Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja amalan terbaik p&p 2013(new)

4,466 views

Published on

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Kertas kerja amalan terbaik p&p 2013(new)

  1. 1. KANDUNGAN Bil Kandungan Tajuk Sinopsis Projek Objektif Dokumentasi Projek 4.1 Fasa 1 (Permulaan) 4.2 Fasa 2 (Perkembangan) 4.3 Fasa 3 (Kesimpulan) 4.4 Impak projek secara keseluruhan Rancangan Pengajaran Harian 5.1 Standard Pembelajaran KSPK yang dipilih 5.2 Objektif dapat diukur, jelas dan kesesuaian 5.3 Pelaksanaan p&p : • Kesepaduan tunjang dan standard pembelajaran • Kesepaduan pelbagai teknik dan kaedah • Perkembangan langkah-langkah p&p selari dengan objektif, masa yang sesuai • Amalan Bersesuaian Perkembangan • Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif • Elemen pentaksiran semasa p&p 5.4 Penerapan nilai-nilai murni 5.5 Penutup 5.6 Sumber p&p Rujukan Lampiran Muka surat
  2. 2. Kertas Konsep:PROGRAM AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 2013 1. TAJUK MY MAGIC SAND BOTTLE ±ý «¾¢ºÂ Á½ø ÒðÊ 2. SINOPSIS PROJEK Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan pendekatan berasaskan projek. Seramai 8 orang murid prasekolah saya yang berumur enam tahun melibatkan diri dalam projek ini. Sebelum projek ini bermula, guru meminta anak muridnya membuat buku skrap bertajuk “pasir” dengan bantuan ibubapa. Dari buku skrap seorang anak murid saya, saya dan murid –murid prasekolah saya tertarik dengan sebuah gambar. Kami meminta ibu anak murid itu menggenai lebih lanjut tentang botol yang berisi pasir berwarna. Ibu tersebut sanggup meluangkan masa untuk menerangkan tentang mewarnakan pasir. Murid prasekolah saya tertarik dengan kerja tersebut. Maka lahirlah projek ini. Walaupun ibu tersebut member sedikit tunjukajar tentang projek ini, tetapi sebagai guru saya telah melayari internet untuk mendapatkan lebih informasi tentang projek ini. Pada peringkat awal guru meminta murid untuk menamakan projek yang akan dilaksanakan. Dari pelbagai tajuk yang dicadangkan oleh murid, maka akhirnya tajuk MY MAGIC SAND BOTTLE ditetapkan oleh murid. Sebelum projek ini dilaksanakan, guru member sedikit panduan tentang bagaimana sesuatu projek mesti dijalankan. Antaranya ialah penyediaan carta aliran kerja murid. Di carta aliran kerja ini, murid melekatkan gambar aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang projek ini. Carta ini secara tidak langsung akan membantu murid - murid melakukan aktiviti projek dengan sendiri.
  3. 3. Projek ini dijangka akan mengambil masa selama empat minggu. Minggu pertama juga dikenali sebagai minggu penggumpulan maklumat dan menyediakan carta aliran kerja. Pada minggu kedua, guru meminta bantuan dari ibubapa untuk menggumpul pasir. Ibubapa bersama anak mereka membawapasir ke sekolah. Murid akan ayak pasir tersebut untuk mendapatkan pasir halus. Pada minggu ketiga pula, murid – murid akan mewarnakan pasir tersebut mengikut warna kegemaran mereka. Seterusnya mereka akan menggeringkan pasir tersebut. Ia menggambil masa yang agak lama. Pada minggu keempat murid – murid menghasilkan botol berisi pasir berwarna secara individu. Minggu tersebut juga murid akan menghias botol tersebut. Akhirnya murid akan melakukan aktiviti jualan botol tersebut di kawasan sekolah. Duit tersebut mereka akan kumpul dalam tabung mereka di kelas prasekolah. 3.OBJEKTIF Pada akhir projek ini murid - murid akan dapat menghasilkan sesuatu bahan perhiasan yang menarik dengan pasir halus. 4. Dokumentasi Projek 4.1 Fasa 1 - Permulaan  Minggu 1 – Isnin Pada peringkat permulaan I. II. Ibu seorang anak murid memberi sedikit taklimat mengenai sand bottle. Murid memilih pasangan mereka dengan sendiri.
  4. 4. III. Murid menentukan tajuk projek tersebut.  Minggu 1 – Rabu I. Guru menerangkan projek yang hendak dijalankan secara ringkas kepada murid. II. Guru membimbing murid- murid untuk menyediakan carta aliran kerja projek. 4.2 Fasa 2 – Perkembangan  Minggu 2 – Isnin I. II. III. Murid - murid mengumpul pasir bersama ibu bapa. Murid - murid mengayak pasir supaya hanya mendapat pasir yang paling halus. Murid- murid mengeringkan pasir halus diatas surat khabar di bawah cahaya matahari.  Minggu 2– Rabu Murid- murid mencampurkan warna yang berlainan dan mengeringkan sekali lagi.
  5. 5.  Minggu 3 – Isnin I. Murid- murid secara berpasangan akan menggunakan alat corong yang kecil dan sudu untuk memasukkan pasir yang dicampur warna ke dalam botol kaca. II. Murid - murid menutup botol kaca yang diisi pasir warna dengan kemas dan berhati - hati supaya pasirnya tidak bercampur atau tumpah. III. Pentaksiran akan dilakukan oleh guru semasa aktiviti dijalankan.  Minggu 3 – Rabu I. Murid - murid akan menghias botol dengan mengikat reben yang telah disimpul dengan cantik. 4.3 Fasa 3 – Kesimpulan  Minggu 4 – Isnin I. Murid –murid akan menjual ‘The Magic Sand Bottle’ yang telah siap sebagai bahan hiasan kepada guru – guru sekolah ini untuk mengumpul duit di tabung prasekolah mereka. 4.4 Impak Projek secara keseluruhan.
  6. 6. Impak kepada murid:- I. murid sangat seronok kerana hasil tangan mereka dapat dijadikan sebagai bahan perhiasan dan dapat menjual bahan tersebut. II. Murid - murid juga dapat mengetahui bahawa pasir yang biasanya digunakan untuk kerja pembinaan, dapat juga dijadikan sebagai bahan perhiasan yang boleh mencantikkan kelas. III. Kesedaran dapat diwujudkan di diri murid sebagai ahli masyarakat dalam menyumbang kepada penjagaan keindahan alam serta mewujudkan persekitaran yang sihat. Impak kepada guru:Setiap manusia mempunyai kebolehan menciptakan, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek, kreativiti guru dapat diperkasakan. Guru berpeluang mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.Kreativiti adalah satu aspek yang penting bagi seorang pendidik. Kreativiti merupakan pendorong kepada inovasi iaitu penciptaan baru dalam memberi kemudahan terhadap kehidupan manusia. Menurut Yong & Biraimah (1996), seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi murid-murid. Dalam projek ‘My magic Sand Bottle’, kreatif dalam penggubahan sesuatu bahan telah dicungkilkan. Justeru, setiap pendidik haruslah mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tambahan pula, Guru juga dapat mencungkil bakat murid dalam penghasilan bahan perhiasan daripada bahan yang biasa dijumpai seperti pasir.
  7. 7. Impak kepada ibubapa / komuniti :Melalui aktiviti yang dijalankan ini, kesedaran golongan ibu bapa dan komuniti dalam melaksanakan projek di prasekolah dapat ditingkatkan. Ibubapa melihat anak - anak mereka menggunakan masa terluang mereka dengan sebaik- baiknya dengan melakukan sesuatu yang berfaedah , bermanfaat dan bersifat menyayangi alam sekitar. 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 5.1 STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIPILIH KTI 1.1 Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam menghasilkan karya seni (Aplikasi seni). KTI 1.1.4Memanipulasikan bahan secara kreatif untuk penghasilan karya dengan bimbingan. KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya (ekspresi kreatif)
  8. 8. KTI 1.2.12 Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif. 5.2 KESEPADUAN STANDRAD PEMBELAJARAN DAN STANDARD KANDUNGAN KSPK YANG DIPILIH STANDARD KANDUNGAN PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor STANDARD PEMBELAJARAN PFK 1.1.4 Menggunakan tangan untuk halus. BT1.1 Mendengar dengan penuh menguli. BT 1.1.7 Mendengar dan memahami perhatian. BT 3.2 Persediaan membaca. 5.3 arahan serta memberi respons yang sesuai. sebelum BT3.2.4 Mengagihkan benda atau gambar mengikut kategori. PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.3.1 KESEPADUAN PELBAGAI TEKNIK DAN KAEDAH Teknik i. Berbincang Teknik berbincang yang berbentuk perbualan dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Semasa memilih tajuk dan jenis projek yang ingin dilaksanakan, murid-murid mengadakan perbincangan antara satu sama lain secara lisan di bawah bimbingan guru.
  9. 9. ii. Soal jawab Teknik soal jawab kerap digunakan oleh guru untuk mewujudkan interaksi antara guru dengan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan berasaskan pada guru mengemukakan soalan dan kanak-kanak memberi jawapan bagi soalan tersebut. ujuan teknik soal jawab diaplikasikan dalam pembelajaran berasaskan projek adalah untuk menimbulkan minat terhadap projek yang bakal mereka laksanakan. iii. Teknik penyelesaian masalah Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan mereka dikehendaki cuba menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah i. Kaedah koperatif/kolaboratif Kaedah koperatif/kolaboratif digunakan iaitu murid-murid melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan, murid-murid dilatih supaya memahami dan mempunyai aspek akauntabiliti diri dan tanggungjawab berkongsi. Kaedah ini dapat memupuk kemahiran interaksi sosial secara langsung di mana murid menjalankan aktiviti secara kumpulan dan guru memainkan peranan sebagai fasilitator.
  10. 10. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Perkembangan Fizikal Dan Estetika (Seni) Tahun : Prasekolah Bil. Murid : 8 orang Tema : Pasir Tajuk : My Magic Sand Bottle Tarikh : 9 Hb.Julai 2013 Masa : 30 minit Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P murid- murid akan dapat :o mengisi pasir halus dengan cermat di dalam botol hiasan. Kemahiran bahasa : Menyebut dan menamakan dengan betul Ilmu / penggabung jalinan : Sains dan Teknologi , Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan. Nilai murni : Kerjasama , tolong menolong ,kreativiti
  11. 11. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir ( KB) : mengumpul dan menjana idea Belajar Cara Belajar(BCB) : mengumpul , memproses , interpersonel Pengetahuan sedia ada : Murid pernah bermain dan mengenal pasir Bahan bantu belajar (BBB) : Pasir , warna , botol kaca , gam dan reben. Langkah Set Induksi I. (2 minit) Aktiviti P&P Guru mengedarkan gambar dari pasir (sand bertanyakan mengenai bahan utama art) kepada murid dan yang digunakan untuk Catatan KB : Menghubungkait, BCB : Mendengar dengan teliti. menghasilkannya. Langkah 1 II. I. II. Langkah 2 (20 minit) I. BBM : botol ajaib yang telah siap. telah disiapkan. ( 5 minit) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak diajar. Guru menunjukkan carta aliran dan berbincang mengenai aktiviti yang Carta aliran kerja projek. Guru meminta murid menyatakan mengenai aktiviti yang masih belum disiapkan. Guru menerangkan mengenai station. BBM : bakul, botol, pasir berwarna, Station 1: murid mengambil botol dan bakul. sudu dan corong kecil. Station 2: murid mengambil bekas yang berisi pasir warna berlainan iaitu sebanyak 6 warna sekumpulan. Station 3: murid mendapatkan alatan untuk mengisi pasir dalam botol
  12. 12. iaitu sudu dan corong kecil. II. Murid - murid duduk dalam kumpulan . III. IV. Penutup Murid memasukkan pasir bergilir – gilir dalam botol. Guru membimbing murid. I. (3 minit) Murid -murid mengisi carta aliran projek apabila aktiviti mengisi sudah selesai. II. Murid-murid mengemas tempat. KB: bekerjasama

×