SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
               SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
            DTT 5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
                             SEMESTER 2 SESI 2012/2013

                                    Tajuk Tugasan:

                Web 2.0 - Youtube, SlideShare, Docstoc dan Scribd.


                                    Pengakuan Pelajar:
Kami mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja kami sendiri. Kami sedar bahawa tindakan
 sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya kami bersalah
                              mengikut peraturan berkenaan.


                     BIL     NAMA                             NO. MATRIK


                      1.     ABDUL MUTALIP BIN ALI            PT122001CT


                      2.     ZAINAL BIN OSMAN                 PT122293CT


                      3.     ZAINIEDAH BINTI TAMURAN          PT122294CT


                      4.     ROSMAYANTI ANAK BAYANG           PT122314CT
KANDUNGAN


NO.       TAJUK                                             HALAMAN


1.0   :   Pendahuluan                                          3


2.0   :   Youtube                                              4
2.1   :   Apakah Itu Youtube?                                  4
2.2   :   Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran?         4
2.3       Faedah Menggunakan Youtube                           5
2.4   :   Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan              6
          Pembelajaran
2.5   :   Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses             7
          Pengajaran Dan Pembelajaran


3.0   :   Slideshare                                           9
3.1   :   Apakah Itu Slideshare?                               9
3.2   :   Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran?      9


4.0   :   Docstoc                                             10
4.1   :   Apakah Itu Docstoc?                                 10
4.2   :   Apakah Kepentingan Docstoc?                         10


5.0   :   Scribd                                              11
5.1   :   Apakah Itu Scribd?                                  11
5.2   :   Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran?         11
5.3   :   Faedah Menggunakan Scribd                           12
5.4   :   Cara Menggunakan Scribd                             12


6.0   :   Rujukan                                             13




                                    2
1.0 Pendahuluan


Perkembangan teknologi di zaman ini semakin berkembang dengan pesatnya. Perkembangan
teknologi yang berkembang pesat ini semestinya memberikan suatu kesan yang sangat besar
kepada ketamadunan manusia sejagat. Bagi negara yang maju seperti Amerika Syarikat mereka
sudah terlalu kehadapan di dalam bidang ini. Namun, bagi negara-negara yang mula
membangun seperti di negara-negara Asia Tenggara ianya masih baru lagi dan sangat
tertinggal jauh terkebelakang.


        Kemunculan teknologi web 2.0 merupakan suatu gelombang teknologi yang berlaku
pada masa kini. Ianya merupakan suatu revolusi teknologi yang semakin berkembang pesat
dan telah melanda dunia sejagat. Akibatnya, revolusi teknologi ini telah memberikan kesan
yang sangat mendalam kepada perubahan kepada sistem ekonomi, sosial serta politik
antarabangsa.


        Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi dari web yang berbentuk statik
kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan pula lebih
interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan
lagi   hanya    penyampaian      informasi   semata-mata.   Dahulunya   web   berfungsi   untuk
menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat
dengan interaksi yang terbatas. Namun kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti
laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian
menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan negara.


        Terdapat lima ciri utama web 2.0. Pertamanya adalah penggayaan terhadap
pengalaman pengguna. Seterusnya, penglibatan secara terus pengguna, kandungan yang
dinamik, penggunaan metadata dan kebolehlaksanaan.


        Web 2.0 memberi pengalaman yang pelbagai kepada pengguna dalam penerokaan ilmu
berlandaskan minat serta memberi pengalaman baru berkomunikasi tanpa batasan merentasi
negara dan budaya. Bukan itu sahaja, isi kandungan serta maklumat yang disampaikan akan
sentiasa berkembang setiap masa serta boleh dimanipulasi oleh pengguna-pengguna.



                                                 3
2.0 Youtube



2.1 Apakah itu Youtube?

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan
berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang
popular.

       Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman
peribadi rakan-rakan, hampir apa sahaja yang ingin disiarkan kecuali kandungan yang
menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video
boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata.

       Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan pengguna
menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain,
menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai, mencari kandungan melalui kata
kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa.

       Youtube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu
cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya.
Pengguna boleh membaca profile individu yang menyiarkan atau memberi komen kepada
sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.



2.2 Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran?


Video-video pengajaran dan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam Youtube seharusnya
boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sebagai satu alat untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Video sememangnya memberikan impak dan pengaruh yang besar sekiranya
digunakan dengan cara yang betul terutama dalam dunia pendidikan. Bagi pelajar, video-video
yang berkaitan dengan pembelajaran boleh digunakan untuk menambahkan lagi pengetahuan
sedia ada mereka. Tambahan pula, video-video pembelajaran khususnya sangat mudah untuk
dimuat turun pada bila-bila masa.




                                             4
Bagi guru-guru pula, Youtube boleh digunakan sebagai salah satu sumber bahan dan
alat bantu mengajar yang menarik di dalam bilik darjah. Dengan adanya bantuan teknologi
terkini pada masa sekarang guru-guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Sehubungan dengan itu, guru-guru dapat pula
meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk terus mencintai ilmu.


         Penggunaan Youtube dengan cara yang betul akan menarik minat pelajar untuk terus
menimba ilmu. Penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas boleh menarik minat pelajar khususnya pelajar yang lemah dan pelajar yang lambat
menguasai topik.


        Mohamed Amin Embi (2011) menyatakan beberapa panduan umum yang dicadangkan
oleh Clark dan Mayer (2002) dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarang
media untuk memperbaiki pengajaran mengesyorkan bahawa media hendaklah selaras dengan
hasil   pembelajaran   atau   prestasi   yang   dikehendaki,   mengurangkan   beban   kognitif,
mengandungi teks atau grafik yang bermakna, sesuai dengan tahap kecelikan (literasi)
pembelajaran pelajar, pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu
mangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas.




2.3 Faedah Menggunakan Youtube

Melalui Youtube, video yang dimuat naik boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang
berpengaruh khususnya kepada pelajar. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung dengan
cara penggunaan video atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dimuat naik di dalam
Youtube tersebut. Hal ini kerana video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi
merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran.

        Menurut Duffy (2008), video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang
berbentuk televisyen kepada pelajar akan tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video
sebagai satu alat penzahiran. Di abad ke 21 ini, YouTube semakin banyak digunakan oleh
pendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang
bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada “secebis kisah kehidupan” untuk pengajaran



                                                5
kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dan juga subjek-subjek yang lain.
Penggunaannya merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian dan
perkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar.

       Clark dan Mayer (2002) memberikan beberapa panduan dalam mempertimbangkan
penggunaan     yang     sesuai   sebarang   media   untuk   memperbaiki    pengajaran   dengan
mengesyorkan agar media perlu selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang
dikehendaki, mengurangkan beban kognitif, mengandungi teks atau grafik yang bermakna,
sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar. Selain itu pendidik (bahkan
pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan pemudah cara kepada
perbincangan dan analisis dalam kelas.




2.4 Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Dewasa ini penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pemeblajaran seorang guru
bukan lagi sesuatu yang baru. Hal ini kerana aplikasi YouTube yang mesra pengguna secara
tidak langsung mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibat
dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta. Aktiviti yang dilaksanakan pula mampu
meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalamb budaya
elektronik masa kini.

       Walaupun kebanyakan video dalam YouTube tidak mempunyai matlamat pendidikan,
aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik
percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang
berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan
peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut, Mohamed Amin E.,
(2011).

       Tambahan daripada itu YouTube memudahkan hal ini dan berpotensi untuk
mendedahkan      pelajar   kepada    wawasan    serta   kemahiran   yang   baharu    dan   juga
menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Contoh paling mudah kita
boleh lihat pada hari ini, aplikasi perisian sosial Youtube telah menjadi sebahagian trend dalam
kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan



                                               6
aktif. Keadaan ini berlaku bila mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun
boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri akan
tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan
yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran.




2.5 Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Berikut ialah beberapa panduan berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untuk
menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran yan telah dipetik dari
sumber http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html;

Segmen
Membenarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen pendek.

Nota
Melalui video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa
tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota.
Kaedah ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas /
sesi sumbangsaran.

Jeda
Penggunaan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar pelajar boleh
meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku.

Tanpa Suara
Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangat
sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses.

Tanpa Gambar
Menggunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Kemudian
bandingkan ramalan dengan video sebenar.

Pratonton
Setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasil
pembelajaran pelajar.


                                              7
Gabungkan
Cuba gabungkan video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan
komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur
pentas,   membuat semakan, menyediakan maklumat latar             belakang; mengenal    pasti
perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas
menonton    untuk    memperkukuh,      mengaplikasikan   atau   memperluas   maklumat   yang
disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau
pendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan.

Potong
Menggunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau www.eyespot.com
bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik pelajaran anda. Selalunya
penayangan keseluruhan program tidak perlu dan akan memakan masa yang agak lama.
Apabila melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar berkaitan atau berguna untuk
aktiviti atau pelajaran yang telah dirancang.

Fokus
Memberikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan
mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang jarang didengar
atau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih bermakna dan jelas. Dengan
memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru                  boleh
mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajaran
kepada objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas
menonton.

Selepas
Selepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik minat mereka? Perkara
apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah anda boleh mengaitkan program
tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar menulis komen/blog tentang
video tersebut. Bagaimanakah anda boleh mengesahkan dan memahami pelbagai reaksi
terhadap bahan tersebut?




                                                8
3.0 SlideShare

3.1 Apakah itu SlideShare?

Slideshare ialah satu laman web media utk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
Slideshare menonjolkan komuniti profesional yang aktif dan sering memberi komen,
menggemari dan memuat turun bahan. Kandungan SlideShare juga tersebar dengan pantas
melalui blog dan rangkaian sosial seperti Linkedin, Facebook dan Twitter. Individu dan
organisasi akan memuat naik dokumen ke laman SlideShare untuk berkongsi idea, berhubung
dengan orang lain, dan mencari bakal pelanggan untuk perniagaan mereka. Sesiapa sahaja
boleh melihat persembahan dan dokumen tentang tajuk yang diminati.



3.2 Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran?


Mohamed Amin Embi (2011) mengesyorkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh
Patrick Powers (2010) bahawa kepentingan apabila menggunakan SlideShare seperti berikut:


1.   SlideShare sebagai satu alat pemasaran.
     Dalam konteks pendidikan, SlideShare boleh digunakan untuk menyebar luaskan ilmu
     pengetahuan    dan   maklumat-maklumat        kepada   pelajar-pelajar.   Guru-guru   boleh
     menyediakan persembahan slide mengikut topik dan subtopik pembelajaran serta
     dikongsikan didalam SlideShare dengan cara memuat naik persembahan tersebut.


2.   SlideShare boleh bertindak sebagai satu pengurus dalaman dengan memuat naik
     beberapa persembahan yang memberikan tumpuan kepada maklumat penting berkaitan
     dengan penonton dalaman. Oleh hal yang demikian guru-guru boleh menyediakan slide
     persembahan sendiri untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajarnya ataupun kepada orang
     lain.



     SlideShare sebagai satu sumber alumni. Contohnya dengan memuat naik persembahan
yang ditujukan khas untuk kumpulan-kumpulan tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaan
SlideShare juga boleh digunakan sebagai suatu sumber maklumat tambahan yang boleh
dikongsi bersama sesiapa sajaha bagi tujuan perkongsian ilmu alam maya.


                                               9
4.0 Docstoc

4.1 Apakah itu Docstoc?


Docstoc adalah destinasi laman utama talian. Ia menjadi sumber utama kualiti yang terbaik dan
pilihan terluas dokumen profesional (lebih 20 juta) dan sumber-sumber termasuk video pakar,
artikel dan alat produktiviti. Docstoc adalah diantara 500 laman web yang sering dikunjungi dan
mempunyai lebih 25 juta pengguna berdaftar. Ia menawarkan koleksi sumber secara percuma
dan menyediakan keahlian bulanan yang membolehkan pemilihan terluas kandungan premium.
Docstoc juga menyediakan teknologi untuk membantu memudahkan perkongsian dan promosi
dokumen di seluruh web yang popular dalam penggunaan dokumen seluruh blogosphere dan
media utama.


4.2 Apakah Kepentingan Docstoc?


Docstoc membenarkan orang ramai terutama penguna-penggunanya untuk berkongsi fail, nota-
nota, memo, kata-kata dan ulasan penuh bagi pelbagai tujuan khasnya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Docstoc sangat menarik kerana hampir kesemua
jenis fail dokumen boleh ditemui disini.


       Selain daripada itu, orang ramai mahupun pengunjung yang tidak memiliki laman web
sendiri pun boleh melakukan persembahan penuh dengan fail diperlukan dilampirkan. Docstoc
sangat digemari kerana Docstoc memberi peluang kepada penguna-penggunanya untuk
menjana pendapatan sampingan. Bukan itu sahaja docstoc juga kerap digunakan oleh
kebanyakan blogger untuk mempermudahkan pengajuan aplikasi Google Adsense.




                                              10
5.0 Scribd

5.1 Apakah itu Scribd?

Scribd adalah sejenis laman web rangkaian sosial yang membolehkan pengunjung-
pengunjungnya untuk menerbitkan dan berkongsi semua jenis dokumen dan imej di dalam
web. Ia menggunakan teknologi iPaper yang dikuasakan oleh Adobe Flash. Oleh itu dokumen
dengan mudah boleh dicapai pada halaman web (Bob Rankin 2008).

       Scribd berfungsi dengan baik pada beberapa format lain, seperti dokumen Word,
spreadsheet Excel, persembahan PowerPoint, atau dokumen yang dicipta dalam bentuk PDF,
RTF, TIFF atau dalam format PostScript. Ia boleh dimuat naik dengan mudah ke Scribd untuk
semua orang melihat serta boleh dimasukkan ke dalam laman web atau blog tanpa akaun
laman utama.



5.2 Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran?


Scribd merupakan sebuah laman web 2.0 yang memudahkan pengguna memuat naik dan
memuat turun dokumen-dokumen ataupun fail-fail di internet. Antara kepentingannya adalah
untuk memudahkan pengguna-penggunanya terutama sekali guru-guru, pensyarah-pensyarah
serta pelajar-pelajar di sekolah dan di universiti. Bagi guru-guru, mereka boleh memuat naik
mahupun memuat turun rancangan mengajar yang telah pun dirangka dan dirancangkan
dengan lengkap dan teliti untuk kegunaan guru-guru lain melihatnya serta menggunakannya di
dalam kelas sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


       Selain daripada itu juga pelajar-pelajar juga boleh menggunakannya untuk memuat
turun nota-nota yang telah dibekalkan oleh guru-guru. Dengan itu, pelajar-pelajar akan
mendapat lebih banyak maklumat daripada guru-guru mereka.




                                              11
5.3 Faedah Menggunakan Scribd



Scribd juga seperti Slideshare yang mana aplikasi boleh digunakan untuk membantu para
pengguna khususnya guru dalam menyebarkan dokumen dalam bentuk teks, excel, powerpoint
(slaid persembahan) dan sebagainya bagi dikongsikan bersama pengguna Scribd dan seluruh
dunia amnya.

       Faedah lain yang boleh didapati dengan menggunakan Scribd ialah menjadikannya
library alam maya kerana sebarang himpunan maklumat boleh dimuat naik sebagai rujukan
bagi pihak yang memerlukan seperti pelajar dan guru.

       Malah, Scribd turut menyediakan ruangan kepada penggunanya sekiranya maklumat
yang dimuat naik boleh dimuat turun oleh pengguna yang lain atau sebaliknya. Maklum balas
juga boleh diajukan melalui ruangan komen yang disediakan.




5.4 Cara Menggunakan Scribd

Menurut Mohamed Amin E. (2012), beberapa cara menggunakan Scribd iaitu;

a) Memuat naik dokumen ke web
Scribd adalah sebuah laman penerbitan sosial di mana orang khususnya pengguna boleh
mewujudkan dokumen perkataan atau Power Point dan muat naik dokumen tersebut ke dalam
internet.

b) Rancangan Pengajaran
Scribd turut membolehkan guru memuat naik rancangan pelajaran untuk guru-guru lain untuk
melihatnya. Bukan itu sahaja malah rancangan pengajaran yang dimuat naik dapat digunakan
di dalam kelas mereka sendiri di samping pelajar boleh mengakses dan memuat turun nota dan
rancangan pengajaran tersebut.




                                             12
6.0 Rujukan

Bob Rankin. 2008. What is Scribd. http://askbobrankin.com/what_is_scribd.html. [6 September
     2011]

Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for
     Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco: Jossey-Bass Pfeiffer

Duffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web 2.0 in
     Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 – 130.

Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and how can it Benefit You?

     http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-andhow-can-it-
     benefit-you/ [6 April 2011]

Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition.

     http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html [dipetik pada 15 Oktober 2012]

Mohamed Amin. E. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

     http://www.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran-Dan-
     Pembelajaran [dipetik pada 15 Oktober 2012]

Mohamed Amin E. 2012. Web 2.0 e-Publishing Tools: A Quick Guide.

     http://www.scribd.com/doc/104843525/Web-2-0-e-Publishing-Tools-A-Quick-Guide[15
     Oktober 2012].

Nik Peachey .n.d. Web 2.0 Tools for Teachers

     http://www.scribd.com/doc/19576895/Web-20-Tools-for-Teachers [17 Oktober 2012]

Ntti utilization strategies. http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html [dipetik pada 15 Oktober
     2012]

http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2147b6d 3902 [6 April
     2011]




                                               13
http://www.hallicious.com/2010/01/25/slideshare-for-research/ [21 May 2012]

https://wiki.itap.purdue.edu/display/INSITE/Scribd




                                              14

More Related Content

What's hot

Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran PengajaranAplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran PengajaranSidek Aziz
 
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran   rosdiana pgmiModul media pembelajaran   rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran rosdiana pgmiross_diana
 
258379554 makalah-moodle-edmodo
258379554 makalah-moodle-edmodo258379554 makalah-moodle-edmodo
258379554 makalah-moodle-edmodonovi hendriadi
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogkiatbelajar95
 
Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )meysulvia
 
Trainers guide-v.2-
Trainers guide-v.2-Trainers guide-v.2-
Trainers guide-v.2-suhaimy65
 
Strategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webStrategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webbagibagiilmu
 
Sosial media untuk pendidikan
Sosial media untuk pendidikan Sosial media untuk pendidikan
Sosial media untuk pendidikan LSP3I
 
Pembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webPembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webambarlestari
 
tugas jurnal metlit
tugas jurnal metlittugas jurnal metlit
tugas jurnal metlitrichimaryadi
 
Tutorial edmodo 2015
Tutorial edmodo 2015Tutorial edmodo 2015
Tutorial edmodo 2015trysnokoe
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web bloglailatusimrany
 

What's hot (14)

Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran PengajaranAplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran
Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran
 
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran   rosdiana pgmiModul media pembelajaran   rosdiana pgmi
Modul media pembelajaran rosdiana pgmi
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
258379554 makalah-moodle-edmodo
258379554 makalah-moodle-edmodo258379554 makalah-moodle-edmodo
258379554 makalah-moodle-edmodo
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
 
Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )Modul media pembelajaran ( web )
Modul media pembelajaran ( web )
 
Trainers guide-v.2-
Trainers guide-v.2-Trainers guide-v.2-
Trainers guide-v.2-
 
Strategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webStrategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis web
 
Sosial media untuk pendidikan
Sosial media untuk pendidikan Sosial media untuk pendidikan
Sosial media untuk pendidikan
 
Pembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis webPembelajaran berbasis web
Pembelajaran berbasis web
 
tugas jurnal metlit
tugas jurnal metlittugas jurnal metlit
tugas jurnal metlit
 
Tutorial edmodo 2015
Tutorial edmodo 2015Tutorial edmodo 2015
Tutorial edmodo 2015
 
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blogMakalah media pembelajaran berbasis web blog
Makalah media pembelajaran berbasis web blog
 
Jurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddinJurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddin
 

Viewers also liked

pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insanAzura Aziz
 
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAHShariff Syapruddin
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin roslicgzue123
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanRizki Lia Ismawati
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjAzura Aqura
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Hamidah Adong
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)fazrul
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Mohamed Amin Embi
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1Cg Zue
 

Viewers also liked (15)

Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
KERJA KURSUS KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Shikin rosli
Shikin rosliShikin rosli
Shikin rosli
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)Pembentangan kerja kursus (pika)
Pembentangan kerja kursus (pika)
 
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0Aplikasi Pembentangan Web 2.0
Aplikasi Pembentangan Web 2.0
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1
 

Similar to WEB20

Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikancik_orked
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxManEdyMan2
 
WEB 2.0 SLIDESHARE
WEB 2.0 SLIDESHAREWEB 2.0 SLIDESHARE
WEB 2.0 SLIDESHARESyiFha IFha
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranMustapa Alba
 
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Tamu Senja
 
makalah TIK III.docx
makalah TIK III.docxmakalah TIK III.docx
makalah TIK III.docxSeptianaAzmi1
 
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdf
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdfKB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdf
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdfmufiwacer
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihieida naufal
 

Similar to WEB20 (20)

Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikan
 
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
 
Pemanfaatan ict
Pemanfaatan ictPemanfaatan ict
Pemanfaatan ict
 
Komputer (1)
Komputer (1)Komputer (1)
Komputer (1)
 
WEB 2.0 SLIDESHARE
WEB 2.0 SLIDESHAREWEB 2.0 SLIDESHARE
WEB 2.0 SLIDESHARE
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Makalah ICT.pdf
Makalah ICT.pdfMakalah ICT.pdf
Makalah ICT.pdf
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
Kajian tinjauan frog vle
Kajian   tinjauan   frog vleKajian   tinjauan   frog vle
Kajian tinjauan frog vle
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
Satu dimensi antarabangsa mengenai sikap pelajar ke arah penggunaan bahasa in...
 
makalah TIK III.docx
makalah TIK III.docxmakalah TIK III.docx
makalah TIK III.docx
 
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdf
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdfKB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdf
KB1-Modul1_-Merdeka-Belajar-dan-Sumber-Belajar-Digital.pdf
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihi
 
Contoh bahan penulisan ilmiah maiza.
Contoh bahan penulisan ilmiah maiza.Contoh bahan penulisan ilmiah maiza.
Contoh bahan penulisan ilmiah maiza.
 

WEB20

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT 5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013 Tajuk Tugasan: Web 2.0 - Youtube, SlideShare, Docstoc dan Scribd. Pengakuan Pelajar: Kami mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja kami sendiri. Kami sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya kami bersalah mengikut peraturan berkenaan. BIL NAMA NO. MATRIK 1. ABDUL MUTALIP BIN ALI PT122001CT 2. ZAINAL BIN OSMAN PT122293CT 3. ZAINIEDAH BINTI TAMURAN PT122294CT 4. ROSMAYANTI ANAK BAYANG PT122314CT
  • 2. KANDUNGAN NO. TAJUK HALAMAN 1.0 : Pendahuluan 3 2.0 : Youtube 4 2.1 : Apakah Itu Youtube? 4 2.2 : Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran? 4 2.3 Faedah Menggunakan Youtube 5 2.4 : Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan 6 Pembelajaran 2.5 : Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses 7 Pengajaran Dan Pembelajaran 3.0 : Slideshare 9 3.1 : Apakah Itu Slideshare? 9 3.2 : Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran? 9 4.0 : Docstoc 10 4.1 : Apakah Itu Docstoc? 10 4.2 : Apakah Kepentingan Docstoc? 10 5.0 : Scribd 11 5.1 : Apakah Itu Scribd? 11 5.2 : Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran? 11 5.3 : Faedah Menggunakan Scribd 12 5.4 : Cara Menggunakan Scribd 12 6.0 : Rujukan 13 2
  • 3. 1.0 Pendahuluan Perkembangan teknologi di zaman ini semakin berkembang dengan pesatnya. Perkembangan teknologi yang berkembang pesat ini semestinya memberikan suatu kesan yang sangat besar kepada ketamadunan manusia sejagat. Bagi negara yang maju seperti Amerika Syarikat mereka sudah terlalu kehadapan di dalam bidang ini. Namun, bagi negara-negara yang mula membangun seperti di negara-negara Asia Tenggara ianya masih baru lagi dan sangat tertinggal jauh terkebelakang. Kemunculan teknologi web 2.0 merupakan suatu gelombang teknologi yang berlaku pada masa kini. Ianya merupakan suatu revolusi teknologi yang semakin berkembang pesat dan telah melanda dunia sejagat. Akibatnya, revolusi teknologi ini telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada perubahan kepada sistem ekonomi, sosial serta politik antarabangsa. Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi dari web yang berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan pula lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampaian informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi yang terbatas. Namun kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan negara. Terdapat lima ciri utama web 2.0. Pertamanya adalah penggayaan terhadap pengalaman pengguna. Seterusnya, penglibatan secara terus pengguna, kandungan yang dinamik, penggunaan metadata dan kebolehlaksanaan. Web 2.0 memberi pengalaman yang pelbagai kepada pengguna dalam penerokaan ilmu berlandaskan minat serta memberi pengalaman baru berkomunikasi tanpa batasan merentasi negara dan budaya. Bukan itu sahaja, isi kandungan serta maklumat yang disampaikan akan sentiasa berkembang setiap masa serta boleh dimanipulasi oleh pengguna-pengguna. 3
  • 4. 2.0 Youtube 2.1 Apakah itu Youtube? YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang popular. Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi rakan-rakan, hampir apa sahaja yang ingin disiarkan kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk perbincangan berangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori, serta membina dan menyertai kumpulan semasa. Youtube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profile individu yang menyiarkan atau memberi komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut. 2.2 Apakah Kepentingan Youtube Dalam Pengajaran? Video-video pengajaran dan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam Youtube seharusnya boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sebagai satu alat untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Video sememangnya memberikan impak dan pengaruh yang besar sekiranya digunakan dengan cara yang betul terutama dalam dunia pendidikan. Bagi pelajar, video-video yang berkaitan dengan pembelajaran boleh digunakan untuk menambahkan lagi pengetahuan sedia ada mereka. Tambahan pula, video-video pembelajaran khususnya sangat mudah untuk dimuat turun pada bila-bila masa. 4
  • 5. Bagi guru-guru pula, Youtube boleh digunakan sebagai salah satu sumber bahan dan alat bantu mengajar yang menarik di dalam bilik darjah. Dengan adanya bantuan teknologi terkini pada masa sekarang guru-guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Sehubungan dengan itu, guru-guru dapat pula meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk terus mencintai ilmu. Penggunaan Youtube dengan cara yang betul akan menarik minat pelajar untuk terus menimba ilmu. Penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh menarik minat pelajar khususnya pelajar yang lemah dan pelajar yang lambat menguasai topik. Mohamed Amin Embi (2011) menyatakan beberapa panduan umum yang dicadangkan oleh Clark dan Mayer (2002) dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarang media untuk memperbaiki pengajaran mengesyorkan bahawa media hendaklah selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki, mengurangkan beban kognitif, mengandungi teks atau grafik yang bermakna, sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar, pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas. 2.3 Faedah Menggunakan Youtube Melalui Youtube, video yang dimuat naik boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang berpengaruh khususnya kepada pelajar. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung dengan cara penggunaan video atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dimuat naik di dalam Youtube tersebut. Hal ini kerana video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Menurut Duffy (2008), video pendidikan yang efektif bukanlah pengajaran yang berbentuk televisyen kepada pelajar akan tetapi pengajaran guru kepada pelajar dengan video sebagai satu alat penzahiran. Di abad ke 21 ini, YouTube semakin banyak digunakan oleh pendidik sebagai satu sumber pedagogi untuk segala perkara, daripada acara menarik yang bernilai berita di serata dunia hinggalah kepada “secebis kisah kehidupan” untuk pengajaran 5
  • 6. kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dan juga subjek-subjek yang lain. Penggunaannya merangkumi video pendidikan hinggalah kepada ruang dalam talian dan perkongsian kandungan yang dikarang oleh pelajar. Clark dan Mayer (2002) memberikan beberapa panduan dalam mempertimbangkan penggunaan yang sesuai sebarang media untuk memperbaiki pengajaran dengan mengesyorkan agar media perlu selaras dengan hasil pembelajaran atau prestasi yang dikehendaki, mengurangkan beban kognitif, mengandungi teks atau grafik yang bermakna, sesuai dengan tahap kecelikan (literasi) pembelajaran pelajar. Selain itu pendidik (bahkan pelajar) akan mendapati bahawa video ialah satu mangkin dan pemudah cara kepada perbincangan dan analisis dalam kelas. 2.4 Penggunaan Youtube Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dewasa ini penggunaan Youtube dalam proses pengajaran dan pemeblajaran seorang guru bukan lagi sesuatu yang baru. Hal ini kerana aplikasi YouTube yang mesra pengguna secara tidak langsung mengajak pengguna untuk menikmati pengalaman menonton video dan terlibat dalam kandungan video sebagai pengulas dan pencipta. Aktiviti yang dilaksanakan pula mampu meningkatkan literasi visual pelajar, yang merupakan satu kemahiran penting dalamb budaya elektronik masa kini. Walaupun kebanyakan video dalam YouTube tidak mempunyai matlamat pendidikan, aplikasi ini menggalakkan eksperimentasi menggunakan media baharu. Kebanyakan pendidik percaya bahawa usaha untuk membina kandungan merupakan satu latihan pembelajaran yang berguna, yang membantu untuk meningkatkan kefahaman terhadap bahan pelajaran dan peralatan yang digunakan untuk membina kandungan video tersebut, Mohamed Amin E., (2011). Tambahan daripada itu YouTube memudahkan hal ini dan berpotensi untuk mendedahkan pelajar kepada wawasan serta kemahiran yang baharu dan juga menghubungkan mereka kepada pelbagai komuniti dalam talian. Contoh paling mudah kita boleh lihat pada hari ini, aplikasi perisian sosial Youtube telah menjadi sebahagian trend dalam kalangan pelajar Generasi Net untuk menggantikan pembelajaran pasif dengan penyertaan 6
  • 7. aktif. Keadaan ini berlaku bila mana semua pelajar boleh menyuarakan pandangan, sesiapa pun boleh memberikan sumbangan, dan nilainya tidak terletak pada kandungan itu sendiri akan tetapi lebih kepada rangkaian pelajar yang bekerjasama membentuk kandungan tersebut dan yang menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran. 2.5 Strategi Penggunaan Youtube Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berikut ialah beberapa panduan berkaitan dengan penggunaan video yang khusus untuk menggalakkan tontonan secara aktif dan memaksimumkan pembelajaran yan telah dipetik dari sumber http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html; Segmen Membenarkan pelajar anda menonton video dalam beberapa segmen pendek. Nota Melalui video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. Kaedah ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan sebagai satu perbincangan kelas / sesi sumbangsaran. Jeda Penggunaan butang jeda (pause) untuk menghentikan video anda seketika agar pelajar boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku. Tanpa Suara Bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan. Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian langkah-langkah sesuatu proses. Tanpa Gambar Menggunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan. Kemudian bandingkan ramalan dengan video sebenar. Pratonton Setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar. 7
  • 8. Gabungkan Cuba gabungkan video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan komponen eksperimen pelajaran. Aktiviti boleh dilakukan sebelum menonton; untuk mengatur pentas, membuat semakan, menyediakan maklumat latar belakang; mengenal pasti perbendaharaan kata baharu, atau memperkenalkan topik. Aktiviti boleh dilakukan selepas menonton untuk memperkukuh, mengaplikasikan atau memperluas maklumat yang disampaikan oleh program. Selalunya, video boleh digunakan sebagai satu pengenalan atau pendorong kepada aktiviti amali yang bakal dilakukan. Potong Menggunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau www.eyespot.com bagi mendapatkan konsep-konsep yang paling sesuai dengan topik pelajaran anda. Selalunya penayangan keseluruhan program tidak perlu dan akan memakan masa yang agak lama. Apabila melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar berkaitan atau berguna untuk aktiviti atau pelajaran yang telah dirancang. Fokus Memberikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang jarang didengar atau aktiviti yang boleh menjadikan kandungan program lebih bermakna dan jelas. Dengan memberikan tanggungjawab tertentu kepada pelajar semasa menonton, guru boleh mengekalkan fokus pelajar kepada tugasan dan mengarahkan pengalaman pembelajaran kepada objektif pembelajaran. Pastikan aktiviti susulan dilakukan semasa dan selepas menonton. Selepas Selepas pelajar menonton video, pertimbangkan; apakah yang menarik minat mereka? Perkara apakah yang tidak difahami oleh mereka? Bagaimanakah anda boleh mengaitkan program tersebut dengan pengalaman dan perasaan mereka? Minta pelajar menulis komen/blog tentang video tersebut. Bagaimanakah anda boleh mengesahkan dan memahami pelbagai reaksi terhadap bahan tersebut? 8
  • 9. 3.0 SlideShare 3.1 Apakah itu SlideShare? Slideshare ialah satu laman web media utk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf. Slideshare menonjolkan komuniti profesional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan. Kandungan SlideShare juga tersebar dengan pantas melalui blog dan rangkaian sosial seperti Linkedin, Facebook dan Twitter. Individu dan organisasi akan memuat naik dokumen ke laman SlideShare untuk berkongsi idea, berhubung dengan orang lain, dan mencari bakal pelanggan untuk perniagaan mereka. Sesiapa sahaja boleh melihat persembahan dan dokumen tentang tajuk yang diminati. 3.2 Apakah Kepentingan Slideshare Dalam Pengajaran? Mohamed Amin Embi (2011) mengesyorkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Patrick Powers (2010) bahawa kepentingan apabila menggunakan SlideShare seperti berikut: 1. SlideShare sebagai satu alat pemasaran. Dalam konteks pendidikan, SlideShare boleh digunakan untuk menyebar luaskan ilmu pengetahuan dan maklumat-maklumat kepada pelajar-pelajar. Guru-guru boleh menyediakan persembahan slide mengikut topik dan subtopik pembelajaran serta dikongsikan didalam SlideShare dengan cara memuat naik persembahan tersebut. 2. SlideShare boleh bertindak sebagai satu pengurus dalaman dengan memuat naik beberapa persembahan yang memberikan tumpuan kepada maklumat penting berkaitan dengan penonton dalaman. Oleh hal yang demikian guru-guru boleh menyediakan slide persembahan sendiri untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajarnya ataupun kepada orang lain. SlideShare sebagai satu sumber alumni. Contohnya dengan memuat naik persembahan yang ditujukan khas untuk kumpulan-kumpulan tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaan SlideShare juga boleh digunakan sebagai suatu sumber maklumat tambahan yang boleh dikongsi bersama sesiapa sajaha bagi tujuan perkongsian ilmu alam maya. 9
  • 10. 4.0 Docstoc 4.1 Apakah itu Docstoc? Docstoc adalah destinasi laman utama talian. Ia menjadi sumber utama kualiti yang terbaik dan pilihan terluas dokumen profesional (lebih 20 juta) dan sumber-sumber termasuk video pakar, artikel dan alat produktiviti. Docstoc adalah diantara 500 laman web yang sering dikunjungi dan mempunyai lebih 25 juta pengguna berdaftar. Ia menawarkan koleksi sumber secara percuma dan menyediakan keahlian bulanan yang membolehkan pemilihan terluas kandungan premium. Docstoc juga menyediakan teknologi untuk membantu memudahkan perkongsian dan promosi dokumen di seluruh web yang popular dalam penggunaan dokumen seluruh blogosphere dan media utama. 4.2 Apakah Kepentingan Docstoc? Docstoc membenarkan orang ramai terutama penguna-penggunanya untuk berkongsi fail, nota- nota, memo, kata-kata dan ulasan penuh bagi pelbagai tujuan khasnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Docstoc sangat menarik kerana hampir kesemua jenis fail dokumen boleh ditemui disini. Selain daripada itu, orang ramai mahupun pengunjung yang tidak memiliki laman web sendiri pun boleh melakukan persembahan penuh dengan fail diperlukan dilampirkan. Docstoc sangat digemari kerana Docstoc memberi peluang kepada penguna-penggunanya untuk menjana pendapatan sampingan. Bukan itu sahaja docstoc juga kerap digunakan oleh kebanyakan blogger untuk mempermudahkan pengajuan aplikasi Google Adsense. 10
  • 11. 5.0 Scribd 5.1 Apakah itu Scribd? Scribd adalah sejenis laman web rangkaian sosial yang membolehkan pengunjung- pengunjungnya untuk menerbitkan dan berkongsi semua jenis dokumen dan imej di dalam web. Ia menggunakan teknologi iPaper yang dikuasakan oleh Adobe Flash. Oleh itu dokumen dengan mudah boleh dicapai pada halaman web (Bob Rankin 2008). Scribd berfungsi dengan baik pada beberapa format lain, seperti dokumen Word, spreadsheet Excel, persembahan PowerPoint, atau dokumen yang dicipta dalam bentuk PDF, RTF, TIFF atau dalam format PostScript. Ia boleh dimuat naik dengan mudah ke Scribd untuk semua orang melihat serta boleh dimasukkan ke dalam laman web atau blog tanpa akaun laman utama. 5.2 Apakah Kepentingan Scribd Dalam Pengajaran? Scribd merupakan sebuah laman web 2.0 yang memudahkan pengguna memuat naik dan memuat turun dokumen-dokumen ataupun fail-fail di internet. Antara kepentingannya adalah untuk memudahkan pengguna-penggunanya terutama sekali guru-guru, pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar di sekolah dan di universiti. Bagi guru-guru, mereka boleh memuat naik mahupun memuat turun rancangan mengajar yang telah pun dirangka dan dirancangkan dengan lengkap dan teliti untuk kegunaan guru-guru lain melihatnya serta menggunakannya di dalam kelas sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain daripada itu juga pelajar-pelajar juga boleh menggunakannya untuk memuat turun nota-nota yang telah dibekalkan oleh guru-guru. Dengan itu, pelajar-pelajar akan mendapat lebih banyak maklumat daripada guru-guru mereka. 11
  • 12. 5.3 Faedah Menggunakan Scribd Scribd juga seperti Slideshare yang mana aplikasi boleh digunakan untuk membantu para pengguna khususnya guru dalam menyebarkan dokumen dalam bentuk teks, excel, powerpoint (slaid persembahan) dan sebagainya bagi dikongsikan bersama pengguna Scribd dan seluruh dunia amnya. Faedah lain yang boleh didapati dengan menggunakan Scribd ialah menjadikannya library alam maya kerana sebarang himpunan maklumat boleh dimuat naik sebagai rujukan bagi pihak yang memerlukan seperti pelajar dan guru. Malah, Scribd turut menyediakan ruangan kepada penggunanya sekiranya maklumat yang dimuat naik boleh dimuat turun oleh pengguna yang lain atau sebaliknya. Maklum balas juga boleh diajukan melalui ruangan komen yang disediakan. 5.4 Cara Menggunakan Scribd Menurut Mohamed Amin E. (2012), beberapa cara menggunakan Scribd iaitu; a) Memuat naik dokumen ke web Scribd adalah sebuah laman penerbitan sosial di mana orang khususnya pengguna boleh mewujudkan dokumen perkataan atau Power Point dan muat naik dokumen tersebut ke dalam internet. b) Rancangan Pengajaran Scribd turut membolehkan guru memuat naik rancangan pelajaran untuk guru-guru lain untuk melihatnya. Bukan itu sahaja malah rancangan pengajaran yang dimuat naik dapat digunakan di dalam kelas mereka sendiri di samping pelajar boleh mengakses dan memuat turun nota dan rancangan pengajaran tersebut. 12
  • 13. 6.0 Rujukan Bob Rankin. 2008. What is Scribd. http://askbobrankin.com/what_is_scribd.html. [6 September 2011] Clark, R.C. & Mayer, R.E. 2002. E-Learning and the Science of Instruction: Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. San Francisco: Jossey-Bass Pfeiffer Duffy, P. 2008. Engaging the YouTube Google-Eyed Generation: Strategies for Using Web 2.0 in Teaching and Learning. The Electronic Journal of e-Learning 6(2):119 – 130. Daniel St. Pierre. 2010. What is SlideShare and how can it Benefit You? http://www.cybergenica.com/blog/business-post/what-is-slideshare-andhow-can-it- benefit-you/ [6 April 2011] Godwin-Jones, R. 2007. Digital Video Update: YouTube, flash, high-definition. http://www.allbusiness.com/technology/4051526-1.html [dipetik pada 15 Oktober 2012] Mohamed Amin. E. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran-Dan- Pembelajaran [dipetik pada 15 Oktober 2012] Mohamed Amin E. 2012. Web 2.0 e-Publishing Tools: A Quick Guide. http://www.scribd.com/doc/104843525/Web-2-0-e-Publishing-Tools-A-Quick-Guide[15 Oktober 2012]. Nik Peachey .n.d. Web 2.0 Tools for Teachers http://www.scribd.com/doc/19576895/Web-20-Tools-for-Teachers [17 Oktober 2012] Ntti utilization strategies. http://www.idahoptv.org/ntti/strategies.html [dipetik pada 15 Oktober 2012] http://www.slideshare.net/about?PHPSESSID=cdcd1c967d45a922f503f2147b6d 3902 [6 April 2011] 13
  • 14. http://www.hallicious.com/2010/01/25/slideshare-for-research/ [21 May 2012] https://wiki.itap.purdue.edu/display/INSITE/Scribd 14