Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup1. PENGENALAN       Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlaina...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot danyang mana satu...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN           Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinam...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup     v.      Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.     vi.     Lebih cer...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupgaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atausebaliknya?      ...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupdalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktivitibertenaga tin...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN       Lon Seiger et. al. (1998). Untuk men...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3.1. Psikologi       Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental.      ...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup       Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri,kepenting...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3.5. Vokasional        Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pad...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN       Gaya hidup anda memainkan peranan pent...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN       Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syari...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.1. Penyakit JantungFaktor penyumbang       Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.3. StrokesFaktor penyumbang       Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel dara...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.4. Sentiasa memakai tali pingg...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.7. Kencing ManisFaktor penyumbang        Kegemukkan dan diet.Strategi untuk mengatasinya1...
Konsep Kesihatan Dan Gaya HidupStrategi untuk mengatasinya1. Akui tahap kesihatan yang lemah.2. Dapatkan bantuan keluarga,...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan   ketegangan denga...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupmelibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit,akan dapat me...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduptahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlitberasa high...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN       Lon Seiger et. al. (1998).           Untuk m...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduplife is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….weare in ch...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6.6. Kesederhanaan       "Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan".            ...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6.8. Gaya Tersendiri       Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana anda...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduppenyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakitjantung hanya...
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup8. RUJUKANRujukan UtamaLon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). F...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Konsep kesihatan & gaya hidup

  • Be the first to comment

Konsep kesihatan & gaya hidup

  1. 1. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup1. PENGENALAN Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan.Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jikaseseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit padasatu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifanini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secaramenyeluruh. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh PersatuanKesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dansosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit ataukelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan diantara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yangbercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawabkeluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yangmengejutkan. Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telahdicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktivitifizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahlifalsafah Hippocrates pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akanmenyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupunmempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Danadalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi 1
  2. 2. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot danyang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaansenaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu,jantina dan sebagainya." Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama adameningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupunsetiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukansetiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukanuntuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakanantara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini.Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yanglebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraanhidup kita. Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan coraktingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yanglebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijakdan menikmati pilihan tersebut. 2
  3. 3. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakanbagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan dimana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit.Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasionaldan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan danproduktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yangtinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakandan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan. Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubahdari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai,sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai. Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokandan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraanhidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangandalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisiankendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialahmemperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktorpotensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna (life to your years). ii. Panjang umur (years to your life). iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat. iv. Meningkatkan keyakinan diri. 3
  4. 4. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. vi. Lebih ceria dan periang. vii. Tingkahlaku positif. viii. Kurang risiko penyakit. ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit. x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain. xi. Mengurangkan kos rawatan. xii. Perhubungan sosial yang sihat. xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran. xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja. xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup. xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman. Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapatdigambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalanke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang.Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik danmenjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapandan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatanyang optimum atau kesejahteraan. Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral,tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkanbahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehanmanusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsimanusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda beradasekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah 4
  5. 5. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupgaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atausebaliknya? I have never felt better Optimum Health (Wellness) I feel great Excellent Health I feel good Good Health I feel fine Above-Average Health I feel OK Neutral I dont feel so good Minor Illness I feel rotten Major Illness I have never felt worse Critical Illness Death Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit (The Wellness-Illness Continuum) Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton,Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitandengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan,terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian ACSM(American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkankeperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan.Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang laindengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari 5
  6. 6. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupdalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktivitibertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu. Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualitihidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapatmengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapatmeningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang. Edward et. al. (1997:5). An active lifestyle enhances the quality of life. Anincrease in total physical activity at low to moderate intensities is associated with adecrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increasescardiorespiratory fitness. 6
  7. 7. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyakkomponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda dalamkontinum sejahtera dan sakit banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatanharian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiapkomponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional danpersekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknyaanda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Psikologi Persekitaran Rohani Kesejahteraan Fizikal Vokasional Sosial Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 7
  8. 8. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3.1. Psikologi Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Iabukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari. Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa.Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan,kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orangyang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbanganpsikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka jugadapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaanemosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yangprofesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu. Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan,tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untukmengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya padapembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual, andamenjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar darisemua pengalaman hidup.3.2. Rohani Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalamkehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan,prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidupdan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhikeperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikapmenolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum. 8
  9. 9. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri,kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian anda jugatermasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin danmenghargai alam sekitar.3.3. Fizikal Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yangberkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaandadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini.Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri,yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan,pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambillangkah yang betul bila ditimpa penyakit.3.4. Sosial Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalamperhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yangadil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalahdicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyaihubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungiketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasaperhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya. 9
  10. 10. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3.5. Vokasional Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masalapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidupini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahapkesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkanperubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnyakomponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untukmencapai matlamat.3.6. Persekitaran Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup.Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadapkesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yangmembahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumimenerusi empat R; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan,menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab). Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level ofexistence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components.It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individualinterests". 10
  11. 11. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalankesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihancorak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit.Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanandan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yangoptimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akanmengakibatkan penyakit dan kematian awal. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialahgenetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namunpakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting. Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkankematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di AmerikaSyarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebihberkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang danmengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkankepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosissebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramaibahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masihberterusan. 11
  12. 12. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawapenyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akanmembawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika. Penyebab utamapenyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa.Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor-faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan. Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkanrisiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatukehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segikesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan. Genetik Persekitaran Gaya Psikologi Hidup Pengaruh Utama Yang mempengaruhi Persekitaran kesejahteraan. Fizikal Penyakit Rawatan Kesihatan Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 12
  13. 13. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.1. Penyakit JantungFaktor penyumbang Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal.Strategi untuk mengatasinya1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika tidak normal.2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur- sayuran).3. Hentikan penggunakan tembakau.4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).5. Amalkan gaya hidup aktif.6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.5.2. KanserFaktor penyumbang Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - Xberlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.Strategi untuk mengatasinya1. Hentikan penggunaan tembakau.2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan kolesterol.3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan. 13
  14. 14. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.3. StrokesFaktor penyumbang Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan seranganangin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dankegemukan.Strategi untuk mengatasinya1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.2. Hentikan penggunaan tembakau.3. Bersenam.4. Kawal tahap tekanan darah (normal).5.4. Obstructive Pulmonary Disease (OPD).Faktor penyumbang Merokok dan udara tercemar.Strategi untuk mengatasinya1. Berhenti merokok.2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.5.5. KemalanganFaktor penyumbang Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai talipinggang keledar.Strategi untuk mengatasinya1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk. 14
  15. 15. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.5.6. Pneumonia/InfluenzaFaktor penyumbang pneumonia Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.Strategi untuk mengatasi pneumonia Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang dayatahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.Strategi untuk merawat pneumonia Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut :batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuningkehijauan.Faktor penyumbang Influenza Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa danperbualan.Strategi untuk mengatasi Influenza1. Amalkan gaya hidup sihat.2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.Strategi untuk merawat Influenza Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih,hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk. 15
  16. 16. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup5.7. Kencing ManisFaktor penyumbang Kegemukkan dan diet.Strategi untuk mengatasinya1. Amalkan diet yang sihat.2. Amalkan program kesihatan fizikal.3. Ambil ubat jika perlu.4. Kawal berat badan dan tahap lemak.5.8. Jangkitan HIV atau AIDSFaktor Penyumbang Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepadaanak.Strategi untuk mengatasinya1. Mengawal nafsu.2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.3. Jangan gunakan dadah suntikan.4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan.5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan keluarga.5.9. Bunuh DiriFaktor penyumbang Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu denganmemberikan barangan berharga kepada orang lain. 16
  17. 17. Konsep Kesihatan Dan Gaya HidupStrategi untuk mengatasinya1. Akui tahap kesihatan yang lemah.2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.3. Ambil ubat, jika perlu.4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.5.10. Penyakit Hati Yang KronikFaktor penyumbang Pengambilan alkohol yang berlebihan.Strategi untuk mengatasinya1. Hentikan pengambilan alkohol.2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.5.11. PembunuhanFaktor penyumbang Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjatadalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi.Strategi untuk mengatasinya1. Belajar seni mempertahankan diri.2. Kawal kemarahan.3. Peka dengan keadaan di sekeliling.4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri. 17
  18. 18. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan ketegangan dengan : a. bertenang b. kawal dengan renungan mata c. elakkan dari bertelagah d. kurangkan pergerakan e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut f. fahami perasaan orang tersebut g. cari jalan penyelesaian7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak.9. Ikuti peraturan keselamatan asas : a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam c. Letak kereta di tempat terang d. Kunci pintu kereta setiap masa e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.5.12. Senaman Dan Jantung Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengansenaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapatberbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, adajenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang 18
  19. 19. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidupmelibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit,akan dapat meningkatkan keluaran kardiak (Cardiac output) dan menambahkankadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalahdisyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contohaktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang. Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badansamada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupankeluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiakmaksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu.Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan parashemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darahhasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang. Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akanmencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkanhypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar,namun keluaran kardiak rehat (resting cardiac output) adalah lebih kurang samadengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan olehpeningkatan isipadu stroke (strock volume) manakala kadar nadi diperlahankan.Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja. Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalamketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsiparu-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dankesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untukmelarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik(fibrinolytic). Senaman yang cergas akan menambahkan paras endorphins, ubat 19
  20. 20. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduptahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlitberasa high secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaanlow yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan.Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawatpenyakit osteoporosis. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman jugadapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis (diabetis).5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000 Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu : a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untukobjektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidupsihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan. 20
  21. 21. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup,pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut :6.1. Berakauntabiliti Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah dirianda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangananda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri andasendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif.6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikapyang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya.Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikanminda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akanmembolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat: "The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude tome is more important than facts. It is more important than the past, than education,than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other peoplethink or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . Theremarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we willembrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact thatpeople will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing wecan do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that 21
  22. 22. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduplife is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….weare in charge of our attitudes."6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupanseharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalahsikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akanberlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akanmenikmati kesejahteraan hidup yang optimum.6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponenkecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja.Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlistarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yangsama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangandalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan,termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian.6.5. Kepelbagaian Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraanhidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akanmengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalamaktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidakmembosankan. 22
  23. 23. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6.6. Kesederhanaan "Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah inikepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahapyang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya,senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan.Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkanpenambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dandilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpamenimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohiadalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh danbekerja bersungguh-sungguh (learn hard, play hard and work hard). Ketiga-tigafaktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana-mana satu.6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius danmudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagaidadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan.Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan padakehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagaisenaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikanseseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dankesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi. 23
  24. 24. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup6.8. Gaya Tersendiri Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuanpunya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda.Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demikeperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan kesihatan andasebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akanmenjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.7. RUMUSAN Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than apound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjagakesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yangmungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senamandan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya,rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebutpasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda jugapatut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yangada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akanmengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik. Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik.Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan,maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua,semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggirisiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan 24
  25. 25. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduppenyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakitjantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnyaberlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Associationdengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akanmenjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri.Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yangnyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka.Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untukmenjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangkahayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang. Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak darikematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitandengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan.Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senamanyang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi;relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadahyang tidak bermanfaat. Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkanjangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah danmengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan dikalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa,kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronariadalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman. 25
  26. 26. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup8. RUJUKANRujukan UtamaLon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.Rujukan TambahanEdward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktors Hendbook - 3rd ed. USA : Human Kinetics.Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and Physiology - 8th ed. New York : Harper Collins.Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia. 26

    Be the first to comment

    Login to see the comments

  • akupomi1

    Feb. 23, 2015
  • nazzir

    Mar. 7, 2015
  • imanaddin

    Mar. 21, 2015
  • MohdAzizul6

    Jun. 9, 2015
  • PETiang

    Jun. 21, 2015
  • UmmiHaryatiMohdBaharuddin

    Jun. 26, 2015
  • mulanshifa

    Jul. 2, 2015
  • SheiydaYusof

    Mar. 6, 2016
  • kikiphg

    May. 31, 2016
  • SyazleenAmanda

    Jun. 8, 2016
  • asmi832

    Oct. 1, 2016
  • cikmiela_rock27

    Feb. 20, 2017
  • iqmaltumin

    Feb. 22, 2017
  • NorAxIaXiaHoora

    Jun. 14, 2017
  • FadilaIzni

    Jul. 17, 2017
  • AinnunIzzah

    Sep. 20, 2017
  • NurulAyna2

    Jul. 16, 2018
  • MuhammadSoleh40

    Jun. 27, 2019
  • MeriamIsmail1

    Feb. 17, 2020
  • inaSaad1

    Feb. 19, 2020

Views

Total views

56,548

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

114

Actions

Downloads

1,087

Shares

0

Comments

0

Likes

24

×