Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
6M 2013 IFRS Results
6M 2013 IFRS Results
Loading in …3
×
1 of 4

Ensiklopedia sains-dan-teknologi

0

Share

Download to read offline

oum student

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Ensiklopedia sains-dan-teknologi

  1. 1. Ensiklopedia Sains dan Teknologi Alam sekitar Keadaan semula jadi di sekeliling manusia, haiwan, dan tumbuhan. Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera, dan litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi. Atmosfera terdiri daripada campuran gas hasil pembentukan unsur-unsur yang terkeluar dari permukaan bumi. Hidrosfera terdiri daripada laut, tasik, sungai, dan air bawah tanah. Litosfera pula terdiri daripada tanah yang menyeliputi kerak bumi. Sejak dahulu lagi, lapisan biosfera menerima dan menggunakan bahan-bahan buangan yang dihasilkan oleh makhluk hidup. Sistem alam semula jadi dengan sendirinya telah merawat bahan-bahan buangan tersebut. Bagi setiap pencemaran yang disebabkan sumber semula jadi ke atas alam sekitar, akan terdapat tindakan semula jadi yang memastikan kualiti alam sekitar tetap terpelihara. Pencemaran tersebut mungkin disebabkan oleh perubahan fizik, kimia, dan biologi. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kemampuan biosfera untuk mengekalkan keseimbangan semula jadi ini semakin berkurangan. Bidang alam sekitar dapat dibahagikan kepada sains alam sekitar dan kejuruteraan alam sekitar. Sains alam sekitar merangkumi bidang seperti ekonomi alam sekitar serta perancangan dan pengurusan alam sekitar. Kejuruteraan alam sekitar pula memberi penekanan tentang cara pengawalan dan reka bentuk sistem rawatan yang berkesan bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar. Alam sekitar yang terpelihara bermakna udara yang bersih, air yang jernih dan selamat digunakan serta persekitaran yang nyaman dan terhindar daripada segala bentuk pencemran. Kesan Manusia Terhadap Alam Sekitar Dalam keadaan semula jadi, kehidupan di muka bumi adalah dalam keadaan seimbang dengan persekitarannya. Aktiviti setiap spesies hidupan akan bergantung pada sumber-sumber keperluan baginya. Bahan buangan yang
  2. 2. dikeluarkan oleh sesuatu spesies menjadi sumber makanan kepada spesies yang lain. Hubungan inilah yang akan mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Aktiviti manusia banyak mempengaruhi alam sekitar. Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Walau bagaimapaun, dengan perubahan masa, kesan ini semakin ketara dan bertambah. Manusia telah mencemari alam sekitar terus menerusi bermulanya revolusi perindustrian. Keupayaan manusia memenuhi kemahuan mereka telah merosakkan keseimbangan sistem semula jadi alam sekitar. Manusia pada masa dahulu menggunakan sumber semula jadi bagi memenuhi keperluan asasi. Mereka makan tumbuhan dan haiwan tanpa mengganggu alam persekitaran. Mereka juga menggunakan air sungai tanpai merosakkan kualiti air sungai. Bahan buangan hasil penggunaan sumber semula jadi dikitar semula oleh sistem semula jadi alam sekitar. Dengan perubahan masa, apabila manusia mula membentuk kumpulan yang lebih besar, kesan terhadap persekitaran menjadi ketara. Manusia bukan sahaja mengganggu keseimbangan alam sekitar bagi memenuhi keperluan asasi, malahan juga bagi memenuhi kehendak di luar keperluan mereka. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, perusahaan kenderaan serta pemprosesan makanan dan minuman menjadi aktiviti yang paling utama. Penghasilan dan penggunaan barangan tersebut akan membawa kepada bahanbahan buangan yang lebih kompleks yang sukar diterima oleh alam sekitar. Asap daripada kenderaan dan serombong industri mula mencemari udara persekitaran. Dengan pertambahan manusia dan kepesatan perkembangan teknologi selaras pertumbuhan ekonomi dunia, pencemaran semakin bertambah rumit dan kompleks. dengan
  3. 3. Asid sitrik Asid yang ditemui di dalam buah-buahan sitrus. Ia telah digunakan dengan meluas dalam industri makanan, minuman, farmaseutik, dan kosmetik. Asid sitrik memberikan rasa masam dan kepahit-pahitan kepada makanan dan minuman. Pada masa dahulu, penghasilan asid sitrik secara besar-besaran dilakukan dengan penulenan secara kimia buah-buahan sitrus. Buah-buahan sitrus sesuai tumbuh di kawasan beriklim mediterranean khususnya Itali pada suatu masa dahulu menguasai industri penghasilan asid sitrik. Pada masa sekarang, hampir semua asid sitrik komersil dihasilkan secara penapaian oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang digunakan secara meluas dalam penghasilan asid sitrik komersl ialah Aspergillus niger. Dari segi sejarah, penapaian asid sitrik oleh mikroorganisma kulat dimulakan pada tahun 1893. Penapaian ini adalah antara penapaian aerobik yang mula-mula diusahakan dengan jayanya. Teknologi penapaian aerobik ini kemudiannya dikembangkan untuk penghasilan produk lain seperti antibiotik. Proses penghasilan asid sitrik dilakukan dalam penapai berudara dengan menggunakan medium molas dan garam ammonium. Secara biokimia, asid sitrik ialah produk metabolit primer yang terhasil daripada kitar asid misalnya Aspergillus niger berupaya merembes asid sitrik ke dalam medium penapaian. Semasa pertumbuhan dan fasa penghasilan metabolit. Dalam fasa pertumbuhan, sebahagian besar glukosa yang ditambah guna untuk menghasilkan biojisim dan karbon dioksida. Hanya sedikit sahaja asid sitrik yang dihasilkan dalam fasa pertumbuhan ini. Dalam fasa penghasilan metabolit, sebahagian besar glukosa ditukarkan kepada asid sitrik yang dihasilkan dalam fasa pertumbuhan ini. Dalam fasa penghasilan metabolit, sebahagian besar glukosa ditukarkan kepada asid sitrik. Secara umum, 15 - 25 peratus gula dalam medium penapaian ditukarkan kepada asid sitrik.
  4. 4. Dalam industri, proses perolehan asid sitrik dimulai dengan pemisahan miselium A. niger yang diikuti dengan penambahan kapur (kalsium karbonat). Kapur ditambah untuk memendakkan hasil sampingan, iaitu asid oksalid pada suhu 80 - 90°C. Selepas penyingkiran asid oksalik, larutan dirawat lagi dengan kapur pada suhu 95°C untuk mendapatkan mendakan kalsium sitrat. Kalsium sitrat kemudiannya diasidkan dengan asid sulfurik. Selepas itu, larutan dipekatkan dan dihablurkan. Akhir sekali pengeringan dilakukan untuk menyingkirkan air daripada hablur asid sitrik.

×