhasil juga berbeza mengikut kawasan. Bagi kawasan bandar, sampah pepejal yang terhasil adalah lebih kompleks berbanding di luar bandar. Sampah yang terhasil adalah dalam bentuk kertas, bahan-bahan kaca, kayu-kayu sisa binaan, bahan-bahan plastik, sisa-sisa makanan, bahan-bahan aluminium dan sebagainya. Di Malaysia, sampah yang dihasilkan ini akan di hantar ke tapak pelupusan ataupun ke pusat pembakaran sampah yang juga di sebut sebagai incinerator. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah jenis ini juga berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar tapak pelupusan tersebut. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak. Rentetan daripada masalah ruang yang semakin terhad ini, Malaysia beralih kepada teknik pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat tujuh pusat pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal sebanyak 3 hingga 10 tan/hari/unit. Pembinaan pusat pembakaran ini dikatakan mampu mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Ini kerana sistem itu berkeupayaan membakar sampah dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka. Sistem pembakaran boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500 hingga 600 darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. Namun begitu, walaupun kaedah pembakaran ini menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan sampah, masalah alam sekitar dan kesihatan manusia yang berpunca dari aktiviti pembakaran ini juga harus diambil kira. Hal ini kerana, melalui pembakaran
  • 9. 9 sisa yang tidak sempurna, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah jerebu dan masalah gas dioksin. Di Jepun, pelepasan gas dioksin merupakan satu masalah yang besar. Ia dikaitkan dengan penyakit kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, masalah kulit dan memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif manusia. Selain mencemarkan udara, dioksin juga mampu menyerap ke dalam tanah dan air lalu mencemarkan air dan seterusnya mencemarkan tumbuhan, hasil tenusu dan ikan. 4. Sikap individu dan organisasi Seterusnya, pembakaran terbuka juga sering dikaitkan dengan sikap individu dan organisasi tertentu yang tidak bertanggungjawab. Walaupun pendedahan mengenai kesalahan melakukan pembakaran terbuka banyak didedahkan, namun sikap sambil lewa individu tertentu ini sering membawa masalah kepada masalah kualiti udara terhadap alam sekitar. Punca berlakunya pembakaran terbuka melalui sikap individu adalah seperti tindakan individu yang merokok membuang puntung rokok mereka di kawasan yang kering. Hal seperti ini boleh mengakibatkan pembakaran berlaku. Bermula dari kebakaran yang kecil daripada haba yang sedikit dari puntung rokok, seterusnya boleh menjadi kebakaran yang besar apabila cuaca ketika itu terlalu kering dan panas. Begitu juga halnya dengan sikap individu yang sering membakar sampah sarap kering di kawasan perumahan. Kebiasaannya di kawasan luar bandar sering berlaku. Masyarakat luar bandar mengambil inisiatif mudah dengan membakar sisa sampah sarap dan daun-daun kering di kawasan perumahan mereka untuk melupuskannya. Jika pembakaran sampah sarap yang dilakukannya dalam kuantiti yang sedikit dan di waktu sesuai, ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi jika ianya dilakukan secara besar dan di waktu yang tidak sesuai iaitu di waktu berangin dan cuaca yang panas, ia boleh menjadikannya suatu pembakaran terbuka yang akan menjejaskan berlakunya pencemaran udara yang akan menjejaskan kualiti udara di kawasan sekelilingnya. Manakala bagi organisasi seperti kilang pula, pembakaran terbuka ini boleh berlaku terhadap organisasi yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan pembakaran hasil perkilangan atau mengeluarkan asap dari kilang seperti kilang kelapa sawit. Kilang ini cenderung melepaskan asap yang banyak ke udara. Tidak menjadi masalah jika asap yang dibebaskan itu menggunakan kaedah yang betul Tetapi menjadi masalahnya di sini apabila asap yang dilepaskan itu tanpa pemasangan alat penapis
  • 10. 10 udara yang akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri. 5.0 Kesan pembakaran terbuka Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan berpunca daripada pembakaran sampah sarap, belukar, hutan atau sisa-sisa pertanian di kawasan lapang secara terbuka boleh mengakibatkan berlakunya kesan negatif kepada alam sekeliling yang akan menjejaskan keseimbangan ekosistem, dan juga keselesaan bagi manusia dan juga hidupan di muka bumi. Antara kesan- kesan pembakaran terbuka ialah peningkatan suhu, jerebu, menjejaskan flora dan fauna, tanah runtuh. 1. Peningkatan suhu Kebakaran hutan merosakkan hampir seluruh kompenan hutan sehingga menyebabkan hutan tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai agen penyejuk. Menurut Ahadi Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani (2011), Hutan dianggap sebagai kompenan yang penting dalam mengimbangi kandungan gas di udara kerana potensinya menjadi satu kawasan simpanan karbon dan penyumbang utama kepada gas oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Oleh itu, kehilangan hutan melalui pembakaran terbuka yang dijalankan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan tahap kepanasan semakin meningkat. Tambahan pula, Asap yang dibebaskan ke udara akibat pembakaran hutan juga turut menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan suhu kerana ianya menambahkan kandungan gas karbon dioksida di udara. 2. Jerebu Seterusnya kesan pembakaran terbuka ialah jerebu. Pembakaran terbuka yang berpunca daripada aktiviti pembakaran ladang pertanian dan hutan menyebabkan berlakunya jerebu. Contohnya, pada Ogos 2005, Malaysia mengalami masalah jerebu disebabkan oleh faktor pembakaran ladang pertanian dan hutan di Pulau Sumatra, Indonesia. Jerebu tersebut disebarkan oleh agen penyebarannya iaitu angin. Jerebu juga boleh ditakrifkan
  • 11. 11 sebagai partikulat- partikulat atau zarah halus terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikulat- partikulat ini menyerap dan menyerak cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak dan membataskan penglihatan. Jerebu yang berlaku ini boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia. Masalah kesihatan yang disebabkan oleh jerebu seperti asma, radangan paru- paru, alahan dan sesak nafas. 3. Menjejaskan flora dan fauna Pembakaran terbuka yang melibatkan kawasan hutan telah menjejaskan spesis flora dan fauna. Bagi fauna, pembakaran hutan telah menyebabkan habitat mereka semakin mengecilkan atau musnah bagi haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan semakin mengecil turut menganggu kemampuan haiwan-haiwan tersebut untuk mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Manakala, bagi flora pula, kebakaran hutan telah memusnahkan sumber kayu keras yang bermutu tinggi dan mempunyai harga yang tinggi di pasaran dunia seperti cengal, meranti dan kapur serta seraya. Selain itu, kegunaan hasil balak bukan sahaja untuk tujuan pengeksportan tetapi untuk perkembangan ekonomi industri tempatan. Sebagai contoh hasil balak digunakan untuk membuat landasan kereta api, alat- alat perabot, papan lapis, membuat rumah dan juga kertas. 4. Tanah runtuh Pembakaran terbuka disebabkan oleh aktivti pembalakan atau pembangunan menyebabkan timbulnya masalah tanah runtuh. Hal ini kerana, hutan mempunyai fungsinya tersendiri iaitu menjadi kawasan tadahan air hujan. Sebagai contoh, apabila hujan turun di kawasan hutan, air hujan akan terperangkap di kanopi dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Namun, ketiadaan tumbuhan telah menyebabkan air hujan akan turun terus ke permukaan tanah. Kandungan air yang banyak di permukaan tanah menyebabkan tanah menjadi longgar, tidak stabil dan mudah bergerak ke tempat lain seperti anak-anak sungai. Hal ini juga secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
  • 12. 12 6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udara Fakta kes 1 Kes:Binastra Construction (M) Sdn Bhd v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006] Fakta:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd telah didakwa oleh Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan kerana telah membenarkan pembakaran terbuka reja- reja kayu ditapak pembinaan blok rumah pangsa kos sederhana 18 Tingkat di Taman Melati Utama,Setapak kira- kira 6.20 petang, 20 Jun 2005. Keputusan Mahkamah:Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut Seksyen 29 A (2) iaitu yang membincangkan mengenai pembakaran terbuka yang boleh mendatangkan masalah kepada udara persekitaran dan segala aktiviti yang akan menyebabkan perkara tersebut berlaku.Syarikat tersebut telah di dakwa di bawah Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen Rosenani Abdul Rahman mengarahkan Binastra Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM25, 000 kerana telah melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan dihukum mengikut Seksyen 29 A (2). Kritikan kes:Syarikat pembinaan Binastra Construction (M) Sdn Bhd perlu di kenakan tindakan yang lebih berat kerana telah melakukan pembakaran yang terbuka dan akan menyebabkan berlaku masalah pencemaran udara.Denda yang di kenakan adalah tidak setimpal dengan apa yang di lakukan oleh syarikat tersebut yang boleh memberi kesan kepada orang sekeliling dan alam sekitar. Fakta kes 2 Kes :Syarikat OG Metal Trading v Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan [2006] Fakta : Pekerja syarikat pengilangan kayu Syarikat OG Metal Trading telah melakukan kesalahan iaitu telah melepaskan asap keudara melebihi ketumpatan maksimun yang di benarkan melalui ekzos lori yang di pandunya pada tahun 2003. Pekerja syarikat tersebut Lee Chee Sang yang menggunakan lori bernombor pendaftaran NAR 5389 telah melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 10.55 pagi, 27 Ogos 2003 di Plaza Tol Sungai Besi.Tambahan lagi,Pegawai
  • 13. 13 pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan iaitu Norizan Mohamed Nazir telah menyebut rekod bahawa Syarikat OG Metal Trading telah menjalankan operasi tanpa sebarang lesen daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Keputusan Mahkamah: Syarikat ini telah di dakwa mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibaca bersama Seksyen 43 (2) dan di hukum mengikut Seksyen 22 (3) Akta yang sama,membawa hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. Seterusnya,Hakim Mahkamah Seksyen mengarahkan Binastra Construction (M) Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM 5, 000 atau penjara sebulan.Kes ini melibatkan pekerja syarikat tersebut dan perlu di baca bersama dengan Seksyen 43 (2) kerana melibatkan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.Seksyen 43(2) membincangkan mengenai mana-mana yang menjadi majikan dan mencarum kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan dan di sabitkan kesalahan ,boleh di penjarakan selama tempoh tiga tahun atau denda tidak melebihi RM10000,00 atau kedua-duanya. Fakta Kes 3 Kes:Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik VS Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Fakta kes : Pekerja Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik-Beradik telah melakukan kesalahan dengan melepasakan asap hitam ke udara dengan ketumpatan 76.7 peratus iaitu melebihi had ketumpatan maksimum iaitu yang di benarkan hanya 50 peratus.Nama pekerja tersebut adalah Borhani Bon yang telah melakukan kesalahan pada 10.26 pagi bertarikh 30 Mac 2009 diPlaza tol Sungai Buluh.Kenderaan yang di gunakan adalah lori bernombor pendaftaran WPB8615.Kes ini di oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam sekitar iaitu Hariati Abu Bakar. Keputusan Mahkamah:Hakim Mahkamah iaitu Hasbi Hasan telah mendakwa syarikat tersebut dibawah Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen 43(2) akta sama Seksyen 22(2) adalah mengenai.Hukuman denda maksimum RM100,00 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Syarikat tersebut di arahkan membayar denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah tersebut.Seksyen 22(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dibaca bersama Seksyen 43(2) kerana majikan perlu membayar dan
  • 14. 14 bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang melakukan kesalahan dan apabila di sabitkan ,boleh di penjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi rm10000,atau kedua-duanya.Oleh itu,Syarikat Pembinaan dan Perniagaan Yap Adik- Beradik perlu membayar segala denda yang di kenakan kerana denda yang di kenakan tidak melebihi RM10000.00 7.0 Punca- punca pencemaran udara Sudah menjadi kebiasaanya pada setiap masalah yang berlaku sudah tentunya terdapat punca atau penyumbang yang menimbulkan sesuatu masalah tersebut. Isu pencemaran udara ini juga tidak terlepas daripada membincangkan punca-puncanya. Punca-punca berlakunya pencemaran udara ialah: 1. Kenderaan bermotor Menurut Mastura Mahmud, Iza Hadila Ab Llah (2010) Masyarakat moden amat bergantung kepada penggunaan pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Kesemua kenderaan ini akan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang memberi kesan buruk kepada persekitaran. Kualiti udara persekitaran bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, jumlah ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, migrasi dan kekurangan kemudahan pangangkutan awam yang cekap. 2. Aktiviti perindustrian dan pembangunan Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang melindungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
  • 15. 15 mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar seperti karbon dioksida yang menyebabkan gas rumah hijau punca perubahan iklim seluruh dunia. 3. Penjanaan kuasa Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji penjanakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidroelektrik. Sebagai contoh, empangan kenyir yang merupakan tempat penjanaan elektrik yang utama di Terengganu. Tambahan lagi, keadaan ini menyebabkan gas yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik seperti karbon dioksida dan metana terpaksa dilepaskan ke atmosfera. Gas yang dilepaskan akan menyebabkan ia terapung ke udara dan berlaku pencemaran udara. 4. Aktiviti pembakaran yang terbuka Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang dilakukan oleh manusia atas kepentingan tersendiri. Hal ini, terbukti apabila pembakaran pokok –pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Petani melakukan pembakaran terbuka untuk melakukan penanaman semula. Walaupun penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi pada yang sama menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Sebagai contoh, pesawah yang membakar jerami di sawah padi selepas musim menuai adalah salah satu sebab masalah pencemaran udara berlaku. Tambahan lagi, pembakaran terbuka turut dijalankan di tempat pelupusan sampah yang terutamanya berada di kawasan berhampiran dengan Bandar yang akan lebih menjejaskan kualiti udara di Negara kita.
  • 16. 16 8.0 Kesan pencemaran udara Untuk pengetahuan umum, pencemaran udara dapat dikaitkan dengan bahan sintetik, kotor dan amat berbahaya dimana ia turut meresap masuk kedalam udara. Kebanyakkan daripada bahan- bahan tersebut merupakan hasil daripada sisa buangan industri, asap ekzos kenderaan, aktiviti pembalakan dan banyak lagi yang mana akan menyebabkan berlakunya pengeluaran zarah-zarah pepejal dan gas ke ruang udara. Pencemaran udara telah menyebabkan berlakunya pelbagai kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. 1. Menjejaskan kesihatan manusia Antara kesan buruk akibat daripada pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan manusia. Sebagai contoh sistem pernafasan manusia akan terjejas disebabkan menghidu udara yang tercemar. Hal ini juga akan menyebabkan manusia menghidap penyakit yang berbahaya. Udara yang bersih amat penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu, jika udara yang dihidu telah tercemar seterusnya menyebabkan sistem pernafasan akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan penukaran karbon dioksida kepada oksigen yang seterusnya menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam darah. Keadaan ini juga akan menjejaskan fungsi paru-paru serta mengakibatkan sistem pengaliran darah mengalami komplikasi. Selain itu, kesan jerebu yang berlaku pernah mengakibatkan kematian kira-kira 300 orang pada tahun 1997 kerana cuaca kering yang berlarutan serta keadaan kualiti udara yang rendah. Sebagai contoh Malaysia juga telah mengalami kerugian yang besar akibat berlakunya jerebu iaitu telah menyebabkan penerbangan di lapangan terbang terpaksa ditangguhkan akibat jarak penglihatan yang kurang bagi mengelakkan kemalangan di udara. Tambahan lagi, industri pelancongan juga terjejas kerana pelancong tidak akan datang ke negara yang mengalami masalah udara kerana bakal menjejaskan kesihatan mereka. 2. Menjejaskan bekalan makanan Selain itu, pencemaran udara juga menyebabkan tanaman yang menjadi makanan penduduk dunia terjejas. Hal ini disebabkan tumbuh- tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih untuk menjalankan proses fotosintesis dan tumbesaran. Namun begitu, jika kandungan dalam udara mengandungi bahan pencemar, keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan karbon dioksida untuk proses menghasilkan klorofil. Hal ini juga akan mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati disebabkan tisu-tisu tumbuhan
  • 17. 17 reput akibat tindak balas partikel-partikel yang tercemar yang terlekat pada pokok-pokok dan akhirnya menyebabkan tanaman tersebut mati. Kesannya menyebabkan kemerosotan dari segi hasil pemgeluarannya. Tumbuhan mengalami proses kerosakan melalui tiga cara iaitu nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna) dan perubahan pertumbuhan. Terdapat beberapa bahan tercemar yang boleh memusnahkan tumbuhan antaranya ialah sulfur dioksida yang menyebabkan tompok-tompok kecil diantara urat- urat daun. Sebagai contoh tumbuhan yang rosak akibat sulfur dioksida ialah gandum, barli, epal dan kapas. Ozon juga merupakan salah satu partikel yang memusnahkan tumbuhan. Sebagai contoh, pokok kekacang, tembakau, bayam dan tomato yang musnah akibat ozon. Hal ini akan menyebabkan penduduk mengalami kekurangan sumber makanan. 3. Menjejaskan binatang ternakan Selain itu, pencemaran udara juga telah menyebabkan binatang ternakan mati. Sebagai contoh di Poza Rica, Mexico telah berlaku pencemaran udara disebabkan gas sulfur dioksida yang dilepaskan di udara sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Hal ini juga telah menyebabkan haiwan ternakan mati kerana makan makanan yang telah tercemar dan terdedah kepada bahan toksik di udara. Kesannya, sekumpulan burung kenari, ayam, itik dan lembu telah mati di Mexico. Kesannya, penduduk di Mexico mengalami kekurangan makanan kerana binatang ternakan telah mati. Disamping itu, pencemaran udara turut berlaku di Jerman dimana telah menyebabkan kuda dan lembu telah mati. Haiwan ternakan telah meragut rumput sekitar 50 meter daripada kilang yang melepaskan gas plumbun dan zink. Akhirnya, haiwan ternakan telah mati akibat daripada makan rumput yang telah tercemar tersebut.
  • 18. 18 9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udara Alam sekitar yang berkualiti amat penting untuk manusia dalam menjalani kehidupan yang sihat. Isu pembakaran terbuka dan pencemaran udara berada pada tahap yang amat membimbangkan. Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan diri dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca masalah tersebut berlaku daripada sikap segelintir manusia yang mengambil ringan terhadap isu ini dan hanya mengejar kemajuan dunia sahaja. Lantaran itu, langkah- langkah yang proaktif dan pramatik perlu dijalankan bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara. 1. Penguatkuasaan undang- undang Langkah yang utama untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara ialah penguatkuasaan undang- undang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Akta kualiti Alam Sekeliling 1974. Dengan adanya penguatkuasaan undang- undang tersebut, pesalah- pesalah yang melakukan pembakaran terbuka dan pencemaran udara akan dikenakan tindakan undang- undang. Menurut Azman, Rosnah & Kuswandi (2007), menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan larangan terhadap sebarang bentuk pembakaran terbuka. Mengikut Seksyen 29(A) yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1998) ia merupakan larangan atas pembakaran terbuka. Pihak yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 5 tahun dan denda maksimun RM 500, 000 atau kedua- duanya sekali. Manakala, mengikut seksyen 22 yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1996) ia merupakan sekatan mengenai pencemaran udara. Di dalam seksyen tersebut menyatakan bahawa pihak yang disabitkan kesalahan melakukan pencemaran udara boleh dikenakan denda sebanyak RM 10, 000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua- duanya. Kebiasaannya, kes pembakaran terbuka dan pencemaran udara yang ringan akan dikenakan kompaun sebanyak RM2, 000. Namun, bagi kes- kes pembakaran terbuka dan pencemaran udara yang berat terutama membabitkan syarikat, akan dikenakan denda berdasarkan seksyen yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1978. Langkah perundangan yang digubal ini menunjukkan bahawa kerajaan memandang serius terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu, dengan adanya penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ianya dapat mencegah
  • 19. 19 masalah pembakaran terbuka dan pencemaran udara daripada berlaku secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 2. Pendidikan secara formal dan tidak formal Kesedaran dari segi pendidikan, masyarakat boleh didedahkan melalui dua konsep pendidikan iaitu secara formal mahupun tidak formal. Pendidikan secara tidak formal ini boleh diterima melalui pendidikan yang diajar oleh ibu bapa dan juga pesekitaran sekeliling. Manakala, bagi pendidikan formal ialah melalui penerapan di dalam matapelajaran tertentu di pelbagai peringkat sekolah termasuklah Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Program pendidikan adalah penting supaya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar dan kesan aktiviti manusia yang boleh menjejaskan alam sekitar seperti pembakaran terbuka ini didedahkan dengan lebih awal. Sebagai contoh di peringkat sekolah rendah, pelajar akan menerima pendidikan tersbut dalam mata pelajaran Alam dan Manusia manakala semasa di peringkat menengah pula, pelajar akan menerima pendidikan tersebut dalam pelajaran Biologi. 3. Kempen alam sekitar Seterusnya, kempen alam sekitar juga boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pembakaran terbuka yang sering berlaku kini kebanyakkannya adalah berpunca daripada kegiatan manusia. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar berhenti daripada melakukan pembakaran terbuka yang bakal mengundang risiko yang negatif terhadap alam sekitar. Kesedaran orang ramai ini dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti program pendidikan dan kempen kesedaran. Tiada gunanya jika kerajaan terus-terusan mengambil langkah fizikal, jika masyarakat itu sendiri tiada kesedaran dan terus-terusan melakukan aktiviti yang menjejaskan kualiti udara terhadap alam sekitar ini. Begitu juga halnya dengan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan seperti kempen sahabat alam, kempen berkongsi kenderaan, kempen mencegah kebakaran dan sebagainya. Kempen-kempen ini secara langsung, dapat memberi pengetahuan kepada masyarat mengenai isu-isu tersebut dengan lebih terperinci dan lengkap. Selain itu juga, pendekatan kempen melalui media massa seperti media cetak dan media elektronik juga harus diperluaskan. Rencana-rencana berkaitan pembakaran terbuka dan pencemaran alam sekitar harus disiarkan dengan meluas terutamanya di dalam akhbar. Selain itu juga,
  • 20. 20 iklan-iklan yang berkaitan di dalam panggung wayang dan sepanduk-sepanduk di tempat- tempat awam mesti dilaksanakan agar dapat memberi maklumat kepada masyarakat. Di samping itu juga, ia adalah sebagai suatu simbol yang menunjukkan ketegasan negara dalam menjaga alam sekitar dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkannya kepada masyarakat. 4. Keadaan kereta Selain daripada itu, langkah untuk mengatasi pembebasan asap kenderaan bermotor ialah dengan menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan bagi mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Contohnya di Kuala Lumpur penggunaan keretapi elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Hal ini kerana keretapi elektrik merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam disebabkan tidak mengeluarkan asap hitam. Selain itu, untuk mengurangkan pembebasan asap kenderaan ialah dengan menggunakan kereta berenjin elektrik dan petrol atau lebih dikenali dengan kereta Hybrid. Negara- negara maju seperti Jepun dan Amerika sudah mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pencemaran udara dengan mengeluarkan kereta jenis Hybrid ini. Walaupun kereta ini tidak memberhentikan pencemaran sepenuhnya tetapi dapat mengurangkan pencemaran udara ini. 5. Meninggikan serombong asap Selain itu, langkah yang boleh diambil oleh pihak pengusaha kilang ialah meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletakkan penapis asap. Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya sistem penapis di dalam serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat. Tujuannya adalah supaya asap yang dibebaskan telah dirawat. Hal ini kerana, asap yang dilepaskan mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida memanaskan keadaan cuaca tempatan meningkatkan kejadian pulau haba (pemanasan setempat). mempunyai saiz partikel zarah yang lebih kecil berbanding asap yang tidak menggunakan serombong. Oleh itu, tindakan undang-undang seperti denda
  • 21. 21 dan penjara boleh dikenakan. Disebabkan itu penting menggunakan penapis asap untuk serombong di kilang-kilang. 6. Penggunaan tenaga alternatif dan teknologi tinggi Tenaga keterbaharuan atau tenaga alternatif adalah merupakan tenaga yang bolehdiperbaharui dan sentiasa berterusan. Tenaga keterbaharuan yang banyak digunakan dinegara-negara membangun adalah seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas dan tenaga geotermal. Tenaga-tenaga ini juga mampu menampung penduduk yang ada di samping mendatangkan pulangan kepada negara-negara tersebut. Hal ini demikian kerana stok sumber asli yang masih ada dijangka tidak mampu menampungkeperluan penduduk pada masa akan datang. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk yang semakin meningkat di negara-negara membangun. Sebenarnya, tenaga alternatif mempunyai banyak kelebihan berbanding tenagakonvensional. Namun, tenaga ini kurang diterokai dan dieksploitasi menyebabkannyakurang popular di peringkat dunia. Oleh sebab itu, negara membangun telah menjana tenaga alternatif ini kerana lazimnya sumber-sumber tersebut banyak terdapat di sana.Misalnya, Malaysia paling banyak menjana tenaga hidroelektrik di Asia Tenggara, diikuti oleh Thailand, Indonesia dan Filipina. Namun begitu, India merupakan negaramembangun yang paling banyak menjana tenaga tersebut. Selain itu, teknologi tinggi yang mampu mengesan pencemaran turut merupakan salah satu alternatif yang mampu menjana kearah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, negara Switzerland mempunyai teknologi yang mampu menegsan pembakaran terbuka di kawasan yang melakukan pencemaran. Dengan cara ini, tindakan dan penguatkuasaan akan dilakukan ekoran maklumat yang diperoleh dengan cepat dan efektif. Namun begitu, teknologi yang tinggi memerlukan kos yang tinggi untuk diperoleh. Hal ini menyebabkan masalah bagi negara-negara yang sedang membangun untuk memperoleh teknologi sebegitu. Justeru, hubungan baik antara negara perlu dijalin supaya dapat berkongsi teknologi dari negara-negara maju.
  • 22. 22 10.0 Penutup Kesimpulannya, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diwujudkan untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling yang seiring dengan pembangunan mampan yang ingin dilaksanakan di Malaysia. Manakala, Pembangunan mampan boleh didefinasikan sebagai memenuhi keperluan semasa serta masa depan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Oleh itu bagi mencapai pembangunan mampan akta merupakan satu kaedah yang sesuai kerana menyatakan langkah- langkah menangani pencemaran dan seterusnya bagaimana pengurusan alam sekitar ini untuk mencapai dan memenuhi hasrat tersebut. Selain itu, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan satu bukti kecintaan masyarakat Malaysia terhadap alam semulajadi. Melalui pembangunan mampan ciri yang ditekankan adalah menjaga kualiti alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan berlaku sesuatu pencemaran yang akan mengancam kesihatan manusia. Oleh itu, akta yang telah diwujudkan iaitu pencemaran udara di bawah seksyen 20 yang membincangkan mengenai larangan melakukan sebarang aktiviti yang melepaskan sesuatu ke udara serta boleh menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekeliling. Jelaslah di sini, bagi mencapai pembangunan mampan, akta yang diwujudkan dapat membantu ianya untuk dicapai kerana melibatkan akta yang melarang sesuatu pembakaran dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan ke udara. Selain itu juga, terdapat beberapa garis panduan yang sesuai di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mewujudkan kelestarian alam sekitar yang seiring dengan pertumbuhan ekonomi Negara. Pencemaran alam sekitar seperti penbakaran terbuka dan pencemaran udara memberi impak yang sangat buruk terhadap dunia kita dan perlu ditangani segera sebelum keadaan menjadi lebih kritikal. Hal ini kerana manusia dan juga hidupan lain memerlukan alam sekitar yang terjamin dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebagai contoh, manusia memerlukan bahan makanan secara berterusan. Sekiranya sumber makanan telah tercemar dan rosak maka bekalan makanan akan terjejas. Oleh itu, penduduk dunia atau manusia yang bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar menyebabkan masalah ini berlarutan dan menjadi semakin
  • 23. 23 kritikal. Memandangkan pencemaran udara dan pembakaran terbuka boleh memberi kesan menyeluruh kepada manusia dan alam sekeliling. Dengan itu, semua pihak perlu berkerjasama mengambil langkah- langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Malahan, menurut Shamsuddin Bin Suhor (2003) peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, swasta serta setiap individu dalam memelihara alam sekitar bukan suatu yang dianggap sampingan sahaja. Ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar kerana ia melibatkan kepentingan bersama. Kesedaran terhadap kepentingan alam sekeliling serta kepatuhan terhadap peruntukan akta, peraturan, perintah, kaedah sehinggalah kepada Undang-Undang Kecil yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan akan memberikan kejayaan dalam menangani masalah alam sekitar.
  • 24. 24 Isi Kandungan 1.0 Pengenalan...................................................................................................................................1 2.0 Ulasan jurnal.................................................................................................................................4 3.0 Kes mahkamah berkaitan dengan pembakaran terbuka...................................................................5 4.0 Punca pembakaran terbuka..........................................................................................................6 5.0 Kesan pembakaran terbuka.........................................................................................................10 6.0 Kes- kes mahkamah berkaitan dengan pencemaran udara.............................................................12 7.0 Punca- punca pencemaran udara.................................................................................................14 8.0 Kesan pencemaran udara............................................................................................................16 9.0 Langkah- langkah mengatasi pembakaran terbuka dan pencemaran udara.....................................18 10.0 Penutup....................................................................................................................................22
  • 25. 25