SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan 
1.0 PENGENALAN 
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai 
seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. 
Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang 
banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru 
senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. 
Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang 
guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak 
memberikan peluang yang baik. 
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada 
dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion 
guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru 
bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah 
menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan 
cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan 
menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang 
manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk 
agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses 
dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita 
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam 
melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan 
sekolah. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) 
cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar 
(mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan 
dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) 
yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan
seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), 
pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara 
lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau 
perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan 
seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah 
organisasi. 
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang 
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan 
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan 
sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara 
amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk 
perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari 
segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. 
Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang 
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan 
Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang 
melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani 
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan 
ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. 
Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi 
profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan 
mulia terjejas. 
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan 
kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa 
bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa 
berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang 
guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang 
berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan 
ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam
pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda 
khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. 
Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam 
kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran 
atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012). 
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH 
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, 
adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan 
perubahan akibat daripada internationalisme dan 
globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 
2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini 
memandangkan guru adalah agen 
perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion 
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat 
Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, 
bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar 
Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani 
cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang 
mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah 
cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran 
dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, 
cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran 
globalisasi. 
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah 
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh 
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru 
ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan 
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan
kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, 
kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun 
sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang 
menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin 
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed 
Ismail & Ahmad Subki, 2010). 
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin 
mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu 
menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu 
menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan 
pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah 
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran 
mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas 
guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi 
generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, 
bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap 
diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa 
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan. 
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para 
pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di 
hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara 
seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan 
pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan 
mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan 
ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka 
dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu 
cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses 
penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan
sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning 
outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); 
dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) 
akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam 
abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk 
menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise 
(1999), ‘Increasingly, technology is poised to 
revolutionize teaching, learning and assessment’. 
1.1.2 Cabaran Di Sekolah 
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 
merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 
selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah 
masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah 
membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). 
Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa 
kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi 
kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian 
baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial 
pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku 
yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). 
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 
juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk 
membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar 
yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan 
dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus 
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. 
Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan 
kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial 
mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas
belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit 
kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang 
bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain. 
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar 
direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 
pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan 
menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 
24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu 
disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, 
ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu 
bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan 
tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin 
dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih 
mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di 
saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang 
akan menentukan sebuah negara maju, aman dan 
dihormati. 
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin 
hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). 
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan 
pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi 
nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 
2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; 
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan 
Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus 
adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat 
keseluruhannya adalah pada angka yang besar. 
Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan 
membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa 
bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan 
masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. 
Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem 
persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu 
masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang 
dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. 
Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di 
sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal 
sahaja (Jun 2003). 
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar 
Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada 
zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama 
mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap 
relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang 
berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung 
bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan 
mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana 
kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang 
ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan 
anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan 
kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru 
tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah 
disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006) 
1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan 
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh 
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia 
pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada
penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya 
menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin 
kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins 
(1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di 
zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan 
selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada 
guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu 
menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian 
Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem 
pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi 
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan 
memenuhi aspirasi negara Malaysia. 
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari 
ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga 
lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada 
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang 
pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, 
guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang 
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang 
akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan 
di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi 
pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan 
program KBSR dan KBSM memerlukan guru 
mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya 
usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan 
kemahiran mengajar yang canggih demi 
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam 
bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan 
khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan 
kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. 
Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai 
maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah 
berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan 
pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa 
dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu 
pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi 
intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya 
enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak 
mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup 
serta berguna untuk pembangunan Negara. 
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan 
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam 
bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan 
dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi 
untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. 
Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya 
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas 
kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian 
sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. 
1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat 
Profesion perguruan adalah berkait dengan 
kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion 
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat 
Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan 
dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara 
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak 
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin 
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, 
semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru 
(Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang 
membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz 
Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), 
dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan 
adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru 
sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan 
tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan 
seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh 
yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan 
menerima sebarang penemuan baru seterusnya 
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru 
tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. 
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan 
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber 
kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan 
dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam 
pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan 
Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean 
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga 
merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel 
yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru 
Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk 
Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai 
latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah 
terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus
menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan 
berkekalan. 
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam 
Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada 
menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur 
budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai 
institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru 
memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang 
penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses 
pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan 
personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus 
mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang 
hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik 
dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi 
yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan 
yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai 
mudah dan tidak memeningkan kepala, namun 
menjanjikan gaji yang memuaskan. 
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020 
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh 
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru 
yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat 
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan 
berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi 
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam 
pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi 
yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus 
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju 
pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang 
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah 
dinyatakan seperti berikut : 
“Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi 
sebuah negara yang bersatu padu, dengan 
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, 
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, 
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang 
demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil 
dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan 
sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu 
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya 
ketahanan.” (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia 
Melangkah Ke Hadapan) 
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi 
yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat 
futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang 
akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru 
perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan 
negara yang disuarakan bagi mengatur program-program 
perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 
((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan 
Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 
1996; Wan Mohd Zahid, 1993). 
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan 
negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, 
afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas 
moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar.
Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu 
dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya 
reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam 
bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang 
yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi 
mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik 
mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu 
berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di 
samping berpegang kepada nilai-nilai murni. 
1.1.6 Cabaran Globalisasi 
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh 
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 
memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, 
Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, 
bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat 
kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di 
institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai 
seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan 
liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan 
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan 
komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang 
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang 
besar dalam pendidikan. 
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan 
membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail 
pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan 
penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama 
globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber 
diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan 
tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) 
pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran 
mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan 
secara global (global educational experties) selain 
daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). 
(Noriati et. al, 2009). 
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat 
antara bangsa (international character) yang perlu ada 
pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu 
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga 
menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran 
dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus 
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana 
generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu 
mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat 
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber 
maklumat adalah berasaskan kepada bahasa 
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 
2010). 
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika 
dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan 
terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. 
Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa 
mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan 
masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat 
dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & 
Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan
dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus 
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. 
Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, 
antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah 
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak 
dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada 
proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, 
kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan 
pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi 
guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan 
kemahiran dan pengetahuan, selain memahami 
tanggungjawab serta berikan komitmen dengan 
melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti 
pendidikan. 
Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru 
sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria 
(Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang 
disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, “Selamat Pagi 
Cikgu” bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang 
“Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada 
hari ini?” Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran 
dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih 
panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak 
pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara 
langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah 
cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). 
Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri 
untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar 
sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.
1.3 IMPLIKASI HUJAH 
Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan 
tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka 
dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran 
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan 
Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans 
dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their 
Description, Comparison, And Appraisal berpendapat 
bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran 
ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, 
responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, 
menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan 
berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting 
yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani 
cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan 
kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan 
profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, 
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta 
bertanggungjawab. 
1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional 
Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti 
yang profesional sesuai dengan proses perkembangan 
pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi 
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti 
sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam 
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara 
kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya 
ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran 
dan mengaplikasikan pengetahuan dan 
kemahiran yang terkini untuk merancang serta 
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 
dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat 
keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan 
kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion 
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai 
pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, 
penyelia, pengawal dan sebagainya. 
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif 
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti 
pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam 
proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. 
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru 
telah merancang sesuatu program mengajar mengikut 
prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif 
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan 
pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu 
melaksanakannya dengan cekap dan berjaya 
menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan 
kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan 
cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid 
yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. 
Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru 
menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 
(Noriati et. Al, 2009) 
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme 
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan 
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan 
amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan 
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 
2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek 
pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi 
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru 
perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus 
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib 
agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan 
prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks 
ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan 
oleh para pendidik. 
1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT 
Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran 
profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan 
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan 
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan 
perubahan zaman. Perkembangan global dengan 
teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak 
cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. 
Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan 
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu 
ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran 
terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari 
yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu 
bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk 
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga 
harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam 
era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa 
berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam 
kehidupan harian sebagai cara hidup moden. 
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan 
SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan 
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. 
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia 
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion 
keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah 
berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru 
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan 
menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta 
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan 
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan 
kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan 
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan 
generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. 
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin 
mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri 
dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam 
kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang 
perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. 
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para
pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan 
negara. (Mook Soon Sang,2010) 
1.3.6 Bertanggungjawab 
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat 
penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai 
kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan 
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti 
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, 
bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab 
terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti 
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, 
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi 
mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk 
kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya 
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti 
mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati 
masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan 
persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap 
rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari 
membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam 
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat 
serta membantu rakan sejawat. 
1.4 RUMUSAN/CADANGAN 
Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang 
semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, 
seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang 
makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah
secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah 
perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin 
dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk 
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek 
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi 
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan 
berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal 
yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu 
disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam 
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan 
dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem 
pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak 
memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab 
seorang guru di sekolah rendah. 
Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada 
asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan 
selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta 
merubah manusia yang bernama pelajar daripada 
keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca 
kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. 
Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru 
dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka 
dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. 
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam 
bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif 
masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak 
boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi 
sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti,
berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, 
dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping 
menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam 
mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan 
kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan 
sewajarnya.

More Related Content

What's hot

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Contoh Instrumen Mendengar Dan Bertutur
Contoh Instrumen Mendengar Dan BertuturContoh Instrumen Mendengar Dan Bertutur
Contoh Instrumen Mendengar Dan Bertuturanny_anie
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT Santa Barbara
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematikIsmail Mamat
 
Apa itu big book
Apa itu big bookApa itu big book
Apa itu big bookRaTy Izam
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 

What's hot (20)

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Contoh Instrumen Mendengar Dan Bertutur
Contoh Instrumen Mendengar Dan BertuturContoh Instrumen Mendengar Dan Bertutur
Contoh Instrumen Mendengar Dan Bertutur
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN KBAT
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematik
 
Apa itu big book
Apa itu big bookApa itu big book
Apa itu big book
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Istiadat laung agong
Istiadat laung agongIstiadat laung agong
Istiadat laung agong
 

Similar to ilmu pendidikan

Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaYAGHAVI
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypesahronzulkepli
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanFaktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanHariyatunnisa Ahmad
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan AisAisyah
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor Pendukung
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor PendukungPerspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor Pendukung
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor PendukungDenny Kodrat
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 

Similar to ilmu pendidikan (20)

Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remajaPeranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
Peranan profesionalisme guru membendung gejala sosial remaja
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Pendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skypePendidikan abad ke 21 dan skype
Pendidikan abad ke 21 dan skype
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Analisis isu
Analisis isuAnalisis isu
Analisis isu
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan PendidikanFaktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
Faktor yang Mempengaruhi Permasalahan Pendidikan
 
profesi pendidikan
profesi pendidikan profesi pendidikan
profesi pendidikan
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Inovasi.pdf
Inovasi.pdfInovasi.pdf
Inovasi.pdf
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor Pendukung
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor PendukungPerspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor Pendukung
Perspektif Sistem Pendidikan menurut Faktor Pendukung
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
Pembahasan
PembahasanPembahasan
Pembahasan
 

Recently uploaded

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTINAFITRIYAH
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaMonaAmelia
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 

ilmu pendidikan

  • 1. Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan 1.0 PENGENALAN Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan
  • 2. seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas. Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam
  • 3. pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012). 1.1 PERKEMBANGAN HUJAH Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi. 1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan
  • 4. kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan
  • 5. sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999), ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’. 1.1.2 Cabaran Di Sekolah Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas
  • 6. belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain. Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati. Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.
  • 7. Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006) 1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada
  • 8. penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
  • 9. Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. 1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan
  • 10. perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat. Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus
  • 11. menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. 1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020 Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
  • 12. Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut : “Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.” (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan) Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993). Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar.
  • 13. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. 1.1.6 Cabaran Globalisasi Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • 14. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010). Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang disiarkan
  • 15. dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, “Selamat Pagi Cikgu” bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang “Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari ini?” Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.
  • 16. 1.3 IMPLIKASI HUJAH Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab. 1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
  • 17. meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. 1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti
  • 18. pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009) 1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik. 1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
  • 19. pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. 1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para
  • 20. pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010) 1.3.6 Bertanggungjawab Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat. 1.4 RUMUSAN/CADANGAN Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah
  • 21. secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah. Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti,
  • 22. berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.