SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Published by: Mohamad Faiza Ibrahim on 26th May 2011 | View all blogs by Mohamad Faiza Ibrahim


                       UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
                     FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


                     PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM




                            MOHAMAD FAIZA BIN IBRAHIM


                                            TAJUK:

                 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL Society)
                            OLEH J.S FURNIVALL



KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALL



PENGENALAN
Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem
interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem
sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.
Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara
satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada
sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti
yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.

       Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalam
kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini,
terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong,
bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut
pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu
mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah
meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara
pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

       Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di
sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri
daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang
merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial
di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

       Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum
(Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama
atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk
menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.

       Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk „‟The Development Of a
Plural Society In Malaya’’ beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti
yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga
daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.

       Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”.
Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degan
kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat
majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu
dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di
sini.

       Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah
jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat
  majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak
sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.



CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yan
g dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain.

       Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya
bertajukColonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands
India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa
jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini
bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi
tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada
kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.

      Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga
komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau,
Kadazan, Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa
dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk
menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam
bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan
masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat
Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.

       Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti
agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang
memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama
yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan
berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai
kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan
masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep
akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling
membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan
harmoni.

       Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik.
Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi
dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi
perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari
RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang
diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan
beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan
antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan
saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini
dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada
asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai
hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia
ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi
ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya
digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini,
masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada
kaum tertentu.

        Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti
baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat
majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan
perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India,
Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu
adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga
turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan
seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja

      Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan
wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk
mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah
wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta
budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan
budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem
politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana
mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja
berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.



SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat
perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-
orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasi
bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan
antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan
penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi
orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman
paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di
Semenanjung Malaysia.

       Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa
uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.

        Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar
kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu
telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

       Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

        Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa
setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu
melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah
menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

        Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

        Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih
kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

       Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada
kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang
dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

       Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.

       Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

      Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.

       Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien
yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga
kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.

      Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India
yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta
yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya
mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang
muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut
kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-
kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa
kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu “bercampur tetapi
tidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa,
idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu
hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian
buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat
itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.

         Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini
ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat
Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan
ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk
ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Politik

       Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai
sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan
kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini
berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan
menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran
balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga
menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik
tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya

       Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang
Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi
gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini
dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan
Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat
tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi
menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-
undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang
sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan
kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal
mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini
keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah
Inggeris.

       Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat
keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh
masyarakat pribumi

ii. Ekonomi

       Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan
perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah
dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong
kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan
hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di
perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

iii. Sosial

        Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan
lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza
serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

       Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan
kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak
para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan
lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh
pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi
penjajah.

       Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya
merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk
adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang
berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan
pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama
antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.

       Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,
Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun
berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

       Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada
rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga
yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti
mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga
membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca
mata etnik sendiri.

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal etnik lain di Sabah
dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.

        Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata seperti warna
kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

        Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh
sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
pérbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi ditunjukkan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang
diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang
lain.
Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat
individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,
rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini
dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

       Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan
sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

       Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan
kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka
bentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan
kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat
mempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat
perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja
dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan
hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat
komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat clan berbudaya.

        Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina
imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh
itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual clan kebendaan yang
dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988).

         Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yang
berada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul
tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza.

i. Melayu

      Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni
mereka yang sangat kaya.

      Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak
tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannya
terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan
atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam
pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam
sektor perdagangan dan perniagaan.

ii. Cina

       Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat
mi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan
Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan.
Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama,
khasnya di Lembah Kiang.

iii. India

        Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada
masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini,
terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di
sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategori
etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala.
Secara umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu,
Sikhisme dan Islam.

iv. Etnik-entik lain

       Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi
ialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di
beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme,
Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti
masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, dan
Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebut
mempunyai budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya.

        Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga
buruh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum
iaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber
pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan keseuaian
dan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan
penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi
golongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi
yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan mengikut
cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan
pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusat
untuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu,
taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.




KESIMPULAN
Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad
ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu,
India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

       Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai
bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah
maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat
Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain.

       Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik
dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang
berlainan.

        Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang
mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya,
Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus,
sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah
terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu
di Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini,Masyarakat
majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai
kaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang
berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada
abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.

        Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan
banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara
bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar
ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur
politik                    rakyat                    dan                    sebagainya.

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala
Lumpur
      : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige
      USA.

Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Graham Saunders „‟The Development Of a Plural Society In Malaya’’.
Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
       Pustaka.

J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”.
J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and
       Netherlands India (Indonesia).

J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press.
        (Asalnya diterbit pada tahun 1948).

J.S Furnivall,. (1967). Netherlands India: a study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge
       University Press.

J.S, Furnivall, Netherlands India: a study of plural economy (Cambridge: at the
       University Press, 1939 [reprinted 1967]).

J.S. Furnivall, (1980). Plural society. Dalam Hans-Dieters Evers (ed.), Sociology of South-
        East Asia: Reading on social change and development. Kuala Lumpur: Oxford
        University.

J.S Furnivall, Colonial policy and practice: a comparative study of Burma and
       Netherlands India (New York: New York University Press, 1948).

Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: perspektif tamadun melayu
        oleh Abdul Latif Samian.

Shamsul Amri Baharuddin 2007, Modul hubungan etnik ,. Kementerian pengajian tinggi,
      Malaysia.

Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka
      Dimensi.

Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar,
     Universiti Sains Malaysia.

LAMPIRAN
Laporan Abdul Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang
terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

       Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
       Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di
peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
       Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir
        Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:

       Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
· Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

    · Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

    · Murid naik darjah secara otomatik

    · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

    · Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah
menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah
menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan
Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia
ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat
tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,
kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan
ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn
(1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Posted by I N D A H

More Related Content

What's hot

Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaNaayla Asiyah
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )NurAyuni31
 

What's hot (20)

Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )Penghayatan etika dan peradaban  ( mpu21032 )
Penghayatan etika dan peradaban ( mpu21032 )
 

Viewers also liked

MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)Crysmond Goh
 
Pembentukan negara bangsa
Pembentukan negara bangsaPembentukan negara bangsa
Pembentukan negara bangsanur_adzila
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kinimurni mohamat
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuRaja Rosenani
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016isharsmiaa
 
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4isharsmiaa
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuPuteri Pak Abu
 

Viewers also liked (12)

MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
 
Pembentukan negara bangsa
Pembentukan negara bangsaPembentukan negara bangsa
Pembentukan negara bangsa
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
 
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
 
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayuTITAS: Islam dalam tamadun melayu
TITAS: Islam dalam tamadun melayu
 

Similar to Konsep masyarakat majmuk

Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanDatoknye
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 

Similar to Konsep masyarakat majmuk (20)

Nota huha
Nota huhaNota huha
Nota huha
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
CTU PRESENTATION
CTU PRESENTATIONCTU PRESENTATION
CTU PRESENTATION
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Hubungan etnik 1 , 2
Hubungan etnik  1 , 2Hubungan etnik  1 , 2
Hubungan etnik 1 , 2
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Topik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduanTopik 1 kesepaduan
Topik 1 kesepaduan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 

Konsep masyarakat majmuk

  • 1. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK Published by: Mohamad Faiza Ibrahim on 26th May 2011 | View all blogs by Mohamad Faiza Ibrahim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM MOHAMAD FAIZA BIN IBRAHIM TAJUK: KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL Society) OLEH J.S FURNIVALL KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALL PENGENALAN Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang
  • 2. merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk „‟The Development Of a Plural Society In Malaya’’ beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di sini. Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yan g dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya bertajukColonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam
  • 3. bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik. Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini, masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada kaum tertentu. Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk
  • 4. Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang- orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
  • 5. Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
  • 6. berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu- Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok- kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu “bercampur tetapi tidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut: i. Politik Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan
  • 7. menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang- undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi ii. Ekonomi Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. iii. Sosial Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
  • 8. mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah. Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan pérbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.
  • 9. Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat clan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual clan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988). Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza. i. Melayu Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu, sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
  • 10. keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor perdagangan dan perniagaan. ii. Cina Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat mi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kiang. iii. India Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam. iv. Etnik-entik lain Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya. Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum iaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan keseuaian dan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi golongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan mengikut cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusat untuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan. KESIMPULAN
  • 11. Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini,Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. RUJUKAN Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala
  • 12. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige USA. Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Graham Saunders „‟The Development Of a Plural Society In Malaya’’. Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”. J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia). J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press. (Asalnya diterbit pada tahun 1948). J.S Furnivall,. (1967). Netherlands India: a study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press. J.S, Furnivall, Netherlands India: a study of plural economy (Cambridge: at the University Press, 1939 [reprinted 1967]). J.S. Furnivall, (1980). Plural society. Dalam Hans-Dieters Evers (ed.), Sociology of South- East Asia: Reading on social change and development. Kuala Lumpur: Oxford University. J.S Furnivall, Colonial policy and practice: a comparative study of Burma and Netherlands India (New York: New York University Press, 1948). Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: perspektif tamadun melayu oleh Abdul Latif Samian. Shamsul Amri Baharuddin 2007, Modul hubungan etnik ,. Kementerian pengajian tinggi, Malaysia. Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi. Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia. LAMPIRAN
  • 13. Laporan Abdul Rahman Talib (1960) Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:- Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
  • 14. · Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. · Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. · Murid naik darjah secara otomatik · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. · Pendidikan akhlak dititikberatkan. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Posted by I N D A H