abortion pills in Kuwait City+966572737505 get Cytotec
Alam Mistik
1. RENCANA
ARKIB : 13/07/2006
Apabila hantu dijadikan produk
Oleh AZMAN ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
HANTU ternyata sebuah komoditi yang boleh dieksploitasi dari pelbagai aspek. Sebut apa sahaja tujuannya sama
spiritualiti, sistem kepercayaan dan bahkan untuk sebuah industri, ia akan mempunyai daya tarikan yang luar biasa.
Pengalaman seseorang dengan dunia dan alam ghaib misalnya dukun atau pawang yang dianggap sebagai
peristiwa subjektif ‘dijual’ dalam bentuk industri sebagai sebuah pengalaman masyarakat. Tentunya dibantu oleh
pelbagai peralatan yang canggih dan sempurna untuk menggandakan ‘ketakutan’.
Unsur seram yang kononnya pengalaman individu-individu itu telah dijelmakan menerusi medium filem, drama
mahupun pameran untuk menarik keghairahan masyarakat yang akhirnya mereka bukan sahaja sebagai penyokong
industri itu tetapi juga sebagai pengguna.
Keghairahan yang menyebabkan ada stesen televisyen swasta, pengarah filem, penulis skrip dan novelis berebut-
rebut menghasilkan karya mereka yang kononnya berasaskan kenyataan alam ghaib, cerita dan pengalaman misteri
serta 1,001 lagi kisah seram individu atau kelompok.
Sebagai contoh, beberapa filem tempatan mutakhir seperti Pontianak Harum Sundal Malam (I dan II) arahan Suhaimi
Baba atau drama dalam bentuk video cakera padat (VCD) seperti Momok I, II dan III yang mendapat tarikan hangat.
Perkembangan filem-filem sedemikian dihangatkan lagi dengan kemunculan belasan filem seram atau misteri Barat
dan beberapa negara Asia. Sebut sahaja dari Thailand, Korea, Indonesia, Jepun atau China dengan versi hantu
masing-masing.
Agak aneh, filem berasaskan alam ghaib turut melanda perfileman Bollywood yang terkenal dengan produksi filem-
filem bertemakan cinta, kasih sayang dan kekeluargaan. Beberapa ‘percubaan’ menghasilkan filem berunsur mistik
ternyata menjadi menghasilkan filem box-office.
Selepas tahun 2000, filem-filem hantu ‘import’ setiap bulan memenuhi pawagam-pawagam tempatan. Sebut sahaja
Nang Nak, Bangkok Hunter dan Long Kong dari Thailand atau Dark Water, Eyes dan The Ring dari Korea serta
Jepun, pasti ramai yang menontonnya.
Dalam konteks perfileman Melayu, hantu sebagai komoditi yang dipakej menjadi satu tontonan bukanlah sesuatu
yang baru dalam dunia perfileman Melayu. Jauh ke belakang, sejak era penghujung 50-an, khalayak pasti tahu filem
seperti lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sumpah Orang Minyak yang cukup terkenal.
2. Selepas itu lahir filem genre seram lainnya seperti Keranda Berdarah, Pontianak Gua Musang dan Sumpah
Pontianak yang merupakan satu dekonstruksi daripada roh-roh atau makhluk halus yang dipercayai wujud dalam
masyarakat Melayu.
Itu merupakan contoh-contoh kisah seram atau makhluk ghaib yang diterjemahkan ke filem. Masih banyak lagi
contoh manipulasi lain dalam konteks Malaysia misalnya pameran alam ghaib yang pernah dianjurkan oleh Muzium
Negara pada 2002 dan terbaru pameran seumpama itu yang sedang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah,
Selangor.
Jumlah pengunjung ke pameran-pameran berkenaan? Sukar untuk digambarkan tetapi penjelasan yang paling
mudah ialah Muzium Sultan Alam Shah tidak dapat menampung jumlah pengunjung dan kesulitan untuk meletakkan
kereta yang sangat luar biasa pada hujung minggu.
Malah, rancangan yang berunsur alam mistik yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merupakan
salah satu program yang mempunyai rating penonton tertinggi, jauh di atas rancangan-rancangan berunsur agama
atau hiburan. Inilah satu fenomena daripada kenyataan ketika masyarakat hidup di tengah serbuan informasi media
di mana salah satu ideologi di dalamnya menghadirkan peristiwa-peristiwa yang tidak hanya menyangkut aspek
ekonomi atau politik semata-mata tetapi juga persoalan dunia ghaib.
Clifford Gertz dalam bukunya Santri, Abangan dan Priyayi Dalam Masyarakat Jawa berpendapat bahawa
modernisme sesuatu masyarakat tidak sepenuhnya akan menghilangkan kepercayaan yang telah wujud sebagai
sistem berhubung kepercayaan-kepercayaan ghaib.
Ini kerana, kepercayaan seperti itu telah wujud sebagai sistem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Hal senada turut diutarakan oleh ahli antropologi
Indonesia, Prof. James Dananjaya yang melihat bahawa fenomena yang muncul dalam bentuk filem, pameran dan
tulisan-tulisan berunsur alam ghaib disebabkan masyarakat Nusantara masih lagi mewarisi sistem nilai tradisional.
James berpendapat, walaupun kehidupan masyarakat Nusantara dan dunia umumnya telah diwarnai dengan
teknologi dan agama, unsur dan kepercayaan terhadap alam ghaib masih lagi diterima sebagai seluruh sistem
kehidupan yang bersifat holistik.
Apabila ada filem, drama, pameran atau novel berunsur seram diterbitkan, ia merupakan satu rekonstruksi daripada
sistem kepercayaan nenek moyang masyarakat hingga mendorong khalayak melihat apakah bentuk hantu, makhluk
ghaib dan sebagainya yang berada dalam sistem itu.
Hasilnya, media tontonan berkenaan mendapat sambutan kerana masyarakat ingin tahu mengenai kandungan
sistem nilai berkaitan alam ghaib dan dunia yang berada di luar alam nyata yang diwujudkan berdasarkan
kesepakatan sosial nenek moyang mereka.
3. Keadaan itu tidak berubah kerana politik kebudayaan negara-negara di rantau ini yang masih gagal membawa satu
anjakan pemikiran kepada rasionalisme yang sesungguhnya sejajar dengan kemodenan dan pembangunan
intelektual.
Ketidakupayaan inilah yang menjadi peluang terbaik kepada industri untuk mengeksploitasi sistem nilai tersebut
sebagai komoditi walaupun masyarakat hari ini sedar tentang sejauh mana rasionalisme kisah-kisah atau subjek
yang dipaparkan kepada mereka.
Di pawagam-pawagam, di depan kaca televisyen atau di ruang-ruang pameran, segelintir masyarakat akan berteriak
‘melayani’ ketakutan dan ketegangan apabila menonton kisah-kisah seram yang sebenarnya mereka tidak pernah
melihat dalam dunia nyata.
Pandangan yang sama turut dipaparkan dalam buku ‘Mistisme Jawa’ oleh Neil Mulders yang agak menarik untuk
menjelaskan kenapa fenomena ini wujud khususnya dalam masyarakat Jawa di Indonesia.
Mulders berpendapat, kepercayaan mistik Jawa, ‘Kejawen’ tetap hidup dalam sistem nilai sebahagian etnik itu kerana
pengaruh anismisme, Hindu dan Buddha lebih dulu berakar umbi sebelum kedatangan Islam, di samping tidak ada
usaha ‘membersihkan’ sistem itu melalui praktik Islam yang sebenar. Beliau turut berpendapat apa yang berlaku bagi
penganut Islam di negara itu juga disebabkan wujudnya percampuran nilai-nilai Islam dengan unsur mistik sehingga
ia diamalkan sebagai praktik agama sehari-hari.
Sejauh mana pandangan-pandangan itu benar, para ilmuwan tempatan perlu melihat secara terperinci kerana tokoh-
tokoh intelektual tersebut membuat kajian di Indonesia dan terhadap etnik berbeza dan berlainan dari segi sistem
nilai dan legitimasi sosial.
Mungkin dalam masyarakat Malaysia ia berbeza. Keghairahan masyarakat kita terhadap hantu dan alam ghaib
mungkin hanya sekadar eskapisme dari kesibukan sehari-hari atau lebih tepat sebagai sumber hiburan yang
ditawarkan oleh media-media tersebut